Sunday, August 9, 2015

KISAH BENAR ISTERI DIKEJUTKAN SUAMI PADA PUKUL 3.00 PAGI UNTUK MANDI WAJIB



$%Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata.

'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak'

Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati.

'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak'


'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?'

Aku diam.

'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun'

'Sejuk la awak'. Jawab aku.

'Ok kejap'

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter.

'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali' Kata dia sambil cuba menyalakan api dan acah untuk bakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

'Aten, awak tahu tak yg saya tanggung dosa awak? Saya taknak bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga tiba tiba Allah panggil saya dan kata 'wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat... meh sini meh sini, ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak'..

'Saya taknak sebab awak saya masuk neraka sekali aten. Kesian la kat saya aten. Jangan buat saya macamni. Kalau awak sayang saya, awak pi mandi wajib dan sembahyang Isyak.'

'Lagi satu, awak kan tahu saya ni busy kerja siang malam, kadang kadang tak sempat nak baca quran, apasalahnya awak wakilkan saya baca quran. Nabi kata sorang sahaja dalam rumah tu ada orang yang baca quran, insyaallah seluruh keluarga tu akan terhindar dari fitnah dajjal.'

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca quran. Selalu on off baca quran. Sepatutnya tiap tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

'Awak selalu kata kenapa kita tak dapat anak lagi. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cuba la sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada allah dan baca quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macamana Allah nak bagi anak?'

Aku mula bertanya.

'Bukan saya nak pertikai. Tapi ni satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?'

'Ni jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya, bila besar anak anak dia tak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ni best, tapi anak la dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama'

'Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Tu semua dugaan dan ujian dari Allah'

'Orang yang takde anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab tu saya selalu kata baca doa baca quran, bila allah rasa kita dah cukup baik, allah akan bagi anak pada kita sebab allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan manusia'.

Aku menangis. Aku bersyukur ada suami yang selalu support dan selalu nasihatkan aku. Tak pernah nak salahkan aku dan dia selalu kata ini ujian dari Allah.

'Dah bangun pergi mandi wajib'.

Ditulis Oleh Cik Atenn Azlan via Facebook
https://www.facebook.com/cikatennazlan

Saturday, August 8, 2015

MESTI BACA!! Lelaki Ini Dedah Mengapa Penemuan Cebisan MH370 Di Pulau Reunion TIDAK LOGIK


$%Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita yang amat berat untuk diterima, lagi-lagi bagi keluarga mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Berita itu sendiri telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa cebisan yang dijumpai di Pulau Reunion itu adalah kepunyaan MH370.

Dengan berita itu, segala misteri dan tanda tanya sudah pun terjawab.. Namun ada sesetengah pihak yang musykil dengan pengesahan perjumpaan cebisan di pulau yang terletak di Perancis tu. Terbaru, individu ini mengemas kini status di Facebook dan menyatakan kenapa cebisan yang dikatakan milik MH370 itu sama sekali tak masuk akal.


“Ini pendapat saya..”



“Ini padahnya bila buat skrip tu tak tahu selok belok aviation..”



“Kami tahu anda berbohong”- Isteri Pramugara yang hilang bersama MH370

Isteri kepada pramugara yang hilang bersama pesawat MH370 itu juga berstuju dengan statement yang dikeluarkan Mohd Roshdi Hassan. Kami nak komen panjang lebar pun tak boleh sebab kami memang tak tahu selok belok atau pengetahuan tentang course penerbangan ni. Moga-moga kebenaran akan muncul satu hari nanti!



GEMPAR!!! Najib Gesa Lancar Serangan Balas Dan Dia Tidak Harus Berdiam Diri.

NAJIB GESA 3 JUTA AHLI UMNO LANCAR SERANGAN BALAS






Datuk Seri Najib Razak menggesa 3 juta ahli Umno hari ini melancarkan serangan balas terhadap mereka yang menyerangnya melalui platform media sosial.


Presiden Umno itu berkata kekuatan ahli parti itu mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial.


“Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.


“Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.


KUALA LUMPUR - Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras hari ini turut menafikan beliau hanya memilih mereka yang sanggup menjadi “pak turut” sahaja.


Katanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun sering berselisih pendapat dengannya masih menjawat jawatan setiausaha agung Umno.


“Saya bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin Umno menjadi ‘yes man’. Jika parti terdiri daripada hanya ‘yes man’, maka kita tidak akan berbeza pendapat. Saya bukan kuku besi. Tanya Ku Nan (Tengku Adnan), kadangkala dia kata ‘Maaf tuan, saya tidak bersetuju dengan anda’,” katanya.


Menteri kewangan itu turut mengingatkan ahli Umno boleh saja berselisih pandangan antara satu sama lain seperti dalam hubungan suami isteri namun di luar ia perlu dilihat bersatu dan gembira.


Katanya, Umno hanya dapat dilemahkan apabila presidennya diserang dan itu yang sedang dilakukan puak pembangkang.


“Saya diserang bukan kerana saya Najib. Jika tidak, mengapa saya tidak mendapat lebih serangan ketika menjadi timbalan presiden? Jadi untuk tumbangkan Umno melalui pemimpinnya. Cerita tak wujud, dibuat-buat,” katanya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pemimpin agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.


Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.


"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir. Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri. Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Najib menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.


"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.


"Lagi lama jadi pemimpin, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong',” katanya. – 8 Ogos, 2015.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Aeril Zafrel Adalah Calon Sebenar Suami Idaman Malaya...



$%Ingat tak pada suatu masa dahulu perkahwinan Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal penuh dengan kontroversi dan ramai yang kecam tindakan pasangan ni menyembunyikan perkahwinan mereka daripada pengetahuan peminat dan orang ramai. Tapi tu cerita dulu.. Sekarang pasangan ni masih kuat dalam menjalin hubungan sebagai suami dan isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata. Alhamdulillah..

Ramai yang tak tahu sebenarnya Aeril Zafrel ni sweet dan caring orang nya. Baru-baru ni pelakon kacak tu memuat naik gambar Wawa Zainal serta meletak kapsyen yang amat menyentuh hati kami.. tapi pada masa yang sama kapsyen tu amat lah sweet.


*mata masuk habuk


Duhai isteriku engkau itu persis anak mataku,melihatlah dan menataplah apa yang ada dalam qolbuku; betapa mata hati sang suamimu ini mahu kau selamat,ingin kau bahagia dan selalu terlindung dari fitnah dunia, fitnah di alam barzakh dan fitnah di padang masyar.

Dekati aku,ikuti aku bila jalan ini menuju Tuhan. Tapi tinggali aku, jauhi aku – bila aku menjarakkan engkau dengan Tuhan…


memuliakan dirimu dan menjadikan dirimu itu berharga tidaklah kerana limpahan kemewahan dan mengunungnya kekayaan tetapi dengan peribadimu yang menawan dengan kesolehanmu


Mesti Lihat!! Apabila Dua Gadis Ini Bergaduh Besar Di Twitter Kerana Seorang Lelaki, Hensem Sangat Ke Lelaki Tu ???



panas! kalah drama petang-petang kat televisyen tu. Semalam kami terima kiriman dari follower kami di inbox bahawa terjadi nya pergaduhan besar-besaran di Twitter. Jadi kami pun buka la akaun Twitter milik kedua-dua wanita yang bergaduh ni. Memang teruk beb!


Haa korang nak tahu puncanya? Puncanya adalah kerana seorang lelaki yang bergelar ‘boyfriend’. Mengikut pemahaman kami, wanita A ni menuduh wanita B merampas boyfriend wanita A.. Yang wanita B pula cakap dia tak rampas pun.. Eh macam-macam lah!


Kisahnya bermula..

Mula-mula wanita ni mengemas kini status di Twitter. Nampak macam moody semacam, tengah ada problem dengan boyfriend ke apa sampai emo macam ni?



Beberapa jam lepas tu..



Dan perang pun bermula..



Like seriously awak cakap saya nak rampas boyfriend awak yang macam ni?




Couple 2 tahun? Ye ke ni?? Mungkin gadis di bawah ini mengenali  si Fara



Boyfriend Amelyn datang backup!



‘Ladies, please keep your class’

Ada betulnya apa yang wanita tu tegur.. Iya lah, perkara macam ni elok bawa bincang supaya tak menimbulkan sebarang fitnah atau pemikiran negatif dari netizen. Harap-harap diorang ni satu hari nanti jadi BFF la ye.. Huhu

Luahan Sedih Seorang Isteri : “Andai Abang Terseksa Begini, Ayang Lepaskan Abang Di Dakapan Ilahi”



$%Ajal, jodoh, pertemuan dan maut semuanya di tangan Allah SWT. Sejak awal pagi tadi, status menyentuh hati Rashidah Ahmad mengenai suaminya yang sakit mula menjadi viral di laman sosial.
Malah, status itu bagaikan memberi jawapan terhadap caption romantis suaminya beberapa minggu lalu. Apapun, kami harapkan agar suaminya yang juga seorang photographer terkenal itu akan cepat sembuh. InsyaALLAH.

“Ayang dah cukup kuat menerima segalanya….”


Assalamualaikum..dgn heningnya subuh pagi jumaat ini..andai apapun keputusan hari ini selepas hasil pemeriksaan doctor ke atas abang..ayang redha..sangat2 redha..ayang percaya ketentuan ilahi namun ayang sgt mengharapkan abang segera sembuh..

Sayang ayg pada abang tak pernah berkurang malah bertambah..andai abang rasa tersiksa begini ayg lepaskan abg di dakapan Ilahi..takpe abang..ayang dah cukup kuat menerima segalanya..ayg percaya percaturan Allah maha hebat dan ayang serahkan segalanya kepada Allah..jangan risau tentang anak2 kita..ayang akan pelihara mereka dgn sebaik mungkin..

Terima kasih kepada semua sahabat yg hadir ke hospital tengku ampuan rahimah klang (tgkat 5 wad 5c) ..terima kasih atas segala kata2 semangat dan doa yg tak putus..selebihnya hanya Allah yg maha mengetahui..akak redha..

Sayang abang Cik Lee lebih dari nyawa sendiri..

Keadaan Cik Lee membimbangkan…

Hanya nak info..kepada yang ingin dtg melawat Cik Lee ..tak perlu tunggu waktu melawat..hanya sebut sahaja nama azli abu bakar kat pak guard bawah tu..dia akan bagi masuk sbb keadaan ciklee yg amat membimbangkan.. hospital tengku ampuan rahimah klang wad 5c tgkat 5..

Sumber: Facebook Rashidah Ahmad


sumber asal

Ustazah Fiqh Wanita - "Minum susu lembu, DNA lembu masuk badan bayi... bayi jadi pemarah"



$%Gara-gara ulasan seorang Ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 yang membincangkan mengenai kebaikan dan khasiat susu ibu kepada bayi, ramai ibu-ibu berang kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Ustazah membelakangi ilmu sains yang sebenar mengenai susu lembu.
 "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah." katanya dalam 3 screenshot rancangan itu yang tesebar.Berikut respon pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada para ibu:

Cikgu Al Mumin Al Kanta: "DNA hanya boleh bercampur melalui persenyawaan, kejuruteraan genetik atau serangan virus. Rasanya itu saja, setakat ilmu yg aku adalah...

Mushaibah Fauzi : "Kalau bg anak minum susu kambing jd busuk mcm kambing ke cane ustazah..sbb tadi ustazah kata bg minum susu lembu jd pemarah mcm lembu. Ustazah minum susu apa ea dulu?"




Nor Umie Shamsul : "Lepastu ape bende merepek kalo susukan ank gune susu formula anak jd pemarah mcm lembu?bile pulak lembu pemarah?? kerbau yg pemarah.. Y org tak mampu nak susukan anak tu mcmne?? Altenatif terbaik bagi orang susukan anak. kite lebih baik dari bagi susu formula?? apebende ustazah ni?? nak ikut masa zaman nabi ibu susuannya halimatul saadiah... Tu zaman nabi.. Nabi soh berdakwah ikut zaman.. Cakap pakai otak sikit.. Jg hati ibu2 yg tak mampu susukan ank.. Ibu mana yg taknak susukan anak sndri???

HasRien MamaNaaila : "Aku betoi xpuas hati bila dia kata bila susukan anak dgn susu lembu akan dpt DNA lembu dan akan jadik pemarah mcm lembu. Sbb lembu tu kan pemarah.... weeeeiiii ostajah..... ko kena ingat walaupun sume saluran ssu ibu adalah kecik dan sama Allah kurniakan...tp ko kena sedaq...yg rezeki manusia allah bg xsama... aku mmg xpuaih hati bab ni... mintak ko jelaskan jap...."

Bella Tc : sakit hati dengaq cara ustazah tu cakap,seakan mghina kmi yg xdpt bg susu ibu utk anak..kmi.dah berusaha tp nk wt mcm mna..sedap mlut dia ja ckp ank nt jd pemarah mcm lembu..bodo punya ustzah..ckp xberlapik langsung..meluat aku..skit hati !!!!!




sumber asal

Gambar Belangkas