Thursday, August 20, 2015

Punca telapak tangan kanan gatal.


Punca telapak tangan kanan gatal. Dah seminggu lebih rasanya telapak tangan kanan gatal. Nak kata kena gatal kulit, kulit aku bersih je *puji diri sendiri* tapi kenapa masih gatal-gatal yer? Yang menjadikan aku semakin pelik, bukan sehari dua, tapi hampir seminggu. Kata orang tua-tua dahulu, kalau tapak tangan kanan gatal, itu tandanya nak dapat duit. Itu kata orang-orang tua. Kata rakan baik aku, nak minta penyepak kat muka. Mana satu ni? Hahahahaha.

Bila banyak persoalan, terpaksalah bertanyakan pada Mr google. Cuba untuk mencari entri-entri yang berkaitan. Dari bacaan dari blog ke blog, apa yang boleh aku rumuskan adalah, semuanya berkaitan dengan wang. Katanya, jika telapak tangan kanan gatal, ianya bermaksud anda akan beroleh wang dalam masa yang terdekat. Sebaliknya, jika telapak tangan kiri gatal, ianya bermaksud anda akan mengeluarkan sejumlah wang.

Mungkin ia hanyalah suatu kebetulan. Aku sendiri kurang pasti apakah ianya benar atau tidak, jika ya, syukur alhamdulilah. Jika tidak, sedikit pun aku tidak kecewa. Ialah, kenapa kita perlu berharap sahaja pada rezeki? Perlu ada usaha. Jika ada usaha, pasti ada habuannya. Jangan pula, atas sebab tangan kanan gatal, dah mula terbayang-bayang wang yang datang. Nanti lain pula jadinya. Kan?

Wednesday, August 19, 2015

Apakah matlamat sebenar hidup anda?

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Apakah matlamat sebenar hidup anda?. Soalan ini sebenarnya lebih menjerumus kepada diri aku. Sebenarnya, apa yang aku inginkan di dalam hidup aku ni? Jawapan biasa kepada soalan ini adalah, aku nak berjaya di dalam hidup, nak ada duit yang banyak, rumah dan kereta idaman. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menjadikan ianya sebagai realiti dan bukannya fantasi? Disinilah kebanyakan orang keliru termasuklah diri aku sendiri.

Melalui cara apa untuk aku jadikan ianya sebagai kenyataan? Juga jawapan biasa kepada soalan ini, melalui perniagaan. Perniagaan jenis apa? Bila nak mula? Bila nak berjaya? Berapa target atau jumlah yang ingin di capai, yang boleh dikatakan sebagai berjaya. Semua ini sebenarnya tidak jelas. Bila tidak jelas, mana mungkin kejayaan itu boleh di capai. 

Masalah lainnya adalah, tidak tahu potensi diri. Apakah kelebihan diri? Apakah nilai diri anda kepada masyarakat? Macam-macam soalan yang muncul dalam minda aku. Dan kesemuanya tak dapat aku jawab secara jelas. Kerana aku sendiri masih samar apakah matlamat sebenar hidup aku. Nak jadi kaya, semua pun nak kaya, tapi kaya yang bagaimana? Kaya harta? Kaya ilmu? Yang bagaimana?

Aku di tanya dengan soalan ini: "Yang sebenarnya, apa yang kau mahukan apabila memilih untuk jalankan bisnes?" jawapan aku mudah, aku nak ubah hidup aku dan dapat banyak wang. Bila aku ada banyak wang, aku boleh bantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Tetapi jawapan yang aku berikan ini ternyata salah! Jadi apa jawapan yang sebenarnya?

Aku juga di tanya dengan soalan ini: "Kau buat blog untuk apa? Apa matlamat sebenar kau? Apa yang kau nak dari blogging ni?" . Bila di tanya dengan soalan semacam ini, aku ambil masa untuk berfikir, jawapan yang aku terima adalah tidak benar sama sekali. Aku inginkan pendapatan sampingan daripada blog! Itu adalah salah!

Jadi apakah sebenarnya matlamat yang betul? Bukankah jawapan yang aku berikan tadi adalah jawapan yang sebenarnya? Kalau salah, apakah jawapan yang betul? Sesiapa boleh kongsikan atau bantu aku dalam mencari jawapan yang sebenar? 

GEMPAR!!! Kedai MENJUAL ISTERI Sudah Dapat Dikenal Pasti Dan Telah Ramai Yang TERJERUMUS!

GAMBAR HIASAN

KEDAI MENJUAL ISTERI YANG MENGEMPARKAN ORANG RAMAI




Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-



"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan & pandai memasak.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2.

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.

Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kepad a Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.

"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kepad a Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kepada kanak-kanak.

Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"

Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sayang ibu bapa.

Dia tergoda dengan tawaran yang diberikan dan mengambil keputusan untuk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LEKAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.

Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. Wallahu'aklam...

EMPAT RAHSIA WANITA MUDAH MASUK SYURGA

EMPAT RAHSIA WANITA MUDAH MASUK SYURGA



Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.


1 Solat Fardu 5 Waktu

Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda berani-berani nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

2 Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih otot kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.

3 Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.

4 Taat Perintah Suami

Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah gemuk pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!

sumber:majalah nur

Segmen: U Follow I Follow

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Dil..Dil..Dil vana..Tetiba! Hahaha. Harini, entah kenapa hati aku tersangat riang. Dari pagi tadi aku menyanyi. Macam-macam lagu. Rasanya, boleh buat album kalau dikumpulkan kesemua lagu-lagu yang aku nyanyi tadi. Hehehe.

Baiklah! Jom, nak ajak korang semua join segmen dari nieyla nadia. Segmen mudah sahaja. Jom-jom. Klik pada banner di atas untuk join ya!

[4 GAMBAR] Akibat Gaduh Dengan Teman Lelaki, Pelajar Kolej Bunuh Diri Terjun Bangunan

Pelajar Kolej Wanita Bunuh Diri Akibat Gaduh Dengan Teman Lelaki| Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 18 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14 Flat Pelangi Magna, Kepong, di sini semalam
Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata, dalam kejadian 3.12 petang itu, pelajar berkenaan dikatakan pergi ke bangunan itu selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.
"Mangsa masih hidup selepas jatuh dari bangunan itu dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas tiba di hospital itu akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bernama
---------------------------------------------
***Info Awal***
Pada Jam lebih kurang 5 petang tadi 18/8/2015 Di kawasan Perumahan Flat Kepong Prima Block A,seorang perempuan telah terjatuh dari tingkat 14.Punca Kejadian Masih di dalam siasatan.
Sumber Kiriman facebook
Budak Northern
Ujang Jb
Saksi awam yang berada di tempat kejadian mengatakan wanita berkenan membunuh diri berpunca daripada tekanan pergaduhan dengan teman lelaki.

Gambar sekitar kejadian

11887961_872533829462501_2972119564510061306_n

11855825_872533782795839_4955233308902714927_n

11222796_872533726129178_3852715288909611778_n
11924219_872533809462503_2346164128364208385_n

GEMPAR!!! Gadis Ini Telah Membuatkan Huru-Hara Dan Malu Satu Kampung Apabila Gambarnya Didedah. (18+)

7 FOTO 18++ AWEK BIKIN HURU-HARA SATU KAMPUNG.!!!





Fesyen & Trend Anak Gadis Melayu Terkini Memang Betul2 Parah..






SERIUS MEMANG PARAH !!! Selfie tunjuk buah yang tidak seharusnya berada di Sosial Media. Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style danpengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.

Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya. 

Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...

 

 

 

 






Gambar Belangkas