Monday, September 19, 2011

Peringatan buat kaum wanita diluar sana.. !


Suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti, Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.


Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sumber : Facebook Rakan2

Saya tak pasti sama ada cerita ini benar atau tidak tapi ia dari rakan facebook saya yang bekerja di Kementerian Pertahanan. sekarang nak merompak bukan duit je tapi dengan orang2 sekali dirompaknya. kepada rakan2 blogger yang prihatin boleh la share di blog anda untuk peringatan semua. Jika benar maka berhati2 la. jika ianya rekaan maka tak mustahil jadi kenyataan. Kun fayakun( Jadi Maka Jadilah). Tiada yang mustahil bagi Allah.......

Credit to : Azmi Khan



p/s: betul atau tidak bukan persoalannya, tak mustahil kejadian seperti ni akan terjadi...jadi berhati-hatilah ketika mengisi minyak dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling...


Sunday, September 18, 2011

Asalkan hujan makin selera bila tingat... ?

Hehe... jangan ingat bukan-bukan haa :). intro jer suspen skit bunyiknyer hee.. Skang ni kan musim hujan kalau tak pagi, petang,kadang sampai ke malam . Cer tanya tekak bila time hujan macam nih ape yang paling sedap di makan walaupun simple jer ?  apa kata kita amik mood telan air liur dulu sebelum buat esok...lusa or tengok jer kalau malas sangat nak buat gi beli yang 'segera dari Adabi' macam-macam ado... =)

credit : google
*
*
*
Omakkk aiiii dapat ubi rebus ngan pisang cenggini di minum pulak ngan kopi pekat, memang layan habis takut prot memasing jer tak tahan berangin beb.. ! :)
*
*
*
credit : malaysiabest.net
cekodok pisang, makan panas-panas baru terangkat.. !

*
*
*
credit : stormz-iylia.blogspot
mustahil kat dapur xder kentang yer x ?  lagi sedap kita buat sendiri dari potato wedges tuh...
*
*
*
credit : daridapurmina.blogspot.com
ni orang bujang pun pandai buat, takyah pening2 buat jer lempeng. klu x reti makan ngan sambal cicah ngan gula atau susu...

Tak bleh jadik nih, dah la skang selera besor nak makan jer keje nyer... sok nak usya kat pasar cari ubi kayu, pisang bagai. So mata pun dah lip lap lip lap.. * ujan lebat giler la ni kat langkawi* selamat menjamu mata yer..


p/s: dapat air tangan mak yang buat lagi la sedap...


Saturday, September 17, 2011

Bercerai angkara facebook.. !

kosmo online
 Bila timbul rasa tak puas hati pada pasangan ini lah jadi nya, 'lepas geram dalam facebook, meluahkan nasib diri yang malang dan sebagainya..konon nak menagih simpati...' bila dah terjebak kekasih lama masuk jarum dan ambil berat, takkan ada kesudahannya...

" Bila saya makan di tempat yang eksklusif dengan kawan-kawan tanpa memberitahu dia terlebih dahulu, itu pun boleh menjadi punca dia merajuk. "Kalau dengan isteri pertama, dia akur kalau saya pulang ke Terengganu tetapi dia tidak boleh terima kalau saya berbelanja besar untuk keluarga di sana, sedangkan di sini, dia perlu membantu saya membayar sewa rumah. "Saya minta Mira bertolak ansur, tetapi dia merasakan dia sudah banyak berkorban untuk saya tetapi saya tidak pernah menghargainya," kata Daud. Keadaan cemburu Mira dikatakan semakin teruk menjelang Ramadan lalu. 


Puncanya, anak pertama saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan betapa dia menyayangi saya kerana membelikan alat permainan PSP yang harganya RM1,200.

"Apabila Mira dapat tahu, dia naik angin. Dia lepaskan geramnya dalam Facebook. Dia kata, dia banyak korbankan keinginannya kerana saya, tetapi saya pula boleh menghadiahkan benda yang mahal untuk anak saya yang berusia 10 tahun." Dalam ramai rakan yang memberi komen, ada komen daripada bekas kekasihnya. Saya mula rasa tidak senang. Saya yang memang mempunyai kata laluan untuk akaun e-mel Mira cuba menyelidik.

Rupa-rupanya, Mira sudah lama berhubung semula dengan bekas kekasihnya itu dan mengadu tentang kekangan kewangan yang saya hadapi. "Dalam diam rupanya Mira pernah menerima wang daripada lelaki itu dan mereka keluar beberapa kali. "Apabila saya bangkitkan perkara ini dengan Mira, dengan selamba dia mengaku. Katanya, dengan saya hidupnya payah. "Saya menegurnya. Selama ini bukan saya tidak memenuhi keperluan membeli-belahnya, tetapi apabila setiap kali menuntut barangan berjenama, saya enggan melayan. 


"Hubungan kami mula dingin. Saya tidak lagi memintanya membayar sewa rumah. Semuanya saya tanggung sendiri. "Syawal lalu, kami bergaduh lagi. Kali ini sebabnya saya perlu tinggal lebih lama di rumah isteri pertama kerana anak bongsu saya sakit. Tambahan pula, mereka belum mengetahui tentang perkahwinan kedua saya. "Tetapi Mira tidak boleh menerimanya. Dia mengugut untuk kembali kepada bekas kekasihnya jika saya tidak pulang ke rumah ibunya. Di rumah ibunya, bersaksikan ibu bapanya, Mira minta saya menceraikannya.  "Kami saling salah-menyalah. Mira nekad mahu dilepaskan. Akur dengan kehendaknya, petang raya keempat itu, saya ceraikan Mira dengan talak satu,"  - Daud.


sumber: kosmo online


p/s: ada gak sesetengah isteri ditipu hidup2 bila si suami mempunyai akaun facebook lebih dari satu... ;-)

kEJUJURAN lebih penting dari Kebahagiaan?

'saya lebih rela hidup di dunia yang nyata walaupun ianya pahit, daripada hidup dilimpahi kebahagiaan tapi dikelilingi penipuan'~~~ well, itulah saya.. 



Friday, September 16, 2011

2012 Koleksi Ramalan Yang Gagal

Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :
  1. Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
  3. Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.
  5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6. Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."
  7. Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,  dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  8. Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.
  9. Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada  17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.
  10. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.
  11. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999.  Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.
  12. Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.
  13. "imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.
  14. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.
  15. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.
  16. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.
Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.


Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami

Ketika artikel Konspirasi Dunia Tsunami 2004 disiarkan {1}, ada segelintir pembaca yang mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah tertakluk dibawah kuasa Allah SWT. Tidak dinafikan, tanpa keredhaan-Nya, tidak akan bergerak walau setitik pun air dilaut. Tetapi lupakah anda (atau tidak tahu langsung) bahawa kerosakan di bumi akibat perbuatan tangan (kerja) manusia telah dinyatakan secara jelas dalam Surah ar-Rum ayat 41. Rasulullah SAW juga telah memaklumkan kepada kita mengenai insiden bencana dan petaka akhir zaman, lebih daripada 1400 tahun dahulu - (1000 tahun lebih awal).

Daripada Abdullah bin Hawalah :
"Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya diatas kepalaku lalu berkata; "Wahai Ibn Hawalah jika engkau melihat perselisihan telah turun di atas bumi yang telah disucikan (Palestin) maka dekatlah gempa, bencana dan masalah-masalah besar dan Hari Kiamat saat itu lebih dekat dengan manusia daripada dekatnya kedua tanganku ini dari kepalamu." {2}
Bencana dan genpa hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia. 
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}
Penulis buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik telah menemui beberapa maklumat bahawa bencana seperti gempa, ribut taufan, tsunami dan banjir besar berpunca daripada penemuan sejenis senjata berskala besar yang lebih hebat daripada 'mass destruction' yang kita ketahui seperti bom atom mahupun bom nuklear. Senjata yang dimaksudkan adalah berasaskan kepada sistem HAARP Technology. 
"The $30 million [Pentagon] project, euphemistically named HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program), is made to beam more than 1.7 gigawatts (billion watts) of radiated power into the ionosphere -- the electrically charged layer above Earth's atmosphere. Put simply, the apparatus is a reversal of a radio telescope -- just transmitting instead of receiving. It will 'boil the upper atmosphere'. After [heating] and disturbing the ionosphere, the radiations will bounce back onto the earth in for form of long waves which penetrate our bodies, the ground and the oceans."

Terjemahan : "Projek $30 juta [Pentagon], dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan." {4}
Keupayaan persenjataan HAARP ini boleh mengakibatkan kemusnahan total atmosfera bumi. Sekaligus ia juga mampu membawa kemusnahan dalam bentuk gempa bumi. Ia seumpama gelombang mikro yang dapat merobek objek tanpa dapat dikesan oleh penglihatan mata kasar.

Keterangan lanjut boleh di baca di laman web http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm iaitu sebuah laman web himpunan kajian para pastor yang dibuat berdasarkan fakta bagi menentang tumbuhnya gerakan 'pra-Illuminati' dan 'anti-Christ' yang kini sedang berusaha menguasai gereja di Amerika Syarikat. Oleh kerana artikel ini khusus untuk penganut Kristian, maka kata-kata Spiritual mereka mestilah di-abai-kan. Bagi tujuan membuktikan global warming adalah kerja manusia, lihat juga artikel bertajuk Final Proof Is Now Conclusive! dan Global Warming Is Now Proven To Be Caused by Human Being!. {5} 

Manusia yang rakus dan tamak untuk mendominasi dunia sanggup melakukan apa sahaja walaupun memusnahkan khazanah alam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah :
"Menjelang terjadinya kiamat akan terjadi perubahan (bentuk) rupa (bumi), penenggelaman bumi (gempa) dan hujan batu." {6}
Apa yang pasti, ada juga pihak yang sangsi tentang semua hal ini. bencana datang bersilih ganti, bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Kita buntu mencari jawapan sehingga tergamak menyalahkan Tuhan. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran awal bahawa bencana dan kemusnahan dunia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia. Ia juga menjadi sebahagian daripada rancangan jahat para konspirator untuk menimbulkan rasa cemas dikalangan manusia.
"Can you imagine what will happen if Los Angeles is hit with a 9.0 quake, New York City is destroyed by a terrorist-planted atomic bomb, World War III breaks out in the Middle East, the banks and stock markets collapse, Extraterrestrials land on the White House lawn, food disappears from the markets, some people disappear, the Messiah presents himself to the world, and all in a very short period of time? Can you imagine? The world power structure can, and will if necessary, make some or all of these things happen to bring about the New World Order." ["Behold A Pale Horse"., p. 177-8] {7}

Terjemahan : "Dapatkah anda bayangkan apa akan terjadi jika Los Angeles dilanda gempa bumi berukuran 9.0, kota New York hancur akibat bom atom serangan pengganas, Perang Dunia Ketiga meletus di Timur Tengah, sistem perbankan dan pasaran saham merudum, makhluk angkasa mendarat di perkarangan Rumah Putih (Washington), bekalan makanan tidak dapat ditemui dipasar-pasar, ada dikalangan manusia yang hilang (diculik), penyelamat memunculkan dirinya di persada dunia dan semua ini akan terjadi (dalam tempoh terdekat) bagi menjayakan kemunculan Tata Dunia Baru."
Kata-kata ini ditulis pada 1995, manakala tarikh tragedi 9/11 (11 September) adalah pada tahun 2001. Maknanya sudah ada dikalangan orang tertentu yang telah terlebih dahulu tahu mengenai kejadian ini. Dalam lain kata, ia sudah dirancang bagi meletuskan huru-hara dan perang. Terbukti, sejurus selepas itu tentera Amerika dan sekutunya menyerang negara Islam Afghanistan dan Iraq. Lihat hadith-hadith Nabi SAW mengenai rancangan jahat Yahudi-Zionis disebalik kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memerangi dunia Islam.
"Saat (kami) sedang duduk-duduk bersama Abdullah bin Amru bin ash-Mustaurid al-Qurasyi, dia berkata ; "Penulis mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "(Menjelang) saat terjadinya kiamat, bangsa Romawi adalah bangsa yang paling besar jumlah penduduknya." Mendengar hal itu, Abdullah bin Amru mencelah "Apakah yang cuba engkau sampaikan ini?" Mustaurid menjawap, "Aku hanya mengatakan apa yang benar-benar aku dengar langsung daripada Rasulullah SAW." {8}
Rasulullah SAW bersabda :
"Hitunglah enam hal menjelang terjadinya kiamat..."(lantas Baginda menyebut antaranya): "Kemudian perdamaian antara kalian dengan Bani Ashfar (Romawi), lantas mereka mengkhianati kalian, mereka menyerang kalian di bawah 80 bendera, setiap bendera mengandungi 12000 tentera." {9}
Kronologi perang akhir zaman juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalm bentuk atsar. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal." {10}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. {11}


_________________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Konspirasi Dunia - Tsunami 2004
2. Musnad Ahmad, Sunan Abi Daud dan Mustadrak al-Hakim
3. QS ar-Rum : 41
4. http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm dan High Frequency Active Auroral Research Program Wikipedia
5. http://www.cuttingedge.org/news/N2011.cfm
6. Hadith Riwayat Ibn Majah (4059) dalam al-Fitan
7. http://www.cuttingedge.org/news/N1753.cfm
8. Hadith Muslim : Kitab al-Fitan wa Asyrat al-Sa'ah, no 2898
9. Hadith Bukhari
10. Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
11. Atsar ini diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. [baca]

Thursday, September 15, 2011

Muka bayi cedera ketika dilahirkan..

 bayi perempuan yang baru 4 hari dilahirkan ini, alami kecederaan yang serius di mata dan muka akibat kecuaian doktor.

Dari dulu sampai sekarang tak abis2 dengar kes kecuaian, layanan tak menyenangkan dan bermacam lagi tentang hospital di klang nih. Salah sorang sepupu deena sendiri semasa di wad bersalin.. ngeri nak citer sampaikan suami beliau nak saman dan bersemuka dengan pihak atasan. Kadang nasib2 jer la bersalin di hospital kerajaan sebab tu la pada yang berkemampuan sanggup berhabis ribuan ringgit memilih hospital swasta..
Dan kali ni muka bayi cedera waktu dilahirkan di hospital yang sama, anak pertama pada pasangan Ibrahim Umran dan Siti Aishah. sedihkan ?! sudah la bertarung nyawa menahan sakit bila tengok anak dalam keadaan macam ini apa perasaan kita ?

“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya. - Ibrahim Umran ( bapa bayi )




sumber: Berita Harian Online
 

p/s : harap kes sebegini tak berulang lagi..




Gambar Belangkas