Tuesday, August 11, 2015
CINTA ITU TIDAK KENAL PARAS RUPA! LELAKI INI KONGSI RAHSIA PIKAH GADIS MAT SALEH
8 Ogos yang lalu adalah detik bahagia bagi seorang lelaki yang bernama Bayu Kumbara, apabila dia berjaya menikahi gadis pilihan hatinya yang berasal dari Britain Wanita pujaan hati Bayu, Jennifer Brocklehurst berasal dari Britain, manakala Bayu sendiri adalah seorang warga Indonesia.
Bayu merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas. Menurut Jennifer, mereka pertama kali bertemu ketika dia melancong ke Sumatera Januari lalu dan sejak itu mereka saling jatuh cinta.
Jika difikirkan, tiada apa yang luar biasa tentang hal ini. Saban minggu, atau mungkin saban hari ada saja orang yang bernikah dalam dunia ini. Tetapi... ...menurut media Indonesia, perkahwinan pasangan ini jadi topik perbualan hangat kerana Bayu yang berwajah "lucu" dapat memikat gadis mat salleh secantik Jennifer.
Eh, tak baiknya. Kan cinta tak kenal rupa? Pernikahan itu juga lebih menarik perhatian apabila Jennifer meminta dana secara online di laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinannya bersama Bayu Jennifer juga berhasrat hendak membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya menggunakan dana tersebut. Dia meletakkan target sebanyak 2,500 pound (RM15,000) tetapi hanya berjaya mengumpul 1,000 pound sahaja.
Tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan itu, walaupun dana tidak mencukupi dan tidak mencapai target. Laman tilt.com adalah laman di mana anda boleh "meminta dana" dari sesiapa saja untuk tujuan apa pun.
Buat masa ini, laman Tilt hanya boleh digunakan oleh warga Amerika, United Kingdom dan Kanada. Bayu dan Jennifer memuat naik gambar pernikahan mereka dan susulan daripada itu, laman sosial mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan mahupun followers Setakat ini, nampaknya Jennifer dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Bayu. Dia malahan telah menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan saudara Bayu di kampung.
Keluarga Jennifer sendiri pun nampaknya menerima perkahwinan tersebut dengan baik, walaupun mereka berbeza budaya, bangsa, dan agama Kami doakan semoga perkahwinan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst kekal bahagia dan sweet sebegini til Jannah... jom layan foto mereka di bawah..
Ringgit Jatuh Sebab............ Lawak Hari Ini..
SATU LAGI GENG Rahman dahlan.. KENAPA MENTERI2 ternakan UMNO kebanyakannya banyak yang bodoh ???
Baru tau nilai ringgit jatuh puncanya sbb Mahathir serang PAHLAWAN Najib Razak.. KOH!! KOH!! KOH!!
Nasib baik DSAI dlm penjara, kalau tak Anwar juga akan dipersalahkannya..
KENAPA SEKARANG INI ringgit tetap makin jatuh sehingga CECAH RM4.00 wpun Mahathir dah kurang 'attack' Najib skrg..??
#RinggitJatuhLagi
Facebook Suara Rakyat
PANAS!!! GAMBAR EKSKLUSIF Bekas Suami Pertama Rozita Che Wan Yang Belum Pernah Dilihat Di Media.
Rozita Che Wan kini bahagia berkahwin dengan Zain Saidin. Namun sebelum itu Rozita pernah berkahwin dengan seorang pilot sebelum bercerai.
Pelakon popular ini bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply dan bernikah pada 26 Ogos 1995.
Jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Ini gambar bekas suami Rozita Che Wan:
PANAS!!! Pengakuan Seorang Gadis, Lebih 100 Orang Lelaki Pernah Merasai Tubuhnya.
AKIBAT keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual tubuh badan sendiri demi menyara kehidupannya.
Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok, Kelantan ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada bapa ayam oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.
“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.
Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai kupu-kupu malam yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.
Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai kupu-kupu malam yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.
“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.
“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.
“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.
“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.
Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.
“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.
Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya
PANAS!!! Statement Seseorang Menghalau Anak OKU Berani Mati Dikecam Rakyat Malaysia.
Petang tadi, dia, Iskandar Mirza, buat hal di Taman Adda Height.
Tengah sibuk bagi ikan makan di kolam, tiba-tiba ada budak perempuan menangis atas dukung ibunya. Tiba-tiba Is terus buka dan ambil kasut budak itu, campak ke dalam kolam sambil dia tergelak-gelak.
Tergamam kejap. Rasa nak terjun saja ke dalam kolam itu untuk ambil semula kasut itu tetapi tidak mampu.
Saya cuba meminta maaf beribu kali pada ibu budak itu sambil cakap yang Iskandar ini Orang Kelainan Upaya (OKU).
Seluk poket, yang ada hanyalah RM10 dengan niat nak mengganti dan terus hulur pada dia. Dia jawab,
"Ingat kasut ini harga RM10 ke? Anak OKU eh? Lain kali jangan bawa ke sini. Berani campak barang orang. Suatu masa nanti, anak orang pun dia boleh campak," katanya.
Kemudian, anak bujangnya pula turut menegur.
"Makcik, lain kali jangan bawa dia ke sini. Duduk rumah sahaja," katanya.
Pada masa itu jugalah mama dah berjuraian air mata. Nauzubillah. Mudah-mudahan itu buka ndoa. Minta dijauhkan.
Tak tahu nak cakap apa dah. Nak marah Is, bukan dia faham pun sebab mama saja yang faham apa yang dia buat itu adalah bergurau cara dia. Tapi memang salah pun.
Apa lagi nak buat? Menangis saja yang termampu selepas sudah bermacam-macam perkara yang dia buat hari ini. - NORMAIZA AB RAHIM
Menurut rakan kepada Normaiza, Mansur Hj Mohd Noh, insiden itu berlaku pada 7 Ogos, Jumaat pada jam 6 petang di Tasek Taman Adda Height, JB.
"Si ibu kepada anak autistik (OKU) yang berusia 9 tahun ini bukannya sedih kerana cacian tetapi dia sedih dengan nasib anak autistiknya, Iskandar Mirza.
"Dalam kes ini jangan salahkan anak autistik dia. Budak autistik ini memang tidak tahu apa-apa. Dia hanya tahu makan, minum dan bermain sahaja kerjanya. Dia tidak akan mencederakan apatah lagi membunuh orang lain.
"Yang perlu disalahkan adalah ibu bapanya. Siapa suruh dia lahirkan anak autistik?
"Oleh itu, saya merayu kepada ibu kepada anak kecilnya yang dibuang kasut oleh Iskandar Mirza ini, jika puan terbaca status ini atau kawan-kawannya yang mengetahui hal ini agar dapat menghubungi saya untuk menggantikan kasut anaknya di mana-mana kedai kasut yang disukainya. Berapa sahaja harganya saya sanggup bayarkan," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
salam..aahh..dah sampai kl..minggu lepas kami satu family balik ke terengganu.. Bukan pe, de sowang anak sedara lahir bulan 12 hari tu, tapi...
-
Ringkasan musibah di Mekah Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas dan emel makluman Malawakil pada s...
-
"Saya nak keluarkan RM 50,000" . Ceritaejoy sewaktu tengahari tadi. Aku ada sedikit urusan dekat kwsp malaysia cawangan alor gajah...






