Saturday, October 23, 2010
Siapa Kata Wanita Tiada Janggut?
Sesuatu yang pelik jika seseorang mempunyai sesuatu yang ada pada kaum jantina lawannya. Tapi itulah yang berlaku kepada Vivian Wheeler yang berusia 62 tahun berasal dari Bakersfield, California, Amerika apabila mempunyai janggut. Bahkan, bukannya sehelai dulu, bahkan sama lebat seperti seorang lelaki sebenar!
Sebenarnya Vivian sudah mempunyai misai dan janggut yang halus sejak umurnya 7 tahun. Ayahnya juga menyimpan kerisauan ke atas apa yang terjadi kepada anak perempuannya itu. Setiap hari cuba dicabutnya, namun tetap tumbuh semula dan semakin banyak. Sehinggalah umut Vivian mencapai 15 tahun dan janggutnya tetap tumbuh dengan lebat. Akhirnya, dia membiarkan saja tumbuh tanpa mencukurnya setiap hari.
Keputusan itu pulalah yang menorehkan nama Vivian dalam Guinness Book of World Record. Dia tercatat sebagai Wanita Berjenggot Terpanjang. Terakhir kali diukur, panjang jenggotnya mencapai 28 cm. Menurut medis, Vivian memiliki keturunan hypertrichosis, syndrome manusia berbulu lebat dan kelainan hormon.
Dengan keunikan yang ada pada dirinya itu, dia telah mengangkat namanya di dalam Guinness Book of World Record. Dia tercatat sebagai wanita berjanggut terpanjang. Terakhir diukur, panjang janggutnya itu telah mencapai 28cm. Menurut doktor, Vivian telah mengidap keturunan Hypertrichosis, iaitu sindrom manusia berbulu lebat dan kelainan hormon.
cara menyusun imej pada sidebar
Jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana hendak menyusun imej pada sidebar agar saiznya sama lebar dan sama tingginya
Sebenarnya boleh jimat ruang lagi dengan buat cara berikut;
Contoh ini bila kita nak letak button macam diatas biasa kita akan dapat kod seperti ini:
<!-- Start Backlink Code --><a target="_blank" href="http://weblinkexchange.ownpeg.com/" title="Web Link Exchange"><img alt="Web Link Exchange" src="http://weblinkexchange.ownpeg.com/images/backlink.gif" border="0" /></a><!-- End Backlink Code -->
Kita Cuma perlu tambah kod untuk tinggi(height) dan lebar(width) seperti ini:
<!-- Start Backlink Code --><a target="_blank" href="http://weblinkexchange.ownpeg.com/" title="Web Link Exchange"><img alt="Web Link Exchange" src="http://weblinkexchange.ownpeg.com/images/backlink.gif" border="0" height="15" width="60" /></a><!-- End Backlink Code -->
Border “0” bermakna tiada border ,boleh letak nilai jika hendak letak border disekeliling
Supaya kedudukanya berada ditengah tengah tambahkan kod seperti ini:
Untuk kod button /imej seterusnya letak disini…
………….
…………
Untuk letak dua baris kena sesuaikan lebarnya sahaja.Bila ruang dan saiz kena akan jadi baris seterusnya.Bila terlalu panjang akan ia akan turun kebawah.
Supaya nampak tersusun lagi letaklah dalam border:
<div style="width: 140px; height: 220px; border: 1px solid; padding: 2px; margin: 5px 0pt 0pt;">
</div>
atau pun buat table disekelilingnya.Cara membuatnya ada saya terangkan dalam tutorial sebelum ini.
Atau boleh juga guna garisan seperti dibawah ini untuk memisahkan kandungan pada sidebar
Dengan menggunakan kod ini:
<hr color=”#AC58FA”/>
Kod warna boleh ditukar mengikut kesesuaian.
Friday, October 22, 2010
Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi
Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi
Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :
- Teori kaedah pilihan Dajjal
- Pencarian Imam Mahdi
- Sistem pengecaman wajah berkomputer
- Programming Language, Operating System dan Windows
- Peranan manusia dan jin
Pengenalan
Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’.
Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.
* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.
Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).
Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.
Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.
Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi
Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.
Manusia dan Jin
Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.
“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.”
(An-Nas, 1-6)
#2 : Peranan Manusia
Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.
Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.
Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalam Operating System buatan Illuminati sendiri iaitu Windows.
Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptop yang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.
(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)
Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?
Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.
Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.
#1: Peranan Jin
Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.
Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.
Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :
“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.
Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.
Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.
Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi
Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.
Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utama ialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.
Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.
Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?
Kesimpulan
Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal atau tenteranya (Israel) biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya. Tidak keterlaluan juga jika saya simpulkan bahawa 'Facebook', 'MySpace', 'Twitter' adalah satu medium yang paling tepat untuk mengumpulkan gambar-gambar Muslim bagi tujuan 'gila' mereka.
Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.
Sumber : www.ibnuyaacob.com
Siapa Orang Tua Dalam Logo KFC?
Adakah anda kenal siapa orang tua yang tersenyum dalam logo Kentucky Fried Chicken atau singkatannya KFC? dan bagaimana tertubuhnya KFC?
Beliau ialah Kolonel Harland Sanders, pencipta resepi KFC. Lahir pada 9 September 1890 dan mula membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun. Kerana itu janggut dan rambut didalam logonya berwarna putih (uban).
Beliau sebenarnya adalah seorang tentera darat Amerika, namun selepas pencen, beliau tidak memiliki wang walau sesen pun. Pada masa itu, beliau hanya memiliki kepandaian dalam memasak dan merempah ayam goreng yang diciptanya. Rasanya sangat istimewa pada waktu itu. Resepi itu kemudiannya dijual di restoran-restoran.
Kini KFC berkembang pesat dan memiliki outlet yang lebih dari puluhan ribu diseluruh dunia.
Panjang Umur
Sebab-sebab kenapa Yahudi inginkan Baitulmaqdis
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...