Friday, August 14, 2015

Kontest SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah.


Kontest  SEO Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Kontest SEO? Apakah? Blog ceritaejoy hanya sertai segmen sahaja sebelum ini, tidak pernah terasa untuk sertai kontest "besar" seperti ini. Tetapi disebabkan oleh ianya adalah dari blogger yang sememangnya banyak memberi inspirasi dan ilmu kepada aku, ingin juga aku sertainya.

Baik. Bercakap mengenai -Telekung Reehans Pilihan Muslimah ini, ianya mungkin sedikit janggal kedengaran bagi mereka yang baru pertama kali mendengarnya. Telekung Reehans dihasilkan bagi memenuhi keperluan umat islam era moden yang menginginkan pakaian solat mereka lebih praktikal, selesa dan yang paling penting adalah, Telekung Reehans memberikan kualiti yang terbaik kepada pemiliknya.

Rahsia bagaimana pemilik Telekung Reehans Pilihan Muslimah akan beroleh keselesaan dan keyakinan ketika beribadah adalah ianya dihasilkan daripada fabric yang terbaik dan berkualiti seperti English Cotton dan Italian Valentro. Menariknya lagi, koleksi Telekung Reehans ini melalui proses yang sangat rapi dalam memberikan kepuasaan maksima kepada pemiliknya.

Terdapat 3 koleksi pilihan iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur & Reehans Rania. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM190 hingga RM240 sahaja. 


Salah satu dari koleksi Reehans Balqis.

Reehans Balqis - Balqis in Flower Sweet Maroon - BAL-014

Lihat pilihan lain di SINI

Salah satu dari koleksi Reehans Nur.

Reehans Nur - Reehans Nur eksklusif in Dusty Pink - NUR-001

Lihat pilihan lain di SINI

Salah satu dari koleksi Reehans Rania.

Reehans Rania - Reehans Rania Eksklusif in Vanila Cream - RAN-002

Lihat pilihan lain di SINI

Dengan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup CeriaTelekung Reehans Pilihan Muslimah sememangnya memberikan kepuasaan dan keselesaan kepada pemiliknya. Ibadah selesa, kepuasan pasti menjelma. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan koleksi anda sekarang! Juga boleh dijadikan hadiah kepada yang tersayang.


Info Lanjut dan Tempahan

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

Kisah Gadis Belanja Seorang Pakcik Tiket KTM RM2 Dibalas RM300


Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook, Cik Ezzaty Amin sebagai sumber inspirasi kepada semua. Kisah ini telah dialihbahasa ke bahasa Melayu untuk bacaan umum.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan buat semua.

Nilai RM 2

Hari ini saya pergi ke Shah Alam untuk berjumpa dengan kawan-kawan, jadi saya mengambil KTM dari Batu Caves ke Shah Alam. Ketika beratur, ada seorang pakcik beratur di belakang saya.

"Assalamualaikum pakcik, nak p mana?".

Dia tersenyum sambil melihat pada saya dan berkata "Shah Alam".

"Oh sama lah kita!", kemudian saya membeli satu tiket untuk dewasa dan satu tiket warga tua (kerana di berumur 68 tahun). Dia terkejut, kemudian saya berkata "tak apa pakcik, saya belanja".

Sepanjang perjalanan, kami berborak dan dia memberikan saya kad bisnesnya, tetapi saya tidak memberi perhatian kepada kad bisnes tersebut dan terus memasukkannya ke dalam dompet saya. Kami bercakap tentang keluarga, karier dan dia memberitahu dia seorang mualaf, dari Sabah dan meminta saya memeriksa bacaannya, surah Luqman 1-15.

Nak dipendekkan cerita, sebelum kami berpisah, dia bertanya kepada saya. "Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?". Saya kata boleh dan memberikan buku tersebut kepadanya (Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf). Setelah kami sampai, dia berkata "jadi orang baik, ikhlas, saya akan mendoakan kamu di Mekah"(dia akan ke Mekah untuk menunaikan haji Ahad ni).

Bila saya sampai di rumah, saya ternampak RM300 di dalam buku., dan apabila saya melihat kad bisnesnya, dia adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek untuk Syarikat Kejuruteraan Marin dan Penambakan.

Mungkin itu sebabnya dia membayar RM2 untuk RM300 :').

Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi lebih miskin jika mengeluarkan sedikit dari kekayaan kita untuk kebajikan.


Kredit: Siakapkeli.my

37 Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi



37 Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi | Seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.
Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.
Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu….
Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.
Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.
Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.
Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah.
Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.
Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.
Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.
Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.
Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.
Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan.

Padah Menipu Ibu Kandung Gadis Jadi Hamba S*KS Selama 5 Jam


ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam……
Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.
Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.
Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.
Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.
Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan katanya.
sumber:http://www.jennyselangor.somee.com

Wow.. penampilan Fathia Latiff begitu memukau dan terlampau cantik.




5 GAMBAR FATHIA

Wow… sesungguhnya penampilan Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight baru-baru ini begitu memukau dan terlampau cantik.....

Fathia bukan sahaja memiliki ketinggian sebagai seorang model produk malah mempunyai raut wajah yang jelitawan serta bentuk badan yang solid....

Ramai wanita di luar sana tentu teruja untuk memiliki pakej bentuk badan dan wajah seperti Fathia namun itulah anugerah yang diberikan Allah kepada pelakon berusia 28 tahun itu....

Jom, layan 5 keping gambar terkini Fathia Latiff di majlis pelancaran haruman baru Avon Only Delight...









3 Gambar : Aksi pasangan pelajar di tangga sekolah menggemparkan



Aksi pasangan yang bepakaian seragam sekolah berjaya di rakam oleh orang awam, pasangan remaja terbabit sedang asyik dan leka memuas nafsu di tangga sekolah berjaya di rakam. Mereka tanpa segan silu melakukan aksi yang tidak sepatut nya ditempat yang terbuka yang amat memalukan.




Aksi pasangan ini mengemparkan pelajar di sekolah terbabit, ini lah anak remaja sekarang yang tanpa segan silu memadu kasih walaupun di kawasan terbuka. 

SEDIH ! Pengantin Ditembak Mati Ketika Majlis Perkahwinannya


Seorang pengantin lelaki ditembak mati pada majlis perkahwinannya di Pattani.Ketua Polis Daerah Muang, Kirati Waeyusoh berkata insiden berlaku di Kampung Pakaharang.

 Empat pemuda bersenjata menembak mati Ahamad Daud, 27 tahun, pada pukul 5:30 petang waktu tempatan.Mangsa, seorang renjer, ditembak di kepala. Ahamad meninggal dunia di Hospital Pattani. Sungguh menyedihkan buat pasangannya yang baru ingin hidup bersama namun ajal terlebih dahulu menjemput suaminya. Moga moga isteri beliau dapat menahan sebak dan meneruskan sisa sisa hidup sebagai janda. 

Gambar Belangkas