Wednesday, September 2, 2015

Pengasingan sisa pepejal di rumah.

Pengasingan sisa pepejal di rumah. Bermula 1 september 2015, iaitu semalam, kerajaan malaysia telah mewajibkan seluruh isi rumah di malaysia untuk mengasingkan sisa pepejal *dalam kata mudahnya ,sampah*. Ini bermakna, kita perlu mengasingkan sampah yang ingin dibuang, tidak seperti sebelum ini yang mana kita campurkan kesemua jenis sampah di dalam 1 tong.


Soalan lazim mengenai jenis-jenis pengasingan.

Apa yang perlu di asingkan? Dalam kepala aku, bila dengar akan perlaksanaan ini, apa yang perlu diasingkan adalah buangan makanan berlebihan, botol atau tin, pampers anak. Ha, sebab inilah antara kebanyakkan sisa pepejal yang ada di rumah aku.

Tetapi selepas baca info daripada laman web SWCORP. Sisa pepejal ini terbahagi kepada 2:

i) Kertas, plastik dan lain-lain bahan kitar semula (Kaca, seramik, tin aluminium/besi/logam,barang elektrik, bahan fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya)

ii) Sisa baki pula adalah sisa makanan, lampin pakai buang, dan sisa lain yang kotor.

Ini bermakna akan ada 2 sahajalah plastik di rumah. Tak semacam apa yang aku praktikkan di rumah semalam. Untuk pampers anak 1 plastik, untuk sisa makanan 1 plastik, botol-botol 1 plastik, dan lain-lain. 


Kenapa perlu asingkan sisa pepejal? 

Soalan ini bukan korang je yang tertanya-tanya, aku sendiri pun tertanya, kenapa tiba-tiba je kena asingkan sampah? Kenapa sebelum ini tak perlu buat pun? Kan? Kan?

Ini jawapan yang diberikan pihak kerajaan. Mengurangkan peruntukkan wang negara untuk melupuskan sisa pepejal. Ha. Itu alasannya. Dan di terangkan lagi dengan, proses pengasingan sisa pepejal di rumah ini mampu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang di hantar ke tapak perlupusan sampah dan membantu meningkatkan jangka hayat tapak perlupusan tersebut.

Bila kita dah asingkan sisa pepejal kat rumah, kos untuk mengasingkan sisa pepejal itu dapat dikurangkan, Kalau sebelum ini, mereka perlu keluarkan belanja dan ambil masa untuk asingkan, tetapi selepas daripada perlaksanaan ini, hanya sisa pepejal yang tidak boleh di kitar semula sahaja akan di hantar ke tapak perlupusan sampah. Ha, faham tak? Harap-harap faham la ye. Hehehe.

Adakah penduduk akan dibekalkan dengan plastik sampah khas?

Ya! Soalan ini bermain-main di dalam fikiran aku. Kita di arahkan untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di rumah. Ok. Memang kita akan buat, masalahnya sekarang, adakah kita akan dibekalkan plastik sampah khas, atau mungkin tong sampah khas. Jawapan yang diberikan ini mungkin mengembirakan hati anda semua *termasuklah aku*. Kita tidak akan dibekalkan dengan apa-apa dan dikehendaki menyediakan sendiri plastik sampah bagi tujuan pengasingan ini. Yeah! Suka tak? Suka kan? Kan? Hmmm.

Lagi ada soalan tak? Hehe. Dah macam aku wakil pihak kerajaan pula kan? hehehe. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang timbul, macam contoh mereka yang duduk di apartment atau kondo, macamana proses pengasingan mahu dilakukan. Kemudian, bahan kitar semula yang dikumpulkan, adakah boleh dijual atau orang lain datang ambil bahan kitar semula yang telah kita kumpulkan dirumah? Ini hanyalah beberapa persoalan.


Apa yang boleh aku kongsikan adalah, jika korang mempunyai soalan, yang mungkin tidak terjawab di blog ceritaejoy ini, korang boleh klik dekat sini : swcorp. InsyaAllah, semua soalan telah terjawab di situ. Kena rajin bacalah ye. Hehehe. Akhir kata dari aku, marilah bersama-sama menjaga kebersihan negara kita dan mewujudkan suasana bersih dan harmoni. Dengan itu, rakyat malaysia lebih sihat dan cergas. Jap, ada kaitan tak? Wahahahaha. Ok, terima kasih kerana sudi baca dan singgah ke blog ceritaejoy ya! Daa~

Pokok zaqqum.


Pokok zaqqum. Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka. Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya. Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.


Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya. Nabi Muhammad  bersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Manusia secara logik akal mungkin sukar menerimanya tetapi itulah hakikat sebenarnya. Orang-orang kafir sentiasa mengingkarinya dan mengejek Rasulullah disebabkan fikiran mereka terbelenggu oleh kedangkalan teori bahawa pokok adalah bahan bakar api.

Mustahil pokok Zaqqum tumbuh sehingga berbuah di dalam api, lebih-lebih lagi di dalam neraka yang panasnya tujuh puluh kali ganda lebih panas daripada api dunia atau adanya pokok yang juraian tangkai dan buahnya berbentuk kepala syaitan.

Firman Allah سبحانه وتعالى :


وَالشَّجَرَ‌ةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْ‌آنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرً‌ا ﴿٦٠

“Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”

(Surah Al Israa; Ayat 60)

Bagi mereka perkara ini dianggap lawak belaka. Sehinggakan Abu Jahal la’natullah alaihi boleh berjenaka dengan mengatakan, “Pokok Zaqqum adalah pokok kurma.”


Pokok Zaqqum


Meskipun ulama berbeza pendapat mengenai jumlahnya, samada tumbuhnya hanya sebatang Pokok Zaqqum di neraka atau Zaqqum merupakan nama dari sejenis pokok di neraka tetapi ianya adalah tetap tumbuhan dahsyat di neraka.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:


إِنَّ شَجَرَ‌تَ الزَّقُّومِ ﴿٤٣﴾ طَعَامُ الْأَثِيمِ ﴿٤٤﴾ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ ﴿٤٥﴾ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ ﴿٤٦﴾

“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” 

(Surah Ad-Dukhan: Ayat 43-46)



Batang Dan Akar Pokok Zaqqum


Pokok Zaqqum ini tumbuhnya di dasar neraka. Akarnya menghujam jauh ke dalam, ia tidak akan terjejas oleh sekuat manapun badai neraka itu. Batangnya juga kuat, tak boleh diukur dengan kekuatan benda logam duniawi yang meleleh oleh panasnya api.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:


إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yang keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)


Tinggi Pokok Zaqqum


Pokok Zaqqum bercabang-cabang dan menjalar menjulang tinggi keseluruh penjuru neraka. Sungguh tak terbayangkan tingginya pokok ini. Apabila seketul batu dilemparkan ke dalam neraka, dalam masa tujuh puluh tahun, belum tentu batu itu sampai ke dasar neraka. Maka setinggi neraka itulah pokok Zaqqum.


Buah Zaqqum


Setiap dahan pokok Zaqqum menghasilkan buah yang melimpah lebat, buahnya juga boleh dipetik pada bila-bila masa dan di mana saja, kerana sememangnya neraka bertingkat-tingkat. Ada yang di bawah dan ada yang lebih ke atas.

Jangan ada yang membayangkan bahawa buahnya itu ranum mengundang selera, nikmat dan lazat. Tempat tumbuhnya pun di neraka, tentu saja buahnya mencerminkan keburukan, dan kepedihan seksanya. Buahnya seperti kepala syaitan, sungguh mengerikan dan sememangnya begitulah keadaannya.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

“Buahnya seperti kepala-kepala syaitan.”

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 65)

Tersebut di dalam Al-Quran:


لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

“Mereka benar-benar akan makan dari pokok Zaqqum.”

(Surah Al-Waqiah; Ayat 52).

Buah Zaqqum Makanan Penghuni Neraka

Buah itu menebarkan aroma busuk menusuk hidung. “Sekiranya setitis air dari buah Zaqqum itu jatuh ke bumi, tentu akan merosakkan kehidupan penduduk bumi. Lalu bagaimana dengan orang yang memakannya?” (Hadis Riwayat. Nasai. Turmudzi dan Ibnu Majah)

Penghuni neraka akan sentiasa lapar dan mereka akan sentiasa tergesa-gesa ke dasar neraka untuk memakan apa sahaja yang mereka temui. Di dasar neraka ini mereka akan dipaksa memakan buah dari pokok Zaqqum yang pahit rasanya dan busuk baunya bagai tahi minyak kotor serta buah tersebut juga akan membakar wajah beserta organ dalaman tubuh mereka.

Dahsyatnya Zaqqum… Belum pun sempat disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga menampakkan gigi-gigi mereka. Tidak hanya itu, mereka akan menelan duri yang akan mengoyakkan kerongkong ketika buah itu ditelan dan sebelum buah itu sampai ke perut, buah itu akan membakar dan mengeluarkan segala isi perut.

Meskipun demikian keadaannya, penghuni neraka tetap saja memakannya dengan lahap, sehingga perut mereka mengelembung tetapi tidak juga berasa kenyang. Mereka memang tiada mempunyai pilihan lain, tidak ada makanan yang boleh dijadikan sebagai pengganti.

Firman Allah سبحانه وتعالى :


فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.

“Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”  

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)

Padahal, sebelum masuk ke perut makanan itu tersangkut dan menusuk-nusuk di kerongkong. Tidak mungkin untuk dikeluarkan semula, sungguh tidak terkira deritanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi :


وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً

“Dan makanan yang menyumbat di kerongkong dengan azab yang pedih.”

(Surah Al-Muzammil; Ayat 13)

Mereka akan makan dan terus makan seperti tidak pernah puas. Walaupun buah Zaqqum itu membakar dan menggelodak dalam perut bagaikan minyak menggoreng, kepanasannya tak dapat dibayangkan.

Sesungguhnya tumbuhan Zaqqum itu memang mengerikan dan menakutkan bagi sesiapa saja. Cubalah kita bertanya pada diri sendiri, sudah berapa jauhkah kita meninggalkan dosa agar kita tidak akan rasakan pokok Zaqqum yang mengerikan itu dan sudah sebanyak mana akrabnya kita dengan amal soleh supaya kita boleh menggantikan buah Zaqqum dengan buah-buahan syurga yang tidak terbayangkan nikmatnya!

Banyak nas-nas dan keterangan yang menyatakan nikmat Syurga dengan menyebut makanan yang lazat, minuman yang sedap, buah-buahan yang nyaman, hamparan yang berseri, perabot yang indah, pelayan dan bidadari yang cantik jelita dan beradab sopan,  maka semuanya itu hanya memberi gambaran sekadar yang boleh difaham oleh manusia mengikut apa yang ada di dalam masyarakatnya untuk menggalakkan mereka bergiat mengesahkan aqidah kepercayaan dan membanyakkan amal ibadat mereka kepada Allah سبحانه وتعالى .


“Kampung yang kedua pula, yang disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah bagi kediaman hamba-hambaNya yang soleh menikmati segala kesenangan dan kelazatan, ialah kampung yang dinamakan “Jannah” atau “Syurga”, iaitu kampung yang boleh didapati padanya segala perkara yang diingini oleh nafsu dan yang sedap dipandang oleh mata;  (71 Surah Az-Zukhruf); juga kampung yang ada padanya perkara-perkara yang tak pernah dipandang oleh mata,  tak pernah didengar oleh telinga dan tak pernah terlintas di hati manusia.”

(Hadis Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 1, 2015

GEMPAR!!! Suami "KEMAM"nya Lain, Skandal "KEMAM"nya Lain. Sedap?!! Seorang Isteri Melakukan Sebegitu Rupa? NAUZUBILLAH!





SEORANG suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah berzina dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik tidur di rumahnya.

Memetik laporan sebuah portal berita Indonesia, mangsa yang pada ketika itu baru tiba di rumah terdengar suara wanita mengerang dari bilik tidurnya.

Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, mangsa berasa curiga lantas terus bertindak untuk memeriksa punca suara wanita mengerang itu.

Setibanya di bilik tidur, mangsa terkejut apabila melihat isterinya tengah melakukan hubungan kelamin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Si isteri yang pada ketika itu, gegas memakai kembali pakaiannya dan meminta maaf daripada mangsa. Kecewa dengan tindakan tidak bermoral isterinya itu, mangsa bertindak memukul isterinya. Selain itu, mangsa turut mendakwa dia ada merakamkan aksi isterinya dan lelaki itu ketika berasmara.

Difahamkan pasangan terbabit telah pun bercerai beberapa hari selepas insiden terbabit.

GEMPAR!!! Akibat "SEDAP" Dahulu Sebelum Kahwin, "SEDAP" Dapat "MALU" Pun Dapat. Sedap Lagi Tak?

‘Kami dah nak kahwin’




BUKIT MERTAJAM - "Kami dah nak kahwin". Itu antara alasan yang diberikan pasangan remaja yang dicekup dalam Operasi Merdeka sempena Ops Maksiat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang di sebuah rumah tumpangan di sini, semalam.

Pasangan remaja berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini.

Pasangan itu adalah antara 19 orang yang dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi sekitar Seberang Perai, semalam.

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


Selain itu, dua wanita warga asing beragama Islam juga turut dicekup bersama dua lelaki bukan Islam. Bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa, Muaz Md Nazan bermula jam 3 pagi dan berakhir kira-kira jam 6 pagi, semalam.

Seramai 16 anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi yang bertujuan untuk mengekang salah laku pasangan Islam.

Kesemua mereka yang ditahan menjadikan lokasi seperti rumah tumpangan, hotel bajet sekitar Butterworth, Bukit Mertajam serta Berapit sebagai tempat untuk memadu kasih.

Mereka ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah perkahwinan dan disyaki berkhalwat.

Kesemua yang ditahan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

VIRAL!!! Keadaan Menjadi GEMPAR Apabila Pemandu Bas Rapid Ingin "MENJILATNYA". Jilat Apa Tu? Ehem!!

Selepas mendedahkan identiti seorang individu bergelar Datuk, suami kepada seorang penyampai radio IKIM, yang masih berhutang ribuan ringgit, Zara sekali lagi mendedahkan identiti seorang lagi lelaki yang mencabarnya.


Akibat berang sering diganggu oleh lelaki ini, Zara nekad mendedahkan perbualannya bersama lelaki ini di blog peribadi miliknya, selain itu Zara turut memuatnaik gambar lelaki ini.


Lelaki ini dipercayai merupakan seorang pemandu bas RapidKL dan juga merupakan seorang imam yang dikenali ramai.


Dibawah ini adalah kata-kata yang dipetik dari blog peribadi Zara sendiri:


Hi semua...
Seperti yang zara janjikan...
Zara akan share sesuatu mengenai seorang Driver RapidKL yang gila seks..

Antara ayat yang di keluarkan oleh lelaki tersebut ialah
"syg, nak jilat2 boleh ke"

Adakah anda rasa selamat seorang driver bas yang membawa orang awam
yang mana kebanyakan penumpang bas awam ialah kaum WANITA ????

Fikir-fikirkanlah...

KALAU JUMPA DRIVER BAS NI DRIVE RAPIDKL, BERHATI-HATILAH... 




Di bawah ini adalah komen-komen daripada pembaca. Ada yang mendakwa mereka sangat mengenali lelaki ini dan yang lebih mengejutkan beliau adalah seorang imam.




Di bawah ini adalah wajah dan facebook beliau:





Apa yang menjadi persoalan ramai ialah, mengapa sehingga kini masih tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa ke atas Zara yang jelas sekali melakukan aktiviti pelacuran secara terbuka di laman sosial.

Malaysian Airline kini dikenali dengan Malaysian Airline Berhad.

Malaysian Airline kini dikenali dengan Malaysian Airline Berhad. Dengan pelbagai isu yang timbul dan kemelut yang melanda, akhirnya mas airline dihentikan operasinya pada 30 jun dan ditukar kepada syarikat yang baru, Malaysia Airline Berhad (MAB).



PETALING JAYA: Langkah penjimatan besar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah bermula.

Ia dimulakan dengan kontrak sajian makanan kontroversi bernilai RM6.25 bilion dengan Brahim’s Holding Bhd.

 Namun ia hanyalah salah satu daripada 4,000 kontrak yang dikaji semula untuk membawa harga kontrak bekalan tersebut kepada penanda aras industri.

Langkah besar untuk MAS adalah ibu pejabat baharu syarikat itu di KLIA dari Subang yang akan bermula pada 1 April dengan sekurang-kurangnya 1,300 kakitangannya dipindahkan secara berperingkat.

Syarikat MAS sedia ada akan berhenti beroperasi pada 30 Jun dan operasinya akan dipindahkan kepada syarikat penerbangan baharu, Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Christoph Mueller yang juga bekas CEO Aer Lingus memulakan tugasnya di MAS pada Isnin.

Beliau tiba awal di MAS dan dikatakan sibuk menghadiri beberapa mesyuarat dengan pasukan penstrukturan pengiklanan termasuk pasukan pengurusan di MAS pada Isnin.

Syarikat penerbangan baharu itu akan mempunyai pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus berbanding jumlah sedia ada dalam MAS pada waktu ini.

Ia akan memfokuskan laluan domestik dan serantau yang memberikan pulangan lumayan.

“Untuk pengurangan kapasiti sebanyak 10 peratus, MAS tidak perlu memberhentikan 6,000 kakitangannya, hanya beberapa ratus sahaja sudah mencukupi.

“Satu kajian mengenai rancangan pengurangan kakitangannya diperlukan sejak rancangan baharu MAS untuk meningkatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5 peratus setahun sehingga 2020, maka ia memerlukan kakitangan untuk memacu operasinya. Jadi mengapa lakukan pengurangan dan kemudian ambil semula pekerja,” kata Mueller.

Pada bulan ini, pemilihan kakitangan untuk syarikat penerbangan baharu itu akan dilakukan dan mereka akan menerima surat peletakan jawatan daripada MAS dan surat pelantikan dibawah terma dan syarat baharu dengan MAB.

Mereka yang dipecat akan diberi surat penamatan perkhidmatan dan kemungkinan pakej perpisahan yang masih belum ditetapkan.

Perkara itu menjadi isu perbalahan antara beberapa kesatuan yang mengancam untuk mengadakan bantahan beberapa minggu akan datang.

Namun, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki 100 peratus kepentingan MAS mengeluarkan satu kenyataan pada Isnin yang menegaskan ‘semuanya berada di landasan betul’ bagi pelaksanaan 12 Pelan Pemulihan MAS.

Ia menyediakan kad laporan enam bulan mengenai perkembangan mengikut 12 pelan tersebut.

Menurut Khazanah, penyusunan semula itu melibatkan pemulihan lengkap MAS supaya syarikat itu akan kembali meraih keuntungan yang mampan.

Pemberhentian 6,000 kakitangannya adalah sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS.

MAS mempunyai 20,000 kakitangan dan syarikat baharu itu akan hanya memiliki 14,000 kakitangan.

Khazanah pada November lalu mengumumkan 12 Pelan Pemulihan MAS selepas syarikat tersebut mengalami dua tragedi malang pada tahun lalu selepas kehilangan dua pesawatnya yang meragut 537 nyawa.

Namun, sebelum itu MAS sudah mengalami masalah kewangan kerana ia tidak boleh menyokong kos operasi sehingga mendorong kerajaan untuk melakukan penstrukturan semula terhadap syarikat tersebut.

Beberapa penstrukturan semula telah dilakukan pada masa lalu tetapi MAS masih belum berupaya mencatat keuntangan yang konsisten.


Sumber: mstar.com.my

PANAS!!! Seorang Anak Artis Popular 90 an Tampil Dengan Gaya Tayang "TUTTT" Dan Gaya Hidup Bebas Kini Teruk Di Kritik Netizen.




Jika ibunya terkenal dengan bakat berlakon dan menjadi pujaan ramai peminat di negara ini kerana kehebatan di dunia seni, lain pula dengan anak perempuannya yang seorang ni..


Anak pelakon popular 90 an Sofea Jane kini terkenal dengan kehidupan sosial yang sangat terbuka serta gaya berfesyen yang sangat berbeza dengan budaya melayu..

Sebelum ini, gambar anak selebriti ini berbikini bersama adiknya mendapat kritikan para netizen di dunia maya.. Kini muncul pula beberapa keping gambar tentang anak selebriti ini yang menonjolkan imej buruk kepada keluarganya.

Sambil terkangkang berpeluk dengan lelaki, serta pakai baju berfesyen tayang lurah dada kepada umum, ia jelas menunjukkan bahawa gadis itu memang kurang didikan agama dan tak menmperdulikan segala peraturan yang ditetapkan kepada Umat Islam.

Mungkin bagi Arissa, pakaian serta sikapnya itu membuktikan dirinya liberal serta bukan kekampungan. Tetapi sebagai anak kepada seorang yang dikenali ramai, perbuatan Arissa itu akan memalukan ibu serta keluarganya sendiri.

Lain lah kalau mereka sendiri merestui gaya hidup liar yang ditampikan oleh gadis muda berkenaan. Bagaimanapun, diharap Arissa akan berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.

Setiap manusia tidaklah sempurna.., begitu juga dengan Arissa... Semoga dia dibawah lindungan Tuhan hendaknya..
Aminn.

Gambar Belangkas