Friday, February 4, 2011

Drama Trilogi Cinta cecah 1.3 juta penonton

SELEPAS empat minggu disiarkan, drama bersiri terbaru terbitan Suhan Movies and Trading Sdn Bhd, Trilogi Cinta yang diangkat daripada novel bersiri popular karya novelis dan penulis skrip terkenal, Sharifah Abu Salem sudah mencecah 1.3 juta penonton.

Selaku penerbit, Rosyam Nor yang turut memegang peranan utama sebagai Razif, lega dengan perkembangan terbaru itu dan yakin harapannya mahu melihat Trilogi Cinta berupa gabungan novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi digabungkan dalam rantaian 40 episod yang kini bersiaran setiap Ahad, Isnin dan Selasa di TV1 jam 10 malam, ditonton 1.5 juta orang akan tercapai.

Tengok Trilogi Cinta di TV1 secara Online

Ditemui pada majlis sidang media Trilogi Cinta yang diadakan baru-baru ini, Rosyam menjelaskan, populariti novel dihasilkan Sharifah turut membantu menarik perhatian ramai menyaksikan drama itu.

“Trilogi Cinta sudah mempu-nyai pengikut dan ketiga-tiga novel terbabit antara novel tertinggi penjualannya. Malah apabila drama ini ditayangkan, Trilogi Cinta dipasarkan kembali. Secara tidak langsung, ia membantu promosi dan lebih ramai yang mahu menyaksikan drama itu,” katanya.

Untuk mengadaptasi novel kepada drama televisyen mahupun filem bukan kerja mudah terutama apabila karya dihasilkan sudah ada ramai pembaca dan pengikut.


“Biasanya mereka akan menjadi lebih kritis apabila menonton drama atau filem yang diangkat daripada novel yang sudah dibaca. Saya bertuah kerana selain menulis Trilogi Cinta, Sharifah Abu Salem turut menulis skrip. Penulis novel sendiri menghasilkan skrip drama, sudah tentu tidak banyak percanggahan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Rosyam, penonton tidak boleh mengharap-kan Trilogi Cinta versi drama 100 peratus sama dengan novelnya. Begitupun selaku penerbit, aktor berpengalaman itu sebaik mungkin mengekalkan jalan cerita novel itu.

“Boleh dikatakan hampir 80 peratus jalan ceritanya sama. Keserasian antara pengarah drama ini, Amy Maziah dan Sharifah dalam menghasilkan drama seperti Isabella dan Rahsia Hati menyebab-kan mereka sudah faham antara satu sama lain. Amy Maziah tahu menjaga karya dihasilkan Sharifah agar nampak menarik apabila dipaparkan di kaca televisyen,” katanya.

Menyentuh gandingannya bersama Fouziah Gous dan Amyza Aznan, jelas Rosyam, mereka ini memiliki bakat besar tetapi jarang diberikan peluang untuk memainkan watak yang kuat.

“Saya tidak pernah berlakon dengan Fouziah. Sewaktu memikirkan pelakon sesuai memegang watak Norjinah, ada kakitangan produksi mencadangkan namanya. Begitupun saya perlu lihat kemampuannya kerana watak Norjinah sangat berat. Saya mengambilnya berlakon dalam Nigina bagi menguji kemampuannya. Sementara Amyza pula saya lihat begitu komited dan bakat dimiliki mengagumkan sewaktu kami digandingkan dalam drama Syurga Di Sebalik Wajah.

“Saya mahu menonjolkan sisi berbeza Amyza dalam dunia lakonan kerana sebelum ini dia lebih dikenali dengan cerita jalur komedi,” kata Rosyam yang turut memberikan syarat kepada kedua-dua pelakon ini agar tidak menerima tawaran lain selama tiga bulan untuk memberi tumpuan kepada Trilogi Cinta.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Aku pun ada tengok gak sekali drama ni. Nampak memang menarik sebab adanya Rosyam Nor sebagai pelakon utama. Korang layan la yerk.

CTKD - Dalam Diam (OST Drama Trilogi Cinta)


Sinopsis dan gambar Drama Trilogi Cinta TV1


No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas