Monday, September 14, 2015

Malaysia gabenor

TERKINI!! Wanita Bangga Rampas Suami Orang Di Kritik Orang Ramai Viral Di Laman Sosial




Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan' kerana wanita itu bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.

"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia. "Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu. "Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu. 

Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain.


"Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku," katanya.

Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga. Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.




"Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir," 

Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyata lebih baik dari yang kedua ini.

MASYA ALLAH!! BARU BERUMUR 20 TAHUN TAPI DAH KAHWIN SEBANYAK 4 KALI DENGAN LELAKI BERBEZA?!!











SUNGGUH SEDIH DAN PILU!!.. "Selamat jalan isteriku, damailah dikau disana...."-luahan suami AL-FATIHAH



Luahan hati ini ditulis oleh suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, salah seorang jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidil Haram, Makkah. SELAMAT JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU DISANA. 16 tahun masa kita bersama, bukan lah mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersama­sama di layari, berbagai dugaan dan cabaran yg kita tempuhi bersama­sama. 16 tahun masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada abah. 

16 tahun masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selamalamanya, tiada org yg paling bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg solehah seperti umi.

Kini kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami ,tapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada. 

In sha Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anak­anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukupcukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak­anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah. Moga­moga abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA nanti. Abah halalkan dan ampunkan segala dosa ­dosa umi, umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah, abah redho dgn segala­ galanya. Damailah umi di sana............ 

Luahan sayu ini dikongsikan melalui Facebook arwah isteri beliau, Umi Basheer. Al­Fatihah, Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman... 

Sumber: terkinitv.com 

"Kenapa Allah bolak-balikkan badan Pemuda alKahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?"



"..Wanuqollibuhum zaatal yamiini wa zaatassyimal; Dan kami bolak­baikkan mereka (ashabul kahfi) ke kanan dan ke ke kiri.." [18:18] Baca ayat ini teringat pulak persoalan yang dipernah ditimbulkan oleh Dr Omnia (lecturer pathology) masa awalawal semester; "Cuba fikir, agak­agak kenapa Allah bolak­balikkan badan pemuda al­kahfi yang ditidurkan selama 309 tahun itu?" Lebih kurang gitulah pertanyaan lecturer. Selepas beberapa orang dalam kalangan kami try jawab, Dr Omnia terus sambung.. "Untuk mengelak daripada berlakunya ‘bedsores’; sejenis ulcer pada bahagian kulit yang boleh tembus hingga ke dalam muscle dan tulang." *Macam dalam gambar


Puncanya? Sebab tidur terlentang atau duduk dalam jangka waktu yang agak lama tanpa bergerak­gerak sehingga menyebabkan adanya tekanan yang berterusan pada bahagian kulit yang ada bonjolan tulang (on bony prominent). Paling common di bahagian kulit yang cover; tumit, tulang sacrum, tulang sulbi (coccyx), atau tulang pinggul. Siku, buku lali, lutut dan bahagian belakang kepalapun boleh kena. Apabila tekanan semakin tinggi, bekalan darah di bawah kulit terputus. Akibatnya cells dan tissues di bahagian tersebut mati (ischemic necrosis). Sehingga berlakulah ulcer yang boleh menembus sampai ke dalam. Kalau dibiar tanpa rawatan, lama­lama ulcer tadi akan jadi gangrene; mereput dan berbau busuk (putrefaction). 

Haa cuba bayangkan. Dahsyatkan.. Dan Maha Suci Dia yang memelihara batang tubuh serta iman pemuda Al­Kahfi! Betapa benarnya firman Allah yang tidak ada sedikitpun keraguan padanya. Siyesli rasa teruja dan bersyukur dapat belajar dengan cekgu medik yang suka kongsi tentang ilmu sains kesihatan dan kaitannya dengan beberapa ayat Al­Quran. Alhamdulillah! :’D Artikel ini dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook AswanMati Pasti. Semoga memberi info dan manfaat buat para pembaca

SEDIHH!! ANAK BERUMUR 2 TAHUN MATI DILANGGAR KERETA GARA GARA IBU SIBUK MAIN TELEFON!




Seorang kanak­kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan pusat beli­belah Zhengzhou, semalam. Ibu mangsa dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News.

Menurut saksi kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital. Pemandu kereta SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan

DURIAN DAN NANGKA PUNCA PEMBUNUH TERBESAR!!!


Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes­kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia. "Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar­ sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut­ urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock). 

POTASSIUM Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih. Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia.

Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia). Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang
bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahanbahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini.
Dalam kes ini, potassium. Umum mengetahui, bahawa antara makanan
yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.




Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah ­buahan tempatan kita sebenarnya
mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg
potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka
mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya. Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah­buahan ini. Ia
boleh meragut nyawa mereka.


BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas. Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula! Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah
100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja,
kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita. Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya. Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan. "Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. " Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."


Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses  setiap bahan khususnya ubat­ubatan. Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada. Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan. Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka. Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. 

Mereka ini, PANTANG air berlebihan. Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari. Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru­paru menyebabkan sesak nafas. Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat. Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan
 ni menyeru kepada kita semua, agar BERHATIHATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan­bahan beracun." Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia". Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar). Berhati­hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.


Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan
menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada. 

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri. 

Kredit kepada penulis asal artikel 

Dr. Mohd
Syamirulah Rahim yang dikongsikan di laman
Facebook milik beliau. Beliau merupakan
seorang pegawai perubatan di sebuah hospital
di kerajaan di Malaysia.

Gambar Belangkas