Saturday, February 26, 2011

Kejujuran Orang Jepang Yang Sangat Sulit Diterapkan di Indonesia

Di jepang, para petani kebanyakan menjual sisa hasil kebunnya dengan cara membuka lapak sendiri dan tidak seperti di pasar yang dipenuhi banyak pedagang.

Namun hal yang aneh disini adalah lapak tersebut TIDAK dijaga oleh sang empunya lapak.


Lalu bagaimana transaksinya? Mudah saja, si penjual telah mencantumkan harga di setiap barang dagangannya dan apabila ada pembeli yang datang untuk

Sinopsis, trailer dan pelakon Transformers 3

Transformers 3 Dark of The MoonTransformers 3 Dark of The Moon adalah sebuah filem sambungan daripada Transformers 2 Revenge of The Fallen yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat filem Holywood. Difahamkan, filem Transformers 3 bakal ditayangkan kepada umum mulai 1 Julai 2011 nanti.

Sekali lagi Michael Bay memikul tugas selaku pengarah filem Transformers 3 yang sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu. Watak pelakon utama pula masih mengekalkan Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky tapi watak yang dipegang oleh Megan Fox dalam Transformers 2 diganti oleh Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly.

Berikut adalah senarai pelakon Transformers 3 Dark of The Moon:

Pengarah: Michael Bay
Penulis: Ehren Kruger
Penerbit: Steven Spielberg

Barisan pelakon Transformers 3:
Shia LaBeouf (Sam Witwicky)
Rosie Huntington-Whiteley (Carly)
Josh Duhamel (Major William Lennox)
Hugo Weaving (Megatron voice)
John Malkovich (Bruce)
Patrick Dempsey (Dylan)
Alan Tudyk (Dutch)
Ken Jeong (Ken Jeong)
Frances McDormand (Marissa Faireborn)
John Turturro (Simmons)
Tyrese Gibson (Robert Epps)
Karyn Parsons (Erica Banes)
Frank Welker (Soundwave voice)
Peter Cullen (Optimus Prime voice)
Ramon Rodriguez (Leo Spitz)

Antara lokasi penggambaran filem Transformers 3 Dark of The Moon:
1. Chicago, Illinois, USA
2. Detroit, Michigan, USA
3. Florida, USA
4. Gary, Indiana, USA
5. Houston, Texas, USA
6. Johnson Space Center - 2101 NASA Rd., Houston, Texas, USA
7. Kennedy Space Center, Titusville, Florida, USA
8. Long Beach, California, USA
9. Los Angeles, California, USA
10. Milwaukee, Wisconsin, USA
11. Playa Vista Studios, Playa del Rey, Los Angeles, California, USA (studio)
12. Washington, District of Columbia, USA

Transformers 3 Dark of The Moon

Sinopsis Bahasa Melayu - Transformers 3 Dark of The Moon
Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime sekali lagi kembali untuk menentang musuh utama beliau iaitu Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 iaitu dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut bela daripada Autobots. Dalam filem terbaru Transformers 3 Dak of The Moon, Autobots dan Decepticons telah terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan U.S dan Russia. Sekali lagi khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bentuk Shockwave (gelombang maybe). Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers dimana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.

Full English Synopsis - Transformers 3 Dark of The Moon
"The Autobots, led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime “Transformers” character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."

Official Trailer Transformers 3 - Dark of The Moon



The making of Transformers 3 Dark of The Moon (Location: Chicago US)


Nota Dahi: Tak sabar betul nak tunggu filem kegemaran ni. Difahamkan Transformers 2 berjaya mencatat kutipan lebih 200 juta USD selepas 5 hari ditayangkan kepada umum. Bagaimana pula dengan Transformers 3?

Tutorial cara buat logo blog percuma

Menarik bukan kalau blog korang mempunyai logo persendirian? Ok pada entry kali ini aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana nak buat logo blog secara percuma dan senang. Kat bawah ni ada satu contoh logo yang aku buat dalam masa 5 minit.


Macamana nak buat logo tersebut? Ok ikut je langkah-langkah kat bawah ni ye:

1. Download software AAA Logo 2010 mediafire

2. Selepas download mediafire selesai, korang bolehlah install software AAA Logo 2010 tersebut. Jangan lupa masukkan keygen sekali ye. Aku tak nak ajar macamana cara nak install sebab aku anggap kebanyakan daripada korang dah tahu nak install sesebuah software.

3. Bila dah siap install, buka software tadi dan akan keluar page seperti berikut. Korang boleh pilih mana-mana contoh logo yang korang berkenan. Klik Previous page dan Next Page untuk melihat kesemua template logo yang telah tersedia.


4. Aku ambil contoh logo BLuestrorm dibawah ni. Klik logo tersebut untuk edit dan akan keluar halaman seperti dibawah. Untuk menukar tulisan BlueStorm tu, korang klik je kat tulisan tu dan Text pada tab bahagian atas.


5. Selepas tulisan tersebut diedit, ianya akan menjadi seperti dibawah ni. Pada sebelah kiri bahagian bawah tu, terdapat banyak bentuk yang korang boleh gunakan untuk membuat logo pilihan. Klik je mana yang berkenan. Pada bahagian tab, banyak lagi option lain yang korang boleh explore seperti effect, gradient, transform dan colours.


6. Jika logo korang sudah siap, sila klik file > save logo image. Korang akan ditanya seperti dibawah. Sila tandakan transparent background untuk memudahkan korang menggunakan logo tersebut untuk diletak pada header blog korang.


7. Selepas semuanya selesai, bolehlah korang import logo tersebut untuk diedit ke dalam photoshop pula. Selamat mencuba.


Nota Dahi: Diharap tutorial ini dapat membantu anda untuk membuat logo blog yang lebih professional yang menarik. Software AAA Logo 2010 adalah percuma untuk di download di mediafire. Jika anda rasakan entry ini bermanfaat, sila tekan like dibawah ataupun share entry ini di facebook anda.

Call of Duty MW2 wallpapers 3

Download wallpaper high definition (HD) yang bersaiz besar sesuai untuk dijadikan wallpaper desktop bagi laptop atau komputer anda. Sila klik untuk besarkan gambar dan right click untuk save image.









Nota Dahi: Semua wallpaper di upload sepenuhnya oleh wowberita.com. Jika ingin lihat lebih banyak wallpaper HD, anda boleh klik pada kategori Wallpaper HD ataupun sitemap dan pilih wallpaper kegemaran anda.

Keputusan dan highlight EPL 26-2-2011

Beberapa perlawanan menarik Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 yang akan berlangsung hari ini dan esok antaranya membabitkan gergasi EPL seperti Manchester United, Liverpool dan Manchester City.

Berikut adalah jadual dan masa perlawanan bolasepak EPL yag akan berlangsung pada hari ini 26-2-2011. Selain itu anda juga boleh melihat jadual penuh EPL musim 2010/2011.

26/2/2011
11:00pm Aston Villa vs Blackburn Rovers
11:00pm Everton vs Sunderland
11:00pm Newcastle United vs Bolton Wanderers
11:00pm Wigan Athletics vs Manchester United
11:00pm Wolverhampton vs Blackpool

27/2/2011
9:30pm West Ham United vs Liverpool
11:00pm Manchester City vs Fulham

28/2/2011
4:00am Stoke City vs West Bromwich Albion

Highlight dan keputusan penuh EPL akan diupdate sebaik sahaja perlawanan tamat. Jangan lupa bookmark halaman ini untuk maklumat lanjut. Jom tengok perlawanan Liga Juara-juara Eropah (Champions League) melalui live online streaming terus menerusi blog ini.

Berikut adalah keputusan penuh EPL 26/2/2011:

26/2/2011
11:00pm Aston Villa 4 vs 1 Blackburn Rovers
11:00pm Everton 2 vs 0 Sunderland
11:00pm Newcastle United 1 vs 1 Bolton Wanderers
11:00pm Wigan Athletics 0 vs 4 Manchester United
11:00pm Wolverhampton 4 vs 0 Blackpool

27/2/2011
9:30pm West Ham United 3 vs 1 Liverpool
11:00pm Manchester City 1 vs 1 Fulham

28/2/2011
4:00am Stoke City vs West Bromwich Albion

Friday, February 25, 2011

Tutorial photoshop top secret 5 in 1 DVD

Adobe Photoshop adalah sebuah software atau perisian yang sangat popular dan ianya digunakan untuk mengedit sesebuah gambar dan menghasilkan gambar yang sangat menarik. Walaubagaimanapun, ianya perlu mengambil sedikit masa untuk anda mahir menggunakan Photoshop.

Tutorial Phtoshop Top Secret menyediakan keperluan bagi anda yang betul-betul berminat untuk lebih mahir menggunakan photoshop terutamanya bagi anda yang minat dalam bidang photographer. Dengan adanya tutorial Photoshop Top Secret, anda akan diajar dengan pelbagai teknik mengedit gambar seperti menukar muka seseorang kepada muka anda, membuat tatu, membuat poster filem dan banyak lagi. Anda boleh melihat senarai tutorial didalam website rasmi Photoshop Top Secret.

Photoshop Top Secret dibekalkan dalam 4 DVD berasingan dan sekeping DVD bonus. Tapi apa yang menariknya, tutorial Photoshop Top Secret 5 in 1 DVD telah menggabungkan kesemua tutorial dalam hanya 1 DVD sahaja. Berikut adalah video pengenalan kepada tutorial Photoshop Top Secret.



Jika anda mahukan tutorial ini, saya bersedia membantu anda dengan membuatkan salinan tutorial ini dengan harga RM20 termasuk caj penghantaran menggunakan Pos Express. Dengan harga tersebut, anda bakal mendapat 3 DVD seperti berikut:

DVD1
Tutorial Photoshop Top Secret 5 in 1

DVD2
Tutorial Basic Flash CS4
Software Flash CS4 Phofessional

DVD3
Software Adobe Photoshop CS4 Professional
200 Photoshop Tutorial (PDF Format)
1800 Koleksi Fonts Menarik
Pack Photoshop Brushes 2009
5000 Wallpapers Collection
Microsoft Office 2007 Full Version
Avast Pro Antivirus v5 Final
1000 Photoshop Actions
ESET NOD32 Smart Security 4 Antivirus
AAA Logo 2010 - Software membuat logo
Internet Download Manager 5.19 100% Working
Xara 3D 6 Full Version - Software buat font 3D

Jika anda berminat untuk dapatkan semua DVD tersebut dengan harga RM20, sila call/sms saya terlebih dahulu di 0137026110. Penghantaran akan mengambil masa 3-4 hari bekerja.


Nota Dahi: Ini adalah entry sponsor. Jika anda berminat untuk mendapatkan entry sebegini bagi produk anda, sila beriklan di wowberita.com terlebih dahulu. Sila klik pada kategori Blog Sponsor untuk melihat entry sponsor yang lain.

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria | baca lagi

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,  cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada 'kemajuan teknologi umat zaman terdahulu' dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.

Gambar Belangkas