Tuesday, September 8, 2015
Jerebu semakin teruk!
Jerebu di malaysia 2015. Rasanya, setiap tahun negara kita di landa jerebu. Boleh dikatakan juga, jerebu adalah fenomena biasa di sini. Walaubagaimanapun, fenomena kabus berbahaya ini sedikit dilihat sebagai antara yang terburuk pernah berlaku. Aku bercerita mengenai jerebu di melaka ya!
Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja dengan kenderaan superbike, suasana kabus dilihat sedikit tebal berbanding semalam. Bau asap terbakar sedikit kuat. Hidung dengan tekak aku ni usah cakap la. Tekak dah mula perit, hidung dah mula gatal-gatal. Ini semua adalah kesan daripada terdedah dengan kawasan luar dalam tempoh yang lama.
Waktu dalam perjalanan tu, nak jugalah feeling macam awie bawa motor dalam filem maria mariana dulu. Tapi terbantut! Sebabnya, bau asap! Kalau berkabus macam dekat genting highland tu lainlah kan? Hmm, teringat waktu aku belajar di oxford dulu *sila jangan senyum atau pelik ya*, kabus-kabus macam ni *kabus sejuk ya* kira macam mainan je. Pagi-pagi, waktu perbarisan nak nyanyi lagu kebangsaan tu, mulut siap keluar wap lagi.
Itu waktu dekat oxford, kalau sekarang buat macam tu, bukan wap yang keluar, silap-silap buih yang keluar. Hahahahahaha. Jadi tajuk berita utama pulak nanti *tapi bukan senang nak duduk depan kan?*. Shhhh, jauh sangat aku lari ni. Ha, jerebu di melaka. Semalam hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sejuk! Biasanya bila hujan, jerebu makin kuranglah kan? Itu harapan.
Sebaliknya! Warghhh. Punyalah tebal kabus pagi tadi! Ini dah masuk zon bahaya ni, kalau aku tak bertindak cepat, parah di buatnya nanti. Hmm, segeralah aku ambil ubat sakit tekak dan mask. 1 yang aku tak suka pakai mask ni. Orang pakai spek kan, bila pakai mask, berkabus je cermin mata tu, dah tak nampak depan. Itu lagi bahaya kan? Ish.
Apa pun, benda dah jadi. Jerebu di melaka memang tak dapat dielakkan. Apa yang boleh kita buat, jaga kesihatan diri dan keluarga. Banyakkan minum air. Hmm, bila cerita pasal air, ini yang aku kurang selesa. Bila dah minum air, mesti akan kerap kencing kan? Office dengan tandas amatlah jauh. Office dekat tingkat atas pulak tu. Nak turun bawah semata-mata nak kencing, punyalah malas! Ada tak pampers dewasa? Erks. Hehehehhe.
Baik, sekali lagi, jerebu di malaysia seakan-akan menunjukkan semakin teruk. Oleh yang demikian, gandakan perhatian anda kepada kesihatan diri dan keluarga. Kurangkan aktiviti luar dan lebihkan minum air. Bersama-samalah kita menjaga antara satu sama lain ya! Pesanan daripada jabatan kesihatan malaysia. Hehehehehe
Lokasi percutian luar negara yang ada di malaysia!
Lokasi percutian luar negara yang ada di malaysia. Bagi sesiapa yang mencari lokasi percutian yang menarik, sesuai untuk keluarga dan murah, nah, disini lokasinya, Tadom Hill Resorts. Viral mengenai lokasi percutian ini yang seakan-akan lokasi percutian di luar negara, walhal ianya terletak di dalam malaysia.
Dengan nilai pertukaran ringgit yang dilihat semakin meruncing, ini adalah jalan terbaik bagi mereka yang gemarkan percutian. Lokasi yang terletak di banting selangor ini, sememangnya menjanjikan kepuasan kepada pengunjungnya. Apa yang menariknya di sini adalah airnya yang kehijauan akibat daripada refleksi daripada tumbuhan dan pokok di sekitarnya. Selain menawarkan percutian gaya desa.
Lupakan tentang kesejukan penghawa dingin dan keselesaan ketika berada di dalam hotel, Tadom Hill Resorts menawarkan penginapan semulajadi, dengan menawarkan penginapan di dalam khemah dan berbentuk terbuka. Pengunjung sudah pasti dapat merasakan kelainan apabila berkunjung ke sini.
Selain daripada itu, anda boleh berakit dan menikmati keindahan alam semulajadi disini. Air yang tenang dengan bunyi-bunyian fauna, pasti memberikan anda ketenangan daripada kesibukan kerja harian anda.
Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana dengan bayaran yang dikenakan. Jangan takut, harga yang di tawarkan tersangatlah berpatutan. Jadi tidak hairanlah jika Tadom Hill Resorts merupakan lokasi percutian keluarga pilihan utama anda.
Jadi apa tunggu lagi? Masukkan dalam kalendar percutian dan nikmatilah percutian semula jadi terhebat anda. Jadikan ia sebagai pengalaman percutian terindah anda. Tidak perlu percutian ke luar negara jika di dalam negara ada menawarkan percutian yang sama hebat seperti di Tadom Hill Resorts ini.
Kerja petik buah anggur di australia.
Kerja petik buah anggur di australia (Work picking grapes in australia). Adakah anda bercita-cita ingin bekerja di luar negara dan memperolehi pendapatan yang tinggi hampir setiap minggu? Nah, peluangnya kini dibuka, bekerja sebagai pemetik buah di autralia dengan pendapatan luar biasa. Hubungi kami sekarang!
Bayangkan, 1 minggu mereka boleh dapat pendapatan sebanyak itu, kalau sebulan? Kita yang bekerja disini, boleh dikatakan berpendapatan RM2000 *mengikut basic RM1400* sebulan. Itu adalah mengikut kadar pertukaran lama. Jika kita kira dengan nilai tukaran ringgit terkini, sudah pasti nilai pendapatan yang diperolehi lebih tinggi! Hmm, bunyinya seperti menarik kan?
Sebenarnya, perkara/isu ini dah lama bermain di fikiran dan minda aku. Aku sememangnya ingin mencari sesuatu yang baru *juga pendapatan yang baru* di dalam kehidupan aku. Tetapi hingga kini, aku masih kekal dengan kerjaya lama. Tidaklah aku tidak bersyukur dengan kerjaya aku sekarang, tetapi ada masalahnya. Baik, bayangkan diri korang di tempat aku. Korang dah bekerja hampir 10tahun. Sekali lagi, 10 tahun, dan basic gaji korang sekarang adalah RM1400! Apa perasaan korang? Bekerja selama 10 tahun dengan basic gaji RM1400? Suka?
Kerjaya sebagai pemetik buah di australia ini sebenarnya cukup famous di kalangan rakyat malaysia. Sebabnya? Aku punya saudara di sana. Tetapi mereka tidak bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya sebagai kelasi kapal. Baru-baru ni, ada lagi saudara aku ke sana. Dan memilih kerjaya sebagai pemandu teksi. Perihal kelancaran kehidupan di sana, aku kurang pasti. Yang aku pasti mereka memang bekerja di sana.
Orang kita ni lebih memikirkan kelancaran hidup. Atau dalam kata lainnya, lebih selesa berada di dalam zon selesa. Yang akhirnya, membawa kepada kehidupan biasa sepanjang hayat. Cuba tengok rakyat asing yang datang bekerja di malaysia ni. Mereka tu langsung tak tahu apa. Cakap melayu pun langsung tak betul. Punah ranah. Tapi cuba tengok kehidupan mereka. Kalaulah kerajaan malaysia membenarkan rakyat asing yang bekerja di malaysia ni beli rumah, confirm kebanyakkan rumah di sini akan dibeli oleh mereka.
Ada yang datang ke malaysia sehelai sepinggang. Ambil masa beberapa tahun di sini, akhirnya menjadi antara yang terkaya di kampung mereka. Pelik juga sebenarnya aku, mereka datang ke sini, bekerja dan menjadi kaya, rakyat malaysia bekerja puluhan tahun, kenapa tak semuanya kaya? Itu aku pelik. Argghh, malas nak fikir, sekarang point utama aku adalah, adakah aku akhirnya akan memilih kerjaya sebagai pemetik buah anggur di australia? Ataupun apa sahaja kerjaya yang ada? Itu aku akan fikirkan nanti. Kalau korang, macamana?
Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403.
Masih lagi dengan masalah invalid security token error 403. Ingatkan bila masuk log in blog pagi ini semuanya dah kembali kepada asal, rupanya masih sama. Semalam aku berhadapan dengan masalah error 403 yang tidak diketahui puncanya. Cuba tanya pakcik google, dia pun tak tahu. Bila dia tak tahu, ini bermakna ini adalah kes terbaru! Kes yang tak pernah berlaku *kalau biasa berlaku, mesti banyak dekat google search*.
Aku lihat ramai juga yang masuk ke dalam blog ceritaejoy *dari luar negara* mencari apakah penyelesaian kepada masalah ini. Ini bermakna, mereka juga mengalami masalah yang sama. Masalah invalid security token error 403 yang tidak diketahui puncanya. Tiba-tiba je ada. Bila aku search, ada yang berhadapan dengan, pelawat tidak boleh tinggalkan komen, tapi ada sahaja rakan-rakan blog ceritaejoy yang datang tinggalkan komen. Ini aku pelik!
Ada juga aku tanyakan pada sifu HH, katanya ianya mungkin melibatkan code yang aku masukkan ke dalam template blog. Seingat aku, last aku edit template blog adalah dengan memasukkan code Popads. Ya. Inilah code terakhir yang aku masukkan. Kata sifu, mungkin terdapat masalah dengan code tersebut. Kena register balik dan masukkan semula dalam template. Aku dah buat, ternyata masalah invalid security token error 403 ni masih kekal! Arghh!
Ada rakan baharu, katanya dari brazil. Juga mengalami masalah yang sama. Dia nasihatkan aku untuk tambah author blog ceritaejoy. Masukkan email baharu. Sudah juga aku buat. Masih tak hilang error 403 ni. Dah kenapa weh? Apa masalahnya ni? Aku betul-betul tertekan sekarang ni. Sekarang aku dah kembali kepada template blog yang asal. Simple template. Dengan harapan masalah aku ini akan selesai. Akhirnya, tahu apa terjadi? Ada paparan ini pada blog ceritaejoy: Invalid security token error 403.
Aku dah mula tension dan pening. Bila semua benda aku dah cuba dan usaha, masih lagi memberikan keputusan yang sama. Dengan langsung tiada bantuan dan sumber di pihak google, aku memikirkan jalan terakhir adalah dengan "Delete blog ceritaejoy" dan mula semula membina blog baharu. Ini sahaja jalan terakhir yang aku nampak. Hmm. Sedih juga memikirkan kalau aku terpaksa delete blog aku ni.
Apa pun, itu adalah jalan terakhir, aku masih lagi memberi masa dan perlu usaha untuk selesaikan masalah ni. Mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan? *kata-kata semangat untuk diri aku*. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Jika korang ada penyelesaian or if you know how to fix invalid security token error 403. Silalah kongsikan dengan aku yer!
"Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku?...
Hari ini Izham memang agak susah ifa nak kawal. ada saja idea nya nak mengusik kawan. Biasalah budak-budak kan.
Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.
Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap.
"Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni ... kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!"
Dengan nada marah firdaus marah kat izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata.. huhu..
>>LAGI GAMBAR FIRDAUS BERSAMA BEG KESAYANGANNYA
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...