Thursday, September 17, 2015

HANTARAN MAHAL ? LELAKI INI BUAT BAKAL MERTUA SENTAP SEHINGGAKAN.. !!





Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.


Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.


Teruna : Boleh ke?


Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap


Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.


Teruna : Assalamualaikum.


Bapa Gadis : Waalaikumusalam.


Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.


Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.


Teruna : Eh..


Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.


Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?


Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya


Bapa Gadis : Oh..


Teruna : ??


Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?


Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.


Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.


Teruna : Segan cik. Hehe


Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?


Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?


Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe


Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?


Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.


Bapa Gadis : Boleh takde masalah


Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?


Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu


Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni


Teruna : Berapa tu mak cik?


Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki


Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?


Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.


Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?


Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya


Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)


Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak


Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa


Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?


Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.


Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.


Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.


Ibu Gadis : Abahnya!


Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?


Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot


Teruna : Kali terakhir bila?


Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.


Teruna : hmm..


Ibu Gadis : Kenapa?


Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?


Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.


Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?


Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.


Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.


Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.


Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.


Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.


Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.


Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?


Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.


Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.


Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.


Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.


Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.


Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!


Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?


Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.


Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.


Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula


Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.


Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik tenang je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan


Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” - ( TQS An Nuur 32).


Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.


Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.


Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.


Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.


Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.


Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.


Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.


Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.


Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.


Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.


Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.


Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..


Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.


Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..


“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”


“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..


Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah makhluk yang ke tiga.

  ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

[2 GAMBAR] APA YANG TAK KENA DENGAN KELAHIRAN BAYI NI? KAUM IBU WAJIB BACA NI DEMI ANAK ANDA!





Apa yang TAK KENA dengan lotus birth? 🌸
- membiarkan uri bayi melekat pada bayi hingga tali pusat kering sendiri (boleh refer post sebelum ini utk artikel lengkap)


Sebenarnya tak nak share ttg lotus birth ni sbb tak nak tolong promote mereka, tapi makin menjadi-jadi pula

Pendapat saya, uri tu benda yg keluar dr rahim, macam darah haid & nifas, bentuknya macam daging. Hukum utk mkn mmg haram , buat kosmetik pun haram. Daging apapun kalau dibiar di luar (suhu panas) akan membusuk sbb tindakbalas kuman pada darah/uri itu.

Utk bayi tanggal pusat ada yg mkn masa beberapa hari, ada yg 10 hari. Sanggup ke biar benda yg akan degenerate itu bersambung pada badan baby, dengan risiko jangkitan kuman pada baby? Baby yg baru berusia beberapa hari, dgn sistem imun yg lemah.

Memang ada kajian kata melewatkan memotong tali pusat selepas kelahiran membantu baby, tapi utk beberapa MINIT, bukan berhari-hari.

Allahu Alam. Dlm Islam ada hukum, perkara yg membawa kepada kebinasaan itu turut diharamkan, sebagaimana perkara itu sendiri. Contoh orang yang jelas sakit, boleh membawa maut & boleh menjangkiti orang lain juga, tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan, secara tidak langsung memudaratkan org lain.

Sanggupkah mengambil risiko memudaratkan bayi kita yg dikandung 9 bulan?


ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

[VIDEO] 4 JAM PARKING KERETA DI MALL RM12K - JANGAN TERKEJUT TENGOK MALL MANA



Seorang Datin dan rakannya terkejut apabila melihat jumlah caj parking yang perlu dibayarnya mencecah RM12,000 atau secara tepatnya, RM12,177.

Dia meletakkan kenderaannya untuk tempoh empat jam ketika meraikan majlis hari jadi di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Menurut mangsa, Datin Ira Ghani, caj tersebut ternyata jauh lebih tinggi dari biasa dan tidak masuk akal.

Menurutnya, caj sebanyak itu bersamaan dengan caj parking selama 408 hari.

Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” memetik laporan myMetro.

Insiden pelik itu dikatakan mula terjadi apabila dia dan rakannya keluar meninggalkan tempat berkenaan setelah selesai majlis yang dihadirinya. Dia mula merasa pelik apabila rakannya berpatah balik dan mengajaknya melihat sendiri harga bayaran tiket di mesin pembayaran automatik.



Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.

Kami terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik,” ceritanya sambil tertawa.

Mereka berdua kemudian membuat aduan ke pusat aduan parking disitu dan ternyata ada berlaku kesilapan teknikal pada mesin yang terbabit.

Perkara itu diselesaikan dengan bantuan pihak pengurusan parkir terbabit dan bayaran tiket parkir terbabit hanyalah sebanyak RM12 saja,” katanya.

Ira Ghani kemudiannya memuat naik video berkenaan ke laman Instagramnya yang kemudian menjadi viral di media sosial. - Siakapkeli.my
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Wednesday, September 16, 2015

(10 GAMBAR) PASTI ANAK MENYESAL KUTUK KAK TON DULU SELEPAS MELIHAT ANAK PEREMPUANNYA YANG .....


Kuala Lumpur: Pastinya anda tidak pernah dan tidak akan sesekali lupa akan trademark Kak Ton usahawan wanita yang selalu menggunakan ayat "Cantik Tak Kak Ton". Gelombang kak ton dahulu seperti juga menyebabkan ramai yang agak sedikit menyampah tetapi kadang-kala menghiburkan masyarakat setempat. Kak Ton merupakan nama panggilan yang lebih disenangi dalam media sosial, telah memperkenalkan Jenama Beauty Umar dan Umairah, makanan tambahan yang dikatakan dapat menguruskan badan dan menstabilkan kesihatan jasmani para pengguna....

Admin juga turut memahami ramai juga yang "annoying" dengan tagline atau trademarknye itu yang bergandingan dengan syasa solero dan juga bobo. Namun begitu, kami pasti rakyat Malaysia akan melayan kak Ton dengan baik selepas melihat anak perempuannya ini. Mengapa kami berpendapat sebegini? Nah, takkan lah kami sekadar membuat andaian kosong sahaja. Mari kita lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton....

Lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton:-










ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Biar Betul. Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing?


Biar Betul. Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing?. Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan.



Biar Betul. Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing? | Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.
RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.
BEIJING – Sebuah kedai di wilayah timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.
“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.
Biar Betul. Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing?. Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan.
Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.


ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Gambar Belangkas