Wednesday, January 28, 2015

Terkini!!! Tembelang US Dan Sekutu Pecah Mengenai MH370 & MH17 – Rusia Kemuka Bukti !

TERKINI: segala bukti kukuh berserta gambar dan bukti satelit yang telah disahkan oleh antarabangsa yang dikeluarkan oleh Russia adalah betul tentang bagaimana Amerika dan Yahudi laknatullah menjadi master mind dlm Kes pesawat MH 370 dan MH 17.  Akhirnya Amerika telah dicheckmate oleh Russia..
TERKINI: MH 370 & MH 17
Amerika bakal diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya
Semalam paper di Russia, Germany dan Francis ada melaporkan berita Russia telah menghantar 6 jet ke Cremia dan 200 jet ke sempadan ukraine serta 10 ribu kereta kebal untuk menyerang Amerika dan Ukraine. Manakala 5 lori yg sarat dgn bom nuklear telah dihantar ke negara sekutunya iaitu China bagi tujuan yang sama
Dalam masa yang sama Korea Utara turut mengatakan sokongan penuh dan telah menghantar 2 billion usd utk disalurkan kpd Russia bagi tujuan yang sama.
Penyiasat meramalkan satu peperangan dunia bakal tercetus tidak lama lagi ekoran satu maklumat sulit telah terbocor bahawa pesawat milik Negara Malaysia iaitu MH 370 & MH 17 didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah !!!

Kita tunggu dan lihat perkembangan yg amat memeranjatkan ini sedikit masa lagi… Panas………..
sumber: FB s.Sofea

'Tiada untungnya Mustafa debat Guan Eng'

Khalid Samad
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad cuba meredakan pertikaian di antara setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan menganggapnya sebagai “masalah peribadi” semata-mata.

Beliau juga melibat cabaran Mustafa untuk berdebat dengan Lim sebagai usaha yang “tidak menguntungkan”, namun meminta agar kedua-duanya bertemu untuk mencari penyelesaian.

"Saya nampak ia seolah-olah perkara peribadi. Tak nampak untungnya. (Kalau boleh) biarlah jumpa untuk berbincang dan cari penyelesaian," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam. - Malaysiakini

Pasma tidak akan keluar, kekal dalam Pas

Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Beliau menyatakan ketegasan tersebut selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ‘mempersilakan’ ahli Pasma meninggalkan Pas jika tidak sehaluan lagi dengan parti itu.

Mengulas tindakan Abdul Hadi yang dilihat masih keliru dengan peranan yang dimainkan Pasma dalam parti, Che Ibrahim berkata, mana-mana parti politik di dunia ini mempunyai NGO sebagai sayap pendokong, maka Pasma adalah salah satu daripadanya sebagai menyokong perjuangan parti itu sendiri.

“Presiden (Hadi) sepatutnya tidak keliru dengan peranan Pasma kerana beliau sendiri kenal hampir semua pimpinan Pasma di peringkat pusat dan negeri.

“Pas hendaklah berterima kasih kepada Pasma kerana telah membantu memperkuatkan kedudukan Pas dalam PR, jika DAP dan PKR sebagai rakan Pas dalam PR mengalu-alukan peranan Pasma, mengapa Pas masih keliru?” katanya. - SH

Gadis Bertudung Bermesra Di Tempat Awam?


NAMPAKNYA awal tahun ini, negara dipenuhi cerita-cerita kurang enak mengenai gadis bertudung. 

Melalui sebuah gambar yang baru sahaja kami terima, ia menunjukkan aksi pengirim yang ingin menangkap gambar selfie dirinya.

Namun, tatkala melihat gambar yang diambil melalui telefon pintarnya, dia terkejut melihat terselit aksi sepasang kekasih Melayu sedang syok bercumbuan.

Gadis yang elok bertudung tersebut nampaknya tidak pula berasa segan silu memeluk dan mencium pasangannya secara terang-terangan. 


Haih, isu gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk mat K-Pop masih belum reda kini timbul pula aksi gadis bertudung bercium di khalayak ramai! 

Jika di tempat terbuka tak ada rasa malu buat hal macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup?

Malang sekali bila tudung yang sepatutnya menjadi lambang maruah seorang perempuan Islam tidak pula digambarkan sebegitu rupa oleh pemakainya. -mynewshub 

Seorang Ayah Menyuruh Anaknya Memberikan Surat Cinta Kepada Gurunya.......


Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.

Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.

Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah.

Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. 

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?




Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015






Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak.

Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN?

Inilah 5 Arwah Paling di Takuti di Dunia


Keberadaan mistis memang tidak bisa di pisahkan dari kehidupan kita. Dua dimensi yang berbeda namun saling berdampingan, antara dunia orang hidup dengan dunia gaib adalah bereradaan yang benar-benar saling bertolak namun tetap dalam satu keutuhan dunia. Memang, hingga saat ini masalah tentang arwah (roh) adalah ruang kosong dalam analisis dunia sains karena pada  hakikatnya,  wujud arwah tidak

Ngeri! Tradisi potong jari suku Dani di Papua

 
Satu tradisi yang sangat mengerikan dilakukan oleh kaum wanita suku Dani di Papua iaitu memotong jari mereka sendiri.

Hal ini dilakukan mereka untuk menunjukan rasa sedih yang mendalam ketika musibah tengah menerpa mereka. Seperti kesedihan kerana kematian suami, maka isteri yang ditinggalkan tersebut hukumnya wajib untuk melakukan atau menjalani tradisi potong jari ini.

Lebih dahsyat lagi, potong jari ini dilakukan oleh ayah atau saudara terdekat wanita tersebut. mula-mula wanita tersebut akan dibawa ke sebuah tempat yang sering mereka gunakan untuk melakukan tradisi ini, kemudian mengikatkan tali di antara sela jari mereka agar tidak mengeluarkan banyak darah. kemudian ayah, ibu atau saudara mangsa yang masih satu keturunan akan mengambil parang, sebelum memotong jari tersebut. Mangsa perlu membaca satu doa ritual khusus. Setelah doa selesai pemotongan langsung dilakukan tanpa menggunakan ubat penahan rasa sakit apapun.

Hal ini dilakukan kerana mereka percaya bahawa seseorang yang sudah mati masih mempunyai hubungan dengan manusia yang hidup, agar hubungan tersebut seimbang, maka manusia yang ditinggal mati harus menyerahkan sebahagian dari rohnya kepada orang yang meninggal tersebut, sehingga jari merekalah yang menjadi sasaran pengorbanan tersebut.

Selain tradisi potong jari ini dilakukan oleh orang dewasa, anak yang baru lahir juga jarinya juga akan ikut dipotong, jika sang ayah telah meninggalkannya sama ada mati atau pergi jauh selama 40 hari. Namun berbeza dengan cara pemotongan jari orang dewasa, sang bayi akan diletakan disebuah batu dan ibunya secara kejam mengigit jari bayi malang tersebut hingga terputus. Salah satu faktor tahap kematian bayi di Papua salah satunya kerana adanya ritual ini.

Kini kerajaan telah memberikan larangan kepada para masyarakat papua khususnya suku Dani untuk tidak melakukan tradisi potong jari ini lagi, kerana tradisi ini sangat tidak berperikemanusiaan. Dengan adanya peraturan tersebut sekarang tradisi itu tidak dilakukan lagi. namun bekas-bekas dari tradisi tersebut hingga sekarang masih ada, kebanyakan ibu-ibu atau nenek-nenek di Papua tidak mempunyai jari kerana telah dipotong.

Gambar Belangkas