Wednesday, June 16, 2010

Piala Dunia 2010

Salam. Umum tahu kan sekarang ni kecoh pasal bola sepak piala dunia ni. Kaum lelaki khususnya, memang tak lepas peluang untuk menonton rancangan hebat tahun ni. Ada tu siap demam bola lagi. Mana-mana pergi citer pasal bola. Lebih parah ada yang terbawa-bawa dalam mimpi .. Lumrahlah kan..

Perlawanan kali ini menyaksikan perubahan pada bola itu sendiri. Bola baru buatan Adidas itu dikatakan mampu memberi kesan yang lebih dramatik kepada pemain-pemain sekali gus menjadikan permainan bertambah menarik dan mendebarkan. Dibuat di Jerman, dikatakan memberi kelebihan kepada pasukan negara itu, kerana dikhabarkan mereka diberi peluang mencuba bola baru itu 4 bulan lebih awal. (Patutlah Jerman leh menang 4-0 hari tu..). Apa pun, perlawanan kali ini nampak sedikit mencabar apabila banyak pasukan yang diramal memberi tentangan tidak dapat menunjukkan perlawanan yang menarik. (Dramatik de la..)

Siapa pasukan pilihan anda. Dah berjaya menang atau kalah kepada lawannya? Masing-masing tunggu je siapa juara kali ini. Oh ye, ada juga pertandingan di blog untuk teka siapa juara FIFA World Cup 2010 nanti. Jangan lupa masuk ye..

Letak iklan atau search box pada header

Entri kali ini masih lagi menyentuh lagi bahagian header,tapi kali saya tunjukan cara bagaimana hendak meletakkan kotak search atau iklan seperti adsense ,nuffnang dan sebagainya pada bahagian header.Sebelum membuatnya adalah disarankan membuat backup template terlebih dahulu.

Dari dashboard pilih design--->Edit HTML
kemudian cari kod ini pada template anda;

<div class='descriptionwrapper'>
<p class='description'><span><data:description/></span><
Jika ingin meletakkan search box  dibahagian bawah blog description letakkan kod nya dibawah kod diatas.Jika ingin meletakkan dibahagian atas pula letakkan kod iklan atau search diatas kod tadi.
Kemudian klik preview jika tiada apa apa error,simpan template anda. 
selamat mencuba.

Tuesday, June 15, 2010

Kanak-kanak belajar gunakan kaki untuk makan

Kanak-kanak comel ini bernama Ali Srour. Sangat aktif dan mempunyai mental yang sihat seperti kanak-kanak normal yang lain. Walaubagaimanapun anak kelahiran Jordan ini dilahirkan tanpa tangan. Kini dia perlu belajar menggunakan kaki untuk semua pekerjaan seperti makan dan bermain komputer. Doktor menyifatkan kecacatan ini adalah berpunca dari faktor genetik dan keturunan.









Monday, June 14, 2010

Harry Potter kini di dunia nyata


Universal Orlando Resort telah pun menyebarkan gambar Taman Tema Harry Potter yang akan dibuka umum pada 18 jun ini. Kini, kisah khayalan penyihir kanak-kanak itu telah diterjemahkan dari komik ke dunia nyata.


Selepas melalui pintu gerbang yang menempatkan kereta api Hogwarts Express, pengunjung akan melihat bandar rekaan Hogsmeade yang dilitupi salji, bumbung-bumbung bangunan dan rumah yang kotor serta barisan kedai-kedai, tidak ubah seperti yang dipaparkan dalam buku dan filem.

Kedai konfeksi Honeydukes menawarkan coklat berbentuk katak dan gula-gula paling popular dalam siri filem Harry Potter, Bertie Bott's Every-Flavour Beans boleh didapati dalam pelbagai bentuk daripada buah pear hingga ikan.

Penulis buku-buku Harry Potter, J.K. Rowling sangat mementingkan perincian dalam kerjanya dan Universal Orlando dilaporkan terpaksa bekerja keras bagi memenuhi permintaannya.












Hantar sms percuma dengan Facebook Application


Pergi ke laman web: http://www.dodotext.com



Klik Add our Facebook Application / gambar tersebut



klik Allow

klik Add to Profile

klik Add jika anda ingin letakkan box tersebut ke dalam profile anda.
Sekarang anda boleh menghantar mesej ke handphone sahabat anda secara percuma. Memang percuma!

Sunday, June 13, 2010

Video Pokok Rukuk


Gambar ini sebenarnya telah lama tersebar di internet. Namun ramai juga yang menduga bahawa ini adalah gambar rekaan, kerana kesahihannya boleh disangkal disebab ia adalah sebuah potret (suatu masa dahulu). Walaubagaimanapun, kini ramai yang telah pergi melihat sendiri pokok yang dalam keadaan rukuk tersebut.

Pokok yang seolah-olah dalam keadaan sedang rukuk tersebut terletak hanya 200km dari Sydney, Australia. Yang lebih menakjubkan, ia menghadap ke arah kiblat. Anda boleh mengkaji sendiri. Jika dilihat kedudukan pokok dari gambar sekarang dengan gambar yang pernah beredar diinternet suatu masa dahulu, tidak ada perbezaan.








Saturday, June 12, 2010

Batu karang terbesar dalam perut


Saiz baru karang yang biasa dijumpai adalah sebesar bola golf. Tapi kali ini seorang doktor telah menjumpai saiz yang lebih besar dari itu pada salah seorang pesakitnya. Amat mengejutkan, batu yang tinggal diperut pesakit itu selama ini adalah seberat 1.13 kg dan berdiameter 17 sentimeter.



Gambar Belangkas