Tuesday, August 11, 2015

Bayi yang dilahirkan pelajar darjah 5 meninggal dunia!


Bayi yang dilahirkan pelajar darjah 5 meninggal dunia!|Sebelum ini, kecoh juga berita mengenai pelajar darjah 5 melahirkan bayi di jempol. Boleh baca di sini : Remaja bawah umur lahirkan bayi. Terbaru, bayi lelaki remaja ini telah pun meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut.

JEMPOL 12 Ogos - Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang budak berusia 11 tahun, pada Rabu lalu,meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah lebih kurang pukul 3 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

“Saya difahamkan bayi itu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan telah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bahau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. - 

Sumber: Utusan online

Bukan mudah menjadi penulis blog.


Bukan mudah menjadi penulis blog|Ya, bukan mudah seperti yang di sangka. Menjadi seorang penulis blog memerlukan idea dan daya kreativiti yang tinggi. Aku sedikit hairan melihat blogger malaysia yang punya momentum kekal di dalam penulisan blog mereka. Mungkin kerana terdapat masa khas untuk mereka menulis.

Penulisan dalam bentuk keilmuan adalah yang paling mencabar. Tapi! Tapi, penceritaan mengenai hal-hal semasa dan peribadi juga bukanlah suatu perkara yang mudah. Seperti aku sekarang, otak aku semacam tepu! Ada pelbagai idea penulisan yang ingin aku ceritakan di dalam blog ceritaejoy ni. Tapi semacam ada perkara yang lebih besar bermain di dalam minda aku sekarang. Baru aku tahu bukan mudah menjadi penulis blog.

Antara masalah yang berjaya aku kenal pasti adalah masalah kejatuhan matawang ringgit terkini. Arghh! Siapa yang tidak tertekan? Apa yang bermain dalam minda aku sejak semalam adalah, jika ianya berterusan, sudah pasti akan memberi kesan kepada aku dan semua orang. Aku hanya memikirkan tentang pinjaman perumahan aku dengan bank merah. 1 tindakan berbentuk kesalahan paling besar di dalam hidup aku.

Aku semacam dah terjerat dalam perangkap hidup aku sendiri. Mungkin cerita pinjaman perumahan dengan bank merah ini akan aku ceritakan dengan lebih luas di dalam entry lain. Yang aku ingin ceritakan sekarang adalah, aku sememangnya tidak mampu menulis jika berada di dalam emosi seperti ini. Dan sememangnya aku sedar bukan mudah menjadi penulis blog.

Aku tak mampu fokus dengan cerita yang ingin aku sampaikan. Kalau aku teruskan juga menulis, dah pasti tiada langsung kaitan dengan cerita yang ingin aku sampaikan. Respek! Dengan blogger malaysia yang mampu kekalkan penulisan terbaik pada blog mereka. Ianya sudah pasti bukanlah sesuatu yang mudah. kan? Bukan mudah menjadi penulis blog

JUMPA ANAK ULAR TEDUNG BERKEPALA DUA


Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.


Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkepala dua berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

maksud istidraj

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya|Maksud istidraj|Biasa atau tidak mulut kita atau kita pernah terdengar ayat-ayat seperti ini "main judi, dapat duit banyak, kaya, tapi tiada pula sakit bagai" atau "buat dosa besar hari-hari, tapi hidup senang juga" atau "Makan duit anak yatim, kenapalah tak turun bala atau jatuh sakit". Ha, biasa tak dengar? Atau ada ayat-ayat yang seumpama dengannya.

Ada 1 istilah iaitu istidraj. Apa maksud istidraj? Ia bermaksud "pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya". 

"Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba berikan contoh mudah. Sewaktu zaman firaun, dia tak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Dan atas sebab yang demikian, firaun mengangkat dirinya menjadi tuhan. Allah memberikan dia kesenangan itu bukan atas sebab Allah memberi nikmat, akan tetapi ingin merosakkannya. 

Ada juga yang berfikiran, mereka yang tidak pernah tinggal solat, rajin berpuasa, rajin berzikir tetapi hidup serba kekurangan. Berbeza dengan mereka yang rajin ke kelab malam, minum arak, berjudi tetapi memiliki harta yang banyak, rumah yang mewah. Beringatlah, Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ada manusia yang terlalu sombong dengan hartanya. Hingga ada yang tidak mahu melihat orang susah. Mereka cuma ada harta di dunia. Nabi muhammad S.A.W naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi sulaiman, sebesar-besar pangkat hinggakan semua makhluk tunduk kepadanya, pun tak sombong. Nabi yusoff, dikatakan manusia paling kacak di muka bumi, pun tidak sombong. Mereka yang cuma ada harta sementara nak sombong?

Tahu anai-anai? Yang duduk dalam busut tu? Lumrahnya anai-anai hanya duduk diam di dalam busut. Tetapi ketika Allah ingin membinasakannya, diberikan anai-anai sayap. Dan anai-anai yang hanya duduk diam, terbang mencari api. Kemudian tahu apa jadinya? Mati semacam itu sahaja. 

Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Ingat cerita namrud? Yang terlalu sombong dengan Allah dan ingin membakar nabi ibrahim? Tahu ajalnya dengan apa? Hanya berasbabkan seekor nyamuk masuk ke dalam hidungnya. Masih nak menyombong di muka bumi Allah ini? Manusia istidraj?

Pergi pula kepada kisah manusia yang dikatakan terkaya di muka bumi "Qarun". Hartanya tidak ternilai banyaknya. Dan akibat dari itu, wujud perasaan sombong, angkuh dan takbur. Tahu apa jadi dengannya? Allah tenggelamkan dia bersama dengan harta-hartanya. Kalau kita kaya, jangan ingat Allah memberi kita kenikmatan hidup, takut nanti kita adalah manusia istidraj. Yang Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Cerita ini bukan bermaksud menghalang kita dari menjadi kaya. Jadi kaya itu tidak salah, yang salah jika kita tidak menggunakan harta itu ke arah kebaikan. Yang salah jika kita kaya, kita menjadi sombong dan takbur. Ingat! Bukan bermakna harta yang banyak, kesihatan yang baik, bererti Allah redha kepadanya, tetapi Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.

Anak Ular Tedung Pelik Berkepala Dua


Yulin (China) – Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.




Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama

Ayahanda Rani Kulup & Uqasha Senrose Meriahkan 'Super Spontan' Musim 4


 PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose dipilih antara barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim lalu.

"Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan.

"Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak. Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media program Super Spontan musim keempat di Talent Lounge, di sini, Selasa.

Program Super Spontan All Stars bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang, dekat sini, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.

 Artis dan tenaga produksi yang terlibat dalam Super Spontan All Stars

Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Sementara itu, Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.

Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.

"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan.

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan.

Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Juara Super Spontan All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM75,000 dan RM50,000.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang RM20,000, RM10,000, dan RM5,000.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Sumber: mstar.com.my

GEMPAR!!! Hanya Kerana Terlalu Mengikut Gaya Hidup Seorang MODEL, Gadis Ini Telahpun MURTAD!! Nauzubillah!







Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja….
Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia…..
Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu….
Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka….
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy….
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. ….

Selain itu ialah artis Pinkan Mambo….
Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain….
Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini… Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak….
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje…

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas…

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya….

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya….

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya….

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan….

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing….

Gambar Belangkas