Friday, August 14, 2015

Apakah Hukum Menelan Air Mani Suami/Lelaki??

AirMani
APAKAH HUKUM MENELAN AIR MANI SUAMI | SoalanUstaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.- Anak Empat -
jawapan
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi rujuk ( www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan?  Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian
SUMBER: Zaharuddin Abd Rahman

Model Tudung Muslimah Kantoi Maksiat Dengan Suami Orang


Model Tudung Muslimah Kantoi Maksiat Dengan Suami Orang| Model Tudung Muslimah Kantoi Maksiat Dengan Suami OrangSeorang model wanita muslimah dan juga kaki tangan awam berusia 38 tahun di cekup khalwat dengan lelaki 34 tahun berstatus suami orang di sebuah hotel bajet pekan jempol pada jam 5 pagi semalam
Cinta yang bermula dari tempat kerja sampai ke katil hotel bajet,namun sayang asmara cinta mereka berhujung di tangan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Ketika serbuan dilakukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik mereka dengan beberapa kali,lelaki terbabait terkejut,namun memberikan kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati dia dan pasangannya bukan muhrim

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin


PETUA KEMPISKAN PERUT LEPAS BERSALIN
Masalah perut buncit selepas bersalin adalah masalah normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara rawatan sama ada secara moden atau tradisional boleh dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.
Berikut adalah petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita dalam usaha untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.
1. cuka, garam dan kunyit :
Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.
2. Beras :
Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.
3. Halia :
Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.
4. Asam Jawa :
Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
5. Halia dan Asam Jawa :
Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.
Selamat mencuba

GEMPAR!!! Subhanallah!! Misteri Hajar Aswad Yang Memeranjatkan Neil Amstrong Dan NASA. Bukti Kebesaran ALLAH!!





Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya, Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari KaBah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara KaBah di planet Bumi dengan Kabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama Zero Magnetism Area, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaâ??Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari KaBah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

[Gambar] Pekerja McDonalds cantik jadi sensasi di Taiwan


Seorang pekerja McDonald 's cantik menjadi sensasi dunia maya di Taiwan. Para pengguna media sosial di negara tersebut menggelarnya "Dewi McDonald 's".

Memetik laporan RocketNews24,  Wei Han Xu kini mempunyai ribuan peminat di dunia maya selepas fotonya dimuat naik ke internet oleh seorang bloger yang dikenali dengan nama Rain Dog.

Para netizen menganggap Wei sebagai pekerja McDonalds paling cantik dalam sejarah Taiwan.








Kredit: rocketnews24.com

GEMPAR!!! APA?? Isteri Hanya Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Untuk Tundukkan Suami?









Ipoh: “Hampir 20 tahun saya terseksa apabila sering dipukul serta dianggap bagaikan hamba di dalam rumah oleh suami sehingga menyebabkan saya tidak tahan dan nekad untuk membalas dendam terhadap suami.
“Saya berjumpa dengan seorang bomoh di Gerik selepas diperkenalkan rakan dan bomoh berkenaan melakukan upacara menggunakan darah haid serta air mani gajah bertujuan menjadikan suami mengikut arahan saya seperti budak sekolah,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rahimah, 44.
Menceritakan kembali upacara dilakukan bomoh berkenaan, Rahimah yang berasal dari Semenyih, Selangor berkata, dia yang dibawa kenalannya ke rumah bomoh berkenaan pada awalnya terpaksa pulang selepas upacara itu tidak dapat dilakukan berikutan dia tidak datang haid.
Katanya, beberapa hari selepas itu, dia kembali berjumpa dengan bomoh berkenaan yang memintanya menitiskan darah haidnya ke dalam botol dan kemudiannya dicampur air mani gajah.
Menurutnya, air mani gajah disediakan bomoh itu sebelum beberapa mantera dibaca dalam keadaannya terpaksa berbaring separuh bogel di hadapan bomoh itu dan upacara berkenaan tamat hampir sejam.
“Bomoh berkenaan hanya meminta saya menitiskan setitis gabungan air mani gajah dan darah haid itu di dalam makanan suami serta perlu dilakukan sehingga semua ramuan terbabit habis bagi memastikan ia mujarab.
“Selepas hampir seminggu memberikan suami saya makan makanan dicampur dengan ramuan itu, suami mula berubah dan bersifat seperti keanak-anakan termasuk menuruti segala arahan saya,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia tidak memikirkan dosa disebabkan tidak tahan dengan sikap suaminya yang panas baran dan sering memukulnya sehingga menyebabkan anggota badannya lebam.
Katanya, pada waktu itu, dia sangat berpuas hati apabila berjaya menundukkan suaminya dengan semua arahan diberikannya dituruti sehinggakan semua kerja rumah dilakukan suami selepas pulang dari kerja.
Menurutnya, perlakuan suaminya yang sentiasa menuruti arahannya hanya berlaku di rumah dan suaminya akan kembali normal apabila berada di tempat kerja menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki tindakannya itu.
Rahimah berkata, kegembirannya selama dua tahun menundukkan suaminya bertukar menjadi duka apabila tindakannya disedari ibu mentuanya yang datang ke rumah dan pelik dengan tingkah laku anaknya itu.
“Dalam diam ibu mentua membawa suami saya berubat dan selepas pulih, suami menceraikan saya dengan talak tiga manakala keempat-empat anak diletakkan di bawah jagaannya disebabkan dia bekerja,” katanya

GEMPAR!!! Jika Alat Vapor Ini Bagus, Ia Tidak Akan Dinamakan E-ROKOK, Kerana Rokok Adalah ROKOK. Ia Tetap Memberikan Kesan NEGATIF!


GAMBAR HIASAN

Rokok elektronik vapor dikhuatiri penyebab kanser

Asid nitrik merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia kata pakar. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap penyakit maut, iaitu kanser.

Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin berkata proses pengewapan cecair nikotin, yang dihasilkan daripada rokok elektronik, akan disedut pengguna dan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

Beliau berkata asid tersebut merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia.

"Lagipun, kita tak boleh guna cecair nikotin walaupun sukatannya sedikit kerana dikhuatiri hasil resapannya ke dalam darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.

"Malahan nikotin yang diwapkan itu sama dengan asid nitrik yang boleh menyebabkan kanser," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Dr Dalilah mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang menasihati pengguna shisha dan vapor supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Kementerian itu kini sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik itu.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj menyokong cadangan kerajaan itu dan alasan pengguna untuk berjimat daripada membeli batang rokok adalah tidak wajar.

"Kita seharusnya melihat gejala ini dari segi kesihatan dan bukannya kos. Kalau nak berjimat tetapi kesihatan diabaikan, jika sakit sudah tentu akan memakan kos yang lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan Bernama hari ini di sekitar Kampung Baru, di sini mendapati, rata-rata mereka tidak akan berhenti menggunakan vapor selagi keputusan kajian belum dikeluarkan.

Seorang Pegawai Perhubungan Awam dari Shah Alam, Saiful Hazim Abdul Razak, 29, ketika ditemui di sini berkata beliau tidak akan berhenti menggunakan vapor walaupun mengetahui terdapat bahan yang berbahaya di dalam vapornya.

Beliau menggunakan rokok elektronik jenis 'Mod Zero Geeco' yang dibeli secara dalam talian pada harga RM120.

"Saya tidak akan berhenti, lagipun saya hisap vape ini sesekali sahaja kerana saya bukan perokok tegar. Pada pandangan saya ia sebenarnya lebih selamat berbanding rokok biasa," katanya yang menggemari perisa 'sirap bandung'.
Seorang juruteknik dari Manjung, Perak, Syafiq Ali, 24, yang merupakan perokok tegar turut tidak mahu berhenti walaupun beliau tidak terlalu ketagih dengan vapor kerana katanya ia tidak memberi kepuasan berbanding rokok biasa.

Beliau mula menjadi perokok sejak di bangku sekolah, kini sanggup membelanjakan RM500 untuk membeli vapor hanya kerana mahu mengikuti trend terbaharu.

Dalam pada itu, vapor juga dijadikan alasan untuk berhenti merokok bagi Mohd Luqman Hashim, 26, dari Cheras.

"Saya sudah lima bulan berhenti merokok sejak menggunakan vape ini. Bagi saya vape lebih selamat berbanding rokok," katanya

Gambar Belangkas