Monday, August 10, 2015

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT



Assalamualaikum, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini... juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

 1  Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

 2  Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

 3  Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

 4  Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Minyak RM2.7 Juta Ghaib | Adakah Ada Kaitan Dengan...

Putrajaya: Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim yang hilang di perairan Selangor malam tadi berjaya dikesan di timur Pulau Rupat, Indonesia kira-kira 8.45 pagi tadi iaitu di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal juga mendapati, 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) bernilai RM2.7 juta yang dibawa kapal didapati hilang.
Beliau berkata, dua kru kapal mengalami cedera ringan, namun helikopter Maritim Malaysia sudah memberi bantuan awal dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Melaka.
"Buat masa ini, kapal berkenaan sedang bersauh di posisi yang dikesan kerana mengalami kerosakan.
"Kapal yang dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi itu membawa 10 orang kru masing-masing sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 12:27 PM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menunjukkan gambarajah Kapal Tangki Mt Joaquim yang hilang. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

Zizan Tiru Cristiano Ronaldo Menyamar Jadi Pengemis(Video)

Biar Betul! Apabila Zizan Menyamar Menjadi Pengemis Di Bukit Bintang (Video) | Zizan menjadi pengemis? Ia sebenarnya adalah satu lakonan pengemis yang dilakonkan oleh artis Zizan Razak di lokasi Bukit Bintang. Rancangan ini sebenarnya ini menilai sejauh mana rakyat Malaysia prihatin terhadap golongan ini. Sebenarnya mungkin ada yang lebih suka menderma atau menyumbangkan wang mereka di masjid atau pertubuhan amal daripada menderma di sini. Namun itu adalah hak masing-masing kan. 
zizan
PELAKON dan pelawak Zizan Razak sememangnya seorang pelakon yang boleh membawa pelbagai watak tidak kira, baik atau jahat.
Zizan juga boleh menyamar.
Ada satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini dari sebuah laman Facebook menunjukkan Zizan menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta sedekah di Jalan Bukit Bintang.
Bila video yang dipetik daripada satu program televisyen  di saluran Astro Warna ini diambil tidak diketahui tarikhnya.
zizan2
Zizan01
Rakaman berkenaan bermula pada sekitar pukul 2 petang dengan kamera hanya merakamkan penyamaran Zizan dari jarak jauh.
Zizan mengenakan solekan khas dan pakaian buruk seakan-akan pengemis.
Jelas tidak ramai yang mengenali Zizan dan menghulurkan wang kepadanya selepas beliau berada di situ sehingga pukul 4 petang.
Bagaimanapun, akhirnya ada seorang yang menghulurkan wang kepada Zizan, pihak kru rancangan itu mahu menemubual namun lelaki itu enggan ditemubual dan meninggalkan Zizan.

KISAH JUAL PUCUK PAKU 50 SEN SEIKAT DAN PEMIMPIN YANG HIDUP MEWAH

Cerita ini khusus untuk para pemimpin negara, tidak kisahlah negara anda memerintah. Hayati luahan seorang pembeli yang menerima kunjungan seorang budak yang datang ke rumahnya dalam keadaan hujan demi untuk menjual Pucuk Paku ibunya 50 sen seikat demi mencari rezeki halal.

Ikuti kisah perkongsian sahabat kita ini.


Burung ini masih hidup walaupun sudah ditembak di dada!

luzon bleeding heart

Burung ini masih hidup walaupun sudah ditembak di dada!|Ianya adalah sesuatu yang memeranjat bila melihat kepada gambar burung di atas. Walaupun kelihatan darah pada bahagian dada burung ini, tetapi ternyata ianya langsung tidak memberi kesan kepadanya. Malah ia terus menjalani kehidupannya seperti biasa. Terbang ke mana yang ia suka.


luzon bleeding heart

luzon bleeding heart

luzon bleeding heart

Hehehe. Jangan mudah percaya dahulu ya! Yang sebenarnya, burung ini tidaklah di tembak pada bahagian dada, tetapi bulunya sememangnya berwarna merah seperti darah. Burung dari jenis merpati ini banyak terdapat di pulau luzon di filipina. Burung ini digelar "The Luzon bleeding-heart" kerana percikan warna merah terang yang terdapat pada dada burung ini yang seakan percikan darah. Warna merah pada burung jantan akan lebih terserlah apabila tiba musim memikat. Burung jantan akan menekan dadanya untuk memperlihatkan dadanya yang berwarna merah.

Indah sungguh ciptaan Allah kan? Burung ini masih hidup walaupun sudah ditembak di dada!

Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?


Nuffnang : Tiada yang sudi singgah?|Aku sedikit konfius. Samada ada berlaku masalah atau memang benar tiada yang sudi singgah. Huk.Huk.Huk. Dalam beberapa minggu ni, ada juga aku perhatikan, kenapa tiada orang pada bahagian bawah akaun nuffnang aku *tidak seperti kebiasaannya*. Yang menjadikan ianya pelik, graft pada akaun nuffnang tu ada peningkatan. Hmm, ada masalah ke? Atau tiada yang sudi singgah?

Nuffnang. Satu-satunya medium pengiklanan yang aku gunakan sekarang. Orang kata masih setia dengan nuffnang. Hehehe. Sebenarnya, pernah sekali aku merasa terkilan. Kerana pada awal aku cashout dulu, tunggu punya tunggu, tak juga sampai cek nya. Bila aku hantar tiket, katanya ada fraud click. Ish, betul ke? Hmm, hentahla, aku sendiri tak paham part yang tu.

Kali ini, dengan nuffnang, masih juga menunggu untuk cashout. Nilainya tidaklah sebanyak top blogger malaysia, tetapi bolehlah untuk blogger picisan seperti aku. Tunggu cukup dulu, barulah cuba untuk cashout. Minta-minta, tidaklah ada fraud click lagi. Tapi itu part lain, yang aku fikirkan sekarang ni, betul ke tiada yang sudi singgah atau benar-benar ada masalah? Hmm, konfius sekejap.

Sunday, August 9, 2015

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

top blogger malaysia

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal|Menjadi seorang blogger terkenal atau top blogger malaysia menjadi impian pada setiap blogger. Siapa yang tak mahu terkenal dan dikenali kan? *ada beza tak ayat aku ni?*. Mungkin ada yang memilih untuk menjadi silent blogger yang hanya mahu karya mereka sahaja dikenali ramai. Itu adalah pendirian masing-masing.

Jalan menuju kejayaan tidaklah semudah yang disangka. Bukan buat blog harini, 2-3 hari lepas tu dah dikenali orang. Melainkan anda buat entry yang hot. Yang mana boleh sensasikan segalanya. Banyak kelebihannya bila blog kita sudah mula dikenali orang. Dari situ jugalah pendapatan terhasil daripada blog. tetapi Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Ada aku cuba dapatkan tips dari blogger terkenal HH, katanya, untuk menjadikan satu-satu blog itu terkenal, perlulah hasilkan entry yang berkualiti dan menjadi carian orang ramai. Bunyinya macam senangkan? Tapi ianyanya tidak semudah itu. Blog anda mestilah semacam guru, yang mengajar anak-anak murid.

Bagaimana pula dengan blog yang berkongsikan perihal peribadi? Bagaimana pula mahu menarik perhatian orang? Kalau ada rupa, mudahlah, bagaimana pula kalau biasa-biasa? Aku suka rujuk blog Ben ashaari. Blog ni hanya menceritakan hal dirinya dan keluarga. Tetapi mampu menarik ribuan orang membacanya. Apakah rahsianya? 

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Disinilah kelebihan seseorang blogger itu dalam menghasilkan cerita. Gaya lengok bahasanya juga mampu menarik pembaca datang hampir setiap masa. Selain daripada teknik-teknik SEO pada blog, gaya penceritaan adalah suatu perkara yang amat-amat penting. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam usaha menjadi seorang blogger yang terkenal. Bagaimanapun, ini adalah pendapat aku semata-mata, bagaimana pula pendapat korang? Bukan mudah menjadi seorang blogger yang terkenal.

Gambar Belangkas