Sunday, August 9, 2015

(32 Gambar) Benarkah Ini Barang Yang Dikatakan Milik Penumpang #MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion Yang Ramai Tidak Percaya...


%^Namun segala barang-barang yang dikatakan milik penumpang pesawat malam itu kadang kala diragui kesahihan nya yang mana segala bentuk dan warna barang itu ada kala meragukan.

Ini jelas dapat dilihat pada warna barang tersebut seperti bungkusan makanan ringan botol air mineral yang seakan akan baru dan tidak pudar seperti mana 515 hari kehilangan MH370.





























Itu lah antara barang-barang yang dipercayai milik pesawat malang MH370 walaupun amat sukar untuk menerima bukti-bukti ini kena lah juga menerima nya.

Semoga keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kehilangan MH370 ini terus tabah sesungguh nya mungkin ada hikmah apa yang berlaku walaupun sukar di terima. -BS Credit Philippe Creissen Avocat


sumber asal

MESTI BACA!! 14 Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat Yang Sangat Berkesan.Cubalah!



$Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.
Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.
Antara cara menghilangkan sakit gigi dan petuanya adalah:
1. Hilangkan plak

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.
2. Minyak gamat

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
3. Gigit bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.
4. Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
5. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.
6. Kumur air rebusan sirih

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
7. Lidah buaya

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.
8. Habbatus Sauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.
9. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
10. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.
11. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.
12. Kumur garam, air dan limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
13. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
14. Bawang putih

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, anda akan terasa kesannya.
Akhir kata

Cara menghilangkan sakit gigi
Foto Kredit: livescience.com
Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk.
Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.


sumber asal

Kisah Benar - Pesan Saya : "Kalau Suami Ada Perempuan Lain,Jangan Menangis"



%^Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg.Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ).Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula.Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?
Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..
Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.
Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.
Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami.Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak.Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.
Lepas 2 bulan,saya menerima sms, dari budak perempuan tu..mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.
Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah ,kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun,2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG,IBU SAYA .Pd suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur.Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki dipermudahkan.
Selepas 2 tahun,saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan dgn janda anak 4,dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami tidak berhubung,berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.
Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima,orang baik saya sepuluh kali baik.Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya,kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah,api air,unifi,pampers susu,insurans,duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? Wallahi,saya tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya,menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi.Saya berusaha sendiri.Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada.Kita org tua tak makan tak apa,anak2 perlu makan minum,susu pampers mesti ada.Tu belum sakit mereka lagi,kita sakit makan panadol tidur .Budak? Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta,saya ukir senyuman utk anak2.Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi,bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka difb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah,saya kata once for all.Jaga hati sendiri,salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami,saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah,kereta dan anak2.
Saya bersyukur Allah SWT masih sayang ,ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai,Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat.Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami,hanya lepaskan saya cara baik.Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa,ada rezeki lain utk anak.Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah,bulat- bulat.
Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain,jangan menangis atau murung,bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja.Belajar berdikari.Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin.

[Belasungkawa] Ulama' terkenal dunia Islam dari Syria, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, 83, telah meninggal dunia semalam, Sabtu 8 Ogos 2015.



[Belasungkawa] Ulama' terkenal dunia Islam dari Syria, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, 83, telah meninggal dunia semalam, Sabtu 8 Ogos 2015.

Beliau merupakan Ketua Jabatan Fiqh Islam dan Mazhab dalam Fakulti Syariah di Universiti Damsyik, Syria dan juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma' al-Fiqh al-Islami) serta mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Antara kitab beliau yang terkenal dan menjadi rujukan umat Islam antaranya adalah kitab at-Tafsir al-Munir Fi al-Aqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj, al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, al-Fiqh asy-Syafie al-Muyassar, Tajdid al-Fiqh al-Islami, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh dan banyak lagi.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H pada 30 Disember 2008 di Malaysia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau atas sumbangan besar beliau dalam perkembangan keilmuan Islam yang menjadi rujukan umat ini, amin.

KISAH BENAR ISTERI DIKEJUTKAN SUAMI PADA PUKUL 3.00 PAGI UNTUK MANDI WAJIB



$%Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata.

'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak'

Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati.

'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak'


'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?'

Aku diam.

'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun'

'Sejuk la awak'. Jawab aku.

'Ok kejap'

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter.

'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali' Kata dia sambil cuba menyalakan api dan acah untuk bakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

'Aten, awak tahu tak yg saya tanggung dosa awak? Saya taknak bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga tiba tiba Allah panggil saya dan kata 'wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat... meh sini meh sini, ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak'..

'Saya taknak sebab awak saya masuk neraka sekali aten. Kesian la kat saya aten. Jangan buat saya macamni. Kalau awak sayang saya, awak pi mandi wajib dan sembahyang Isyak.'

'Lagi satu, awak kan tahu saya ni busy kerja siang malam, kadang kadang tak sempat nak baca quran, apasalahnya awak wakilkan saya baca quran. Nabi kata sorang sahaja dalam rumah tu ada orang yang baca quran, insyaallah seluruh keluarga tu akan terhindar dari fitnah dajjal.'

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca quran. Selalu on off baca quran. Sepatutnya tiap tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

'Awak selalu kata kenapa kita tak dapat anak lagi. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cuba la sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada allah dan baca quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macamana Allah nak bagi anak?'

Aku mula bertanya.

'Bukan saya nak pertikai. Tapi ni satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?'

'Ni jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya, bila besar anak anak dia tak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ni best, tapi anak la dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama'

'Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Tu semua dugaan dan ujian dari Allah'

'Orang yang takde anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab tu saya selalu kata baca doa baca quran, bila allah rasa kita dah cukup baik, allah akan bagi anak pada kita sebab allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan manusia'.

Aku menangis. Aku bersyukur ada suami yang selalu support dan selalu nasihatkan aku. Tak pernah nak salahkan aku dan dia selalu kata ini ujian dari Allah.

'Dah bangun pergi mandi wajib'.

Ditulis Oleh Cik Atenn Azlan via Facebook
https://www.facebook.com/cikatennazlan

Saturday, August 8, 2015

MESTI BACA!! Lelaki Ini Dedah Mengapa Penemuan Cebisan MH370 Di Pulau Reunion TIDAK LOGIK


$%Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita yang amat berat untuk diterima, lagi-lagi bagi keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Berita itu sendiri telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa cebisan yang dijumpai di Pulau Reunion itu adalah kepunyaan MH370.

Dengan berita itu, segala misteri dan tanda tanya sudah pun terjawab.. Namun ada sesetengah pihak yang musykil dengan pengesahan perjumpaan cebisan di pulau yang terletak di Perancis tu. Terbaru, individu ini mengemas kini status di Facebook dan menyatakan kenapa cebisan yang dikatakan milik MH370 itu sama sekali tak masuk akal.


“Ini pendapat saya..”



“Ini padahnya bila buat skrip tu tak tahu selok belok aviation..”



“Kami tahu anda berbohong”- Isteri Pramugara yang hilang bersama MH370

Isteri kepada pramugara yang hilang bersama pesawat MH370 itu juga berstuju dengan statement yang dikeluarkan Mohd Roshdi Hassan. Kami nak komen panjang lebar pun tak boleh sebab kami memang tak tahu selok belok atau pengetahuan tentang course penerbangan ni. Moga-moga kebenaran akan muncul satu hari nanti!



GEMPAR!!! Najib Gesa Lancar Serangan Balas Dan Dia Tidak Harus Berdiam Diri.

NAJIB GESA 3 JUTA AHLI UMNO LANCAR SERANGAN BALAS






Datuk Seri Najib Razak menggesa 3 juta ahli Umno hari ini melancarkan serangan balas terhadap mereka yang menyerangnya melalui platform media sosial.


Presiden Umno itu berkata kekuatan ahli parti itu mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial.


“Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.


“Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.


KUALA LUMPUR - Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras hari ini turut menafikan beliau hanya memilih mereka yang sanggup menjadi “pak turut” sahaja.


Katanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun sering berselisih pendapat dengannya masih menjawat jawatan setiausaha agung Umno.


“Saya bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin Umno menjadi ‘yes man’. Jika parti terdiri daripada hanya ‘yes man’, maka kita tidak akan berbeza pendapat. Saya bukan kuku besi. Tanya Ku Nan (Tengku Adnan), kadangkala dia kata ‘Maaf tuan, saya tidak bersetuju dengan anda’,” katanya.


Menteri kewangan itu turut mengingatkan ahli Umno boleh saja berselisih pandangan antara satu sama lain seperti dalam hubungan suami isteri namun di luar ia perlu dilihat bersatu dan gembira.


Katanya, Umno hanya dapat dilemahkan apabila presidennya diserang dan itu yang sedang dilakukan puak pembangkang.


“Saya diserang bukan kerana saya Najib. Jika tidak, mengapa saya tidak mendapat lebih serangan ketika menjadi timbalan presiden? Jadi untuk tumbangkan Umno melalui pemimpinnya. Cerita tak wujud, dibuat-buat,” katanya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pemimpin agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.


Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.


"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir. Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri. Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Najib menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.


"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.


"Lagi lama jadi pemimpin, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong',” katanya. – 8 Ogos, 2015.

Gambar Belangkas