Thursday, August 13, 2015
PANAS!!! Gambar Dan Statement Biadab Seorang Gadis Terhadap Ahmad Maslan.
Memang Jujur betul Budak Ni.... Macam Tengok Pelawak katanya
Jujur betul awek ni.... tak tahan nak ketawa bila tengok muka Ahmad Maslan...
Ada ke dia kata Ahmad Maslan Pelawak....
Aku pun nak ketawa....hihihi
4 Misteri Yang Masih Gagal Di Rungkai
Memang mudah untuk manusia menjadi obses dengan misteri yang tidak pernah diselesaikan di dunia ini. Misalnya 5 misteri dibawah, semuanya masih menimbulkan tanda-tanya dan ada yang sudah berlangsung berdekad-dekad lamanya tidak kira berapa ramai pakar mengkaji kes-kes ini. Dan sehingga sekarang, ianya terus kekal diselabungi misteri.
Batu Dighton
Dighton Rock adalah sebuah batu seberat 40
Punca kenapa ada blogger suka copy & paste.
Punca kenapa ada blogger suka copy & paste|Dunia blogger malaysia semakin menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Ini dibuktikan dengan pertambahan blogger-blogger baharu hampir setiap hari. Blog ceritaejoy juga bukanlah 1 blog lama. Blog ini juga boleh dikatakan baharu kerana aku sendiri masih tercari-cari identiti kepada blog ceritaejoy ini.
Namun, di dalam pertambahan blogger malaysia ini, tidak semuanya benar-benar berjaya menghasilkan penulisan sendiri. Ada di kalangan mereka suka mengambil jalan mudah dengan mengambil entry atau penulisan dari blog lain dan di terjemahkan ke dalam blog mereka. Kenapa?
Inilah punca kenapa ada blogger suka copy & paste. Bukan mudah menjadi penulis. Tidak semua orang ada bakat di dalam bidang penulisan yang berkualiti. Mana-mana orang pun boleh bercerita tetapi tidak semua orang mampu menghasilkan cerita.
Jika sebelum ini, bidang penulisan seperti dipinggirkan, tetapi kini ia menjadi salah satu cabang pendapatan kepada penulisnya. Jika sebelum ini, buku adalah medium utama, tetapi dengan era serba moden ini, blog menjadi salah satu kepada rujukan ramai orang. Jadi dengan penulisan yang berkualiti dan memberi manfaat, selain mampu memberi pengajaran, ianya juga mampu menghasilkan pendapatan kepada pemilik blog.
Atas alasan inilah, punca kenapa ada blogger suka copy & paste. Dengan hanya mencari sesuatu yang di cari ramai orang, mereka dengan mudahnya menghasil "pendapatan" kepada blog mereka. Tidak perlu susah payah menulis. Mudah sahajakan? Aku sendiri pun, jika tidak memikirkan penat lelah sang penulis, mahu sahaja aku copy & paste entry orang lain masuk kedalam blog ceritaejoy ini.
Akan tetapi, aku tahu, perit dan sukarnya menjadi seorang penulis berkualiti ini., Aku tahu bukan mudah mencari idea penulisan. Dan aku tahu juga bagaimana mood seorang penulis itu. Bukan setiap masa mood menulis itu ada. Tetapi sebagai seorang penulis yang hebat, ini semua mampu mereka hadapinya. Dan ini yang tidak ada pada blogger copy paste.
Tidak salah pada aku untuk ambil artikel orang lain, tapi biarlah dikongsikan juga blog atau diri sang penulis. Hargailah idea mereka. Bukan mudah untuk mereka hasilkan penulisan itu. Tidak ada salahnya kalau kita beri sedikit penghargaan kepada mereka. ya. Fuh! Sekarang dah tau kan Punca kenapa ada blogger suka copy & paste?
Wednesday, August 12, 2015
SENSASI!!! 4 Foto Wajah Jelita Anak Afdlin Shauki Yang Akan Membuatkan Anda Cair.
AFDLIN BERSAMA ISTERINYA
Selebriti serba boleh Afdlin Shauki Aksan mempunyai seorang anak gadis yang kini sudah remaja dan cantik seperti ibunya. Anak gadis ini merupakan anak sulungnya bernama Mia Sara.
Sedikit info, Afdlin Shauki mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta bernama Maria Christina Orow Abdullah pada tahun 1998. Pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang anak, kesemuanya perempuan.
Anak pertama Mia Sara kini berumur 15 tahun dan semakin membesar. Dia sememangnya mewarisi kecantikkan ibunya.
2 orang lagi anaknya ialah Anais dan bongsu Ileana Matin.
Jom lihat gambar anak Afdlin Shauki bernama Mia Sara ini.
2 VIDEO [BONGKAR] PANAS!!! Ugutan Serangan Siber Didalangi Rakyat Malaysia... Ikuti Video Penafian 'International ANONYMOUS'... #SahabatSMB
Sah... ugutan serangan siber yang tersebar sebelum ini didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara Malaysia... perkara ini disahkan melalui satu lagi rakaman video yg dipercayai dimuatnaik oleh kumpulan 'International Anonymous' sendiri yang menafikan penglibatan mereka malah mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan demokrasi negara Malaysia...
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu video ugutan kononnya dibuat oleh kumpulan hacker terkemuka 'Anonymous' yg mahu menyerang sistem laman web dan pengkalan data milik kerajaan... video berdurasi 8 min itu antara lainnya mempersoal pentadbiran YAB DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia khususnya berhubungkait dgn isu 1MDB dan wang 'derma' RM2.6BIL...
Mereka mensasarkan beberapa laman web milik agensi2 utama kerajaan termasuk SPRM, 1MDB dan beberapa lagi... mereka mengugut akan mulakan serangan siber antara 29, 30 atau 31 Ogos ini, kebetulan masa yang hampir sama dengan demostrasi jalanan yang akan dianjurkan oleh BERSIH 4.0...
Dalam video tersebut juga mereka mendesak agar Najib meletak jawatan sebelum 31 Ogos, jika mahu serangan ini dibatalkan... mereka juga turut menyeru seluruh ahli kumpulan 'Anonymous' dari seluruh dunia agar bersama-sama menyertai mereka...
Jom kita tonton dulu video pertama ugutan yang telah dibuat oleh kumpulan ini...
Susulan daripada tersebarnya video ugutan ini, pihak polis dengan kerjasama Interpol yang berpengalaman mengendalikan kes seperti telah membentuk satu jawatankuasa dan memulakan siasatan... pihak polis tidak menolak kemungkinan ugutan ini mempunyai hubung kait dengan demostrasi BERSIH 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini...
Untuk rekod, beberapa kes serangan siber telah berlaku di negara ini membabitkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan... terbaru adalah serangan ke atas laman media sosial milik PDRM... polis percaya pihak yg membuat ugutan kali ini adalah merupakan kumpulan yang sama yg telah menyerang laman FB PDRM...
Pihak penganjur Bersih 4.0 yang diwakili Maria Chin semalam menafikan mereka ada kena mengena dengan penyebaran video ugutan tersebut... mereka juga menafikan mengenali atau mempunyai hubung kait dengan kumpulan penjenayah siber 'Anonymous' ini...
Semalam, satu lagi video telah dimuatnaik dan kali ini ia dipercayai dikeluarkan oleh pihak 'International Anonymous'...
Jom kita tonton pula video penafian yg dipercayai dibuat oleh kumpulan 'International Anonymous'...
Pihak 'International Anonymous' telah menafikan yang mereka terbabit dengan ugutan yang telah dibuat sebelum ini... malah menurut mereka, mereka tidak berminat untuk mencampuri urusan politik sesebuah negara yg mengamalkan demokrasi...
Dengan tersebarnya video ini, secara tak langsung mengukuhkan lagi keyakinan pihak polis bahawa dalang yang terlibat dengan ugutan siber ini datang dari dalam negara Malaysia sendiri... malah tidak mustahil juga ia merupakan satu cara meniup spekulasi negatif ke atas sistem keselamatan negara...
Mamu sangat berharap agar pihak polis dengan kerjasama dan kepakaran pihak Interpol akan dapat menjejak, mengenalpasti dan menangkap dalang yang berani mengugut kerajaan Malaysia... ini adalah satu bentuk serangan alaf baru, tanpa perlu mengangkat senjata... tapi kesannya mampu melumpuhkan seluruh sistem kerajaan jika tidak ditangani sebaik mungkin... amat berpadanan untuk didakwa di bawah akta Melancarkan Serangan Ke Atas YDP Agong seperti yang dikenakan ke atas kumpulan Al-Maunah, sekiranya dalang utama berjaya diberkas...
By Mamu Karapoley
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...
















