Thursday, November 5, 2015

kopi luwak musang




Panas !!! Selepas Kopi Tahi Musang, Kini Timbul Kopi Tahi Gajah Dan Termahal Di Dunia Sebelum ni kita pernah di kejutkan dengan penghasilan kopi bermutu tinggi dan termahal di dunia dari tahi Musang di Indonesia. Kopi Tahi Musang atau Kopi Luwak di pilih dari najis Musang yang memakan buah kopi. Oleh kerana deria bau Musang yang tinggi, Musang hanya memakan buah kopi yang benar-benar masak dan bermutu tinggi. Biji buah Kopi yang di makan Musang tidak dapat di hadamkan kerana ianya terlalu keras dan akan keluar bersama najis. Melalui najis-najis itulah biji kopi yang bermutu tinggi di ambil untuk di bersihkan dan kemudian di goreng seperti mana penghasilan kopi biasa sebelum ianya di tumbuk atau di kisar menggunakan mesin. Harga bagi 100gram kopi tahi Musang berkenaan mencecah sehingga RM180. Namun ianya tetap di gilai di seluruh dunia sebelum ini. Kini timbul pula satu kisah di mana terdapat sejenis kopi yang termahal di dunia telah di hasilkan di Thailand melalui najis-najis gajah yang memakan buah kopi. Harga bagi 100 gram kopi berkenaan yang terhasil dari najis-najis gajah mencecah sehingga RM336. BANGKOK – Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah. Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa. Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan. Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360). Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi. Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah. Dinkin – menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan – berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya.

Kopi najis gajah



Panas !!! Selepas Kopi Tahi Musang, Kini Timbul Kopi Tahi Gajah Dan Termahal Di Dunia

Sebelum ni kita pernah di kejutkan dengan penghasilan kopi bermutu tinggi dan termahal di dunia dari tahi Musang di Indonesia.


Kopi Tahi Musang atau Kopi Luwak di pilih dari najis Musang yang memakan buah kopi. Oleh kerana deria bau Musang yang tinggi, Musang hanya memakan buah kopi yang benar-benar masak dan bermutu tinggi. Biji buah Kopi yang di makan Musang tidak dapat di hadamkan kerana ianya terlalu keras dan akan keluar bersama najis.

Melalui najis-najis itulah biji kopi yang bermutu tinggi di ambil untuk di bersihkan dan kemudian di goreng seperti mana penghasilan kopi biasa sebelum ianya di tumbuk atau di kisar menggunakan mesin. Harga bagi 100gram kopi tahi Musang  berkenaan mencecah sehingga RM180. Namun ianya tetap di gilai di seluruh dunia sebelum ini.

Kini timbul pula satu kisah di mana terdapat sejenis kopi yang termahal di dunia telah di hasilkan di Thailand melalui najis-najis gajah yang memakan buah kopi. 

Harga bagi 100 gram kopi berkenaan yang terhasil dari najis-najis gajah mencecah sehingga RM336. 


BANGKOK – Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah. 

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa. 

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan. 

Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360). 

Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi. 

Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah. 

Dinkin – menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan – berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. 

Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya. 

Monday, November 2, 2015

Kangkang bersalin nak doktor kacak hemsem


Kalau bersalin nak kangkang untuk doktor kacak.Runtun, sedih bila tahu isteri macam ni.


kapal perang melayu yang di geruni portugis



Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.

1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.



2- Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu masa dahulu.


Replika Kapal yang digunakan oleh Lanun dari Kepulauan  Melayu
3- Maka tidak hairan lah pelayarPortugis yang terkenal, Ferdinand Magellan menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar namaPanglima Awang atau Panglima Hitam bukan?

4- Lynda Shaffer didalam bukunyaMaritime Southeast Asia to 1500yang diterbitkan pada tahun 1996 telah membuat kajian terperinci mengenai pelaut-pelaut Melayu yang sedari awal kurun pertama telah pun mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh. Pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendangDongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.

5- Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

6- Malah pelayar-pelayar Chinatelah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata: 
The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.  

7- Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu armada perang Portugisbertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja

8- Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perangAceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya.Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut:

Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.
9- Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thitheryang ditulis oleh Isabella L Birdyang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melakadengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata:

of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen, in Sumatra, was the most powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person.  
10- Saya seterusnya cuba membelek-belek beberapa forum-forum tempatan dan luar negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis olehDom Paulo Lima de Pereira kepadaRaja Philip yang menguasaiPortugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut, terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.

No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous galeões, oito Gales, e algumas fustas, e lancharas,


Terjemahan:
In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt, among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys, some foists and lancharas.
11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber PortugisBatalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut:

nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor porte !
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que levava consigo.


Terjemahan:
In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he carried.
12- Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang seperti meriam didalam kuantiti yang banyak.

Rentasan sebuah Galleon


13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membinaGalleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17.Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripadaBelanda. Hanya Aceh dan Johorsahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluarGalleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura(cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. PihakBelanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.

Kura-kura Melayu yang menggentarkan Eropah.

14- Menarik bukan? Apa yang lebih menarik, selepas saya membaca buku nukilan R.A Fletcher yang bertajuk Warships & Their Storiesyang diterbitkan pada tahun 2004, saya mendapati satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher, bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcherlagi, ini berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcheryang menyebut seperti berikut:

The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or double canoe is to be found also.

Lakaran Kapal, Lanchara dan Jong melayu. Yang paling hampir itu lah perahu bersayap orang melayu.

Wednesday, October 28, 2015

Cara tanam pokok kurma

Cara mudah menanam pokok kurma. Beli buah kurma dari mana mana negeri arab atau parsi Iran. yang popular di Malaysia dari Mekah, Madinah, Turki dan Iran. Biji yang kita makan tak perlu di buang. Perlu di cuci bersih dari sisa buah kurma, rendam dulu dalam air bersih . Sebaik baik air tapisan macam mineral. Rendam sehari atau dua hari. Tanah perlu bersih dari bakteria. Sebaik baik tanah gambut atau tanah hitam yang di beli. Kalau ada kat kebun pun lagi baik tapi tanah mestilah subur. Bekas air mineral pengganti pasu. potong dan ambil bahagian bawah mcm dalam gambar, boleh botol besar atau kecil. tapi kalau da besar anak pokok kurma perlu di pindahkan ke bekas yang lebih besar. Cara meletakkan atau menanam biji buah kurma ? satu pertiga botol mineral yang telah di potong rujuk ukuran seperti gambar. Buatkan lubang macam pasu pokok. tebuk guna pisau dengan memanaskan di api. Setelah itu tuang tanah gambut atau tanah hitam sikit sehingga satu inci jari. Seterusnya letakkan satu bijik buah kurma dan timbuskan dengan tanah. Jangan lupa selawat masa letak bijik tu. Timbus dengan tanah dalam seinci atau dua inci cukup. Selesai dan siram guna air mineral. Jangan guna baja. Sebab baja adalah di perbuat dari najis kambing atau lembu. Pokok Kurma tak sama ia adalah pokok Nabi Muhammad s.a.w. Sebaik baik siram aje dengan air mineral. Tunggu dalam sebulan akan keluar pucuk macam pokok kelapa sawit. Jangan lupa siram dengan air mineral atau air hujan. Setiap hari dan jangan letak terus di bawah matahari. Nanti anak pokok mati. ok , selesai jangan lupa like page anak pokok kurma ye. Klik di bawah dulu dan like dan share utk mendapatkan teknik dan cara cara menanam anak pokok kurma dan lain lain anak pokok. Bagi yang malas nak tanam saya jual RM10.00 saje utk satu pokok. Kalau nak tempah pun boleh https://www.facebook.com/Anak-pokok-kurma-1490610067930624/

Sunday, October 11, 2015

Selepas 3 Tahun DIFITNAH, Wanita Ini Tampil MENDEDAHKAN Cerita SEBENAR Yang Amat Mengejutkan Semua !!!





Model kelahiran Taiwan, Heidi Yeh, yang mempunyai portfolio kerja yang mengagumkan dengan pelbagai jenama serta pernah tampil dalam video muzik berkata, dia kini terpaksa bekerja lebih keras kerana kehidupannya selama 3 tahun ini bagaikan neraka. 


Dalam sidang akhbar di Taipei, Rabu, Yeh dengan sedih memberitahu media bahawa sejak gambar potrait itu menjadi viral, dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara.



Tidak lama selepas itu, sebuah klinik kosmetik yang lain mula menggunakan gambar berkenaan dalam iklan kempen online dan gambar itu serta merta menjadi viral di seluruh dunia.



Kisah palsu kononnya seorang lelaki memfailkan saman terhadap isterinya kerana anak-anak mereka terlalu hodoh diterbitkan oleh akhbar Heilongjiang telah menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu. Sejak dari itu, ia menjadi bahan ejekan di media sosial. 


Akibatnya, kehidupan normal Yeh bertukar menjadi mimpi ngeri. Yeh juga mengatakan dia yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan sebanyak 4 juta NTD dalam bidang itu kini terpaksa melupakannya kerana agensi bakat mula memulaunya. Yang lebih menyakitkan, dia dituduh menipu untuk berkahwin serta didakwa telah melakukan pembedahan plastik.


Yeh kini mahu memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.


Simple Beauty, klinik kosmetik terbabit tampil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka telah menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak untuk gambar tersebut dari JWT. Masalah yang timbul adalah masalah diantara Yeh dan JWT dan mereka tidak terlibat dalam masalah itu.


Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Yeh itu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai. 

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT. 

Saturday, October 10, 2015

Berita Ringkas


BERITA HARI INI – 11/10/15 Sharing is Caring 1. KUALA LUMPUR - Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada Sabtu. Menurut laporan yang diterima, serpihan berkenaan dipercayai milik MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada bangkai pesawat tersebut. Laporan the Star yang dipetik sebagai berkata, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370. 2. SHAH ALAM - Rakyat negara ini mesti menjadikan sukan sebagai budaya semata-mata bahkan gaya hidup berterusan untuk melahirkan lebih ramai pelapis jaguh sukan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 3. KUALA LUMPUR - Tiga beranak maut selepas kereta yang dinaiki dihempap papan tanda yang patah dilanggar sebuah treler di Kilometer 399.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) hala utara, Hulu Selangor dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi itu, mangsa yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh , Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, bersama isteri, Jamnah Ibrahim, 56, dan anaknya, Nor Juliana, 17, maut di tempat kejadian. 4. KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda berkata beliau bersedia untuk menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawapan beliau menjadi sebahagian daripada rekod awam. 5. SEBERANG PERAI - Seorang penunggang motosikal maut ditimpa sebatang pokok getah yang tiba-tiba tumbang di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 40-an dikatakan dalam perjalanan seorang diri melalui jalan berkenaan sebelum dihempap pokok terbabit.

6. BESUT - Seorang pengantin baharu lelaki termasuk empat lagi maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang tadi. 7. IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh rakan sekerjanya di sebuah kontena di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gua Tempurung, Kuala Dipang dekat Kampar di sini hari ini. 8. KUALA LUMPUR - Pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Korda melonjakkan diri sebagai pendahulu selepas tiga pusingan kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia dengan kelebihan dua pukulan sebelum memasuki penentuan hari terakhir esok. 9. SUNGAI PETANI - Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) merancang membina sebuah hospital bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan termasuk pergigian kepada masyarakat dari kawasan berhampiran kata Canselornya, Datuk Seri S. Samy Vellu. 10. KOTA KINABALU - Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu kini menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan tempatan yang dipercayai hilang di kawasan Pulau Sapi dan Pulau Manukan, malam tadi. 11. KUALA LUMPUR - C. Sivarraajh dan M. Mohana masing-masing mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MIC kebangsaan bagi penggal 2013-2016 setelah diumumkan menang tanpa bertanding hari ini. 12. GUA MUSANG - Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang ditemui masih hidup terutamanya mengenai ‘rahsia’ mereka dapat bertahan lebih 45 hari. 13. GEORGE TOWN - Dua lelaki yang didakwa bertindak biadap memaki dan mencampak duit kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci direman selama tiga hari bermula hari ini. 14. KUALA LUMPUR - Kerajaan membayangkan butiran Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin tidak sempat dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun ini berikutan kekangan masa. Persidangan Dewan Rakyat bermula 19 Oktober ini akan memfokuskan kepada pembentangan, perbahasan dan kelulusan Bajet 2016. 15. KOTA BHARU - Kerajaan persekutuan dan negeri Kelantan perlu mewujudkan kompleks sukan dan pusat rekreasi di setiap jajahan negeri ini bagi menggala 8:13:34 AM kkan orang ramai bersukan. 16. GEORGE TOWN - Polis mengenal pasti seorang lelaki dipercayai cuba menyamun sepasang suami isteri yang sedang menaiki sebuah kereta dengan bertindak memecahkan cermin kenderaan pasangan berkenaan seperti dalam video yang menjadi viral di laman sosial sejak semalam. 17. KUCHING - Jabatan Imigresen menahan 40 lelaki Indonesia yang disyaki berada dalam negara secara tidak sah dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 32 Jalan Kuching-Serian di sini semalam. 18. KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara masih kekal dalam kategori sederhana dan sihat setakat pukul 2 petang ini. Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 39 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan lima daripadanya menunjukkan bacaan IPU antara 80 dan 90 iaitu Putrajaya (86); Banting (84); Nilai, Port Dickson dan Batu Muda, Kuala Lumpur (masing-masing 80). 19. KUALA NERUS - Sistem pengurusan jemaah haji Malaysia telah diiktiraf sebagai model terbaik yang perlu dicontohi jemaah haji dari negara lain bagi memastikan kelancaran ibadah umat Islam di tanah suci Mekah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. 20. GUA MUSANG - Satu lagi rangka dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui pasukan penyelamat di sini hari ini menjadikan ia penemuan keenam. Mayat tersebut dipercayai milik Juvina David, 7, yang ditemui berhampiran kawasan Norieen Yakob dan Miksudial Aluj ditemui di tepi Sungai Prias kira-kira pukul 10.30 pagi. 21. PUTRAJAYA - Kadar fi bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman. Beliau berkata, fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000. 22. SHAH ALAM - Empat lelaki diberkas berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang semalam. Kesemua suspek itu termasuk seorang pemandu teksi yang menghantar mangsa ke rumah ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu menjadi viral di laman sosial. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihak polis turut menjumpai semula wang tebusan berjumlah RM291,550. 23. PUTRAJAYA - Seramai lima juta pelajar dan guru terlibat dalam sambutan Hari Sukan Negara di seluruh negara, hari ini. Pelbagai aktiviti dijalankan di peringkat sekolah dan daerah bagi menggalakkan penyertaan bersama dalam aktivti sukan, sekali gus merapatkan hubungan rakyat tanpa mengira bangsa. 24. WASHINGTON - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak ada persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibangkitkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam dua pertemuannya dengan agensi tersebut semalam. 25. MELAKA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menangguhkan proses pembenihan awan untuk sementara waktu berikutan keadaan jerebu yang semakin pulih di seluruh negara sejak beberapa hari lepas. 26. KUALA LUMPUR - Susulan tragedi yang menimpa tujuh murid Orang Asli di Gua Musang, Kementerian Pendidikan akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti beberapa aspek melibatkan anak Orang Asli yang tinggal di asrama kelolaan kementerian itu. 27. PELABUHAN KLANG - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada Pas walaupun parti itu tidak menyertai pakatan baharu pembangkang, Pakatan Harapan. 28. SINGAPURA - Singapura hari ini menghantar sebuah helikopter jenis Chinook milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) serta 34 anggota pasukan bagi membantu memadam kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia. 29. TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mewujudkan aplikasi dalam talian mengenai senarai harga barangan yang lebih murah dijual di pasar raya terpilih, tahun depan. Menerusi 8:13:34 AM a plikasi itu, pasar raya di seluruh negara akan mengeluarkan senarai harga barangan yang telah diturunkan sekali gus memudahkan pengguna membuat pilihan. 30. KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) disaran menggunakan semua kuasa yang ada mengikut undang-undang untuk menyekat syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 31. SINTOK - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing di negeri ini hanya akan dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). 32. WASHINGTON DC – AMERIKAT SYARIKAT. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti BN kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 33. KUALA LUMPUR- "Kebelakangan ini orang Melayu marah kerana maruah orang Melayu tercabar! saya setuju jika dikatakan maruah orang Melayu tercabar," demikian ucapan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon dalam Himpunan Agung Tahunan MCA hari ini. Tambah beliau, ini kerana segelintir peserta ‎dalam Perhimpunan Bersih 4.0 sebelum ini telah memijak gambar pemimpin Melayu. 34. PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bertindak sesuka hati untuk menahan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu tanpa asas yang kukuh, tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. "Apabila seseorang itu ditahan mengikut undang-undang Sosma sudah tentulah ada asasnya dan kita tidak sesuka hati mengambil tindakan apabila kita ada asas-asas kukuh," katanya. 35. SABAK BERNAM – Kira-kira 26 rumah penduduk di Taman Budi, Batu 40, di sini, diancam keretakan dan kerosakan struktur rumah jika pihak pemaju perumahan berhampiran tidak mengambil langkah pencegahan menangani masalah itu. 36. SERI MANJUNG - Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya mematahkan kegiatan mencuri kabel di Ayer Tawar, di sini, selepas seorang lelaki yang dipercayai suspek kes berkenaan ditahan, Rabu lalu. 37. KINABATANGAN - Seorang lelaki maut ditembak dari arah belakang ketika berehat di bawah rumahnya di Kampung Usaha Jaya Batu 3 Jalan Pengkalan dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata terdapat satu kesan tembakan di bahagian tengah dada mangsa yang berusia 29 tahun dan kejadian itu disedari ibunya. 38. BANGI - Cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran boleh dijadikan sebagai satu simbolik kepada gagasan 1Malaysia yang perlu ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat di negara ini kata Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. 39. BATU PAHAT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ketika memecah masuk rumahnya. Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi minggu lalu, mangsa sedang tidur di kediamannya di Senggarang, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising. 40. JOHOR BAHRU – Pemandu teksi dan pemandu lori yang menggunakan perkhidmatan gas asli untuk kenderaan (NGV) di kenderaan masing-masing berdepan pertambahan kos selepas bekalan tersebut di bandaraya ini terputus sejak Isnin lepas. 41. JOHOR BAHRU – SAJ Holdings (SAJ) mengumumkan sebahagian kawasan di daerah ini dan Pengerang, Kota Tinggi terlibat dalam lanjutan Bekalan Air Berjadual sehingga 15 November ini. 42. KANGAR - Seorang orang kurang upaya (OKU) dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kangar di sini selepas mengaku bersalah mengangkut pendatang asing tanpa izin (Pati) Myanmar tiga bulan lalu. 43. ALOR SETAR - Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disahkan dijangkiti penyakit leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Pusat Rekreasi Lata Bayu Baling, Kedah, dua minggu lalu. 44. ALOR SETAR - Niat seorang lelaki mencari akar kayu dipercayai untuk dijadikan uba 8:13:34 AM t terencat apabila dia tersesat dalam hutan ketika mendaki Gunung Jerai. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, Mohd Izzuddin Mat Radzi, 39, yang mendaki gunung melalui laluan Tangga Kenari, Titi Hayun, Yan, gagal menemui jalan pulang. 45. KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (ah long) terbesar setakat ini dengan penahanan sepasang suami isteri dan sembilan lelaki dalam lima serbuan berasingan sekitar daerah ini, Isnin lalu. Semua suspek berusia 18 tahun hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua buah rumah dekat Galing, dua buah kedai makan di Indera Mahkota dan sebuah stesen minyak di Semambu. 46. KUANTAN – Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam menangguhkan perbicaraan kes seorang pembantu dapur yang didakwa menikam seorang bilal masjid, Tengku Shafiq Tengku Adan Azli, 21, hingga mendatangkan kecederaan, Ogos lepas. 47. KUALA TERENGGANU – Pembentangan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangkakan pada 23 Oktober ini, ada perkhabaran gembira untuk rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui bajet tersebut, beliau difahamkan ada bajet berkonsepkan rakyat. 48. BESUT - Seorang wanita warga emas terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer untuk meminta bantuan penduduk kampung selepas suaminya rebah dan meninggal dunia ketika menebang buluh di tepi sebuah ladang kelapa sawit Kampung Padang Buluh, Hulu Besut, di sini, kelmarin. 49. KUALA TERENGGANU - Seorang anak yang mengidap ketumbuhan di dalam perut sanggup bergilir menjaga ayah tercinta di saat insan itu yang suatu masa dahulu tempat dia bergantung, kini hanya terlantar kaku di atas katil. Noraini Jusoh, 24, kini bergilir dengan ibunya, Nik Mat Amin, 64, menjaga ayahnya, Jusoh Mamat, 88, yang terlantar akibat diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu. 50. KUALA LUMPUR- ‎ Isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia sudah disepakati secara konsensus oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata , kesepakatan mengenai SJKC dan SJKT itu telah lama dipersetujui dan sudah termaktub dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. 51. KUALA LUMPUR - Penahanan semula aktivis Khalid Ismath di bawah Akta Hasutan 1948 adalah keterlaluan dan bersifat melampau, kata organisasi hak asasi manusia Suaram dan mendesak agar dia dibebaskan. Tindakan polis tersebut adalah suatu yang menghina keputusan mahkamah. 52. GEORGE TOWN - DAP hari ini melahirkan sokongan berhubung titah Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secepat mungkin. Perkara serius membabitkan berbilion ringgit dan atas sebab itu Raja-Raja Melayu mahu tindakan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah. 53. KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan kebimbangan mendalam terhadap fenomena jerebu yang berulang di rantau ini dan memohon jaminan Indonesia untuk menangani kebakaran tanah dan hutan secara berkesan di republik itu bagi menyelesaikan masalah tersebut. 54. MARANG - Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat mewujudkan hospital di Marang bagi menampung keadaan mendesak dan keperluan rawatan pesakit yang meningkat berikutan daerah ini merupakan satu-satunya tidak mempunyai hospital daerah di negeri ini. 55. PUTRAJAYA - Kira-kira 30 peniaga kecil yang sebelum ini menjalankan perniagaan di Dataran Putrajaya, berkumpul di depan bangunan Perbadanan Putrajaya (PPj), mendesak pihak itu memberi peluang mereka berniaga di Jalan Pancarona selama sebulan sebelum dipindah ke lokasi baharu. 56. SHAH ALAM - Sekumpulan lelaki bertopeng melarikan pelbagai barangan komputer dan kamera serta sejumlah wang tunai selepas memecah masuk ke sebuah pasar raya di Puncak Alam, dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mereka terlebih dahulu mengumpil pintu masuk pasar raya berkenaan dan disedari tiga pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan. Kumpulan pe 8:13:34 AM ro mpak terbabit bertindak menahan lalu memukul mereka sebelum mengikat ketiga-tiganya. 57. GOMBAK - Impian penduduk Gombak Utara mempunyai sebuah masjid yang lebih besar tercapai apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan RM11 juta bagi membangunkan Masjid Zakaria Batu 8 1/2 Gombak di atas tanah berkeluasan kira-kira 1.2 hektar, di sini. 58. ANKARA - Angka kematian akibat dua letupan bom di Ankara, Turki meningkat kepada 86 orang, manakala lebih 150 lagi cedera. Pihak berkuasa Turki percaya, serangan itu yang didalangi pengganas itu menjadikan lokasi rapat umum sebagai sasaran.
Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan. Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut. Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya.... "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?" Jawab lelaki itu: "Bukan." "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" Dia menjawab: "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan." Umar bertanya lagi..... "Kamu hamba atau merdeka?" "Hamba milik seorang Bani Asim." Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu." Lelaki itu berkata..... "Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini." Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya: "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?" Dia berkata: "Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada-Nya." PENGAJARAN........ Adakalanya orang yang paling pemurah ialah orang yang paling memerlukan. Mereka tahu betapa sukarnya menjadi orang miskin. Oleh itu, mereka selalu membantu orang lain untuk bebas daripada belenggu kemiskinan.

Gambar Belangkas