Friday, October 2, 2015

Erin Malek Selamat Bersalin Anak Pertama, Tapi…

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon, Erin Malek dan suaminya, Mohamed Fariz yang selamat menimang cahaya mata pertama kira-kira jam 9.27 pagi semalam (Khamis).
Perkara ini disahkan sendiri oleh Erin Malek menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto bayi lelakinya yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz.
Sementara itu, Erin turut menyampaikan perkhabaran sedih tentang seorang lagi anaknya iaitu kembar Faliq yang tidak dapat diselamatkan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa seorang lagi anak saya iaitu kembar Faliq telah meninggal dunia dalam kandungan pada usia 16 minggu.
“Jantungnya berhenti berdegup kerana terdapat cecair berlebihan di dalam perut, menyebabkan seluruh badannya bengkak.
“Namun, doktor menasihatkan bahawa saya masih lagi boleh membawa bayi saya yang lain melalui kehamilan 9 bulan saya.
“Saya akui bercampur perasaan apabila melihat Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya.
“Farriz dan saya benar-benar sedih mengenai hal ini tetapi kami percaya Allah S.W.T mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kami dan kedua-dua bayi kami,”ujarnya.
Pada masa yang sama, Erin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan semua peminatnya yang tidak henti-henti memberi sokongan dan mendoakannya selama ini.
Semoga Erin tabah menghadapi ujian ini. – MYNEWSHUB.CC

BONGKAR! Akhirnya Status Sebenar Anak Angkat Stacy AF Terbongkar!



Penyanyi terkenal, Stacy telah mengambil seorang anak angkat iaitu Bella Valentina yang kini sudah pun berusia tiga tahun….
Status Sebenar Anak Angkat Stacy Terbongkar
Pemilik nama Stracie Angie Anam ini mengakui dirinya terlalu menyayangi anaknya, walaupun Bella bukan darah dagingnya sendiri.
Bella ibarat nyawa Stacy sendiri. Bella juga telah menukar diri Stacy menjadi seorang yang lebih matang….
Sebelum kehadiran Bella, Stacy ni macam budak-budak sikit tetapi sekarang dah berubah.
Sejak ada Bella, Stacy lebih bahagia dan seronok. Sampaikan sekarang ini, ke mana sahaja Stacy pergi, Stacy pasti tak sabar hendak cepat pulang ke rumah sebab hendak habiskan masa bersama Bella, katanya.
Bella kini tinggal bersama Stacy di Kuala Lumpur dan sudah pun dihantar ke kelas pra-sekolah di sebuah tadika di ibu kota.
Baca reaksi Akim kat SINI.

anak%2Bstacy.jpg
anak%2Bangkat%2Bstacy.jpg
anak%2Bstacy%2Baf.jpg

Thursday, October 1, 2015

[2 GAMBAR] DATO SITI PERJELAS ISU KOMEN DI INSTAGRAM C. RONALDO YANG VIRAL DI LAMAN SOSIAL



Seperti manusia yang lainnya, Dato’ Siti Nurhaliza juga sebenarnya tidak terlepas dari menjadi peminat pemain bola sepak paling popular di dunia ketika ini iaitu Cristiano Ronaldo. Dan, komen penyanyi nombor satu Malaysia di Instagram baru baru ini mendapat perhatian.

Dalam satu kemaskini di Instagram beliau, Cristiano Ronaldo telah memuat naik sekeping gambar beliau yang mahu menaiki pesawat untuk terbang ke satu destinasi dan komen yang ditinggalkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza agak sweet untuk dibaca.



“Safe flight dear..,” tulis penyanyi itu yang mendapat perhatian ramai. Kemaskini pengguna Twitter, Haikal Ramlee sehingga hari ini sudah menerima lebih 5,000 reaksi. Tidak mengapa, kami faham penyanyi ini pun peminat seperti kita. Sumber-Rotikaya

[17GAMBAR] Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956, Namun Selepas Pemilik Baru Pindah Masuk, Apa Yang Ditemuinya Amat Memeranjatkan


Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun.

Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956.

Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.

Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana.

















[4 GAMBAR] SUBHANALLAH! PADERI INI CUBA BAKAR AL-QURAN DIHADAPAN RIBUAN PENGIKUTNYA, NAMUN JANGAN TERKEJUT APA YANG TERJADI!



38307.png
paderi%2B2.png

Paderi Ini Cuba Bakar Al-Quran Dihadapan Pengikutnya

Ya ,itulah tajuk yang akan kami kongsikan kepada anda semua mengenai satu kejadian, dimana seorang paderi yang cuba membakar senaskah Al Quran di hadapan ratusan ‘pengikutnya’.
Namun Allhamdulillah, paderi ini gagal membakar naskah Al Quran tersebut malah telah memeluk Islam.Paderi yang berasal daripada Nigeria ini memutuskan untuk memeluk islam selepas usaha membakar Al Quran tersebut gagal.
Pada mulanya paderi Froos telah melemparkan Al Quran tersebut hingga jatuh ke tanah.Bukan hanya itu saja ,paderi tersebut menyiramkan bensin dan juga berusaha untuk memusnahkan kitab suci umat islam itu.
pderi%2B1.png
Dengan kuasa Allah s.w.t. tiba-tiba kedua tangan paderi Froos tersambar api dan terbakar.Selepas kejadian itu ,paderi tersebut terus memeluk Islam dan di ikuti oleh beberapa paderi yang lain.Mereka juga memutuskan untuk mengundurkan diri daripada organisai Kependetaan Gereja.
Kini mereka telah menyebarkan Agama Islam dengan berdakwah di seluruh Nigeria dan juga negara yang terdekat.
pderi%2B3.png

Masya Allah!! Kisah Benar Azan Terpaksa Dilaungkan Liang Kubur Jenazah Wanita Jadi Sempit



Selesai segala urusan jenazah ,sebagaimana yang dirancang jenazah wanita itu dibawa ketanah pekuburan sebelum kekecohan terjadi.
dalam perjalanan hadi adalah jiran simati mengakui ketika memikul keranda jenazah tersebut mengakui berat keranda itu berlipat kali ganda dari berat badan simati..

mula mula kami mengangkat dengan 6 orang dua di depan dua di tengah dan dua dibelakang,tapi apabila kami cuba mengangkat keranda itu amat sangat berat, mustahil bagi kami tidak bisa mengangkat satu jenazah perempuan.sedangkan kami 6 orang lelaki.kemudian di tambah lagi 2 orang lelaki barulah keranda simati terangkat sampai kepekuburan kisahnya.

stelah jenazah sampai di pekuburan turut berlaku kekecohan apabila seorang penduduk kampung nyaris tergelincir ke dalam liang lahad tersebut yang amat licin gara-gara hujan lebat kebelakangan ini.Sepanjang proses pengebumian, kawasan perkuburan dipenuhi esak tangis keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan simati.

sipenggali kubur yang berusia 55 tahun sudah melakukan pekerjaan itu selama 20 tahun dan amat cekap melakukan pekerjaan itu lantaran ayahnya dulu pun seorang penggali kubur,sebelum ini tidak pernah beliau salah dalam mengukur panjang dan lebar liang lahat simati.

allohu akbar! allohu akbar! allohu akbar! ! kata kata itu terkeluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam pengebumian tersebut setelah satu kejadian aneh berlaku.

jenazah simati yang sudah 3 kali dimasukkan dalam liang lahat tidak muat,padahal sipenggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran asal.

setelah gagal dalam hal tersebut seorang ustaz menyuruh ahli keluarga untuk azan dipengebumian itu.barulah jenazah selamat dikebumikan.

dari kisah diatas kisah ini benar berlaku di sebuah kampung di negeri jiran pada tahun 2010..kata dari pada salah seorang jiran simati.arwah adalah wanita yang yang suka mengupat serta memfitnah tanpa bukti,dan arwah juga tidak pernah menutup auratnya semasa hidup,dia suka memakai pakain seksi memaparkan bentuk tubuhnya.

kami sebagai jiran pernah menegur kelakuannya itu,namun kami di caci maki serta dilempari dengan kasut lantaran dia lebih kaya dari kami.

tidak usah jaga tepi kain orang,kubur lain-lain, kau urus hal kau sendiri kata makian yang di ucap si mati dahulu.

tidaklah heran perkara sebegini berlaku.kami bukan mengaibkan sesiapa dalam cerita ini.ini adalah sebuah pengajaran bagi kita memang benar kita dalam kubur seorang sorang,tapi siapa yang mandikan kita,siapa yang mengusung jenazah kita,siapa yang menanam kita,jangan sombong dengan kekayaan.bukan soal bagaimana kita hidup di dunia tapi bagai mana cara kita mati.

[2 GAMBAR] MASYALLAH! USTAD HARUN DIN BONGKAR KIAMAT TELAH BERLAKU DI MARIKH


Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portaliluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)


Analogi Mudah

Sekiranya penjelasan di atas sukar difahami, saya berikan satu analogi. Bayangkan ada dua buah kereta yang berpusing mengelilingi roundabout. Kereta di sebelah luar bergerak lebih perlahan dari kereta yang di sebelah dalam. Apabila kedua-dua kereta ini berselisih, pemandu kereta yang sebelah dalam akan nampak seolah-olah kereta yang di sebelah luar bergerak mengundur ke belakang. Hakikatnya kereta tersebut juga bergerak ke hadapan. Fenomena inilah yang dimaksudkan sebagai retrograde motion.

Kita dapat melihat fenomena tersebut untuk satu tempoh yang agak panjang kerana orbit yang besar menyebabkan tempoh perselisihan itu panjang berbanding analogi kereta yang mengambil masa beberapa saat untuk berselisih.

Walaupun sms itu mungkin tidak tepat telahannya, namun harus diingat bahawa memang dunia sudah tua dan akan kiamat tidak lama lagi. Tetapi siapa ‘tidak lama’ itu bila? Masa berjalan begitu pantas walaupun kita merasakan hidup kita mungkin lama lagi. Sabda Nabi junjungan sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, “Masa aku dibangkitkan dengan Hari Kiamat seumpama 2 jari ini, sambil baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” Maknanya dikira akhir zaman itu ialah sejak zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam lagi. Sementelah sekarang ini lagilah dekat kita dengan kiamat. Semua tanda-tanda kecil sudah berlaku. Takkan kita mahu menunggu tanda besar datang dahulu baru mahu bertaubat!

YA ALLAH, MATIKAN LAH KAMI DALAM BERIMAN, BANGKITKANLAH KAMI DALAM BERIMAN, HIMPUNKANLAH KAMI DI PADANG MAHSYAR DALAM BERIMAN, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGAMU DENGAN KEIMANAN YANG ENGAKU KURNIAKAN ITU. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN. sumber

Gambar Belangkas