Monday, September 7, 2015

Kejam Sungguh Seorang Isteri , Inilah Padahnya Memberi Makan Dar4h H4id Kepada Suami Sendiri!!

gambar hiasan

%Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu se#ronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawa#b. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari ta#gan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung s#ksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Viral Kisah seekor beruk hadiri majlis ilmu.


Viral kisah seekor beruk hadiri majlis ilmu. Mulanya terbaca kisah ni dekat laman sosial facebook pagi tadi. Hairan dan pelik juga. Katanya ini beruk liar. Beruk adalah spesis haiwan yang terkenal dengan sikap agresifnya. Tetapi melalui cerita yang disampaikan, beruk ini hanya duduk diam sambil mendengar kuliah yang di sampaikan.

Kes ini terjadi di Pondok Gajah Teriak, Jitra, Kedah pada jam 9.30 pagi. Waktu ini, di adakan majlis ilmu yang mana dengan secara tiba-tibanya, masuk seekor beruk ke dalam masjid dan kemudiannya berlegar-legar di dalam kawasan masjid. Beruk ini dikatakan sangat jinak dan langsung tidak menganggu orang.

Viral juga gambar beruk ini memanjat badan seorang jemaah, dan hanya dibiarkan sahaja oleh jemaah tersebut. Mungkin inilah kekuasaan Allah yang mana ingin diperlihatkan kepada manusia, haiwan juga hadir ke majlis ilmu yang dipenuhi banyak malaikat. Beruk ini dikatakan telah di tangkap oleh jabatan pertahanan awam selepas orang ramai membuat aduan berikutan takut sesuatu yang lebih buruk berlaku.





Ok. Boleh nampakkan wajah jemaah yang cool je. Soalan aku, apa pula perasaan korang kalau berhadapan dengan situasi semacam ini? Tak usah cakap beruklah, monyet. Ha, monyet. Bagaimana atau apakah situasi korang kalau berhadapan dengan segerombolan monyet? Hahaha. Korang janganlah pergi cari sekumpulan monyet untuk jawab soalan aku ni, tapi dengan teknologi dunia kini, korang boleh mengetahui situasi korang dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah ni. <Ketahui situasi anda bila berhadapan dengan sekumpulan monyet>.

10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba!

10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba! Zaman serba moden ni kan, semua nak baru, semua nak unik, termasuklah kombinasi makanan ini. Nampak macam pelik tapi jangan tak tahu ya, ia menghasilkan rasa yang sungguh enak! Jom kita terjah apakah 10 kombinasi makanan ini.

1. Nasi lemak + crème brûlée.

88f7

Hidangan nasi lemak dengan puding kelapa dan sambal berry.Hmm, apa rasanya ye?  Makanan ini anda boleh dapatkan di Ecole P,Damansara Uptown.

2. Teh tarik + white coffee.

7a46

A757

Ini memang unik+memang sedap. Fuh, terliur juga aku memandangnya. Bayangkan rasa kopi bercampur dengan rasa manis teh tarik. Apa macam? Mau tak? Hehehehe.

3. Banana cake + peanut butter

E8ea

Baik, ini betul-betul mengugat keimanan aku. Hahahaha. Boleh tak anda semua bayangkan rasanya? Fuh, kena pulak waktu-waktu petang macam ni, pergh, mengancam!

4. Karipap + mee hoon

02f1

Biasa makan karipap kentang? Atau karipap sardin? Pernah kan? Tapi aku confirm yang korang belum pernah makan karipap berintikan meehun. What? Huhuhuhu, inilah menu yang paling rare setakat ni. Ini mesti cuba! Mesti!

5. Watermelon + buffalo wings.

4c08

Sayap ayam pedas di tambah dengan rasa manis tembikai? What da combination?

Aku rasa aku dah tak mampu nak habiskan entry ini. Tangan dan perut aku dah mula mengigil tengok kombinasi terbaharu ni. Memang tak terfikir pun sebelum ni ada menu semacam ni. Korang boleh sambung tengok 10 kombinasi terbaharu makanan paling sedap dan mesti cuba ni. Aku nak siap-siap, nak pergi cari dan makan. Banana cake+peanut butter dengan karipap meehon. Pergh. Sedap. Sedap.

5 "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian Tuan Guru Nik Aziz - Al-Fatihah

  • -Meninggal pada hari Jumaat. Penghulu segala hari.
  • -Awan berarak mengikuti kerandanya
LIHAT VIDEO DI BAWAH





  • -Hari yang terik bertukar menjadi mendung, memberi keselesaan untuk semua hadirin yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Tuk Guru

  • -Tarikh kematian beliau sama dengan tarikh kematian Imam Hassan Al Banna., Mujadid Islam abad ke 19.
  • -Tuk Guru dikebumikan di hari cuti, Tuhan sudah susun untuk beri kesenangan kepada hamba-hambaNya yang mahu memberi penghormatan terakhir untuk Tuk Guru.

  • -Awan yang membentuk kalimah Allah betul-betul di atas kediaman Arwah TGNA.
Alfatihah .

Selamanya Alfatihah sedekahkan untuk susuk tubuh paling disayangi ini.

Sunday, September 6, 2015

Tips menghadapi jerebu.


Tips menghadapi jerebu. Baiklah, kalau tadi aku ada kongsikan Tips menghadapi peperiksaan, kali ini aku nak kongsikan pula apakah tips untuk berhadapan dengan jerebu. Kalau korang perasan, cuaca di negara kita sekarang sangat panas dan berkabus. Ada dua jenis kabus ya, 1 kabus yang dekat kawasan pergunungan tu, itu kabus elok, ini kabus jerebu, boleh mendatangkan penyakit.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom kenali dengan lebih mendalam apa itu jerebu. Ia adalah 1 fenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung-apung di udara. Ianya terjadi atas 2 sebab. yang pertama adalah secara semulajadi dan yang kedua adalah kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke bumi sekaligus mengurangkan jarak pandangan mata.

Punca kepada jerebu yang melanda *hasil daripada aktiviti manusia* adalah berpunca daripada pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan asap daripada kenderaan. Untuk keadaan sekarang, mesti korang dah tahukan dari mana puncanya jerebu?


Kesan yang bakal dialami jika terdedah terlalu lama/secara berterusan dengan jerebu.

- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal
- Terasa sakit dada.

Tips menghadapi jerebu.

- Sentiasa basuh muka dengan bahagian kulit yang terdedah dengan jerebu dengan air bersih.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar.
- Sentiasa gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mereka yang bekerja di luar atau perlu berada di kawasan terbuka.
- Gunakan penghawa dingin ketika menaiki kenderaan (4 roda).
- Minum banyak air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya jerebu semakin teruk, mereka yang berisiko tinggi adalah di nasihat keluar daripada kawasan tersebut.

Indeks pencermaran udara.

Adalah suatu yang amat penting untuk anda ketahui IPU di kawasan anda. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk halus dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengukur atau mengetahui kualiti udara dan kesannya kepada kesihatan.

Nilai IPUStatus
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya

GEMPAR!!! SEORANG Lelaki Yang Mendakwa Mempunyai Alat Sulit Terbesar Di Dunia Telah Memeranjatkan Semua Orang! WOW! (Video) 18+





SEORANG lelaki yang mendakwa mempunyai alat sulit terbesar di dunia.




SEORANG lelaki yang mendakwa mempunyai alat sulit terbesar di dunia, telah menimbangnya di hadapan kamera bagi membuktikan bahawa dakwaan tersebut betul.

Roberto Esquivel Cabrera telah menimbang alat sulitnya di rumahnya di Saltillo, Mexico, dan berat yang ditunjukkan penimbang adalah 0.99 kg dengan panjang 18.9 inci.


Keadaan itu juga kata, Roberto menyebabkan wanita takut kepadanya dan hasilnya, dia masih membujang sehingga kini walaupun sudah berusia 52 tahun.

Sehubungan itu, dia mahu Guinness Book of Records secara rasmi mengiktirafkannya. Bagaimanapun doktor memberitahu 13 inci daripada alat sulit itu sebenarnya adalah kulit.

Roberto bagaimanapun tidak berpuas hati dan telah melakukan imbasan x-ray.

“Tengok, ia jatuh hingga ke paras lutut. Saya tidak boleh lakukan apa-apa, saya tidak boleh bekerja dan mahu pihak berkuasa mengiktiraf saya sebagai orang kurang upaya,’’ katanya.

Menang Contest teka mana Iskandar dan Ismeth 2015.







Menang Contest teka mana Iskandar dan Ismeth 2015. Hip Hip Horray! Hehehe. Seronok pula aku bila diisytiharkan sebagai pemenang contest ni. Yelah, siapa yang tak suka dapat hadiah kan? Lagi pula ada "extra gift" gitu, bertambahlah berbunga rasa riang dalam hati aku ni.

Ceritanya bermula apabila pemilik blog
...... sudi singgah ke blog ceritaejoy. Untuk membalas kunjungannya, aku join la contest teka mana iskandar dan ismeth. Yang menariknya, aku sendiri tak kenal siapa iskandar dan ismeth ni. Hahahahahaha. Tapi itulahkan, rezeki Allah, kalau dia nak bagi, dengan apa cara sekalipun, mesti sampai kepada kita.


Aku ni nak bercerita lebih lanjut pun tak pandai, tapi korang boleh singgah ke entry keputusan kontest teka mana iskandar dan baca dengan lebih lanjut. Owh, sebelum terlupa, antara pemenang lain adalah, PCL dari blog nazlee.com, noraisah dari blog seriimpian86, El dari blog arwendanish dan Nor nazliana dari blog adna2029. Ha, siap promote blog lagi. hehehe. Apa pun, tahniah kepada semua pemenang.

Gambar Belangkas