Wednesday, September 16, 2015

[8GAMBAR] ARWAH SITI CERIA SEBELUM KE MEKAH SEOLAH-OLAH DIA TAHU...


Salah seorang mangsa tragedi kren runtuh di Mekah adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 Jemaah termuda Malaysia yang disahkan meninggal dunia dalam Tragedi tersebut.


Kini sudah 5 Jemaah haji dari Malaysia yang disahkan meninggal termasuk Allayarhamah Siti atau lebih dikenali dengan nama Zae di kalangan keluarganya.


Apa yang membuat seluruh keluarganya sayu Kak Zae agak ceria untuk ke tanah suci dilaman sosial nya Kaabah dijadi kan wall profail laman sosial miliknya.


Pada tulisan di wall laman sosial nya ada ayat-ayat yang meyentuh hati yang mana seseolah Kak Zae tahu dia akan pergi menghadap ilahi di sana tempat yang dia ingin pergi.









Ikuti luahan sayu adik Allahyarhamah di laman sosial nya khas untuk kakak tersayang.


Lahirmu Jumaat pergimu jua Jumaat...


Zae... aku cuba ganti tempatmu utk jaga eiman dan yg lain dengan kekuatan adik2 yg lain... kini aku yg sulung... 1001 kebetulan terungkai disebalik perbualan dan dlm wasap..
Apa yg pasti percaturan Allah tidak pernah salah dan tidak akn salah... Mung Insan Terpilih.
Aku ingat aku yg pegi dulu sbb aku dah sediakan senarai semak dan listing utk isteriku bersedia jika aku tak de (risiko aku lg tinggi dr segi pandangan mata kasar).. mung juga kata nak buat senarai semak yg sama...
Allahuakbar...
Alfatihah untuk kekanda yg aku panggil Zae
Sungguh menyentuh hati semoga roh Kak Zae dicucuri rahmat dan seluruh keluarga nya tabah dengan apa yang berlaku. Al-fatihah - BS

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Benih kurma, akar kurma


Benih kurma keluar pucuk , benih dari kurma mengeluarkan pucuk sementara yang berwarna putih bersih adalah akarnya. Kurma adalah pokok yang di sayangi oleh Nabi Muhammad, sejarah menceritakan batang pohon kurma menangis apabila Nabi Muhammad s.a.w hendak menukar tempat duduknya kepada pondok kayu yang baru.






POHON KURMA MENANGIS...

Tuesday, September 15, 2015

[5 Gambar] Keadaan Kubur Anda Jika Meninggal Di Makkah

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.

Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.

Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.

Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.

Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah….




ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Wanita Direjam Sampai Mati Kerana Berzlna Dengan Adik Sendiri!!

zna


Wanita Direjam Sampai Mati Kerana Berzlna | Seorang wanita dihukum rejam sampai mati oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di sebuah taman perbandaran di Raqqa, Syria pada 18 Julai lalu. Sebelum itu, wanita berkenaan, Faddah Ahmad dibawa ke taman berkenaan oleh para pejuang militan IS dalam keadaan kepala ditutup dengan kain hitam dan kemudian diletakkan di dalam satu lubang kecil.
Selepas dibacakan kesalahannya yang didakwa telah melakukan zlna, dia kemudian direjam dengan batu sehingga mati. Menurut seorang saksi, tiada seorang pun daripada orang ramai yang berani tampil ke hadapan untuk membaling batu ke arahnya.
“Pejuang-pejuang militan yang kebanyakannya warga asing telah melakukannya sendiri apabila melontar Faddah dengan batu sehingga mayatnya diheret keluar.
“Semasa dia dibaling batu, dia langsung tidak menjerit atau bergerak,” kata seorang aktivis pembangkang yang mengaku menyaksikan rejaman yang dilakukan berdekatan stadium bola sepak dan taman Bajaa di bandar Raqqa yang dikuasai oleh kumpulan IS.
Hukuman itu adalah yang kedua dalam tempoh 24 jam. Sehari sebelum itu, seorang wanita, Shamseh Abdullah, 26, mati direjam selepas hukuman yang sama dilakukan.

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

"Siapa Yang Menciptakan Allah?" Pemuda Ini Beri Jawapan Yang Mengejutkan Umat Islam


Ada seorang Atheis yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 pertanyaan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Artinya tidak boleh dijawab dengan dalil, karena dalil itu hanya dipercaya oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justru diskusi ini tidak akan menghasilkan apa-apa...

Pertanyaan atheis itu adalah:

1. Siapa yang menciptakan Allah?? Bukankah semua yang ada di dunia ada karena ada penciptanya?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya??

2. Bagaimana caranya manusia bisa makan dan minum tanpa buang air?? Bukankah itu janji Allah di Syurga?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal....

3. Ini pertanyaan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari Api, lalu bagaimana bisa Allah menyiksanya di dalam neraka?? Bukankah neraka juga dari api??

Tidak ada satupun jamaah yang bisa menjawab, kecuali seorang pemuda.

Pemuda itu menjawab satu per satu pertanyaan sang atheis :

1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal?? Sebagaimana angka 2 adalah 1+1 atau 4 adalah 2+2?? Atheis itu diam membisu..

"Jika kamu tahu bahwa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia bisa mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahwa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak bisa diciptakan??"

2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Apakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu?? Jika anda dulu percaya bahwa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahwa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab : "Tanganku ini terlapisi kulit, tanganku ini dari tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda bisa kesakitan ketika saya tampar?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syetan dan Api neraka??

Sang athies itu ketiga kalinya terdiam...

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahwa tidak semua pertanyaan yang terkesan mencela/merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab pertanyaan sang atheis dengan cerdas dan bernas, sehingga sang atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya..

Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas...tapi tidak liberal... tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah...

Ada yang berkata bahwa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala...

ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

KEJAM!! GADIS 14 TAHUN DIPAKSA MINUM ARAK SEBELUM DIKENDURIKAN!!

http://lamanviral.com/wp-content/uploads/2015/09/Gadis-14-Tahun-Dipaksa-Minum-Arak-Sebelum-Dikendurikan.jpg

Gadis 14 Tahun Dipaksa Minum Arak Sebelum Dikendurikan | Seorang gadis berusia 14 tahun telah dipaksa meminum arak sebelum dikendurikan seorang lelaki dan dirogol seorang lagi kawannya di sebuah rumah di Sabak Bernam awal pagi semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 2 pagi itu, suspek yang dikatakan berumur 21 tahun itu berperilaku seperti bintang sebaik sahaja mendapati mangsa dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad menyatakan mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.
“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran. Namun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya.
Kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.
“Ibu bapa mangsa memaklumkan orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.
Setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.
“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.
“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Monday, September 14, 2015

GEMPAR! Berang DIMAKI Edry Halim Rozita Che Wan Nekad Tinggalkan Akademi Fantasia 2015

34266.png
cheta.png
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
“Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional,” katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
“Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
“Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
“Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
“Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki,” katanya.
Sumber: hye–>
ARTIKEL INI HANYALAH PERKONGSIAN DARI PELBAGAI WEBSITE DAN BLOG. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEGALA PANDANGAN DAN PENDAPAT TENTANG ARTIKEL INI. TERIMA KASIH

Gambar Belangkas