Friday, May 29, 2015

AMAL AMALAN YANG PELIK-PELIK


Jitra: Seorang lelaki berusia 40-an bertindak di luar kawalan apabila membakar motosikal Modenas Kriss sehingga mengakibatkan rumah pusakanya di Kampung Padang Luar, Jalan Wang Tepus, di sini, turut dijilat api dalam kebakaran itu selepas mendakwa mendengar suara ghaib mengarahkannya melakukan perbuatan itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam kelmarin, lelaki terbabit yang bekerja di pusat cuci kereta bertindak membakar kediaman itu bersama motosikalnya sebelum melarikan diri ke rumah jirannya yang tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari sepupunya, Mohd Tajuri Saidin, 49, yang baru pulang daripada kerja sejurus melihat api sedang marak dan terus menghubungi pihak bomba.

Mohd Tajuri berkata, dia yang melihat rumah pusaka berkenaan terbakar terkejut apabila dimaklumkan sepupunya bahawa dia yang membakar rumah itu.

“Akibat bimbang kejadian lebih teruk berlaku, saya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis sebelum meminta bantuan orang kampung memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Kolam renang syaitan di Zambia


LUSAKA - ZAMBIA. Di persempadanan negara Zambia dan Zimbabwe, terdapat sebuah kolam renang yang sangat ‘menyeramkan’. Sehinggakan ia dikenali dengan nama ‘Devil Swimming Pool’ (Kolam Renang Syaitan).

Ia dikenali demikian kerana kolam renang itu dianggap paling berbahaya di dunia. Bayangkan! Kolam mini semula jadi  ini  terletak tepat di ‘bibir’ air terjun Victoria dan mempunyai ketinggian 128 meter serta seluas 1.708 meter per segi.

Kolam renang  ini terbentuk akibat daripada hakisan air di kawasan itu , sehingga membentuk sebuah bulatan hingga menjadikan ia  sebuah kolam renang mini semula jadi.

DISUKAI PELANCONG!

Pada musim hujan, pelancong dilarang sama sekali untuk bermandi manda di kolam tersebut, kerana tahapnya yang terlampau berbahaya.

Namun, pada musim kemarau, iaitu antara bulan September sehingga Disember, airnya agak surut. Saat itulah kolam ini boleh  digunakan untuk berenang. Maka tidak mustahil ramai pelancong yang ‘berani mati’ untuk bermandi-manda di kolam tersebut walaupun risikonya sangat tinggi dan berbahaya.

Untuk pelancong mereka sentiasa diingatkan akan bahayanya kawasan itu, dan langkah-langkah berhati-hati perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka sentiasa selamat.


AIR TERJUN VICTORIA

Air terjun ini juga telah diwartakan sebagai taman nasional di kedua-dua buah negara di mana ia dikenali sebagai Taman Nasional, ‘Mosi-oa-Tunya National Park’ di Zambia dan ‘Victoria Falls National Park’ di Zimbabwe.

Sementara penduduk setempat memanggil air terjun ini dengan nama Mosi-oa-Tunya, yang bermaksud ‘asap yang menggelegar’, kerana arus air yang deras seolah-olah membentuk sekumpulan asap putih yang tebal.

Nama Air Terjun Victoria diberikan oleh David Livingstone, seorang penjelajah dari negara Scotland .

Menurut National Geography, pada tahun 1855, Livingstone “menemui” air terjun ini.

Oleh kerana begitu terpesona melihat keindahan air terjun ini, lantas Livingstone memberikan nama Victoria.

Nama Victoria diambil daripada  nama Ratu Victoria, iaitu Ratu Inggeris yang ketika  itu menjajah Zambia dan Zimbabwe.



Sumber: Sinar Harian

Cara mudah larikan diri ketika dikejar polis di UK


Polis tidak boleh kejar penjenayah bermotosikal tak pakai helmet

Polis di UK dituduh terlalu lembut dalam menghadapi para penjenayah, setelah terbongkar bagaimana para penjenayah dengan motosikal dengan mudah melepaskan diri ketika dikejar polis.

Dilapor laman Daily Mail, Jumaat, 29 Mei 2015, para jenayah itu memanfaatkan kelemahan dalam sistem, dengan cara membuang helmet mereka agar polis berhenti mengejar.

Scotland Yard berkata kewajipan moral bagi mereka adalah untuk melindungi nyawa orang ramai termasuk para penjenayah sehingga mereka tidak akan mengejar para penjenayah bermotor yang tidak memakai topi keledar.

Alasannya, bimbang suspek akan maut jika terjatuh dari motor. Fakta itu telah menimbulkan kemarahan para pemilik premis perniagaan di London yang menjadi mangsa penjenayah.

Dominic Durante, seorang pemilik butik di London, telah berkali-kali menjadi mangsa. "Luar biasa bagaimana mereka boleh terlepas, hanya dengan membuang helmet. Saya sungguh tidak boleh memahami," katanya.


Detektif Raffaele D'Orsi, mempertahankan dasar polis, mengatakan bahawa mereka mempunyai mandat dan tanggungjawab moral untuk melindungi orang awam, walaupun ia adalah para jenayah.

Berdasarkan data polis, terungkap sekurang-kurangnya 1,240 jenayah di London dilakukan penjenayah bermotosikal sepanjang 2014. Mereka lolos hanya dengan melepaskan helmet.

Dasar kontroversi itu dilaksanakan selepas kematian Reece Leon Robinson-Webber dari Steratham. Dia maut di West Norwood ketika dikejar oleh polis pada Ogos 2008.




Sumber: Viva.co.id

Thursday, May 28, 2015

Majlis Perbandaran Tersilap Tanam Pokok Ganja Sebagai Perhiasan Di Tepi Jalan


 ASTANA: Pihak berkuasa perbandaran Astana, Kazakhstan telah melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan ribuan pokok ganja yang ditanam sebagai pokok perhiasan di bandaraya tersebut.

Perkara ini disedari oleh peduduk sekitar kawasan tersebut selepas tumbuhan itu dikatakan mengeluarkan bau yang luar biasa sehingga menyebabkan mereka merasa pening dan ada yang khayal.

Kerana kejadian tersebut orang ramao disitu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa terus membuat pemertiksaan.


 Selepas pemeriksaan dijalankan pegawai bahagian landskap ternyata pokok perhiasan yang ditanam  terbabit sebenarnya ialah marijuana!


Pihak kerajaan tempatan Astana dengan segera mengarahkan pasukan siasatan menyaisat kejadian ini kerana penemuan tersebut di mana menyaksikan sepanjang jalan utama tersebut ditanam ribuan spesies kanabis diharamkan pemerintah.


Dari siasatan awal mendapati pokok tersebut mungkin ditanam dengan tidak sengaja dan menurut jurucakap firma kontraktor yang terlibat, Zelenstroy berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.


“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegasnya.

Menurut seorang penduduk tempatan yang menyedari akan pokok ini, Mihail Malorod, mendakwa tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.
 

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, ia merupakan bandar terancang yang dikelilingi tumbuhan hijau. Adaptasi bandar ini diilhamkan berdasarkan Putrajaya di Malaysia. 



Juara Tinju Ditumbuk Tunang


JUARA Tinju Britain, Gavin McDonnell, 29, ditumbuk oleh tunangnya selepas dia menyepak pintu sebuah pub di Kirk Sandall berhampiran Doncaster, selatan Yorkshire.

Tunang peninju, Sophie Brown bertindak menumbuk Gavin yang ketika itu sedang memegang anak mereka selepas dia terlibat dalam satu pertelingkahan dengan pekerja pub, dan kemudiannya berang lalu menyepak pintu pub selepas diarah keluar dari premis tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila Gavin serta keluarga tidak berpuas hati dengan makanan yang dipesan oleh mereka sehingga menyebabkan berlaku pertelingkahan mulut.

Pertelingkahan itu berjaya dirakam melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang turut menyaksikan Gavin ditumbuk oleh tunangnya di luar pub.

Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook milik pub sehingga menyebabkan ia menjadi viral. Kejadian itu turut difahamkan tidak dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut salah seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, terdapat salah faham antara Gavin sekeluarga dengan pemilik pub apabila makanan yang dipesan tidak menepati permintaan mereka.

"Mereka mula menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat antara satu sama lain, malah saya turut mendengar jeritan dan bunyi hentakan pintu," katanya.

Sementara itu, pengurus Gavin, Steffy Bull berkata bahawa peninju tersebut sudah memohon maaf kepada pemilik pub atas kejadian yang berlaku dan mereka juga bersetuju untuk memadam rakaman tersebut daripada Facebook.

"Semestinya Gavin serta keluarga tidak berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan  yang diberikan oleh pub tersebut tetapi Gavin bertindak untuk kembali ke premis untuk memohon maaf," katanya.

Dalam pada itu, Glasshouse Pub mengesahkan kejadian tersebut namun tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.



Sumber: mstar.com.my

Inilah Penyebab Ganasnya Gelombang Panas di India


Yoechua.com - Gelombang panas di India memnag menjadi momok yang sangat menakutkan warga di sana, selain suhu panas yang berlebihan namun gelmbang panas ini telah menewaskan setidaknya lebih dari 1100 penduduk. Tidak hanya menewaskan banyak penduduk, gelombang panas ini juga melelehkan struktur aspal di jalan-jalan. Tidak heran, karena suhu panas di sana mencapai 50 derajat celcius yang jarang

Lahir tanpa 2 kaki depan, kucing ini jadi selebriti Instagram


Kucing bernama Roux ini menjadi popular di Instagram kerana kelihatan sangat ceria walaupun mempunyai kekurangan pada tubuhnya.

Roux lahir tanpa dua kaki depan. Kucing yang dimiliki oleh Jackie Deak Akey itu menjadi selebriti Instagram kerana sentiasa kelihatan ceria dan sangat bersemangat menjalani kehidupan sehari-harinya.


 Tanpa dua kaki depannya Roux harus berjalan dengan melompat-lompat.

Roux tinggal bersama pemiliknya di Louisiana, Amerika itu, tetap ceria seperti kucing-kucing lain. Ia dirawat dan dijaga dengan baik oleh Jackie menjadi kucing yang sihat dan berdikari.


Roux boleh melakukan kegiatan sehari-hari seperti makan dan minum, sendiri. Ketika mahu makan atau minum, Roux akan berusaha menurunkan tubuhnya agar lebih dekat dengan tempat makanan dan minumannya. Selain makan dan minum, Roux yang aktif juga dengan santai melompat ke atas sofa untuk bermain.

Hingga saat ini, peminat Roux di Instagram sudah mencapai puluhan ribu. Akaun @lilbunnysueroux juga telah diikuti sebanyak 86 ribu peminat dari seluruh dunia.



Sumber: WowKeren

Gambar Belangkas