Wednesday, September 9, 2015

Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih jadi saya pakai stokin yang mana da jer...

Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih jadi saya pakai stokin yang mana da jer...


Tak pasal-pasal, mata masuk habuk. Ceritanya begini, dlam kelas ketika sedang membuat ujian lisan, panggil seorang2 murid.  Giliran anak murid yg namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan.

Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yg dipakainya itu.

Dialog di antara kami seperti berikut:

Kasma: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yg berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.

Kasma: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?

Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.

Kasma: Rebut-rebut? Di mana?

Fatihah: Ada orang letak baju-baju, beras, gula, minyak di kampung. Ha, ibu saya pergi rebut-rebut.

Perasaan ingin tahu aku semakin tinggi. Maka aku bertanya lagi soalan lanjut.

Kasma: Ayah awak tak kerja ke?

Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.

Kasma: Ayah kerja di mana?

Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)

Kasma: Pergi sekolah bawa duit tak?

Fatihah: Bawa, seringgit.

Kasma: Mana ibu dapat duit?

Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit.

Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya.

Kasma: Di rumah selalu makan apa?

Fatihah: Makan sayur.

Kasma: Dapat dari mana?

Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Kasma: Lauk pula?

Fatihah: Ayah mancing di lombong.

Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

Kasma: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?

Fatihah: *hanya sekadar mengangguk

Kasma: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.

Begitulah sedikit cerita yang aku peroleh dari pengalaman sendiri. Sebenarnya, mana-mana cikgu pun ada pengalaman seperti ini. Perkongsian ini bukan untuk meminta simpati tetapi nak bagi sedikit keinsafan. Allah uji bermacam-macam bentuk, melihat orang yang lebih susah menjadikan kita lebih bersyukur. Jangan membazir.

Semoga ada manfaatnya. -

sumber

Swift code bank malaysia




Swift code bank malaysia. Apa itu swift code? Kenapa ia penting? Ia digunakan untuk apa? Ini antara soalan-soalan yang bermain di dalam fikiran aku ketika aku diminta untuk mengisikan (BIC). Baik, apa itu Bic code? Jika anda ingin berurusan mengenai perpindahan wang melibatkan bank antarabangsa, anda perlu tahu akan hal ini.




Baik. Swift code merupakan suatu format piawai Kod Bank Identifi (BIC) dan ia adalah kod pengenalan unik bagi bank tertentu. Kod-kod ini digunakan ketika proses memindahkan wang antara bank, terutamanya bagi pemindahan antarabangsa. Bank-bank juga menggunakan kod ini untuk bertukar-tukar mesej di antara mereka. Swift code terdiri daripada 8 atau 11 aksara. Apabila kod 8-digit diberikan, ia merujuk kepada pejabat utama.



Penerangan di atas adalah bahasa kamus. Kalau dalam bahasa mudahnya, swift code digunakan apabila korang ingin memindahkan atau ada proses kemasukan wang dari bank luar negara ke dalam akaun bank korang. Dalam form yang korang perlu isi, akan ada 1 kolum (BIC). Korang kena kenal pasti bank apa yang korang guna, semacam contoh maybank. Jadinya bagi maybank, swift codenya adalah MBBEMYKL. Dari mana nak tahu code ini? Nanti aku terangkan sekejap lagi ya!

Buat masa sekarang, ada lebih 40,000 swift code *korang rasa korang boleh hafal tak? Hehehe*. Kod-kod ini mempunyai hubungan aktif dengan rangkaian swift. Swift code dikendalikan oleh Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) dan beribupejabat di La Hulpe, Belgium. Ok, sekarang dah jelaskan Apa itu swift code? Dan apa itu Bic code? Sekarang aku nak kongsikan pula Swift code bank malaysia.

Senarai Swift code bank malaysia.


No Bank Bandar Swift code
1 AFFIN BANK BERHAD Kuala Lumpur PHBMMYKL
2 AMBANK (M) BERHAD Kuala Lumpur ARBKMYKL
3 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Kuala Lumpur BIMBMYKL
4 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) Kuala Lumpur BKRMMYKL
5 BANK NEGARA MALAYSIA Kuala Lumpur BNMAMYKL
6  BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD-AGROBANK Kuala Lumpur AGOBMYKL
7 CIMB BANK BERHAD Kuala Lumpur CIBBMYKL
8 CITIBANK BERHAD Kuala Lumpur  CITIMYKLLAB
9 HONG LEONG BANK BERHAD Kuala Lumpur HLBBMYKL
10 MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) Kuala Lumpur MBBEMYKL

Ini adalah sebahagian daripada bank-bank yang ada. Harus juga dingatkan bahawa swift code di atas adalah berlainan mengikut negeri. Semacam contoh, code di atas digunapakai di kuala lumpur sahaja. Ianya mungkin berlainan jika anda ingin mencari swift code bagi negeri melaka atau negeri selain daripada kuala lumpur. Jika anda ingin mencari code bagi negeri lain, ada boleh carinya di Theswiftcodes. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. InsyaAllah.

4GAMBAR!! PELAWAK ABAM BOCEY TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA!!


Pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya semalam. Kemalangan berlaku di Gombak pagi semalam.


Dikatakan kejadian berlaku kira-kira 8 pagi, yang mana kereta Perodua Myvi milik Abam bertembung dengan sebuah kereta Saga.

Kereta Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan.

Menurut saksi, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Abam ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara.

Keadaan Abam dan pembantunya itu sihat sahaja tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

Ini komen Abam:

“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,”

“Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” 

Ini gambarnya:






Punca tekak sakit.


Punca tekak sakit. Siapa yang tekak dia sakit sekarang ini? Sila senyum. Hehehe. Ini semua berpunca dari jerebu 2015. Yelah, berlaku pun tahun ni kan? Tapi takpelah, sakit itukan penghapus dosa, jadinya, janganlah kita merungut, sebaliknya cari penawar. Aku lebih suka ubat tradisional daripada moden.




Baik. Kenapa tekak sakit tiba-tiba? Kenapa takda hint macam demam? Kita kalau nak kena demam, mesti dia bagi hint kan. Macam badan dedar ke, suhu dekat hidung *waktu bernafas* terasa panas ke, macam-macam lagilah. Tetapi kenapa tidak pada sakit tekak? Apakah puncanya permasalahan ini? Hamboi. Hehehehe.

Seperti biasa, bila berlaku sesuatu kekusutan tu, haruslah tanya dengan pakcik google. Dan diterbangkan aku ke sana ke mari. Di akhirnya, aku disinggahkan ke blog Info kesihatan terkini. Katanya punca tekak sakit adalah:

1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Daripada 4 punca tekak sakit yang dinyatakan di atas, yang mana satukah related atau bersangkut dengan point utama aku tadi *yang kata sakit tekak berpunca daripada jerebu*? Macam takda yang berkaitan kan? Wahahahaha. Baiklah, rupanya aku salah tanya dengan pakcik. Aku tanya punca sakit tekak dan bukannya sakit tekak akibat jerebu. Hehehehe. Maafkan saya.

Baik, kali ini betul. Punca sakit tekak akibat jerebu adalah kehadiran bahan tercemar dalam kuantiti yang banyak di dalam udara. Ya! Inilah punca sebenarnya! Hmm. Hmm. Udara tercemar ya? Bahaya ni. Mana-mana pun ada udara, kalau takda udara, macamana nak bernafas? Takkan nak pakai tank kat belakang? *macam orang pakai pergi menyelam tu*.

Nak cerita pasal tekak sakit ni, jangan kata nak makan, nak telan air liur pun payah. Bayangkanlah nak habiskan set teriyaki *menu makanan aku petang tadi, hehehehe* terasa macam susah sangat nak habiskan. Bukan banyak mana pun hidangan tu *kalau nak compare dengan nasi campur la*. Hmm. Hmm. Sekali lagi, penyakit itu penghapus dosa. Hmm. Hmm.

Dah tahu puncanya, kena juga tahu apakah penyelesaiannya kan? Aku lebih suka Ubat Sakit Tekak Tradisional. Lebih "rare"berbanding ubatan moden. Hehehe. Disini aku sertakan 5 petua tradisional ubati sakit tekak paling berkesan. *insyaAllah berkesan ya*.



1. Makan madu.

Hmm, madukan makanan sunnah. Sebenarnya, tak payah tunggu tekak sakit, boleh je nak makan madu bila-bila masa. Manisan semula jadi yang diketahui banyak khasiatnya *tapi hati-hati ya,sekarang banyak madu palsu*



2. Minum secawan teh yang dicampur dengan kulit kayu manis.

Ini minuman kegemaran aku. Sungguh, tapi jarang dapat minum. Hmm, hmm. Nak minta wife buatkan, dia sibuk je. Wahahaha. Maaf sayang, saya sengaja je cakap macam tu.



3. Minum air kembang semangkuk.

Kalau dah kembang semangkuk, macamana nak minum, kan? Ala, kalau susah nak dapat, korang cari je air lai che kang. Ha, dalam tu ada kembang semangkuk. Sama kan? Boleh tak? Hmm.



4. Minum air asam jawa.

Ini petua terbaik. Selain dapat menyembuhkan tekak sakit, ianya juga boleh memerdukan suara. Ini orang cakap la, tapi kalau dah memang takda bakat nyanyian, minumlah banyak mana pun, hasilnya tetap sama jugak. Jangan marah ya. Hehehe.



Sumber petuanenek.

5. Minum sesudu kicap yang dicampurkan dengan limau nipis.

What? R u serious? Minum kicap? Makan dengan nasi ok lah, kalau minum, jawapannya, lebih baik aku ikut petua tradisional yang lain. Erks. Minum Kicap?

PANAS!!! Teguran Yang Agak "MEMILUKAN" Tasha Shilla Oleh Seorang "Non Muslim" Terhadap Sikapnya.


Teguran Gadis Non Muslim Ini Kepada Tasha Shilla Buat Orang Islam MALU Dengan Sikap Tasha Shilla





Kami pun tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh Tasha Shilla apabila sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota malam tadi.

Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.

Malah ada juga yang memohon supaya pelakon ini bertaubat dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana berani berpakaian sebegitu selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.


Kami yakin Tasha berpegang teguh pada quote yang pernah dinyatakannya sebelum ini – yang penting hati, bukannya pakaian seseorang itu. Apa pun, Tasha juga pasti ada jawapannya sendiri atau menurut Tasha lagi sebelum ini – biar tidak tutup aurat dikepala tapi masih menjaga aurat hati lidah mulut.


Lebih memalukan apabila seorang gadis non-muslim sendiri yang menegur sikap Tasha Shilla ini.






[10 GAMBAR] SEBARKAN! PASANGAN SUAMI ISTERI PENAGIH PIL KUDA GIAT AKTIF MENIPU ORANG RAMAI! ANDA MUNGKIN MANGSA SETERUSNYA!

BONGKAR !!! Pasangan suami isteri penagih pil kuda giat aktif menipu orang ramai. Anda mungkin mangsa seterusnya ! SEBARKAN !




PENIPU BERNAMA : Ahmad Nasrul Bin Muhamamd Nasir (Suami)


Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh mereka sebelum mengetahui perkara sebenar berkaitan dengan kegiatan suami isteri penagih pil kuda ini. Dua orang anak mereka hanya dijadikan "alat pancing" untuk orang ramai menagih simpati !



MODUS OPERANDI MANGSA 1

Ditulis Facebook Kacang Buncis

Assalamuallaikum,

Lebih kurang jam 8.30 malam tadi,saya dan suami dari lundang menghala ke bandar baru kubang kerian,sampai di flyover pasir tumbuh,kami lihat ada sepasang suami isteri dan 2 orang anak kecil yg saya kira dalam lingkungan 4 tahun dan 3 tahun sedang berjalan kaki sambil si suami menolak motosikal nya yang rosak.



Saya tergerak hati meminta suami berpatah balik dan mendekati mereka. Hati wanita saya cukup sensitif bila melihat anak sekecil itu berjalan kaki di dalam gelap malam. Setelah mendekati saya bertanya itu dan ini...nak kemana dan mcm mcm lah. Saya difahamkan mereka telah berjalan kaki berempat sambil menolak motor dari Telipot...hinggalah ke Pasir Hor sebab minyak hitam motor mereka dah kering. Ya Allah,masya Allah...!!! Jauh lebih kurang 5km tuan puan..cry emoticon Lebih sedih lagi,mereka hendak ke Hospital USM di Kubang Kerian sb anak sulung mereka dah 3 minggu ditahan di wad sebab demam denggi dan jangkitan kuman pada paru paru.



Saya melihat jam hampir pukol 9 mlm dan saya difahamkan mereka masih belum berbuka puasa..tadi ada yg bersimpati memberi mereka sebungkus nasi kerabu dan air...meraka dah bagi anak anak makan dulu...Ya Allah,beratnya dugaan Mu ini...sebak..saya sgt sebak..!!!



Suami saya menelefon adiknya untuk membeli dan menghantar minyak hitam sementara kami menunggu ditepi jalan. Saya mengajak isteri dan anak anak mereka menunggu di dalam kereta agar anak anak mereka tidak kepanasan. Sambil kami tunggu suami saya mengisi minyak hitam,saya sempat bertanya si isteri...katanya mereka ingin kerumah ibu saudaranya di Gual Periuk kerana ingin meminjam duit tapi sampai disana ibu saudaranya tiada di rumah dan mereka terpaksa berpatah balik ke USM Kubang Kerian. Sebelum ini mereka menetap ni rantau panjang tapi diusir keluar oleh saudaranya. So dah tiga minggu mereka tidur di hospital. Mereka risau jika anak mereka dapat keluar hospital,mereka tak tahu kemana lagi ingin menumpang...Ya Allah...!!

Oh..sebelum saya lupa, Masa mereka berjalan kaki tadi,saya nampak si isteri memakai tongkat...saya tanya kenapa dgn kakinya lalu dia menyelak seluar dan menunjukkan kakinya..Ya Allah..hati saya luruh melihat penderitaan dan kekuatan perempuan ini..!! Saya difahamkan daging kakinya meluruh dan tinggal tulang..Doktor pun tak dapat pastikan apa punca dan penyakit si isteri. Sekarang dia tidak mendapat rawatan dimana mana hospital kerana kesempitan hidup...Mmg dah bergenang air mata ni...

Setelah selesai baiki motor,saya menghantar mereka ke HUSM dan memberi sedikit wang buat belanja. Si isteri memeluk saya dgn erat dan yg paling buat saya luluh hati bila dia cakap..."Kak,terima kasih banyak banyak...Akak jer yg tolong saya"..Sebak..sebak..sebak..!!



MODUS OPERANDI MANGSA 2

Ditulis Facebook Mohd Azraie Daud
Cerita semalam,aku balik dari kedah,singgah ke kota bharu untuk ambik anak dan isteri,elok sampai rumah mentua di pulau melaka,Allah tidurkan aku..kul 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap2 semua barang dalam kereta,kami pun bertolak,sampai di traffic light pulau melaka,aku nak topup minyak kereta,biasanya aku akan topup di Tok Bali tapi mlm tadi,Allah gerakkan hati untuk topup di Petronas Pulau Melaka tu jugak.

Waktu tu hujan renyai2. Elok aku parking je kereta kat pam tu. Aku tengok family ni. Aku pi bayar duit minyak dan terus isi sambil usha family ini.




Aku tengok anak kecil tu bermain di samping ibu dia yang duduk. Ayah dia kelihatan duduk dibalik motor sambil muka tunduk kebawah. Aku perasan ada sorang lagi anak dia tidur atas motor sambil selimut dengan kain batik. Selesai pam minyak,aku terus tuju ke arah diorang..aku tanya, dari mana nak ke mana?si isteri jawab"dari pasir putih,nak ambik anak kt husm,anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru2..hari ni dah boleh keluar,pi pasir putih nak pinjam duit dengan mak sedaranya,tapi tak dapat,sampai sini minyak motor habis,tapi duit tak ada nak isi,rumah plak kt rantau panjang".


Mata si isteri tu dah mula berair.aku dapat rasa air mata tu ikhlas.. Aku perhati kt motor dia, ada sticker ustaz azhar idrus,suami pun pakai kopiah. Aku dh mula simpati dan rasa diorg ni jujur dan orang baik2.

Lepas tu aku tengok kaki dia macam sakit, aku pun tanya la sakit apa,kencing manis ke? Siisteri tu bagitau, dia sakit misteri,lepas berubat di perubatan islam di Bangi,baru sembuh. Doktor hampir2 potong kaki dia..

masa tu adalah dua tiga orang datang menghampiri kami,aku terangkan masalah diorang dan aku bagitau kalau2 org2 yang datang tu nak bantu..alhamdulillah dengan rela hati,beberapa orang menghulurkan note2 biru dan hijau.raut wajah mereka terus berubah ceria..masa tu terasa nikmat yang Allah bagi..walaupun aku hanya berMyvi bukan mercedes atau bmw,tapi ada orang yang lagi susah..

aku teringat masa kecik2 dulu,kehidupan keluargaku kais pagi makan pagi,pernah dihalau dan dihina kerana kemiskinan keluarga kami. Kini hidup kami banyak berubah berkat ketabahan ayah dan mak memastikan kami berjaya dalam pelajaran walaupun kami orang miskin..aku ada ambik no fon abang ni. Nama dia nasrul. Dia sudah sebulan tak kerja sebab jaga anak dia di husm. Isteri dia jalan bertongkat. Tak mampu nak urus sendiri. Sebab tu dia tak berduit. Dia kerje mekanik di bengkel kereta..

insyaAllah aku akan melawat mereka pada minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa2 sumbangan dikutip.insyaAllah.


PEMBONGKARAN PENIPUAN
(Kisah sebenarnya yang berlaku disebalik suami isteri ini) :


Respons terhadap status Mohd Azraie Daud. Pernah kumpulkan RM 1,000 dari orang ramai untuk tolong mangsa. Ketua kampung SAHkan mereka kaki pil kuda. Modus operandi bawa anak naik motor adalah semata-mata untuk simpati orang ramai :



Sanggup tolong hantar ke HUSM . Sanggup cari rumah di Rantau Panjang untuk serahkan wang yang dikumpul dari orang ramai :


Sebelum ini marah kepada JKM kerana tidak tolong, sekarang malu muka akibat salah faham. Rupa-rupanya anak-anak mereka telah menerima sebanyak RM400 sebulan dari JKM ! :


Gigih cari rumah mereka. Tetapi sangat kecewa akhirnya tahu mereka adalah penipu !


>>INILAH WAJAH MEREKA YANG LEBIH JELAS

VIRAL!!! PUNCA KENAPA GADIS 18 HINGGA 25 TAHUN MUDAH KEHILANGAN "DARA".

 Gambar Hiasan
Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan...
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom, baru-baru ini.
“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan s3ks dengan lima kekasih...
“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai s3ks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun...
“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali s3ks melalui por_nografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai s3ks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya... 
Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan s3ks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan...
Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman s3ks itu...
Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan s3ks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai s3ks sebelum mengadakan hubungan...
Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan s3ks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan s3ks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan...


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008...
P/s: Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura, keadaan yang sama turut berlaku di sana...
Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lu_cah ialah orang Islam.
Yang membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat....

Gambar Belangkas