Wednesday, October 7, 2015

SEBARKAN! USTAZ INI BONGKAR 6 JENIS KELEMAHAN JIN DAN IBLIS YANG UMAT ISLAM WAJIB TAHU



Baru-baru ini, saya telah pergi ke surau di Jitra Kedah, seorang ustaz dari pondok haji salleh telah menerangkan serba terperinci mengenai JIN. dan apa itu JIN dan kelemahan JIN.

Mari kita tengok !!

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya :

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -

“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim).

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

Tuesday, October 6, 2015

KISAH BENAR DI SEBALIK LAUK HABIS DI KENDURI KAHWIN.. REZEKI DATANG DARI ALLAH.

Kisah Benar Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin | Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya."Tak makan ka?" Dia menegur.

"Tidak, saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut.   

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.

Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. 

Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.


Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. 

Monday, October 5, 2015

[6 GAMBAR] INILAH WAJAH BAKAL ISTERI ZIZAN RAZAK.. GAMBAR NO 5 CUN HABIS!



MASIH INGAT WAJAH AYU NOR EDURA BAKAL ISTERI ZIZAN RAZAK CUBA LIHAT 6 FOTO TERBARUNYA SUNGGUH MEMERANJATKAN

Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-

Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham

Umur : 24 Tahun

Agama : Islam

Asal : Kuala Terengganu

Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan)
Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan





[2 GAMBAR] MENGEJUTKAN! Pasangan Melekat Berzina Di Atas Kubur


melekat pulk
Pasangan Melekat Berzina Di Atas Kubur|kisah benar yang sangat mengerikan dan juga penuh dengan pengajaran ,cerita yang ingin kami kongsika ini sebenarnya sudah lama terjadi  ,namun kami menulisnya kembali untuk menjadi cermin kehidupan pada pembaca sekalian.
1989 jambi
Sepasang kekasih remaja yang tengah hangat bercinta memilih pekuburan sebagai tempat mereka melampiaskan nafsu serakahnya selepas membuat temu janji,karena mereka menganggap tiada siapa yang akan datang kepekuburan pada waktu malam.
Ibu rekan saya yang menjadi saksi kejadian menceritakan ini pada rekan saya mengatakan pasangan itu di temui petani pada paginya dengan keadaan memalukan,"maaf cakap" ditemui dalam keadaan telanjang dan melekat.
Petani itu terus memberitahu kejadian kepada kepala kampung dan segera ketempat kejadian dengan beberapa warga termasuklah ibu rekan saya sebagai anak kepada kepala kampung.
Ahli keluarga yang cuba memisahkan dari keadaan yang mengaibkan itu namun gagal,sehinggalah terpaksa di bawa kehospital untuk di potong dan mengakibatkan kedua duanya mati.
Kejadian eneh saat memandikan kedua jenazah.
Kepada pembaca sekalian kami di sini menulis bukan untuk mengaibkan kedua si mati ini.seperti yang kami cakap tadi untuk menjadi cermin dalam kehidupan anda.insya Allah semoga kisah ini akan menjadi hikmah pada kita semua.
Perkara aneh yang berlaku saat memandikan jenazah katanya kedua mayat itu amat busuk sehingga tekak terasa sangat kelat dengan aroma yang tidak sedap,matanya terbeliak,mukanya tidak ada nur langsung dari Allah SWT.
Para pemandi jenazah menekan perut jenazah untuk mengelurkan najis yang tersisa untuk di sucikan. alangkah terkejutnya mereka apabila najis bercampur ulat belatung itu keluar dari mulut si mayat.
Ulat itu berwarna hitam bercampur nanah keluar dari mulut serta lubang hidung dan telinga.dari luka di kemaluannya keluar darah bercampur nanah yang sangat busuk.sehingga di antara mereka ada termuntah.
Macam macam perkara yang berlaku,yang anehnya perkara yang sama juga berlaku pada mayat perempuan itu.mulai dari usungan mayat yang terAsa berat, liang lahat menjadi sempit ada satu perkara paling aneh berlaku selepas kedua jenazah di tanam.
Setelah kedua jenazah di makamkan,besoknya kampung di hebohkan dengan kuburan kedua kedua pasangan itu di korek oleh babi sampai menampakkan kedua jenazah,keadaan jenazah yang sangat menyedihkan,tubuhnya hancur,kulit dan danging tercabik cabik seolah baru di libas dengan rantai besi yang panas.
Kejadian berulang dengan beberapa hari sampailah ahli keluarga mereka memutuskan utuk meletakkan kedua Jenazah di bilik mayat hospital jambi.Dimana sampai sekarang hospital itu di katakan hospital paling seram di kawasan jambi.
pada tahun 1998 rumah sakit yang dulu megah berdiri dengan bagunan peninggalan peninggalan belanda ini terbakar,para pembikin filem indoensia juga pernah cuba  memfilemkan cerita ini,akibat kru yang berlakon di tempat kejadian mengalami histeria setelah beberapa lakonan menyeramkan di buat,pada akhirnya pembikin filem itu membatalkan niatnya untuk menghabiskan cerita itu.
angker
Setelah menyimak kembali hasil dari beberapa lakonan  alangkah terkejutnya mereka apabila video rekaman itu tidak didapatigambar  (kosong) kecuali hanya mendengar bunyi menjerit jerit minta tolong dan menangis.

Sunday, October 4, 2015

Topeng Jerebu

Topeng jerebu, suatu masa nanti mungkin kita pakai topeng jerebu beracun macam ni.

Friday, October 2, 2015

Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi…

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang cahaya mata pertama kira-kira jam 9.27 pagi semalam (Khamis).
Perkara ini disahkan sendiri oleh Erin Malek menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto bayi lelakinya yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz.
Sementara itu, Erin turut menyampaikan perkhabaran sedih tentang seorang lagi anaknya iaitu kembar Faliq yang tidak dapat diselamatkan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa seorang lagi anak saya iaitu kembar Faliq telah meninggal dunia dalam kandungan pada usia 16 minggu.
“Jantungnya berhenti berdegup kerana terdapat cecair berlebihan di dalam perut, menyebabkan seluruh badannya bengkak.
“Namun, doktor menasihatkan bahawa saya masih lagi boleh membawa bayi saya yang lain melalui kehamilan 9 bulan saya.
“Saya akui bercampur perasaan apabila melihat Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya.
“Farriz dan saya benar-benar sedih mengenai hal ini tetapi kami percaya Allah S.W.T mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kami dan kedua-dua bayi kami,”ujarnya.
Pada masa yang sama, Erin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan semua peminatnya yang tidak henti-henti memberi sokongan dan mendoakannya selama ini.
Semoga Erin tabah menghadapi ujian ini. – MYNEWSHUB.CC

BONGKAR! Akhirnya Status Sebenar Anak Angkat Stacy AF Terbongkar!



Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun….
Status Sebenar Anak Angkat Stacy Terbongkar
Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.
Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang….
Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.
Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella, katanya.
Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota.
Baca reaksi Akim kat SINI.

anak%2Bstacy.jpg
anak%2Bangkat%2Bstacy.jpg
anak%2Bstacy%2Baf.jpg

Gambar Belangkas