Saturday, October 10, 2015

ANDA PASTI TERKEJUT DENGAN LELAKI INDIA YANG NEKAD BERKAHWIN DENGAN ANJING BETINA..LIHAT APA YANG BERLAKU 9 BULAN KEMUDIAN AMAT MENGEJUTKAN..!!!!!





SEBUAH Kuil di Selatan Tamil Nadu, INDIA menyaksikan perkahwinan seorang lelaki dengan seek0r anjing.

Pengantin lelaki berkenaan merupakan se0rang petani berbangsa India berusia 33 tahun bernama Selvakumar, yang telah berkahwin dengan seek0r anjing betina yang bernama Selvi.

Dia berkahwin dengan anjing betina itu k0n0nnya untuk melepaskan diri dari sumpahan akibat kekejamannya membaling dua ek0r anjing sehinggah mati dan menggantungnya pada p0k0k 15 tahun yang lalu.

Dia percaya bahawa dia terkena sumpahan kerana hidup menderita sejak menganiaya anjing-anjing itu. katanya kepada Times Hindustan.

"Sejak kejadian itu, kaki dan tangan saya menjadi lumpuh, saya kehilangan pendengaran pada sebelah telinga, dan percakapan saya menjadi tidak jelas," katanya.

(FOTO) Selvakumar duduk di sebelah pengantin perempuan yang memakai sari jinggah dan kelungan bunga.

Dia cuba mendapatkan rawatan di hospital, tetapi d0kt0r tidak dapat membantunya menyebabkan Selvakumar mendapatkan rawatan tradisional daripada ahli astrologi yang memberitahunya bahawa dia telah dikutuk oleh roh-roh anjing yang telah dibunuh.

Tukang ramal itu memberi amaran bahawa sumpahan itu akan berakhir hanya jika dia berkahwin dengan anjing betina dan hidup bersama-sama dengannya.

Ahli-ahli keluarga mencari "Pengantin" perempuan yang sesuai, kemudian memandikannya dan memakaikan pakaian untuk mejlis perkahwinan.

"Pengantin perempuan itu dibawa ke kuil 0leh wanita-wanita kampung dan seorang sami menjalankan upacara tersebut.

Selepas upacara itu, pengantin lelaki dan keluarganya kemudian meraikan dengan perayaan, manakala anjing itu diberi makan roti.

Selvi dilap0rkan cuba untuk melarikan diri kerana kehadiran orang ramai besar tetapi dia telah dijumpai semula dan kembali kepada "Suami" nya.

"Anjing ini hanya untuk meleraikan sumpahan yang terkena dan selepas itu, dia merancang untuk mencari isteri sebenar,"kata kawan kepada pengantin lelaki tersebut.

Kepercayaan karut 0rang di kawasan luar bandar India iaitu dengan menganjurkan majlis perkahwinan dengan anjing dan juga haiwan lain dipercayai b0leh meleraikan sumpahan tertentu.

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

[12 GAMBAR] Siapakah Gerangan Pramugari Manis Berhijab Yang Viral Di Newsfeed Facebook Ni

Kini Trending
Screen Shot 2015-09-12 at 11.15.25 PM
Ya. Kami tahu ia adalah merupakan polisi syarikat penerbangan antarabangsa tersebut untuk mewajibkan pramugari memakai unform seperti di atas.
Tapi, kami tengah cari jawapan kenapa foto wanita ini jadi viral di laman sosial. Mungkin sebab orang Malaysia tak dapat lihat pramugari berhijab di airlines popular negara sendiri. Hiks
Apapun, jom kita siasat sikit siapa sebenarnya pramugari cun ni?
1. Nama : Radiah Sarip
Screen Shot 2015-09-12 at 11.24.26 PM
Mudah je namanya. Takdelah complicated macam sesetengah nama sampai sebut pun susah. Well, Facebook dan Instagram pun guna nama sama.
2. Umur : 24 Tahun
Screen Shot 2015-09-12 at 11.25.52 PM
Radiah baru sahaja menyambt hari lahir ke 24 tahun pada 22 Mei haritu.
3. Menetap di Jeddah
Screen Shot 2015-09-12 at 11.28.58 PMScreen Shot 2015-09-12 at 11.29.05 PM
Kami rasa, atas tuntutan kerjanya sebagai pramugari di syarikat penerbangan terkemuka tu, Radiah kini menetap di Jeddah.
4. Bekas model hijab
Screen Shot 2015-09-12 at 11.26.27 PM
Screen Shot 2015-09-12 at 11.33.05 PM
Ermpadanla muka dia macam familiar. Bekas model hijab rupanya.
5. Animal Lover
Screen Shot 2015-09-12 at 11.26.49 PM
Well, klise kan? Tapi kami percaya ramai lelaki menghidap penyakit tulang rusuk bergetar sekarang. Elok-elok abang, patah nanti.
Nah, belanja sekeping dua lagi foto Radiah Sarip.
Screen Shot 2015-09-13 at 1.00.21 AMScreen Shot 2015-09-13 at 1.00.37 AMScreen Shot 2015-09-13 at 1.00.59 AM

'12 Perkara Yang Orang Melayu Sekarang Masih ‘Buta dan Leka’

Kalau kita perhatikan isu perkauman sejak kebelakangan ini makin menjadi-jadi, sehinggakan Sultan Johor sendiri bersuara berkenaan dengan isu ini.

Artikel Berkaitan : Titah Sultan Johor Yang Terbaru Ini Mendapat Sumpah Taat Setia Daripada Kaum Cina Sendiri

Memang benar negara Malaysia didominasikan oleh orang melayu, namun ada segelintir daripada mereka terlalu ‘cepat melatah’ bersifat rasis dan beri alasan kerana “berjihad” sehinggakan boleh berlaku perpecahan antara kaum.

Oleh itu, perkongsian daripada lelaki yang dikenali sebagai Engku Nasrun ini memang cukup menarik perhatian kami. Pandangannya mengenai sikap segelintir masyarakat melayu yang bersikap rasis ini mungkin boleh membuatkan mereka diluar sana terduduk diam!


1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!

2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.

3. Kita nak beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah xde pulak padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke Apartheid?

4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai hasil kerja diorg jugak kita makan.

5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak "tolong melayu" la.

6. Cakap pasal pandai "speaking", masa kat sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyo lah, kata kita "kebaratan" sangat lah, kafir lah. Mula lah kene pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah bangsa yang kata maruah terjejas.

7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.

8. Ni budaya bangsa lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.

9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.

10. "Suci" dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti sejuk ofis "Halal only". Padahal takder lah kene sampai macam tu sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah. Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.

11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.

12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?
Refleksi:
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Friday, October 9, 2015

Masya'Allah!!! Tahukah anda Kelebihan Memiliki anak Perempuan...Beruntungnya pada sesiapa yang Ada Anak Perempuan


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?

menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

MASYA' ALLAH !!! Rupanya ramai yang salah mandi wajib... Ini cara mandi wajib yang betul !!




Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang 
dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber dari : JAKIM

Gambar Belangkas