Monday, August 10, 2015

PANAS!!! Aksi Awek Bertudung Tetapi Akhlak Tak Bertudung. Apa Nak Jadi Dengan Dunia?

KEHANCURAN AKHLAK SESEORANG



Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya...
Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung !..
Seperkara lagi ada wanita yang bertudung, tapi berpakaian ketat, sendat. Konsep 'menutup aurat' dengan 'membalut aurat' adalah berbeza....




Ada pula yang bertudung, tapi tiada segan-silu membuat perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita-wanita lain yang bertudung seperti berkhalwat, minum arak dan sebagainya...








ini bertudung, tapi macam telanjang je...pakai legging nipis ketat sampai nampak seluar dalam...










bertudung, tapi tayang g-string, saja nak menunjuk kot....








bertudung.. tapi posing menggoda.. saja nak menunjuk peha gebu!!!














pelik betul..... fesyen apa ni?.. bertudung dan berskirt pendek!!!






nampak lurah tu adik!!!






bertudung tapi buat keje haram..buat malu je.

GEMPAR!!! Foto Shah Rukh Khan Tidak Berhenti Berzikir Apabila Turun Dari Pesawat.

SHAH RUKH KHAN TIDAK BERHENTI BERZIKIR


Shah Rukh Khan nama yang pasti anda semua kenal lebih-lebih lagi kalau semalam anda sempat layan filem beliau paling hit Kuch Kuch Hota Hai ( jangan tipu anda tak layan sebab kami pun layan sebenarnya hehe).
Mesti anda juga tahu bahawa aktor tersebut merupakan seorang Muslim tetapi telah dihimpit pelbagai kontroversi kerana mendirikan rumah tangga bersama Gauri Chibber yang beragama Hindu. Malah sekitar tahun 2009 ada madrasah di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa SRK telah murtad kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Tetapi baru-baru ini, peminat beliau terkejut apabila sebuah foto beliau di lapangan terbang sambil memegang tasbih mula tersebar luas selepas beliau pulang daripada menjalani penggambaran di Bulgaria.
Ramai peminat dan pihak media yang menyambut kepulangan beliau tetapi SRK masih tenang memegang tasbih tersebut sambil bibir beliau bergeak.
Tidak pernah selesa memberikan komen yang melibatkan isu keagamaan, peminat beliau nyata gembira dengan perubahan beliau. Siapa yang tidak suka bila artis pujaan mereka sudah dibuka hatinya untuk teus berada di jalan yang benar dan tidak segan mengakui beliau seorang Muslim.
Kalau kita ingat kembali sebelum ini, SRK pernah meluahkan hasrat beliau untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah. Memang satu perubahan yang agak baik kan? Alangkah lebih indah jika SRK dapat membimbing isteri dan anak-anaknya untuk mendekati Islam

Egokah seorang suami jika..


Egokah seorang suami jika..|Lelaki memang dilahirkan dengan ego nya yang tersendiri. Ini memang tak boleh dinafikan. Tahap ego itu pula bergantung kepada diri masing-masing. Ada yang ego nya biasa-biasa sahaja. Ada yang tahap ego nya berada di tengah. Dan yang paling teruk, merasakan langsung tiada kesalahan pada dirinya.

Apa yang cuba aku ceritakan di dalam entry aku kali ini adalah, egokah seorang suami jika berdiam diri untuk satu tempoh masa yang sedikit lama ketika berlaku perselisihan faham dengan isterinya? Pada pendapat aku, diamnya seorang lelaki itu bukanlah kerana perasaan bencinya, tetapi mengambil masa untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Ini yang kebanyakkan isteri tidak faham. Apa yang aku lihat *yang berada di sekeliling aku* seorang perempuan atau isteri lebih gemar meluahkan segalanya dan cuba menyelesaikannya ketika waktu itu jua. Berbeza dengan lelaki yang akan mengambil masa untuk berfikir dan cuba untuk cari jalan penyelesaian. Ini bermakna, seorang lelaki perlu mengambil masa yang sedikit panjang dan bukannya menyelesaikan segalanya dalam waktu itu juga. Adakah ini yang di namakan ego seorang suami?

Aku sendiri, tidak mampu berfikir dalam masa yang pantas. Kerana emosi marah pasti membantaskan minda aku untuk berfikir. Aku perlu ambil masa untuk duduk dan kembali berfikir, apakah perbuatan aku salah? Atau ada kata-kata aku yang tidak betul? Dalam masa yang sama, aku akan ingat kembali detik-detik indah sewaktu bercinta, sewaktu memperolehi anak pertama. Setiap dari inilah yang menjadikan aku menjadi sangat tenang. Apakah ini yang dinamakan ego seorang suami?

Ini sangat berbeza dengan pasangan aku. Tidaklah aku merendah beliau. Mungkin juga sifat wanita semacam ini *aku tidak katakan semua, tapi pasti ada ya* yang lebih gemar menyelesaikan segala hal dan perkara ketika itu juga, Mungkin juga dalam paksaan. Dan ini pada aku akan lebih mengeruhkan keadaan. Jika aku berhadapan perkara seperti ini, aku lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Kerana aku tahu, jika semuanya diselesaikan ketika berada di dalam keadaan marah, ianya pasti akan berlanjutan. Atau perbuatan aku ini salah?

Egokah seorang suami jika..

Benar juga kata orang, bukan mudah sebenarnya memahami hati dan perasaan orang perempuan. Walaupun mereka semakin meningkat usia, mereka tetap ingin dilayan dan dibelai umpama anak kecil. Hati mereka mudah terusik. Tidak seperti orang lelaki. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan apabila berhadapan perkara seperti ini. 

Di awal hubungan kekeluargaan itu, banyak perkara yang perlu di pelajari. Inilah nikmat rumahtangga. Bukan mudah berkongsi hidup, dan janji Allah itu benar, banyak nikmat yang akan diperolehi di dalam rumahtangga. Semoga banyak lagi yang aku akan pelajari. InsyaAllah.

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.


17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari|Mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang tidak sedar. Mungkin isteri menganggapnya seperti tidak ada apa-apa, walhal malaikat telah mencatitkan ia sebagai satu dosa. Bila sesuatu pasangan itu memilih untuk mendirikan rumah tangga, mereka juga memilih untuk berkongsi hidup. Di dalam perkongsian hidup, pasti berlaku geseran emosi di antara pasangan. Dan mungkin seorang isteri telah melakukan di antara 26 perkara ini tanpa mereka sedari. 

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

1. Berlebihan dan terlalu menuntut kesempurnaan.
2. Kurang memperhatikan/mengambil berat kedua orang tua suami.
3. Kurang mempercantikan/berhias di depan suami.
4. Lebih banyak mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan suami.
5. Mengungkit kebaikan yang telah dilakukan kepada suami.
6. Menyebarkan masalah keluarga kepada orang lain.
7. Membebankan suami dengan banyak permintaan.
8. Bersikap nusyuz kepada suami.
9. Menolak hubungan kelamin tanpa apa-apa alasan.
10. Lalai dalam melayani suami.

17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

11. Tidak meminta izin suami ketika membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah.
12. Keluar dari rumah tanpa izin suami.
13. Cemburu berlebihan kepada suami.
14. Kurang perhatian kepada keadaan dan perasaan suami.
15. Mengugat kepimpinan suami.
16. Meninggikan suara ketika bercakap dengan suami.
17. Lebih banyak bersuara dan bercakap melebihi suami.

Semoga perkongsian ini tidak banyak, sedikit memberi makna kepada semua isteri-isteri di luar sana. Semoga menjadi isteri yang diredhai oleh Allah dan di tempatkan di syurga atas segala macam pahala yang telah dilakukan oleh isteri. InsyaAllah. 17 Dosa isteri pada suami yang tidak di sedari.

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT



Assalamualaikum, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini... juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

 1  Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

 2  Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

 3  Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

 4  Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Minyak RM2.7 Juta Ghaib | Adakah Ada Kaitan Dengan...

Putrajaya: Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim yang hilang di perairan Selangor malam tadi berjaya dikesan di timur Pulau Rupat, Indonesia kira-kira 8.45 pagi tadi iaitu di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal juga mendapati, 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) bernilai RM2.7 juta yang dibawa kapal didapati hilang.
Beliau berkata, dua kru kapal mengalami cedera ringan, namun helikopter Maritim Malaysia sudah memberi bantuan awal dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Melaka.
"Buat masa ini, kapal berkenaan sedang bersauh di posisi yang dikesan kerana mengalami kerosakan.
"Kapal yang dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi itu membawa 10 orang kru masing-masing sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 12:27 PM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menunjukkan gambarajah Kapal Tangki Mt Joaquim yang hilang. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

Zizan Tiru Cristiano Ronaldo Menyamar Jadi Pengemis(Video)

Biar Betul! Apabila Zizan Menyamar Menjadi Pengemis Di Bukit Bintang (Video) | Zizan menjadi pengemis? Ia sebenarnya adalah satu lakonan pengemis yang dilakonkan oleh artis Zizan Razak di lokasi Bukit Bintang. Rancangan ini sebenarnya ini menilai sejauh mana rakyat Malaysia prihatin terhadap golongan ini. Sebenarnya mungkin ada yang lebih suka menderma atau menyumbangkan wang mereka di masjid atau pertubuhan amal daripada menderma di sini. Namun itu adalah hak masing-masing kan. 
zizan
PELAKON dan pelawak Zizan Razak sememangnya seorang pelakon yang boleh membawa pelbagai watak tidak kira, baik atau jahat.
Zizan juga boleh menyamar.
Ada satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini dari sebuah laman Facebook menunjukkan Zizan menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta sedekah di Jalan Bukit Bintang.
Bila video yang dipetik daripada satu program televisyen  di saluran Astro Warna ini diambil tidak diketahui tarikhnya.
zizan2
Zizan01
Rakaman berkenaan bermula pada sekitar pukul 2 petang dengan kamera hanya merakamkan penyamaran Zizan dari jarak jauh.
Zizan mengenakan solekan khas dan pakaian buruk seakan-akan pengemis.
Jelas tidak ramai yang mengenali Zizan dan menghulurkan wang kepadanya selepas beliau berada di situ sehingga pukul 4 petang.
Bagaimanapun, akhirnya ada seorang yang menghulurkan wang kepada Zizan, pihak kru rancangan itu mahu menemubual namun lelaki itu enggan ditemubual dan meninggalkan Zizan.

Gambar Belangkas