Monday, August 10, 2015

Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.


Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.

Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.


" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"

Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.

Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.

4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.

#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)

Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.

Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"

Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.

#2. Apakah kekuatan diri anda?

Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!

#3. Mula membaca.

Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.

Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!

Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.

Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.

Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!

Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!

#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.

Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.

Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?

Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.

Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.

Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.


*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."

Inilah LUAHAN Anak Perempuan Pegawai SPRM, Eila Bahri, Yang Bakal Buat PM Najib TERSENTAP !!!

Inilah LUAHAN Anak Perempuan Pegawai SPRM, Eila Bahri, Yang Bakal Buat PM Najib
TERSENTAP !!! | Anak kepada Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin meluahkan perasaan
di laman sosial Facebook mengenai pertukaran bapanya ke Jabatan Perdana Menteri
(JPM) sepertimana didedahkan semalam.

Dalam status penuh emosi di laman Facebooknya, Eila Bahri berkata selama 33 tahun
berkhidmat bersama SPRM atau dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah
Rasuah, bapanya menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam mencari pesalah
yang menggunakan wang rakyat.


Gadis itu berkata, oleh kerana amanah yang dipikul bapanya, menyebabkan ahli
keluarga juga turut terkena tempias.

“Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost (hampir) 33 tahun berkhidmat dengan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja
jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit
haram (hak rakyat)".

“Beratus juta juga beliau dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan tahi.
Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena
ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya,” katanya
memetik daripada laman Facebooknya hari ini.

Meskipun dengan segala ugutan yang diterima, Eila berkata bapanya tidak pernah
mengalah dan sering kali menyatakan :”Biar dibuang oleh dunia kerana
mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak
tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda,” katanya.

Menceritakan keperibadian Bahrin, Eila mengakui bapanya seorang yang amat tegas
terutama dalam hal agama dan ini diterjemahkan dalam bentuk didikan kepada anak-anaknya.
Kata Eila, tidak seperti anak kecil yang lain, mereka tidak pernah dikenalkan dengan cerita fantasi kanak-kanak seperti Cinderella namun sering kali ditekankan mengenai
kisah-kisah nabi.

“Ayah saya mmg tegas especially (terutama) bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum
kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek (ibu) adalah guru pertama
kami. Ayah sendiri yg ajar anak-anak dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi,
sahabat-sahabat, sirah dan sebagainya.

“Malah masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd
cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak
bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muahamad Zin dari kami lahir lagi. Jadi kami tahu
bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat,” tulisnya.

Menurut Eila, sifat dan kepakaran Bahri yang cukup mahir dalam 3 perkara iaitu agama,
mencari kebenaran dan menanam pelbagai pokok.
Dengan nada menyindir ,Eila berkata pertukaran bapanya membangkitkan persoalan
apakah tugas yang akan diberikan kepada Bahrin menggunakan 3 kepakaran itu.

Saya bukan nak cerita pasal family (keluarga saya, tapi saya nak cakap sepanjang
saya hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3 benda sahaja –

1) mengajar menyampai tentang agama,
 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat,
3) tanam bermacam jenis pokok.

“Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang korang nak dia
buat sebenarnya – 1) ajar orang kat JPM tentang agama ,2) tanam pelbagai jenis pokok
kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah pembesar or (atau) 3) lagi banyak
korang nak dia kantoikan korang?

“Whatever it is,(apa pun) saya bukanlah pandai bab susun atur dalam pentadbiran.
Cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good
luck with that.

“Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja..
last orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada),” katanya.

Selain Bahri, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob
dipindahkan kerana “isu disiplin” berkuat kuasa serta merta.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas 7 pegawai SPRM disoal siasat,
pejabatnya diserbu 2 kali dan 2 daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis
dalam tempoh seminggu

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini
dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah
Kementerian Kewangan.

Berkata kepada The Malaysian Insider, Rohaizad berkata belia tidak dimaklumkan
mengenai pertukarannya itu terlebih dahulu.

Wajah Bayi Muncul Diperut Ibu Mengandung

Seorang ibu mengandung terkejut melihat wajah bayinya yang muncul tiba-tiba di perutnya. Hal itu tiba-tiba membuatnya khuatir akan keadaan bayinya itu.


Karen McMartin dan suaminya David tidak percaya apabila melihat bentuk wajah yang menonjol dari dalam perut Karen yang sedang hamil.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu 7 Mac pukul 5.30 petang waktu tempatan.

Pasangan suami isteri ini bimbang kalau kejadian aneh itu seperti yang berlaku dalam filem fiksyen horror Alien yang terkenal pada 1979.

Seperti diketahui, ada adegan di mana terdapat telur alien dalam perut pelakon utamanya.

Namun, beruntungnya bentuk wajah yang muncul itu hanyalah bentuk dari pusat Karen dan tanda parut di perutnya yang ketika itu kelihatan seperti hidung dan mulut ketika bayinya sedang bergerak.

-Tabekpuang.blogspot.com

Remaja Wanita Dilucutkan Baju Di Khalayak Ramai Kerana Mencuri

Remaja Wanit Dilucutkan Baju Di Khalayak Ramai Kerana Mencuri | Seorang remaja wanita dibiarkan tanpa baju setelah dilucutkan oleh seorang pemilik kedai yang marah setelah menangkap dia cuba mencuri di kedainya. 

Hanya Gambar Hiasan Sahaja
Beberapa gambar sempat dirakamkan kamera oleh orang yang melewati tempat tersebut di Wenzhou, di timur wilayah Zhejiang China. Wanita yang bernama Yu Chung ,28, telah di tuduh mencuri pakaian, dan berjaya ditangkap oleh pemilik kedai Pemilik kedai Furious Mei Hsueh, 39, kemudian memberitahu polis dia hanya menyampaikan hukuman, dengan melucutkan pakaian beliau untuk mencegahnya dari melarikan diri. 



Pemilik kedai berkata: "pencuri ini cuba untuk mencuri pakaian saya." Dia akan berfikir dua kali sebelum dia melakukan pekara seperti ini lagi "" Hal itu dimaksudkan untuk menjadi peringatan bagi semua orang pencuri di luar sana untuk menunjukkan kepada mereka. Pemilik kedai melucutkan baju wanita itu sebelum menarik bra beliau di hadapan orang ramai yang melalui jalan tersebut. 


Kemudian wanita melutut di kaki pemilik kedai, memohon untuk memberikan kembali coli dia supaya dia boleh menutupi dirinya dari orang ramai yang berkumpul untuk menonton. Bagaimanapun tidak ada laporan polis yang dibuat terhadap wanita itu oleh pemilik kedai tersebut. " via Diarishare.

Gambar Ular Sawa Baham Budak Perempuan 11 Tahun Di Tualang, Perak?

Gambar Ular Sawa Baham Budak Perempuan 11 Tahun Di Tualang, Perak? | Gempar! Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dikatakan dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak yang dikongsikan oleh pengguna facebook kini viral di laman sosial. Namun kesahihan gambar tersebut belum dapat di ketahui kebenarannya. Apapun jika ianya benar berlaku, pasti akan keluar di tv kan...? Apa komen anda? Saksikan beberapa gambar di bawah...





5 GAMBAR : Cicit Kepada Rasulullah S.A.W , Subhanallah Sangat Comel !!!

5 GAMBAR : Cicit Kepada Rasulullah S.A.W , Subhanallah Sangat Comel !!! | Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin? Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang Atas? Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain. Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya? Tentu sangat handsome. via penjejakawan.






Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama

Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama | Ciuman pertama biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan teman lelakinya, Daniel Ross, 21.

Gambar Hiasan sahaja
Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales. Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail. 


Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai, mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu," jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir. Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan. 

Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK setiap tahun. Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil sindrom kematian mendadak arrhythmic. 

Ini terjadi akibat gangguan irama jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada gangguan struktur jantung itu sendiri. Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan. "Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu. via Diarishare.

Gambar Belangkas