Friday, August 21, 2015

Tema hari kemerdekaan 2015.


Tema hari kemerdekaan 2015. Sehati sejiwa. Itulah tema bagi tahun 2015. Tema ini dipilih bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman, dan kemanusian seluruh rakyat malaysia tidak kira di mana mereka berada. Ia juga bertujuan menyatupadukan semula hati rakyat malaysia dalam apa jua keadaan.

Setelah hampir 58 tahun kemerdekaan negara malaysia, pelbagai perkara yang telah di tempuh. Pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku dinegara kita, Bukan mudah untuk kita mengekalkan kesepakatan yang telah lama dibina ini. Kemerdekaan yang terhasil juga bukan mudah untuk di perolehi.

Jika di tanya apakah erti kemerdekaan kepada anak-anak muda, sudah pasti jawapan kebebasan yang diberikan. Kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan sahaja. Malah ia lebih dari itu. Jika dahulu, negara kita dijajah oleh orang luar, kini kita juga masih dijajah! Pemikiran kita masih lagi di jajah oleh anasir-anasir luar. Kemerdekaan dalam erti kata lainnya, masih wujud di dalam diri rakyat malaysia.

Oleh yang demikian, Tema hari kemerdekaan 2015 membawa maksud lebih dari itu. Sehati sejiwa dalam pelbagai aspek dan perkara. Kesepaduan yang terhasil mampu menangkis pelbagai hasutan yang boleh merosakkan keharmonian yang ada. Marilah kita rakyat malaysia bersatu padu! Huh! Semangat patriotik pula aku pagi-pagi ni.

Sebelum terlupa, mulai tahun 2015, sambutan hari kebangsaan di sambut mengikut tahun dan bukannya ulang tahun. Sebagai contoh, sambutan hari kemerdekaan 2015 dan bukannya sambutan hari kemerdekaan ke 58. Ha. Macam itu. Tapikan, pada aku, aku lebih suka ianya di sambut mengikut ulang tahun. Kerana kita dengan mudahnya tahu, tempoh masa malaysia sudah merdeka. Bagaimanapun, mereka pasti ada jawapan mereka yang tersendiri kenapa ianya ditukar.

GEMPAR!!! Selepas 20 Tahun Penyanyi SITI MUSLIHA Mendiamkan Diri, Kini Beliau Sudah Kembali Berwajah Baharu!

Kehidupan TERKINI Siti Musliha Penyanyi Lagu HUJAN AIR MATA Yang VIRAL 20 Tahun Dahulu !!


Kehidupan TERKINI Siti Musliha Penyanyi Lagu HUJAN AIR MATA Yang VIRAL 20 Tahun Dahulu !!! | Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita.





Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.
Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.
Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membantu Siti Musliha.
Bidang Seni
Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
Kehidupan sekarang
Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya.
Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Ilahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran.


Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :
” Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu”. KREDIT UTUSAN ONLINE.

"Saya nak keluarkan RM 50,000".


"Saya nak keluarkan RM 50,000". Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah. Urusan pengeluaran kwsp akaun 2. Rasanya, bila cerita tentang akaun 2 ni, semua dah tahukan pengeluaran atas urusan apa? Ya, pengeluaran bagi pembayaran bulanan perumahan. Inilah cara aku untuk mengurangkan penggunaan gaji. Bila bayaran rumah dibayar melalui duit kwsp, adalah sedikit lebihan wang pada gaji bulanan. Dapatlah aku menyimpan lebih sedikit di dalam tabungan anak-anak.

Tetapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Ceritaejoy ialah mengenai seorang pakcik ni. Lelaki cina dalam usia 60an macamtu. Bila sampai sahaja dekat pejabat kwsp, perkara pertama yang aku lakukan adalah periksa baki akaun 2 kwsp. Sewaktu dalam proses periksa tu, aku perasan pakcik ni berdiri tegak memandang kaunter. Mungkin beliau tak tahu bagaimana mahu berurusan.

Agak lama jugalah beliau berdiri. Datang seorang pegawai kwsp ni, terus jemput pakcik ni duduk berurusan dengannya. Belum sempat pegawai ni tanyakan apa urusan pakcik ni, ayat pertama yang aku dengar dan beberapa orang yang lain adalah "Saya nak keluarkan RM 50,000". Fuh! Lantang suaranya. Hahahaha.

Aku yang dekat sebelah kaunter pakcik ni berurusan, berpalinglah sekejap memandangnya. Hamboi pakcik, janganlah cakap kuat-kuat. Hahahaha. Mungkin disebabkan beliau telah menunggu terlalu lama untuk mengeluarkan wang tersebut yang menyebabkan beliau jadi sangat teruja. Mungkin. Tapi, fikiran aku, dalam usia semacam itu, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak RM50,000?

Jika ada zuriat, mungkin boleh diberikan sedikit kepada mereka. Jika merancang percutian, hmm, mungkin dah tak larat. Inilah hakikat kehidupan kan? Sewaktu belajar, kita sihat, tapi tiada duit. Sewaktu bekerja, kita ada duit tetapi tiada masa. Sewaktu tua, kita banyak duit, tetapi tiada kekuatan. Jadi hargailah setiap fasa kehidupan anda. Gunalah ia sebaik mungkin. Kan?

*pakcik, taknak belanja saya minum teh ke? Hahahahahha.

Thursday, August 20, 2015

Restoran Di Jepun Hidang Menu Pelik, Kari Perisa Najis


Jika melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan, pastinya kita mahu memperkenalkan konsep makanan yang unik dan kreatif agar dapat menarik pelanggan ke premis.




Macam sebuah restoran di Jepun ini, Curry Shop Shimizu mereka memperkenalkan satu menu unik iaitu kari berperisa najis yang dijangka bakal mendapat sambutan di kalangan penduduk negara Matahari Terbit itu.

Chef yang mengilhamkan

[5 GAMBAR] GEMPAR! AKIBAT IBU TIDAK BERI DUIT BELI DADAH, ANAK BAKAR RUMAH!

rumah
Anak Bakar Rumah Ibu Akibat Tak Dapat Duit Beli Dadah|Sayu melihat kejadian yang menimpa sepasang suami isteri kehilangan rumah yang di bangun dengan jerih payah dan di diami sejak berpuluh puluh tahun,hangus terbakar dalam sekedip mata.
Difahamkan punca kejadian berlaku akibat perselesihan faham atara ayah dan anak 35 tahun yang kemurungan akibat ketagih dadah,diaman anaknya cuba mendapatkan sejumlah wang daripada ayahnya untuk membeli dadah.
Akibat kehendaknya tidak di turuti sibapa,sang anak tergamak membakar rumah ibu bapanya sehingga si ibu hampir pengsan dan si ayah hanya terpaku melihat rumah mereka hangus di jilat api.
Dilansir daripada portal harianmetro kejadian yang berlaku pada pukul 11.15 pagi 20 ogos 2015 di kampung ,pahi,kuala kerai kelantan.mangsa mek mas awang long yang berusia 65 tahun di anggarkan kerugian RM 45.000 dalam kejadian berkenan.
bakar rumah
Katanya, dia kemudian dimaklumkan seorang jiran mengenai kebakaran terbabit sebelum segera pulang.
“Setibanya di rumah saya terkejut melihat api menjulang tinggi dan saya hanya mampu meraung kerana api merebak dengan cepat.“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk dokumen penting.”, katanya
Mek Mas berkata, dia tidak menolak kemungkinan rumahnya dibakar anak keempatnya berusia 35 tahun yang mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 pagi sebelum dua jentera bersama sembilan anggota bomba ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, rumah itu sudah 70 peratus terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, Mek Mas membuat laporan polis selepas kejadian dan anaknya.
Gambar sekitar kejadian anak penagih dadah bakar rumah ibu.
dadah
Bakar Rumah Ibu Bapa Nak Beli Dadah

Bakar Rumah Ibu Bapa Nak Beli Dadah anak

Suami Saman Isteri Selepas Terkejut Melihat Wajahnya Tanpa Mekap

Seorang lelaki di Algeria percaya kejelitaan seseorang wanita itu hanyalah dari aspek fizikal dan luaran sahaja. Sehari selepas melangsungkan perkahwinan, lelaki ini telah menyaman isterinya selepas terkejut melihat wajah isterinya yang tidak secantik seperti sebelum hari perkahwinan mereka.

Tujuan samannya adalah kerana dia terkejut melihat wajah isterinya tanpa memakai mekap. Si suami memberitahu mahkamah yang dia tidak mengenali wajah isterinya selepas bangun dari tidur dan menyangka isterinya merupakan seorang pencuri yang ingin menceroboh masuk apartmentnya selepas isterinya menanggalkan mekap di wajah.

Lelaki ini berasa seolah ditipu oleh isterinya kerana memakai mekap tebal untuk mencantikkan wajah dan menuntut ganti rugi sebanyak $20,000 Usd kerana mengalami penderitaan psikologi.


PANAS!!! Gambar2 Panas Artis Malaysia Sedang BERPESTA Sehingga Ada Yang "Going Wild" Dan "Half Naked'. (UNCENSORED) 18+


20 Foto: Perbuatan Melampau Artis Malaysia, Lihatla Sendiri Seakan Dunia Mereka Yang Punya..!!!







Bila mana pun kalau dah namanya parti, tak mungkin kita akan berkelakuan sopan atau waras selain di parti hari jadi, tapi parti hari jadi zaman sekarang pun dah jadi macam-macam juga ye..Tidak mungkin parti tiada alunan muzik yang kuat dan tidak mungkin mereka akan datang ke parti dengan pakaian seperti hendak ke pasaraya.

Jadi lihatla budak-budak melayu zaman sekarang..Terutamanya artis, dah popular nak lagi jadi popular, supaya orang ramai nampak bergaya dan terkenal.. kalau boleh semua pun nak bagi tengok...










































Gambar Belangkas