Suatu hari saya agak lambat ke Mesjidil Haram, namun dalam perjalanan dari hotel ke mesjid, hati dan mulut saya sentiasa berdoa agar ada "tempat" saya di dalam mesjid, walaupun kelihatan mustahil melihatkan padatnya umat Islam dalam MH. Setiap saf kelihatan jemaah haji sudah duduk rapat-rapat. Namun saya tidak putus asa, dalam hati berkata-kata, jika ada "tempat" ku InsyaAllah ada... aku terus berjalan ke depan, menoleh ke kiri dan ke kanan, meninjau-ninjau jika ada walau sedikit ruang ... tiba-tiba di saf sebelah kiri kelihatan seorang jemaah haji wanita (mukanya kelihatan seperti bukan orang Malaysia) melambai-lambaikan tangannya ke arahku.
Aku melihat-lihat sekeliling, mungkin dia melambai tangannya ke arah kawan beliau.. tapi dia terus melambai ke arahku. Aku membuat isyarat ke arah diriku, seolah-olah bertanya adakah dia memanggilku? Dia menganggukkan kepala.. lalu aku terus melalui di celah-celah saf jemaah haji wanita sambil tertunduk-tunduk memohon laluan hinggalah sampai ke sebelah jemaah haji wanita tersebut. Apabila aku sampai, dia pun mengecikkan silanya sambil menyuruh aku duduk di sebelahnya. Alhamdulillah..ucapku dalam hati sambil melemparkan senyuman kepada beliau.
Ya Allah, syukur Ya Allah walaupun dalam keadaan sesak sebegini, masih ada ruang untuk ku di dalam Mesjid Mu ini Ya Allah. Di hadapan ku tersergam Kaabah di mana aku dapat melihat pancur emas dengan jelas. Melihat Kaabah sahaja membuatkan hati ku merasa sayu. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan masuk waktu solat fardhu. Alhamdulillah syukur Ya Allah, Engkau Maha Mendengar Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
VIDEO PRE-WED..SHARIFAH SAKINAH BERAKSI ATAS KATIL | MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelako...
No comments:
Post a Comment