Saturday, September 5, 2015

Review blog secara percuma : Blog akifimtiyaz.

❤ Akif Imtiyaz

Review blog secara percuma : Blog akifimtiyaz. Ada juga yang bertanya, aku review blog orang ni, aku ada buat segmen ke? Sebenarnya tidak. Aku cuma pilih mana-mana blog dan kemudian buat review dengan pendapat aku sendiri. Blog yang aku pilih pula, boleh dikatakan mereka yang kerap singgah dan komen dengan blog ceritaejoy. Ala, tak singgah dan komen pun takpa. Tapi beritahulah nak suruh review, insyaAllah, jika berkesempatan, aku buatkan. Ya.

Baik. Blog akif imtiyaz ini bersempena dengan nama anak bongsu kak lya. Tu, yang ada lesung pipit tu. Besar nanti mesti handsome macam pakcik ejoy. Hahahahaha. Kak lya boleh dikatakan aktif blogger juga. Banyak perkongsian ilmu di blog yang menjadikan warna hijau sebagai warna tema. Susun atur yang sangat kemas dalam blog ini amat-amat menyenangkan aku. Segala benda yang ingin kita cari mudah di capai. Cuma aku tak jumpa colum search je. Atau aku yang mungkin tak nampak? Hehehehe.

Kak lya juga boleh dikatakan sebagai seorang yang friendly. Mudah memberi pendapat atau pandangan jika diminta. Janganlah minta pendapatan pula ya! Hehehe. Blog yang banyak bercerita mengenai hal anak-anak kak lya ni memang tak bosan nak baca. Keletah anak-anak kak lya, kadang-kadang mampu membuatkan kita tersenyum. Ya, anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.


Terbaharu, kak lya ada buat giveaway sempena ulang tahun penubuhan blog akifimtiyaz. Masih belum terlambat untuk join giveaway ini. Di samping boleh memenangi hadiah, kita boleh berkenalan dengan blogger baru. Kan? Ok, kalau nak join, bolehlah klik pada banner di atas ya! Baiklah, disini saya menyeru dan mengajak semua ke blog kak lya di http://www.akifimtiyaz.com *hehehe, url penuh lagi*. Banyak yang boleh korang pelajari di blog kak lya. Ya! Terima kasih kerana sudi baca dan singgah ke bloh ceritaejoy. 

PANAS!!! Raja Farah Bakal Nikah Esok, Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Mereka.

Raja Farah Bakal Nikah Esok, Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Mereka.





PETALING JAYA: Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini.

Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.

"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.




Megat Bashirun Qhuyum Zakaria.
Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam dekat sini.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.

Dalam pada itu Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Manusia terpendek di dunia meninggal pada usia 75 tahun.

Chandra Bahadur Dangi

Manusia terpendek di dunia. Chandra Bahadur Dangi pemegang rekod lelaki paling pendek di dunia dalam Guinness Book of Records meninggal dunia pada usia 75 tahun. Bagaimanapun, penyebab kepada kematian lelaki ini tidak diketahui kerana penyakitnya di rahsiakan. Hmm, kenapa kena rahsia ek? Ini pelik.

Sedikit mengenai Chandra Bahadur Dangi, ketinggiannya cuma 54.6cm. Tinggal di sebuah kampung kecil di Kathmandu. Beliau mula mengembara ke seluruh dunia selepas sahaja diisytiharkan sebagai lelaki terpendek di dunia. Boleh tak korang bayangkan, betapa rendahnya beliau? Kalau tak berapa nampak, sila ambil pita pengukur dengan segera.

Chandra Bahadur Dangi

Chandra Bahadur Dangi

Chandra Bahadur Dangi

Melihat kepada gambar-gambar di atas, mesti korang dah boleh bayangkan bagaimana sukarnya kehidupan Chandra Bahadur Dangi ni kan? Mesti, mesti ada yang terkejut jika berjumpa dengan beliau pada waktu malam. Kalau orang kampung takdelah kan, ini orang luar. Walaubagaimanapun, setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya. Buktinya, dengan "kecacatan" yang beliau alami, beliau mampu untuk mengembara ke seluruh dunia. 1 perkara yang tidak boleh dilakukan semua orang yang sempurna di muka bumi ini. Kan?

Selepas daripada kematian manusia terpendek di dunia ini, sudah pasti Guinness Book of Records akan kembali mencari siapakah pengantinya. Nama Chandra Bahadur Dangi akan disemadikan di dalam kenangan sebagai salah seorang manusia terpendek di dunia. Satu kekurangan yang memberi banyak kelebihan.

PANAS!!! Pengacara MHI TV3 Teruk Dimaki Hamun Azwan Ali Akibat "TARIK HINGUS" Ketika Rancangan Live.


Pengacara TV3 Tarik Hingus Ketika Rancangan LIVE Dimaki Hamun Azwan Ali






Pengacara TV3 Selamba Tarik Ingus Dalam Rancangan MHI Kena maki Dengan Azwan Ali | sekali lagi Diva AA Azwan ali menimbulkan kontroversi,kali ini mangsanya adalah salah seorang wanita pengacara program MHI di TV3. difahamkan selain dari pada orang ramai yang melihat aksi pengaacara wanita itu rupanya azwan ali juga tidak ketinggalan menonton rancangan tersebut.rupanya ramai yang perasan pengacara wanita tu dok asik tarik ingus.


Kemudian azwan ali yang kurang selesa dengan pangacara wanita itu beliau turut membuat satu status di ekaun instagramnya yang memaki dan menghina pengacara wanita berkenan.


Tidak dapat dipastikan maksut dan tujuan azwan ali berbuat sebegitu,mungkin pengacara itu sedang sesema dan tidak dapat lagi menahan ingusnya,daripada keluar elok tarik kan.






INFO!!! 5 JENIS Tetamu Yang Perlu Anda Elak Ke Majlis PERKAHWINAN Anda.


Tips Perkahwinan : 5 Tetamu yang Perlu Anda Elak Jemput Ke Majlis


GAMBAR HIASAN







Elakkan menjemput orang yang tak diingini di majlis perkahwinan anda, silap hari bulan tak jadi kahwin anda dek kerana masalah yang ditimbulkan tetamu salah.







Oh kad kahwin dan nak siap. Alhamdulillah dengan izin Dia, segala majlis risik dan tunang telah dilangsungkan. Kini tinggal majlis perkahwinan. Sebelum siap kad kahwin untuk diedarkan kepada tetamu, haruslah anda senaraikan mereka yang tidak patut atau yang anda harus elakkan berada dalam senarai jemputan di hari bahagia anda. Siapa? Jeng jeng jeng.

Meramaikan tetamu adalah digalakkan tetapi, jikalau tersalah jemput jemputan tertentu. Boleh jadi haru tau! Jadi ini adalah lima senarai siapa yang perlu anda elakkan untuk jemput menghadiri hari bahagia anda.

1) Ex Anda

Tak kisah lah ex boyfriend ke ex girlfriend ke ex tunang ke, cuba untuk elakan tau! Bukan apa, bimbang kalau ada yang masih menaruh hati pada anda atau pasangan? Paling rungsing kalau mereka membawa niat jahat. Sebaiknya, cuba elakkan.

2) Mereka (kawan) yang pernah date dengan pasangan anda

Meskipun nampak sama dengan perkataan 'ex' cuma ini lebih tekankan pada kawan. Kawan anda yang pernah suatu ketika dahulu date atau ada hati/crush pada pasangan anda. Kawan tu kawan juga, tapi ingat. Kisah lama jangan diulang kembali tau! Mungkin anda boleh mohon maaf nanti kerana 'terlupa' menjemput apabila ditanya kelak.

3) Tempat Majlis

Harus anda peka dengan jemputan para tetamu dengan tempat yang menjadi pilihan hari persandingan anda. Sebagai contoh jika anda adakan di tempat-tempat mewah haruslah diingat kepada para tetamu untuk tidak membawa anak kecik atau kanak-kanak bersama. Khuatir akan menganggu perjalanan majlis

4) Kenalan Social Media

Semua di kalangan kita mempunyai account social media tersendiri, memang tidak dapat dinafikan melalui itu kenalan pun bertambah jadi beribu-ribu. Jika majlis anda diadakan tertutup, haruslah diingatkan untuk anda tidak menjemput kenalan anda yang ramai di social media. Apakata anda senaikan siapa yang anda ingin jemput sahaja daripada anda menjemput semua! Betul kan? Tapi jika majlis itu memang terbuka untuk semua, boleh sahaja.

5) Orang Asing (strangers)

Ini paling penting. Memang meramaikan tetamu di hari bahagia anda digalakkan. Cuma, cuba anda bayangkan yang hadir rata-rata mereka yang anda tidak kenal. Jangan kata nama, bahkan muka pun tak pernah tengok. Niat untuk menjamu tetamu adalah mulia, tapi jika mereka hadir dengan niat yang buruk? Semoga dijauhkan. Amin

Ini antara lima senarai mereka yang harus anda elakkan untuk menjemput di hari bahagia anda. Kad kahwin dah siap? Apa lagi? Edarkah lah pada tetamu jemputan!

SENSASI!!! Komen "PECAH PERUT" Dari Chef Wan Tentang Design Baju "Mengarut" Di Fashion Show.



4 Komen ‘PECAH PERUT’ Chef Wan Design Baju Di Fashion Show Ini Buat Anda MENANGIS !





HAHAHA! Memang tak kering gusi bila kami lihat komen-komen kelakar Chef Wan kat design baju yang diperagakan di fashion show yang berlangsung di Publika baru-baru ni.


Mungkin ada sesuatu yang tak kena kot kat design baju tu kot buat Chef Wan komen macam tu sekali. Kalau la designer tu baca komen Chef Wan, mesti sentap habis kan? Haha!






[3 GAMBAR] SUBHANALLAH! DOKTOR CERITA DUA KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA BILAL TENGKU SHAFIQ DIBEDAH



Rakyat Malaysia digemparkan dengan satu kes dimana seorang bilal, #Tengku Shafiq Adam, ditikam dengan menggunakan #pisau rambo kerana salah faham pemilik motorsikal yang dijaga oleh Bilal tersebut.


Menurut Ewan Nazri rakan yang berada ditempat kejadian, kondisi #Tengku Shafiq kini telah beransur pulih dan semakin sihat.


Selain itu, #rakannya itu turut berkongsi keajaiban yang berlaku ketika Shafiq dirawat.

Gambar Belangkas