Friday, August 14, 2015

[Gambar] Lelaki Berdoa Dalam Hujan Lebat Jadi Viral


KUALA LUMPUR: Viral di laman media pada masa kini adalah gambar seorang lelaki sedang memohon doa ketika hujan lebat dan angin kencang yang berlaku pada petang semalam.

Gambar tersebut menerima banyak perkongsian pelayar media sosial apabila lelaki berkenaan membiarkan dirinya lencun dibasahi hujan lebat sambil berdoa.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Lembah Klang, malah keadaan di hadapan pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga turut menerima kesannya.


Cuaca buruk yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan beberapa kemusnahan di pejabat berkenaan, selain banyak pokok tumbang.


Kredit: Siakapkeli.my

PANAS!!! Sepatutnya Seorang Artis Harus Menunjukkan Contoh! Bukan Me"NENEN"kan Lagi Keadaan! Fikir DULU!



Gara-gara mempromosikan jenama Flava Nenen (vape) di laman Instagram, Emma Maembong dikritik oleh netizen kerana didakwa tidak sopan dan tidak sensitif.

"We Nenen.. Do you?"

Berikutan itu, Emma dikritik oleh followersnya.

"Sekali pandang, ingatkan 'nenek' lucu je. Lepas itu tengok review dari Emma kata 'Nenen', ketat sesangat dan ada gambar bayi pula tu. Dah tau design ini akan timbulkan kontroversi, tak fikir dulu ke?" kata Nurheedayah Nassim.

"That's a vape flavour, why promote them? I know I can't judge you but, just why? Really," - Dayang

"Sorry to say Emma, what if you do some review on that page first before you share to others. Come on dude, you share the good things, you dapat pahala," kata Dya Sulaiman.

"Rasanya kalau nak promote flavor vape sekali pun, ada cara lain. Ini T-Shirt putih pastu suruh perempuan pakai. Bagus betul perangai.

Rata-rata netizen berang dengan gambar yang dikongsikan oleh Emma yang menunjukkan dua orang gadis memakai baju jenama Nenen dengan tersembul nasi lemak di depannya.

Sebagai artis yang menjadi perhatian peminat sepanjang masa, sewajarnya mereka berfikir dulu sebelum berbuat apa-apa.

Buat bom

Kerajaan Indonesia buat bom.




SEPAK KEPALA SENDIRI UNTUK PECAH REKOD DUNIA


Kathmandu (Nepal): Seorang pemuda berusia 20 tahun diisytiharkan pemegang rekod dunia untuk kategori menyepak kepala sendiri paling banyak di dunia.


Puskar Nepal menggunakan teknik luar biasa untuk menyepak dahinya dengan menggunakan kedua-dua belah kaki sebanyak 134 kali dalam tempoh 60 saat.

Dia mencipta rekod itu pada Disember tahun lalu, tetapi baru diiktiraf Buku Rekod Guinness minggu lalu.

Pelajar dari daerah Sindhupalchowk itu berkata, dia bercita-cita mencipta rekod kerana mahu terkenal di seluruh dunia.

Saya terbaca mengenai kategori menyepak kepala sendiri dan yakin saya mampu memecahkan rekod berkenaan.

“Saya berlatih selama sembilan bulan dan mencipta teknik unik ini yang membolehkan saya menyepak kepala sendiri dengan menggunakan kedua-dua belah kaki,” katanya.

Menurutnya, ramai rakan dan keluarganya bimbang dia cedera kerana terpaksa membongkok selama seminit untuk melakukan aksi itu.

“Saya gembira apabila berjaya memecah rekod ini dan menjadikan diri saya terkenal di seluruh dunia,” katanya.

Rekod sebelum ini dipegang seorang lelaki Amerika Syarikat, Joel Leindecker yang menyepak kepalanya 127 kali dalam tempoh se minit.

Lelaki Maut Dimasak Bersama-Sama Tuna Dalam Ketuhar


SAN FRANCISCO – Sebuah syarikat pengeluar tuna dalam tin, Bumble Bee Foods bersetuju untuk membayar sebanyak AS$6 juta (RM24 juta) sebagai penyelesaian kepada satu tuduhan jenayah.

Ia berikutan kes kematian ngeri melibatkan salah seorang pekerjanya yang `dimasak’ dalam ketuhar di kilang syarikat itu bersama dengan bertan-tan ikan tuna, lapor media Amerika Syarikat.

Penyelesaian tersebut merupakan rekod yang terbesar dalam sejarah negeri California melibatkan kematian pekerja akibat kemalangan ketika berada di tempat kerja.

Mangsa, Jose Melena, 62; meninggal dunia tiga tahun lalu di dalam ketuhar sepanjang 10 meter ketika ia membakar menggelegak pada suhu panas setinggi 270 darjah Celsius.

Kejadian berlaku selepas seorang rakan sekerjanya menyangka Melena masih lagi berada di dalam tandas lalu terus memanaskan ketuhar yang kebetulan berisi enam tan tuna dalam tin.

Ketika itu, Melena yang juga bapa kepada enam anak dilaporkan sedang membaiki ketuhar berkenaan. Mayatnya ditemui dua jam selepas ketuhar itu dipadamkan api, disejukkan dan dibuka pintunya.

Menurut peguam daerah, Jackie Lacey, ia merupakan kematian yang amat teruk dan penah disaksikannya sepanjang mengendalikan 40 kes bunuh sadis dalam tempoh dua dekad.

“Saya rasa mana-mana individu, jika mereka terpaksa melalui kematian seumpama itu, akan memilih untuk ditembak atau ditikam berbanding dimasak perlahan-lahan dalam ketuhar.

“Anda memang keras hati jika anda tidak terjejas dengan cara kematian lelaki ini. Ia amat menakutkan,’’ katanya.

Lacey malah berkata, beliau tidak dapat membayangkan sesuatu yang lebih buruk dalam kejadian melibatkan pelanggaran keselamatan nyawa pekerja itu.

Keluarga Melena pula akan menerima sebanyak AS$1.5 juta (RM6 juta) namun ia tidak akan menghalang mereka daripada menyaman syarikat itu atau mendapat pampasan kematian. – Agensi/Mynewshub.cc

Airasia bloggers community.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Airasia bloggers community|Bagaimana nak sertai Airasia bloggers community? Aku sendiri tercari-cari cara untuk join community ni, tetapi masih belum terhasil. Adakah ada syarat-syarat tertentu atau hanya dengan minat sahaja, kita boleh join community ini?

Sebenarnya, sebelum ini aku ada join juga 1 komuniti blogger. Tetapi disebabkan oleh keengganan aku untuk "berselfie", aku disingkirkan dari komuniti ini. Mungkin alasannya sedikit pelik tetapi inilah hakikatnya. Perit juga nak menelan tetapi inilah yang perlu dihadapi oleh blogger yang baru nak naik macam aku ni.

Apa pun, yang berlalu, biarkan ia berlalu. Tak perlu nak menoleh ke belakang. Teruskan langkah dan mula mencari rakan-rakan baharu. Sebenarnya lama juga aku memerhatikan Airasia bloggers community ni. Antara sebabnya aku berminat adalah kerana perkataan air asia itu sendiri.

Air asia merupakan antara syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Dengan tagline " now everyone can fly" benar-benar membuatkan sesiapa sahaja mampu berada di atas awan. Sukar untuk mencari sebuah syarikat penerbangan yang terus kekal memberi perkhidmatan tambang murah. Jadi tidak hairanlah jika syarikat penerbangan air asia ini memperolehi pelbagai anugerah antarabangsa.

Aku juga sangat pasti, mereka yang menyertai Airasia bloggers community ini adalah mereka dalam kalangan "kaki travel" ataupun yang menjadikan pelancongan itu sebagai satu hobi. Mereka sebenarnya tidak salah! Kalau dulu, perkataan melancong itu, biasanya hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kewangan yang berlebihan, tetapi tidak sekarang. Dengan hanya belasan ringgit " tawaran harga murah dari Air asia" sesiapa pun boleh melancong ke luar negara. Menarik bukan?

Atas alasan yang aku nyatakan di ataslah yang menjadikan aku ingin benar menyertai Airasia bloggers community ini. Mahu juga aku tahu caranya jika ada rakan-rakan yang sudah pun sertai komuniti ini ataupun punya cara bagaimana boleh aku turut sama. Jika ada yang sudi berkongsi, silalah komen atau email saya ya! Terima kasih daun keladi. Hehehe.

Thursday, August 13, 2015

Biar Allah sahaja yang menilai.


Sumber : Google

Biar Allah sahaja yang menilai|Manusia kini seakan melebihi yang maha pencipta. Manakan tidak, keputusan dan hukuman seperti terletak di tangan manusia. Siapa manusia? Yang menjadi hamba kepada penciptanya. Siapa hamba? Seluruh manusia, apa layaknya hamba menjatuhkan hukuman?

Semakin pelik aku dengan sikap manusia sekeliling. Yang dengan mudahnya menjatuhkan hukuman dan menilai manusia. Manusia menilai manusia? Mereka yang merasakan diri mereka ini sudah cukup sempurna, pun masih belum melihat keadaan sebenar di dalam syurga. Bagaimana mereka tahu manusia yang di nilai itu akan masuk neraka?  Biar Allah sahaja yang menilai.

Yang baik pada awalannya, tidak mustahil menjadi jahat pada akhirannya. Begitulah sebaliknya, yang jahat pada awalnya, tidak mustahil menjadi sangat baik pada akhirannya. Itu adalah kekuasaan Allah. Dia mampu mengubah segalanya jika menginginkannya.

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Surah Yassin : 81-83

Apabila ia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah ia. Allah maha berkuasa. Jadi biar Allah sahaja yang menilai. Tak perlulah kita yang bergelar hamba ini, dengan mudahnya menilai dan menjatuhkan hukuman. Tidak ada lagi manusia sesempurna Nabi Muhammad S.A.W. Apakah ada sifat sombong dan angkuh di dalam hati Nabi kesayangan kita ini walaupun menjadi sesempurna manusia?

Tak usahlah mendabik dada dengan keilmuaan yang ada. Ilmu itu sendiri milik Allah. Dia hanya pinjamkan sahaja. Pernah merasa? Pada satu-satu masa, ilmu yang dah lama kita gunakan, tiba-tiba hilang. Semacam ayat ini:

" Aduh, boleh lupa pulak, aku ingat benda ni. Tapi boleh pulak lupa sekarang ni, sekejap aku ingat balik". 

Ini menunjukkan ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Ia milik Allah. Kalau ilmu itu pun sekadar pinjaman, kenapa dengan mudah sahaja kita nak menilai orang lain? Kenapa tidak biar Allah sahaja yang menilai? Mereka yang menilai ini, belum tentu cukup sempurnanya. Takut kalau perkara yang dinilai itu, adalah tentang diri mereka sendiri. Sentiasalah beringat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Gambar Belangkas