Saturday, September 19, 2015

NGERI!! KANAK-KANAK 2 TAHUN MAUT KEPALA TERTUSUK BESI PEMIJAK MOTOR...

GEMAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kepalanya tertusuk besi tempat pemijak motosikal di rumahnya di Felda Pasir Besar dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Muhammad Aidil Aqasha Azhar meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal milik keluargnya itu menghempapnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abas berkata mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berumur empat tahun di kawasan rumah mereka.

“Mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas,” katanya. – BERNAMA

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

GEMPAR !! PENDEDAHAN BERANI EINA AZMAN SELEPAS BELIAU DITANGKAP KHALWAT. TENGOK RAMBUT TUH.



ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Friday, September 18, 2015

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dari JAKIM. Sangat Mudah!



Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting.

Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Tidak perlu mandi lama-lama.

Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari. Sumber rujukan cara mandi wajib ini didapati dari JAKIM.



Foto Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM
1. Niat ketika air sampai ke tubuh

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum
melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.

Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Wallahu’alam

Video Cara Mandi Wajib Yang Ringkas

Ini bukan video orang mandi wajib. Ia penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.


Sumber: Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

NASIHAT 'SEORANG' KUBUR - LUANGKAN MASA 2 MINIT MEMBACANYA






Nasihat Kubur: 


Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.


Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.


Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.


Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH


Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT


Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..


Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...




Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

ALLAHUAKBAR:: MAYAT BERCAKAP KETIKA MANDI JENAZAH. APA YANG DICAKAPKAN MEMANG TIDAK TERLINTAS DI MINDA KITA !!





Ketika ajal menjemput, tidak ada seorang pun yang mampu menghentikan. Dalam sebuah kitab karya Imam Abdirrahin bin Ahmad Al Qadhiy, dijelaskan bagaiman sakitnya raga ketika ruh mulai dicabut. Hal ini diceritakan Rasulullah SAW kepada Aisyah ra.

"Dan datanglah sakaratul mautdengan sebenarnya Itulahyang kamu selalu lari darinya".
Dalam suatu hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, diceritakan bahwa suatu hari ia tengah duduk di dalam rumah dan mengucapkan salam, Aisyah ra berencana untuk berdiri dan menyambut kedatangan kekasih Allah tersebut.

"Duduklah di tempatmu, tidak usah berdiri wahai Ummul Mukminin,"begitu ucap Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW ikut duduk dan meletakkan kepalanya di pangkuan Aisyah, Tak berapa lama kemudian Rasulullah SAW pun tidur terlentang.Pada saat itu Aisyah ra menemukan uban yang ada di jenggot Rasulullah SAW dan melihat 19 helai rambut yang memutih.Maka Aisyah pun menangis sampai air matanya jatuh menetes di wajah Rasulullah SAW sampai akhirnya ia pun terbangun dari tidurnya.

"Wahai ummul mukminin,
apa yang membuatmu menangis? "
tutur Rasulullah SAW.

Maka Aisyah ra menceritakan apa yang ia rasakan setelah melihat uban-uban Rasulullah SAW tersebut.

"Tahukah kamu, kondisi apakah yang paling menyusahkan bagi mayit?" Kata Rasulullah SAW.
"Tidak ada kondisi yang paling menyusahkan atas diri mayit dari saat keluar dari rumahnya, anak-anak yang ditinggalkan berada di belakangnya, serta menangisinya," kata Aisyah.
"Itu memang menyakitkan, tapi masih ada lagi yang jalan pedih dari itu," sahut Rasulullah SAW. "Tidak ada kondisi yang lebih berat atas diri mayit dari saat dia dimasukkan dalam liang lahat dan dikubur di bawah tanah, para kerabat, anak dan istrinya meninggalkannya pulang.Setelah itu datanglah Malaikat Munkar dan Nakir dalam kuburnya," ujar Aisyah lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar penuturan itu.Setelah itu beliau menjelaskan kepada bahwa sesungguhnya saat yang paling berat bagi mayit adalah ketika datangnya "Tukang Memandikan Mayit."

Mereka mengeluarkan cincin dari jari-jari orang yang mati tersebut, melepaskan pakaiannya kemusian memandikannya.Ketika itu, ruhnya memanggil saat melihat jasadnya telanjang dengan suara yang dapat didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

"Apa yang diserukan oleh ruh itu ya Rasulullah?
"tanya Aisyah.
"Hai tukang memandikan,
demi Allah aku memohon kepadamu agar engkau mencopot pakaianku dengan rencana- rencana,
karena sesungguhnya saat ini aku sedang istirahat dari sakitnya pencabutan nyawa dari Malaikat Maut,
"begitu ungkap Rasulullah SAW.
"Lalu apa yang diserukan lagi oleh ruh ...?
"tanya Aisyah ra lagi.
"Hai tukang memandikan, demi Allah jangan engkau tuangkan air panas,
jangan engkau gunakan air panas dan jangan pula air dingin,
sesungguhnya jasadku telah terbakar sebab dicabutnya nyawaku,
"papar Rasulullah SAW.


"Lalu ketika dimandikan, apa yang diserukan oleh ruh itu ...?
"tanya Aisyah ra lagi.
Dan ketika dimandikan, ruh itu berkata,
"Demi Allah, hai tukang memandikan, janganlah engkau pegang diriku terlalu kuat, sesungguhnya jasadku masih terluka karena keluarnya nyawa,
"tutur Rasulullah SAW.
Astaghfirullah ....semoga kita  diberi wafat dalam keadaan Khusnul Khatimah ...
Diberi ketenangan jiwa sampai hari kiamat nanti. Amiiin ...


ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

(VIDEO DAN 8GAMBAR) LELAKI BANGSA ARAB MENGAMUK DAN MENAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT!!!!




Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.










Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebeleum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.










ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Thursday, September 17, 2015

[VIDEO & GAMBAR] TERKINI! Hotel Di Mekah Terbakar, 1000 Dipindahkan

Kira-kira 1.000 anggota jemaah haji berasal dari Asia dipindahkan dari hotel mereka setelah berlaku kebakaran yang menyebabkan dua orang cedera, Khamis (17/9/2015) waktu tempatan.

Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.

Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, sebahagian petugas pemadam kebakaran berusaha untuk menyelamatkan dua anggota jemaah haji yang mengalami luka kebakaran di tingkat 8 hotel berkenaan. Demikian menurut keterangan agen pertahanan awam di Arab Saudi.

Namun, agen tersebut tidak menyebutkan asal negara anggota jemaah haji yang dipindahkan dan tak menjelaskan penyebab kebakaran tersebut.

Lebih dari 1 juta anggota jemaah haji telah tiba di Mekkah pada musim haji tahun ini.

Ibadah haji merupakan ibadah tahunan terbesar di dunia. Menunaikan haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam dan wajib dilaksanakan oleh Muslim yang mampu.

Selain kebakaran, terdapat peristiwa yang cukup menggemparkan pada musim haji tahun ini, yakni robohnya kren yang menyebabkan 107 anggota jemaah haji meninggal dan beberapa di antaranya berasal dari Asia.















Gambar Belangkas