Wednesday, August 12, 2015

Isu Dadah Dalam Minuman Upin & Ipin : Penjelasan dari Les Copaque


Berikutan penyebaran maklumat yang menyebut produk minuman Upin dan Ipin mengandungi dadah jenis ketamin, pihak Les Copaque tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut kenyataan dari Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi, berita mengenai pengedaran dadah yang menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang benar dan bukan botol minuman Upin & Ipin sahaja yang menjadi mangsa.

"Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman."

Selain itu, Burhanuddin juga turut menegaskan minuman Upin & Ipin yang berada di pasaran kini selamat diminum dan turut menyatakan perasaan kecewanya apabila terdapat menyebaran viral yang mengatakan minuman tersebut tidak selamat diminum.

"Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum."

"Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.", katanya.




PADAH MENARI PAKAI SELUAR KETAT!!

14372087791842.jpg

Padah memakai seluar terlalu ketat dan nipis ketika buat tarian K-POP di depan penonton, lihat video di bawah, anda pasti akan terkejut beruk selepas menontonnya... lol.. haha... korg layan lah sendiri.. yg budak2 bawah umur sila main jauh2.. ini untuk dewasa atas 18 tahun keatas je..

14372087792695.jpg

14372087797629.jpg

14372087791627.jpg

14372087794693.jpg

14372087794323.jpg
1437208779598.jpg

14372087797250.jpg

Hazami Dalam Keadaan Lemah Akibat Pendarahan Usus


Penyanyi Hazami berada dalam keadaan lemah selepas dikejarkan ke hospital pada malam Khamis akibat menghidap pendarahan dalam usus.

Abangnya, Azhary Ahmad, 43, berkata, Hazami pada mulanya mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam dan meminta seorang rakan membawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

"Semasa tiba di klinik, dia tiba-tiba pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Azhary berkata, selepas dihantar ke Pusat Perubatan Tropicana Damansara di sini, doktor mengesahkan Hazami mengalami komplikasi pada bahagian usus yang agak serius dan perlu menjalani pembedahan.

                        Hazami

Katanya, penyakit tersebut boleh menjadi kanser jika tidak diubati dengan segera.

"Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami," ujarnya.

Menurut Azhary lagi, buat masa ini Hazami dipantau di satu unit khas pusat perubatan itu dan tiada sesiapa dibenarkan melawat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja.

Sehubungan itu dia berharap agar para peminat dapat mendoakan kesihatan adiknya agar kembali sembuh seperti biasa.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, popular dengan laguSonata Musim Salju.

Beliau adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London.

Berita Hazami Meninggal Dunia adalah berita PALSU semata-mata!!!


Penyanyi Hazami meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya dia meninggal dunia.

Pengurusnya Aszuad Zakaraia berkata, Hazami berasa sedikit terganggu dengan tuduhan itu selepas dia menerima banyak panggilan telefon yang ingin mengetaui kesahihan berita itu.

“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut,” katanya

Perkara itu disahkan oleh wartawan rancangan Melodi terbttan TV3, Zuan Azmi yang mengesahkan berita yang tersebar di media sosial itu adalah palsu dan fitnah.


Terdahulu Hazami atau atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada Jumaat lalu akibat mengalami pendarahan usus.

Mengenai perkembangan terbaharu Hazami, Aszuad berkata, penyanyi itu telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan berkenaan pada tengah hari Rabu.

Dia kini tinggal bersama ibunya di Gombak dekat sini dan masih dalam pemerhatian doktor.

“Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya,” kata Aszuad.

PANAS!!! Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Apabila Terlalu Mengikutkan Tips Membesarkan Zakar?

LOL!




KUALA LUMPUR – Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terpaksa memanggil pasukan Bomba Dan Penyelamat selepas seorang lelaki muncul di wad kecemasan dengan sebentuk cincin terlekat di zakarnya.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HKL kira-kira pukul 3.45 petang meminta bantuan untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di zakar mangsa.

Pasukan mereka tiba pada pada pukul 4.20 petang dan terpaksa memotong cincin di sekeliling zakar lelaki berusia 44 tahun itu.

“Kami cuba untuk bercakap dengan dia semasa prosedur tetapi dia terlalu malu untuk bercakap dan hanya memberitahu cincin tersebut baharu dibelinya di Amerika Syarikat. Selepas itu dia tidak bercakap lagi dengan kami.

“Selama tempoh 29 tahun sebagai ahli bomba, saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” jelas pegawai yang mengetuai operasi tersebut.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat berjaya memotong cincin itu kira-kira pukul 5 petang.

GEMPAR!!! Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Apabila Pihak Imegresen Membuat Serbuan?


Gadis Tak Sempat Sarung Pakaian Ketika Diserbu [6 Gambar]


Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam.

Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket placuran melalui aplikasi Wechat.

Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket placuran ini menggunakan aplikasi internet 'WeChat' yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari.

Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang.

Sindiket placuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto luch wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.


Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik.

Siasatan mendapati, pelanggan hanya perlu mengetahui nombor bilik didiami wanita terbabit yang diberikan oleh bapa ayam melalui komunikasi menggunakan sistem pesanan ringkas.


20 Julai tahun lalu, jabatan yang sama turut melumpuhkan sindiket placuran menggunakan laman web bagi menawarkan perkhidmatan persundalan di sekitar Johor Bahru.

Usaha itu bagaimanapun gagal mengesan bapa ayam terbabit selepas nombor yang digunakan tidak lagi aktif. Pemeriksaan pendaftaran nombor menggunakan nombor kad pengenalan mendapati individu dalang sindiket placuran itu tidak wujud.


Dalam serbuan malam tadi, kondom dalam kuantiti banyak turut ditemui dalam setiap bilik didiami placur terbabit.


10 wanita, 6 warga China dan masing-masing 2 warga Indonesia serta Vietnam berusia di antara 19 dan 31 tahun ditahan dalam serbuan ini.


Antara kesalahan dikesan, menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kesemua ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, untuk siasatan lanjut.

PANAS!!! Walaupun Dia Hanya Mempunyai Sebelah Tangan, Dia Harus Dijadikan IDOLA Remaja. SALUTE!





Pekerjaan “runner” ataupun menghantar barang biasanya menjadi pilihan orang muda masa kini terutamanya mereka yang mempunyai motosikal untuk mencari hasil atau duit sampingan.

Mereka akan menghantar apa-apa sahaja barang yang dikehendaki oleh pelanggan dan yang pastinya muatan barang mampu di bawa dengan menggunakan motosikal mereka. Dokumen penting merupakan barang yang selalu di bawa oleh mereka kerana pelanggan mahukan dokumen tersebut segera tiba di tempat yang mereka inginkan.

Mohd Hafis Abdullah 27, atau dikenali sebagai “Hafiz Runner” menjadi popular di laman sosial setelah menawarkan perkhidmatan menghantar barangan melalui akaun Facebook miliknya. Walaupun Hafis merupakan seorang yang kurang upaya, ianya bukan penghalang untuk beliau melakukan kerja “runner” ini dan tidak meletakkan sebarang harga tetap terhadap perkidmatan menghantar barangan.

Sejak mengiklankan perkidmatannya itu di laman sosial, dia tidak henti-henti menerima pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya untuk menghantar barang sehinggakan dia terpaksa mengupah lagi tiga orang kawannya untuk menjadi “runner”. Dengan menunggang sebuah motosikal Honda EX5, dia menghantar barangan ke seluruh daerah Temerloh termasuk dokumen, makanan, sabun, barangan dapur dan pelbagai barang lagi.

“Saya tak kisah upah, saya ambil sahaja setiap pemberian kerana bagi saya apa yang dapat itulah rezeki, yang penting perkhidmatan saya cepat, jujur dan saya amanah serta ikhlas bantu orang ramai”. ujar pemuda ini

Sehingga kini, iklan itu, yang asalnya dimuat naik oleh laman Facebook Siakap Keli, telah mendapat lebih dari 27 ribu “like” dan lebih tiga ribu perkongsian.



Apa yang menarik perhatian kami ialah ketiadaan sebelah tangannya memberi inspirasi kepada kami tiada apa yang mustahil boleh dilakukan dalam dunia ini. Menceritakan kisah lamanya, pemuda ini menjadi OKU apabila terlibat kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu semasa berkonvoi bersama rakan-rakannya menunggang motosikal ke Kuantan.

Hafis juga menceritakan arwah bapanya juga turut kehilangan penglihatan kerana kemalangan di tempat kerja tetapi boleh menyara mereka sekeluarga. Berbekalkan semangat dan kekuatan dari bapanya, Hafis juga turut ingin mengikut jejak langkah bapanya.

Kebiasaannya pada siang hari, Hafis akan melakukan tugas perkhidmatan menghantar barangan dan pada waktu malam pula, dia akan bekerja sebagai pembuat air di Restoran Rotarium, Temerloh yang menyajikan hidangan stimbot.

Sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat menggalakkan sehingga ada pihak yang menawarkan untuk menaja baju untuk dia mempromosikan perkhidmatannya. Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan menghantar barangan di daerah Temerloh, anda boleh menghubunginya dan jangan risau tentang bayaran kerana Hafis menekankan upah yang diambilnya adalah seikhlas hati dari penerima/pelanggan.

Sumber dari Sinar Harian.

Gambar Belangkas