Saturday, August 22, 2015

10 Langkah menjadi blogger terbaik. (Bahagian 1)


10 Langkah menjadi blogger terbaik. Bukanlah bermakna sekarang tidak baik, tetapi kata orang, dah baik, cuba upgrade diri jadi lebih baik. Ha. macam gitu. Ya. Kenapa perlu jadi yang terbaik? Supaya kita tahu dimana tahap diri kita. Supaya dengan cara itu, kita mampu membantu orang lain dengan ilmu yang kita ada. Tetapi jangan pula bila dah jadi blogger terbaik kita sombong pula. Kena selalu ingat dari mana kita mula. Tak semestinya bila berada di atas, kita akan tetap berada di atas. Ya.

Pasti ramai yang mengimpikan untuk menjadi top bloggers. Kan? tetapi bukanlah bermakna bila selesai baca entry aku ni. anda secara automatiknya atau terus sahaja menjadi bloggers terbaik. Aku sendiri masih belajar dan mencari ilmu. Dan apa yang aku ingin ceritakan ini juga sedang aku pelajari. Ok! Jom baca 10 Langkah menjadi blogger terbaik.

1. Menyediakan perancangan.

Apa yang anda inginkan dengan blog anda. Atas tujuan apakah ianya di buat. Apakah yang anda ingin capai dengan blog anda. Semua perkara ini perlu anda fikirkan apabila anda memilih untuk memiliki sebuah blog. Sediakan secara terperinci segala jawapan di atas sebelum mula menulis blog. Anda perlu tahu secara jelas apakah tujuan utama anda.

2. Beri tumpuan pada kandungan blog.

Niche blog memainkan peranan yang sangat penting. Apakah kandungan utama blog anda. Ini adalah point utama untuk menarik pengunjung serta trafic yang tinggi ke blog anda. Kandungan blog anda mestilah banyak membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka. Anda haruslah membuat kajian awal, apakah yang dicari oleh pembaca dan mula merangka kandungan blog anda.

3. Beri tumpuan pada SEO.

Selain daripada kandungan blog, SEO juga memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan trafik ke blog anda. Anda juga perlu fokus pada "keyword" kerana akan mudahkan blog anda dikenal pasti oleh enjin carian. 

Aku mencadangkan blog Hasrul Hassan sifu SEO malaysia jika anda betul-betul ingin belajar mengenai SEO.

4. Ringkas.

Kehidupan sekarang serba pantas. Manusia juga bergerak pantas. Jadi, memandang ke arah itu, apa yang perlu anda lakukan adalah, meringkaskan cerita anda tanpa menghilangkan maklumat utama yang di cari pembaca. Ringkas tapi padat. Kebanyakan pembaca hanya mahu tahu apa yang mereka inginkan dan tidak mahu membaca cerita yang panjang.

5. Mudah di ingati.

Perlu ada trademark sendiri. Ini sangat penting. Anda perlu wujudkan bahasa atau ayat yang mudah di ingati oleh pembaca. Satu perkataan ringkas. Ia semacam tagline kepada diri dan juga blog anda. Ok!

Baiklah, Berhenti di sini dahulu. Akan aku ceritakan lagi baki selebihnya 10 Langkah menjadi blogger terbaik ini. Bukan aku tidak mahu habiskan ceritanya di sini. Tapi risau anda jemu pula baca panjang-panjang nanti. Dan yang paling dirisaukan adalah, lupa apa yang dah dibaca. Hehehe. Macam yang aku cakapkan tadi, aku sendiri masih belajar dan apa yang aku ceritakan disini, aku juga sedang belajar dengannya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jumpa lagi dalam bahagian 2 ya!

Kebaikan berjalan 10000 langkah.


Kebaikan berjalan 10000 langkah. Siapa yang pernah buat atau selalu buat? Angkat tangan. Yes, anda hebat. hehehe. Aku peruntukkan 1 kali seminggu sahaja untuk aktiviti ini, iaitu pada hari ahad petang. Inilah sahaja waktu yang aku ada untuk beriadah bersama keluarga. Dan lokasi yang menjadi pilihan adalah di bukit serindit melaka.

Baik, kenapa memilih untuk berjalan kaki? Ini adalah kerana ianya adalah aktiviti 2 dalam 1. Dalam pada berjalan kaki, keluarga boleh menghirup udara segar dan melihat pemandangan hijau yang pastinya menenangkan fikiran. Ia juga 1 terapi semulajadi! Anak-anak masih kecil, nak ajak jogging, tak boleh, jadi kita bawa mereka berjalan kaki. Kalau boleh cukupkan 10000 langkah sehari, lagi bagus.

Apakah kebaikan berjalan kaki? Mungkin ramai yang memandang remeh perkara ini. Ini adalah kerana ia tidaklah seperti sukan berat lain seperti jogging, bermain bola, atau apa-apa aktiviti sukan lain. Baik. Berjalan kaki juga adalah 1 aktiviti sihat dan boleh membakar kalori dalam badan. Ya, bakar kalori. Ini yang ramai yang tak tahu.

Jika kita mengamalkan aktiviti berjalan kaki dalam banyak perkara, kita bakal memperolehi manfaat seperti ini: 

- Menyihatkan jantung. Jantung sihat badan pun cergas.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah penyakit darah tinggi.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetis. Dengan berjalan kaki, kita mampu meningkatkan keupayaan badan dalam memproses gula dengan baik dan membantu melancarkan perjalanan darah.
- Membentuk tubuh badan yang cantik. Ya, hanya dengan berjalan kaki, anda boleh memperoleh bentuk badan idaman anda.
- Menguatkan otot badan anda.

Serta banyak lagi kelebihan berjalan kaki. Badan sihat otak pun cergas. Jika tidak di kawasan reakreasi, kita boleh mengamalkan berjalan kaki di pejabat. Kurangkan penggunaan lif dan lebihkan penggunaan tangga. Juga ke sesuatu lokasi yang berdekataan, kurangkan penggunaan kereta dan cuba untuk berjalan kaki. 

Kesihatan adalah perkara yang paling utama dari segalanya. Ini adalah kerana, bila penyakit menjelma, segala yang kita ada sekarang akan musnah begitu sahaja, oleh yang demikian, jagalah kesihatan sewaktu kita sedang sihat. Dan salah satunya adalah, berjalan kaki 10000 langkah sehari. ya!

Kisah beruk yang di baling mercun bola


Kisah beruk yang di baling mercun bola. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu mengenai kisah beruk yang hancur tangannya kerana menyangkakan mercun bola itu adalah makanan. Apa tahunya seekor haiwan? Kenapa perlu di lakukan perkara sedemikian kepada haiwan? Apa salahnya haiwan itu kepada perilaku tersebut? Allahurabbi.

Jika tiada makanan yang mahu diberikan, tak usah menganggu haiwan tersebut. Mereka tidak punya akal! Kita manusia diberikan akal. Hargainya sebaik mungkin, atau akal yang diberikan langsung tidak berfungsi. Manusia yang hancur tangannya, apa rasanya? Jika beruk itu mampu berkata-kata, pasti akan di suarakan, kenapa dilakukan dia sebegitu rupa. Dia Cuma meminta makanan, bukan minta makanan berharga puluhan ringgit pun, pisang dekat pasar yang berharga RM3 pun dah cukup. Allahurabbi.

Melalui cerita yang aku baca tadi, beruk tu dah mati akibat pendarahan yang teruk. Allahurabbi. Ingat, kita menganiaya haiwan juga akan dihisab kelak. Jangan sampai waktunya nanti, Allah lakukan si perilaku sebagaimana beliau lakukan pada haiwan tersebut. Haiwan juga makhluk Allah! Allahurabbi. Sedih aku tengok gambar beruk tu. Nampak dia sedang menanggung sakit yang kuat. Di manalah sifat simpati yang ada di dalam diri manusia. Allahurabbi.


Kalau rasa dah tak mampu nak beri makan, tak perlulah menganggu atau lebih teruk menganiaya haiwan tersebut. Biarlah dia hidup dengan aman. Dia tak minta banyak pun, kita berikan cebisan makanan kita pun dah memadai *lebih elok berilah yang sempurna*. Mereka juga punya hak untuk hidup di bumi Allah.  Mereka juga makhluk Allah. Aku doakan si perilaku di beri rahmat dan kesedaran oleh yang maha esa. InsyaAllah. Amin.

Nuffnang tidak berpenghuni?


Nuffnang tidak berpenghuni?. Sedih juga rasanya, dah lama tak melihat rakan-rakan blogger dalam akaun nuffnang. Kosong sahaja pada bahagian bawah. Tetapi sedikit hairan, jumlah view banyak, tetapi kenapa kosong je pengunjung? Tak seperti kebiasaannya, ada la sorang dua. Huk. Huk. Huk.

Rasanya dah lama juga nuffnang aku tidak berpenghuni. Mulanya rasa biasa je, tapi bila terlalu lama, macam sedikit pelik. Nuffnang aku bermasalah ke? Biasalahkan, bila jadi perkara yang pelik je, mesti kita fikir macam-macam kan? Hehehe. Mungkin ada rakan-rakan blogger yang berhadapan dengan perkara yang sama seperti blog ceritaejoy ini?

Nak diceritakan kisah yang lepas, adalah sedikit kekecewaan apabila cash out yang pertama di batalkan atas sebab-sebab tertentu. Hmm, kecewa juga aku dibuatnya waktu tu. Maklumlah, baru pertama kali nak merasa duit daripada blogging ni. Tetapi ia juga menjadi 1 pengalaman baharu kepada aku. Bagus juga sebenarnya perkara semacam itu berlaku. 

Baiklah. Kembali kepada cerita utama. Hmm, kenapa nuffnang tidak berpenghuni? Rakan-rakan yang singgah ke blog ceritaejoy, rajin-rajinlah ye klik iklan nuffnang jika ia sedang menari-nari. InsyaAllah, semoga mewah rezeki kalian. Hehehhe. 

GEMPAR!!! Identiti Individu Yang Melempar Mercun Terhadap Beruk Di Taman Tar, Ampang Sudah Dikenal Pasti. (VIDEO)


Identiti Individu Yang Melempar Mercun Terhadap Beruk Di Taman Tar, Ampang Sudah Dikenal Pasti.

GAMBAR HIASAN



 Identiti individu yang membaling mercun sudahpun dapat dikenal pasti oleh masyarakat yang berada di situ semasa kejadian itu berlaku. Lihat video dibawah :







VIRAL!!! Gambar Dan Video Projek PANAS Seorang Gadis Diviralkan Teman Lelakinya Di Wechat. (UNCENSORED) 18+


Angkara Panas Gambar Keletihan Selepas Projek Nur Farhana Isa Telah DiSebarkan Oleh Teman Lelakinya








Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.

Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa, Nur Farhana Isa, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang tidur di ruan tamu ke laman Facebook pada 2 Feburri lalu.



Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Farhana sendiri. Kata Farhana, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.

Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.

“Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” kata Nur Farhana Isa .

Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Rozana berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya

[7 GAMBAR] HIMPUNAN GAMBAR "AWAN ANEH" YANG TERBENTUK DI KOTA BHARU

Kemunculan awan ribut seperti ombak di bandar ini kira-kira 5 petang tadi adalah fenomena biasa akibat taufan di utara Filipina.

Gambar awan itu menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook petang tadi dengan ramai yang mengungkapkan ‘Subhanallah’ kerana ia tanda kebesaran Allah SWT memetik Harian Metro.



Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan ‘Garis Badai’ turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

“Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.

“Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang.













“Laluannya membawa bersama hujan dan angin kencang yang kemudian membentuk Garis Badai ini, kadangkala disertai awan ribut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Hisham berkata, fenomena awan ribut itu juga diramal berlaku selama tiga hari lagi sehingga 24 Ogos.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Meteorologi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca

Gambar Belangkas