Sunday, August 9, 2015

Kenapa umat islam tak boleh makan babi.


Kenapa umat islam tak boleh makan babi|Hai, dah kenapalah tajuk entry aku kali ni kan? Semacam pulak bunyinya. Kalau takda apa-apa, takkanlah aku saja-saja nak bercerita dalam blog ni kan? Mestilah ada sebabnya. Baik, terus terang, aku ada kawan yang makan babi walaupun dia islam. Islam mungkin hanya pada namanya sahaja tetapi tidak pada dirinya. Kita dah tegur, dia tetap dengan dirinya, tidak apalah. Azab Allah sememangnya tidak tertanggung oleh sesiapa pun, yang hidup pastinya akan mati. Semoga beliau sempat bertaubat sebelum menemui ajal.

Baik. Kenapa umat islam tak boleh makan babi?  Sebelum apa-apa, kita baca dulu ayat ini:


"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 16:115)"


"Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(QS. 6:145)"

Kalau kita baca ayat di atas, ia menerangkan bahawa, babi atau khinzir itu adalah tergolong dalam haiwan yang kotor. Bila kita cakap kotor sahaja, pasti ada ayat-ayat yang soalan seperti ini:


"Kalau babi itu dibela, dijaga kawasan kandangnya dan diberikan makanan yang paling bagus, apakah ia tetap kotor?"

Kalau bersih, apakah ianya boleh dimakan? Mungkin ada agama lain yang membenarkan umatnya untuk makan babi, tetapi Kenapa umat islam tak boleh makan babi?

Ini adalah jawapan kepada kandang yang bersih tadi ye. Jika benar sekalipun kandang belaan babi itu bersih seperti hotel 5 bintang, tetapi haiwan yang bernama babi itu tetap sama. Bersih macamana sekalipun, haiwan ini tetap akan memakan semula najisnya dan kotoran itu akan dirembeskan ke daging mereka. Bukankah bunyinya sangat kotor?

Dan ini adalah di antara sebab yang terkuat kenapa umat islam tak boleh makan babi.

1. Babi adalah rumah bagi penyakit. Terdapat banyak cacing dan virus pada tubuh babi. Antaranya adalah Tapeworm (Taenia solium), spiral worms (Trichinella spiralis), Hookworm (Ancylostoma duodenale), lung flukes (Paragonimus pulmonary), intestinal worms (Fasciolopsis Buski), Schistosoma worms (japonicum), Bacteria Tuberculosis (TB), cholera bacteria (Salmonella choleraesuis), Brucellosis suis bacteria, virus of smallpox (Small pox), sores Virus (scabies), Balantidium coli protozoan parasite, a protozoan parasite Toxoplasma gondii.

2. Daging babi sangat empuk. Ya, bila aku tanya, daging babi tu sedap ke, jawapan sahabat aku tu, huhuhu. Lebih sedap dari daging yang lain. Itu yang dia tahu, apa yang beliau tidak tahu adalah, Daging babi sangat sukar di hadam! Ya! Sangat sukar. Dan oleh yang demikian, daging ini tidak memberi manfaat pada tubuh dan mungkin boleh merosakkan tubuh untuk jangka masa yang panjang.

3. Penyebab kepada kanser usus. Memakan daging babi yang telah tercemar dengan cacing boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dan melambatkan penguraian protein dalam tubuh badan manusia. 

Ini di antara 3 sebab Kenapa umat islam tak boleh makan babi. Sebenarnya banyak keburukan yang boleh dihidapi pemakan daging ini. Apa yang perlu anda tahu adalah, babi adalah binatang yang paling kotor dan rakus. Haiwan ini sangat gemar makan bangkai dan juga najisnya sendiri. Selain itu haiwan ini juga sangat suka berada di tempat kotor dan basah. Untuk memuaskan sifat rakusnya, selepas tidak ada apa lagi yang hendak di makan, babi akan memuntahkan isi perutnya dan kemudiannya akan memakannya semula. 

Inilah sebab Kenapa umat islam tak boleh makan babi. Islam mengalakkan umatnya untuk memilih makanan yang bersih. Ini kerana, makanan yang bersih akan memberikan tubuh badan yang sihat dan bebas dari penyakit. Semoga sahabatku itu terbacalah entry aku ini, InsyaAllah.

PANAS!!! Kisah Dan Bukti Sebenar Gadis 17 Tahun Dibelasah Kerana Tidak Mahu Buat Ehem2.

KISAH SEBENAR SEORANG MANGSA ATAU GADIS YANG DIPAKSA MEMBUAT EHEM EHEM.




Gadis Melawan Cuba Dirogol Kena Belasah Dengan Perompak Remaja| Seorang remaja berusia 17 tahun di dakwa telah merompak sebuah rumah, Gadis yang menjadi mangsa salah seorang penghuni rumah berkenan di pukul sebelum cuba merogolnya.
Mohd Hanafiah mengatakan suspek duduk di kampung jerung,marang.mangsa adik daripada kawannya yang cuba melawan perampok tersebut di belasah hingga mengalami pendarahan dalam perut,kesan tapak kaki di bagian belakang,kemudian mangsa di pukul dengan batu bata sebelum suspek cabut lari.
Mohd Hanafiah dalam akaun facebooknya meminta orang ramai membatu mengenal suspek.report polis sudah di buat katanya.
Gambar suspek dibawah...



gambar mangsa.

Black Kongsi Pengalaman Cenas Ketika Diserang Sakit Jantung...


%^Mengakui terkejut apabila doktor mengesyaki dia menghidap sakit jantung ketika menjalani pemeriksaan perubatan beberapa minggu lepas, Black Hanafiah tidak menjangkakan langsung bahawa perkara tersebut menyerangnya.

“Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat”

“Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya,” katanya kepada Tonton Extra.

Menurut penyanyi ini, dia ditahan selama satu malam bagi mendapatkan pemerikasaan lanjut dan bersyukur apabila doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dan keadaannya kini pun sedah beransur pulih.

“Pada waktu itu, saya hanya fikirkan anak, isteri dan juga keluarga. Semasa dukung Khaleef, saya sampai memohon kepada Allah supaya jangan ambil nyawa saya lagi sebab saya nak tengok anak saya membesar dulu. Ketika berada di hospital, saya ditahan satu malam untuk doktor membuat pemeriksaan lanjut”

“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan jantung saya tidak ada masalah dan keadaan saya sekarang sudah semakin baik,” ujar Black.



sumber asal

PANAS!! Tidak Tahan DIFITNAH Zizan,Emma Maembong Bongkar RAHSIA Sebenar Zizan!


$Hubungan cinta Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tinggal sejarah.

Emma sendiri sudah tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Pendek kata, Emma sendiri sudah "move on" dan lebih selesa jika dirinya tidak dikaitkan lagi dengan pelawak berkenaan.

Namun, Emma bagaimana amat terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif. Apakah parut luka lama belum hilang hingga wujud situasi begini.



Status di laman Twitter yang ditulis Emma berbunyi, "sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,". Status itu jelas dapat diagak ditujukan Emma kepada Zizan.

Menghubungi Emma, pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu bagi siaran Hypp TV arahan Michael Ang itu, pelakon putih gebu berkenaan berkongsi apa yang terbuku.

"Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya.

"Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama.

"Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini," kata Emma.

Bagi Emma, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Katanya, tiada gunanya memikirkan hal sebegitu yang tak memberi faedah dan membuang masa sahaja.

"Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri," kata teman akrab kepada Kamal Adli itu.



sumber asal

GEMPAR!!! Statement Berani Mati Amran Fans Untuk Hentikan Isu Murid 11 Tahun Beranak Yang Amat Memilukan Para Pembaca.


STATEMENT BERANI MATI AMRAN FANS.




GEMPAR!!! RAMAI LELAKI SEKARANG MENJADI KHUNSA AKIBAT.....


Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.
Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua, khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.
Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.
Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.
Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.
Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Islam menetapkan saf perempuan paling belakang bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat, Imam yang paling hadapan paling bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.
Khunsa diletakkan di barisan ketiga melambangkan tanggujawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

KISAH BENAR: 'KISAH MENYAYAT HATI SAUDARA BARU PELUK ISLAM, DIBUANG KELUARGA DAN KESUKARAN HIDUP'

Tulisan ini dikongsikan Zul Ariff Abdullah, seorang saudara baru yang memeluk agama Islam. Beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah sehinggalah menghadapi kesukaran dalam kehidupannya, berdepan masalah bukan sahaja daripada keluarga, malah daripada jabatan agama sendiri. Baca lagi luahan hati beliau:


Kepada kakak dan abang yg tanya bagaimana saya meluk islam. dan pejalanan saya. disini saya tulis kisah saya bagaimana saya dapat mimpi meluk islam... agak panjang skit.

Dulu bang AZAN sahaja, saya mesti marah. dengan Ayat yg agar kasar. Sebab pasal Azan pernah saya gaduh dengar Imam yang tinggal kat tempat saya. Tetapi imam hanya senyum sahaja. Pernah juga saya koyakkan Al-quran dan Bakar Al-quran. Pernah jugak saya buang Al-quran ke najis anjing. Hati saya masa itu hanya rasa gembira tidak rasa bersalah.

Pada 1 malam. Datanglah mimpi yg amat takut. Kaki saya diikat dan ditarik oleh Seorang yg badan besar hodoh busuk. Saya ditarik hampir 1 lubang yg api panas. Saya menyerit Tolong tolong tolong. Tertiba datanglah seorang badannya agar besar. Saya nampak orang tu bercakap ngan lelaki hodoh tu. kemudian rantai di kaki saya hilang. Orang tu datang ke saya. Saya pandang orang tu. tetapi wajah orang tu terlalu Silau, hanya dapat tengok bentuk badan dan rupa wajahnya. dia ada janggut yg tak berapa panjang rambut taklah panjang. Saya cuba nak tengok orang tu. tetapi terlalu silau. lepas tu dia pun bawa saya ke satu tempat. iaitu masjid.

Setelah sampai ke masjid. Dia bagi tau saya. Masuklah kedalam, Rumah awak kelak disini. Saya pun pandangnya.. Mukanya sentiasa senyum walaupun silau. Apabila saya masuk kedalam masjid. Orang tu pun hilang. Dalam masjid tu saya memandang..wow ramainya orangnya sampai tak nampak penghujungnya. saya hanya nampak mereka tengah duduk baca Al-quran. saya pandang depan.dari tempat diri saya memandang kehadapan susah nak tengok penghujungnya. Saya pandang pulak ke kanan.tak dapat saya melihat penghujungnya begitu juga kiri. Dalam masjid saya tidak nampak dinding, hanya ada tiang tiang yang amat besar. saya pandang keatas. tiada bumbung terus nampak langit yang cantik.

Lepas tu dengarlah Suara Azan. Saya pun terkejut dan terus bangun. oh baru saya tahu tadi tu mimpi. Tapi tak sampai 5 minit Surau dekat dengan balai polis dan Masjid dibawah sikit pun Azan Subuh. pekara amat pelik belaku masa tu ialah. kedengaran suara kipas suara burung, semua tak dapat dengar. Hanya dapat dengar ialah Suara Azan kat otak. Masa tu macam kena pukau. Habis sahaja Azan, suara suara dapat dengar kembali. Perkara ni belaku 3 hari berturut turut. Dan juga mimpi yg sama.

Saya pernah cerita hal ini kepada keluarga apabila sarapan pagi. mereka kata hanyalah mimpi. lupakan sahaja. saya pun pikir camtu. so tak ambil kisah sangat.

Mimpi hari kedua datang sekali lagi. Saya cerita pasal ni kepada keluarga. Abang saya yg agama kristian pun cadangkan pada mak bawa saya jumpa Paderi di Pulau Pinang Gereja besar. Sebelum tu mak bawa saya pi jumpa tok bomoh cina. Tok bomoh kata saya kena pukau black magic orang melayu. dia pun tulis satu kertas lepas tu bakar habuknya letak dalam air lepas tu suruh saya minum. saya pun minum air habuk tu. Bomoh tu cakap saya sudah ok. boleh tidur lena dan mimpi tak datang kacau lagi.. Lepas tu mak dan abang bawa saya ke gereja pulau pinang. Sampai sahaja gereja Abang saya pi jumpa Paderi. dan cerita hal saya kepada paderi. Paderi pun datang dan dengan 2 cawan air..1 cawan air ialah holy water dan 1 lagi air ialah darah jesus(tetapi adalah air ribina)Paderi pun suruh saya minum kedua dua air tu. setelah minum. dia tu baca ayat ayat dalam bible kat saya..Paderi beritahu selepas ni saya tidak akan diganggu mimpi. Sebelum balik paderi bagi saya Salib dia suruh gantung kat dinding bilik. lepas tu balik. saya pun ikut apa yang paderi suruh.

Mimpi hari ketiga datang lagi. Pagi pun saya bangun pi cari kawan baik melayu. Saya cerita apa yang belaku 3 hari ni. Dia pun terkejut terus bawa saya jumpa Imam surau. Masa tu saya rasa malu pulak sebab pernah gaduh ngan tok imam. saya tunggu kat motor. kawan saya tu pi cerita kat tok imam.Tok imam tu pun keluar dari pintu pagar terus peluk saya.. saya terkejutlah. tok imam suruh kami masuk dalam. Tok imam pun panggil tok bilal sekali. setelah datang Tok Bilal, Dari A sampai Z saya cerita habis, masa tu yang buat saya pelik ialah tok imam dan tok bilal air mata mereka kuar. saya pun terkejut juga. saya masa tu pikir.. buat apa mereka menangis pada hal hal ini tak bekaitan ngan mereka.

Saya terus bangun dan beredar dari situ.. dalam pikiran saya .. mereka ni gila kah? tiba tiba menangis.

Hari keempat. mimpi sudah tiada. Kali ini mimpi. kedengaran orang baca Quran pada saya. Saya tahu tu ayat quran sebab saya pernah dengar dulu kawan saya baca. Kedengaran orang baca quran pada saya... 

Dari mula saya tido sampai lah pagi subuh.. kedengaran orang baca quran waktu malam saya tidur sampai subuh.. belarut 1 minggu, lepas seminggu saya pun terus pi jumpa tok imam ngan seorang diri. Saya cerita kat tok imam. lepas hari tu saya balik. tiap tiap malam orang baca quran kat saya. Imam tanya masih ingat tak apa yg dibaca? saya tidak tahu macamana nak baca. Tok imam pun mula baca Al-fatihah. Tok imam baca dan sampai ayat di Alhamdulillah hirobbil A'lami.. tertiba saya boleh baca ayat yang seterus nya sampai habis.. imam pun terkejut. dan tanya pernah ada orang ajar saya. saya kata tak pernah.. itupun saya dengar waktu saya tidur. Ayat Quran sampai subuh orang tu baca kat saya. Imam pun tanya. Ah heng sekarang u dapat hidayah dari Allah. orang meluk islam 2 jenis. 1 ialah dapat dari mimpi kedua ialah orang tu kawin ngan pompuan melayu.

Tok imam pun tanya. heng, kalau saya tanya ah heng boleh terima islam tak? saya kali ini dengan hati yang cukup tenang. saya kata boleh terima. Tok imam panggil seorang lagi. Barulah saya tahu kena ada 2 saksi. datanglah tok bilai. imam tanya. ah heng u meluk islam tu kerana kerelaan dan tiada paksaan dari orang. saya kata kerelaan sendiri. Imam pun bawa saya mandi. lepas mandi.. imam pun suruh saya ucap 2 kalimah syadah. saya pun ucap 2 kalimah syadah. saya diislamkan hari Jumaat. ..inilah kisah mimpi saya meluk islam.

Dan ini adalah kisah selepas islam Sini saya cerita selepas saya meluk islam, pada mulanya saya pi kursus saudara baru selama 4 bulan. Pada Mulanya saya plan nak cerita selepas 2-3 tahun tunggu yang masa sesuai. Di sini saya tak tulis nama pejabat agama tu...Waktu saya meluk islam. saya dah bagitau jgn kirim sebarang risalah islam kepada alamat rumah saya. saya kata surat meluk islam dan kad islam saya datang pejabat ambil sendiri.. Mereka kata baik... Lepas tu saya pun balik ke tempat belajar.. Bulan january saya balik rumah masa tu ada cuti.

Saya masuk rumah shaja.. tengok muka keluarga semacam sahaja. Abang pun buang surat islam dan kad islam depan saya.. masa tu hati saya marah betul(dalam hati tu saya marah. saya kata dalam hati.. celaka betul ni pejabat agama..haram jadah dan sebagainya. Sudah janji tak akan kirim. tetapi tetap kirim jugak) saya pun mula beri penjelasan. segala penjelasan tak terima. misalnya. saya cakap. saya islam tetapi tetap bangsa cina.. Abang terus cakap.. bukan. u islam u melayu sudah. dalam sejam kami begaduh..mereka tanya bekali-kali nak kuar islam ke tak.. saya kata tak.. saya tetap masih pendirian saya.saya islam saya cina.

Abang sulung saya marah lalu bangun dan pukul saya. gigi depan saya patah 2. yang patah tajam tu tertebus mulut bawah saya.(nanti saya postkan tempat gigi.sampai skerang belum buat gigi palsu sbb kurang kewangan) Mak hanya tengok dan menangis. lepas tu. abang kata u mau islam u keluar dari rumah ini. saya pun keluar dari rumah. waktu tu dah malam. saya pun keluarlah dari rumah dengan sehelai sepingang. pilah saya ke masjid. nak minta tidur semalam. tetapi tidak dibenarkan, saya pun jalan ke bus station dekat bandar penjalanan dari taman ke bus station ambil masa 1jam. sampai sahaja kat bus station.. duduk kat kerusi sana. terjumpa seorang pakcik. dia nampak mulut saya bengkak dan air darah. dia tanya.. adik gaduh ke? saya kata tidak. saya pun cerita kat pakcik tu.. pakcik tu terus bawa saya ke klinik swasta. disebabkan gigi saya patah. doktor tu suruh saya pi ketempat kawan dia. dia kata akan call kawan dia buka untuk cabut gigi patah yang separuh kat mulut. setelah mulut bawah saya dijahit 2 jarum.

Doktor tu terus bawa saya ke ketempat kawan dia. klinik pegigian untuk cabut gigi patah yang tertinggal dalam mulut, setelah selesai semua, saya kata tiada wang nak bayar. Pakcik tu kata dia bayar. doktor hanya ambil separuh harga. lepas tu. saya balik ke bustation untuk rehat. pakcik tu tanya nak pi mana. saya kata belum tahu. pakcik tu hulurkan Rm50 untuk saya.lepastu dia pun balik.

Hari kedua saya pi kat pejabat agama. cerita apa yang belaku. Tak sangka saya dapat bantuan sebanyak Rm50. saya bagitau pegawai tu. Dalam Rm50. saya boleh beli apa? nak beli baju seluar dan barang kegunaan pun tak cukup, Pegawai kata prosedur memang hanya dapat bantuan Rm50. saya kata baik dan beri salam dengan mata yang merah. lepas tu saya pi kat masjid. terjumpa imam masjid dan cerita. imam masjid tanya nak pi mana. saya kata tak berani kat sini.. saya kata nak pi kuala lumpur..imam terus bawa saya pi makan dan beli tiket bus.

Imam beri saya Rm100. saya pun naik bus. ke Kuala Lumpur. sampai di Kuala Lumpur. saya mula cari kerja.. sbb masa tu.. tiada wang nak beli kasut. tak jadi pulak kerja. saya pun berehat kat masjid.. datang seorang pakcik. dia kata tengok saya dah berapa hari kat sini. saya pun cerita hal saya pada pakcik. pakcik tu. pun bawa saya pi beli pakaian, bag gallas dan barang kegunaan harian. pakcik tu kata..anak pi belajar dulu. pi kelantan belajar kat pondok. pakcik tu beri saya sedikit wang lalu beli tiket ke kelantan. mulalah saya cari pondok. dapatlah saya masuk pondok untuk belajar agama. pernah saya post kat fb.. saya nak beli toto dan sebagainya. pada masa raya cina saya ada balik rumah.. masa tu tumpang duk kat surau. saya sebelum masuk magrib dan selepas magrib saya ada balik rumah.. tetapi mereka tahu saya tetap masih dalam islam. mereka tak keluar langsung. saya hanya berdiri di pagar sampai magrib. selepas magrib saya datang kembali sampai isyak. tetapi macam orang bodoh saya diri kat pagar.. mereka tak keluar langsung. kalau tak salah saya. saya buat pekara yang sama selama beberapa hari. hari terakhir cina.. saya masih ingat lagi.. hari tu hari kebesaran orang Hakka pada raya ketujuh. saya balik. dan lihat abang keluar dengan sebungkus oren dan beri angpao kat saya. mereka tak cakap apa apa. saya pun beredar dengan hati yang gembira. saya pikir perasaan mereka dah mula turun akan terima saya kut. saya pun pi tunggu bus..

Saya pun buka orange cina makan. sambil tu buka angpao tu..aduuhhh. dalam angpao tu bukannya ada duit.. tetapi duit tu adalah untuk guna waktu sembah dan bakar pada orang meninggal. Makna keluarga saya ialah anak cina mereka sudah mati. dan saya yang begama islam bukan lagi ahli keluarga. sedihh saya. pernah saya mohon zakat 3 kali. 3 kali tak diluluskan. pertama kali saya mohon..sebabkan borang kena tulis hurut besar. saya tulis hurut besar, borang bantuan zakat saya ditolak... kali kedua saya mohon lagi skali lagi, kali ni saya tulis dengan teliti, Borang lengkap.. ada surat pengesah hospital besar dan dokor. pi masjid tunggu pengerusi cop masjid. semua siap.. hantalah saya kepejabat zakat... Pegawai kata baik encik. encik tunggu 2-3bulan untuk proses borang bantuan.. lepas dah 3 bulan.. saya ada call pejabat. setiap kali call.

Jawapan tetap serupa.. borang anda tengah proses dan sabar ya. saya tungulah tunggu tak ada jawapan langsung. saya mohon kali ke3... Pegawai kata.. kena ada alamat rumah tetap dan pegesah bil electric dan bill air. saya bagi tau Pegawai.. saya kena halau rumah macamana nak cari bil bil electric dan air., Pegawai kata pergi sewa bilik dulu.. saya bagitau pegawai.. mana ada kewangan nak sewa bilik.. Pegawai kata pandai pandailah cari. prosedur mmg cam ni. dengan hati yang kecewa saya pun beredar dari situ, lepas tu ada makcik suruh saya pi masjid minta bantuan. saya pun pergi masjid minta bantuan. Imam masjid nak tolong saya. dia pi bagitau AJK masjid.. AJK masjid pun datang pada saya. AJK masjid kata mereka tak ada peruntukan untuk kes macam ni. AJK masjid kata.. u ada surat dari pejabat AGAMA yang boleh izinkan u megutip derma tak? saya kata saya tidak tahu pulak ada peraturan macam ini.

AJK masjid kata kalau tak ada surat dari pejabat agama tak boleh minta derma. Saya pun kata baik.. waktu saya nak keluar dari masjid. Imam datang dan masukan Rm150 dalam poket saya dan meluk saya.. maaf dik. saya hanya bantu tetapi peraturan masjid tak benarkan. saya hanya mampu tolong sebanyak ni. Sampai sekarang selalu orang tanya saya kenapa tak pi Pejabat agama minta bantuan.. saya hanya senyum balas, nanti saya pi mohon.. dalam hati saya cakap pada diri saya.. saya sah tak pidah ke pejabat agama ni.. dah 3 kali kena reject dah.. Dah lah waktu tu kena interview pegawai agama. dalam tanya soalan tu.. seperti cari duri dalam telur.. sebab pasal ini saya sudah tak ke pejabat agama. dan mulalah saya belajar kat pondok. Selepas raya ni.. saya akan mulalah perjalanan baru saya.

Gambar Belangkas