Saturday, August 8, 2015

Luahan Hati Sedih Anak Pegawai Kanan SPRM Dipindah Ke JPM Kini Viral Di Laman Sosial...



#$nak kepada Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin meluahkan perasaan di laman sosial Facebook mengenai pertukaran bapanya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sepertimana didedahkan semalam.

Dalam status penuh emosi di laman Facebooknya, Eila Bahri berkata selama 33 tahun berkhidmat bersama SPRM atau dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, bapanya menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam mencari pesalah yang menggunakan wang rakyat.

Gadis itu berkata, oleh kerana amanah yang dipikul bapanya, menyebabkan  ahli keluarga juga turut terkena tempias.

"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah almost  (hampir) 33 tahun berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan tangkap malaun-malaun yg suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).

"Beratus juta juga beliau dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan tahi. Selama dia bekerja sbgai Pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga constantly kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan sebagainya," katanya memetik daripada laman Facebooknya hari ini.

Meskipun dengan segala ugutan yang diterima, Eila berkata bapanya tidak pernah mengalah dan sering kali menyatakan :"Biar dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran dari dijulang kerana kebatilan. Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda," katanya.

Menceritakan keperibadian Bahrin, Eila mengakui bapanya seorang yang amat tegas terutama dalam hal agama dan ini diterjemahkan dalam bentuk didikan kepada anak-anaknya.

Kata Eila, tidak seperti anak kecil yang lain, mereka tidak pernah dikenalkan dengan cerita fantasi kanak-kanak seperti Cinderella namun sering kali ditekankan mengenai kisah-kisah nabi.

"Ayah saya mmg tegas especially (terutama) bab2 agama dan hak orang ni. Sebelum kami ke sekolah kenal ABC dari guru2 kami, dia dan chek (ibu) adalah guru pertama kami. Ayah sendiri yg ajar anak-anak dia mengaji, ceritakan kisah serikandi-serikandi, sahabat-sahabat, sirah dan sebagainya.

"Malah masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan kpd cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab. Bukan nak bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muahamad Zin dari kami lahir lagi. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat betul dia akan buat," tulisnya.

Menurut Eila, sifat dan kepakaran Bahri yang cukup mahir dalam 3 perkara iaitu agama, mencari kebenaran dan menanam pelbagai pokok.

Dengan nada menyindir ,Eila berkata pertukaran bapanya membangkitkan persoalan apakah tugas yang akan diberikan kepada Bahrin menggunakan 3 kepakaran itu.

"Saya bukan nak cerita pasal family (keluarga saya, tapi saya nak cakap sepanjang saya hidup sebagai anak Bahri ni, saya tahu dia cukup pakar dalam 3 benda sahaja - 1) mengajar menyampai tentang agama, 2) siasat, kantoikan dan tangkap orang jahat, 3) tanam bermacam jenis pokok.

"Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang korang nak dia buat sebenarnya - 1) ajar orang kat JPM tentang agama ,2) tanam pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah pembesar or (atau) 3) lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?

"Whatever it is,(apa pun) saya bukanlah pandai bab susun atur dalam pentadbiran. Cuma nak cakap, selagi xlepas soal kubur, selagi tu roh xleh naik ke langit.. So, good luck with that.

"Kepada ayah, xpelah yah… ok what, baca paper kat JPM.. ayah dah lama pun bekerja.. last orang ckp ayah keldai TUUTTT juga.. (ayah pun jawab, Allah ada)," katanya.

Selain Bahri, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas 7 pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu 2 kali dan 2 daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.

Berkata kepada The Malaysian Insider, Rohaizad berkata belia tidak dimaklumkan mengenai pertukarannya itu terlebih dahulu. – 8 Ogos, 2015.



sumber asal

Sedih Sangat : Luahan Hati Bapa Bayi Yang Meninggal Depan Matanya Sendiri Akibat Kecuaian Pengasuh...


Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari disahkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 11.50 malam.

Bapa mangsa, Mohd. Safari Ibrahim, 36, berkata, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh Mohamad Haziq pada pukul 10.30 pagi kelmarin dan memberitahu anak bongsunya itu tersedak susu.

“Apabila saya bergegas ke rumah pengasuh di Sungai Isap, di sini anak saya berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan terdapat kesan muntah serta darah pada bajunya selain bengkak di bahagian belakang kepala.

“Saya tanya pengasuh yang saya panggil Kak Zie mengenai kejadian sebenar namun dia berdolak-dalik dan mendakwa kesan lebam tersebut adalah tanda lahir. Saya tidak menunggu lama dan terus menghantar anak saya itu ke sebuah hospital swasta dan dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan.

“Setelah menjalani pelbagai ujian, tahap kesihatannya sema­kin merosot dan anak saya dirujuk ke HTAA pada petang semalam,” katanya kepada pemberita di pekarangan Unit Forensik HTAA di sini hari ini.

Mohd. Safari yang bekerja sebagai juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, pasukan perubatan HTAA segera menyiapkan anaknya untuk menjalani pembedahan kecemasan dan doktor memaklumkan peluang agak tipis iaitu 50:50.

“Sewaktu menatap wajahnya sebelum pembedahan dilakukan hati saya terdetik mengatakan anak saya akan ‘pergi’. Perasaan tersebut sukar untuk digambarkan, mungkin orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.

“Ketika pembedahan berlangsung, saya membuat keputusan melaporkan perkara itu di Balai Polis Kuantan sebelum mendapat berita anak saya telah meninggal dunia,” ujarnya.

Tambah Mohd. Safari, dia segera menyampaikan berita kematian tersebut kepada pengasuh termasuk tindakannya membuat laporan polis.

Ujarnya, pengasuh anaknya itu bagaimanapun datang ke rumah­nya pada pukul 5 pagi ini untuk memohon maaf dan merayu agar tindakan undang-undang tidak diambil terhadapnya.

“Bagi saya kejadian yang me­nimpa ini adalah kes serius dan biar­lah polis yang menyiasat.

“Walaupun sebelum ini Mohamad Haziq pernah mengalami kecederaan kecil di bawah jagaan pengasuh, saya hanya mendiamkan diri demi menjaga hati pengasuh. Saya sama sekali tidak menyangka begini akhirnya,” katanya.

Jenazah Mohamad Ha­ziq dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Rangin di sini selepas solat Asar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (5) Akta Kanak-Kanak.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat hentakan objek keras di kepala,” katanya.


sumber asal

Dunia Akhir Zaman!! Gadis Melayu Cantik Ini Memang 100% Gila Dan Berani Mati Apabila Di Instagram... (8 Gambar)



$%Dayang Norrin. Memang agak popular di Instagram . Tengok sahajalah gambar-gambar gila yang di upload oleh wanita melayu ini. Mana perginya nilai wanita-wanita melayu?? Hidup bersama air arak. sangat teruk..

Berdasar gambar ini korang boleh agak kehidupan bebas wanita ini. Oh yea., Wanita ini adalah melayu okey!





sumber asal

[KASIHANILAH KAUM ADAM!!] SURAT TERBUKA SEORANG LELAKI KEPADA SEMUA WANITA DI LUAR SANA



Assalamualaikum... kali ini saya ingin memecahkan rahsia pandangan seorang lelaki yangmana kebanyakkan kaum perempuan tidak mengetahui. Kasihanilah kaum lelaki.., tambah plak lelaki yang telah menjadi suami.., kepada seorang yang bernama isteri. Segala dedahan aurat oleh isteri, suami yang dapat dosa jugak.. Plz.. kasihanilah kaum lelaki.. Harap kita semua dapat mengamalkan dan sampaikan... 

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. 

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. 

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Aku rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

 Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

 Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu WAJIB menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

 Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka JANGANlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka JANGANlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka WAJIBlah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya JANGAN sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, JANGANlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. 

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah JANGAN memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

 Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, JANGAN anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. 

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Wallahualam. Wassalam. Sekian. 



Surat Terbuka Pimpinan Anak Muda Desak KJ Letak Jawatan




Ke hadapan YB Khairy Jamaluddin,

Menteri Belia dan Sukan,



Krisis 1MDB dan skandal kewangan negara sampai ke satu lagi tahap apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa sememangnya wujud kemasukan sejumlah wang sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Namun begitu, apa yang menghairankan

Boleh Ke Lelaki Dan Perempuan Jadi Kawan Dalam Islam? (Walaupun Bukan Bercinta)


Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?
Kalau tanya aku yang dulu aku jawab boleh. Apa salahnya?
Dalam cerita-cerita kat tv tu banyak je laki dengan pempuan kawan-kawan. Macam best je.
Yelah sebab kawan lelaki tak akan jealous bila kau dressing lagi meletops dari dia.
Kawan lelaki pandai bidang-bidang yang biasanya perempuan tak pandai. Contoh komputer, kereta.
Kawan lelaki lebih sesuai untuk korangkorang yang ganas, tak berapa nakcontrol ayu ni.
Dan untuk lelaki, kawan perempuan lebih empati, lebih prihatin.
Pantang tengok muka kau sedih sikit, dia akan tegur.
Kawan perempuan tak akan sampai hati gelakkan korang secara berjemaah bila kau jatuh tergolek depan orang ramai.
Dan kawan perempuan kau tak akan pakai baju yang sama dua hari berturut-turut hingga mengganggu deria bau kau.
Dan dulu aku pernah berangan, sweetnya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri sambil menyanyi ‘lucky I’m in love with my best friend.’
Opss, kat mana kita tadi?

Kalau tanya aku yang sekarang aku jawab hampir mustahil..

Sebab?
Tak compatible, leceh, banyak nak kena jaga di mana hampir mustahil boleh dijaga yang mana lebih mudah kalau kata tak boleh. Titik.
Tak faham.
Ok macam ni..

Pertama, antara benda yang nak kena jaga antara lelaki dengan perempuan adalah physical contact.
Tak boleh bersentuh. Langsung.
Dan buang segala kemungkinan serta kebarangkalian  benda tu jadi.
So bila kau makan dengan kawan lelaki/perempuan, kena makan jauh-jauh sebab takut tersenggol ke apa.
Bila kau jalan dengan kawan lain jantina, kena jalan jauh-jauh takut tangan tengah sedap hayun terkena tangan dia.

Tak kan ter pun berdosa? Islam kan mudah?

Mungkin betul, tak sengaja tak dosa (aku kata mungkin sebab aku tak tahu)
Tapi macam mana pula dengan tindakan kau yang bawa kepada benda tak sengaja tu.
Contoh, kau tak minum arak tapi duduk semeja dengan orang yang minum arak.
Bila kau terminum air dia sebab ingat tu air Zappel kau, salah tak kau yang gatal juga duduk situ walau kau ada pilihan untuk tinggalkan meja tu?
Kawan-kawan bila dah sedap bercakap, mesti dengan tangan-tangan akan naik.
Atau bila bergurau, mesti ada bertepuk tampar, cubit mencubit, sekeh menyekeh.
Mampu tahan tangan tu setiap masa dan ketika daripada bersentuh dan tersentuh? Lagi kalau tak jaga jarak. Jangan sembang la.

Yang kedua, bila bercakap kau kena pastikan yang suara kau tu tak jatuh pada suara yang boleh dianggap melembutkan/melunakkan suara hingga menimbulkan keinginan tak elok dalam hati lelaki (untuk perempuan)
Hati orang, kau mampu nak tebak?
Dan bila kawan kau tengah sedih, mesti kau nak pujuk lembut-lembut kan.
Macam mana nak pastikan lembut tu tak masuk dalam perkara yang dilarang dalam surah al-ahzab ayat 32 tu?
Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahmanmessage dengan emoticon tu pun boleh masuk dalam melembutkan suara di mana smiley comel-comel boleh dianggap yang perempuan tu nak bermanja-manja.
Dan untuk lelaki, macam mana nak pastikan ayat-ayat korang tu tak memberi harapan palsu untuk perempuan-perempuan yang mendengar?

Ketiga, bab jaga pandangan.
Senang ke nak bercakap tak pandang muka atau pandang sikit-sikit je.
Kawan, mesti akan minta pandangan kawan kan. Baju aku ok? Kau rasa aku gemuk ke? Aku sado tak? Selalu pergi gym ni. Emmm.
Jadi kat mana konsep menundukkan pandangan tu?
Konsep perempuan solehah tidak memandang dan tidak dipandang lelaki? (vice versa)

Keempat, lelaki dan perempuan bukan mahram dilarang duduk berdua tanpa kehadiran orang ketiga.
So kau tak boleh naik kereta berdua-dua dengan dia, tak boleh keluar jalan-jalan berdua-dua, belajar berdua-dua dekat kantin dan sila senaraikan sendiri.
Pasal orang ketiga ni ada khilaf.
Ada yang kata duduk berdua-duaan di tengah-tengah orang ramai tu takpesebab tak kira berdua-duaan.
Ada kata tak boleh.
Aku pernah dengar Ustaz Zaharuddin cakap, syarat orang ketiga tu adalah orang yang boleh mencegah kemungkaran.
So pada pandangan aku (cuma pandangan, jangan jadikan fatwa) kalau bercakap dengan lelaki/perempuan dalam tempat yang dikelilingi ustaz-ustaz, imam-imam serta tok bilal di mana kau tahu kalau kau bercakap lebih-lebih dengan gaya gedik/bajet macho, kau akan menerima jelingan maut dan silap-silap ditegur tang tang tu juga yang mana boleh menjatuhkan gengsi kau, soitu boleh.
Sebab orang sekeliling tu adalah orang ketiga yang boleh mencegah kemungkaran.
Tapi kalau kau keluar bertiga pun, tapi orang ketiga tu asyik peganghandphone di mana kalau korang berpegangan tangan pun dia akan buat macam tak nampak jeso dia tak dikira orang ketiga yang membolehkan lelaki dan perempuan duduk bersama.
Sama juga kalau kau bawa adik kau yang umur 4 tahun yang tak faham pun batasan lelaki perempuan. Clear?

Perkara kelima yang perlu dijaga adalah sama ada hubungan kau dengan kawan kau yang berlainan jantina tu boleh menimbulkan fitnah atau tak.
Contoh, kalau kau lima orang kawan perempuan dengan lima orang kawan lelaki masuk dalam satu rumah, tutup semua tingkap, semua pintu.
Memang tak berdua-duaan pun, tapi benda tu boleh jadi menimbulkan syak wasangka pada orang yang melihat, so tetap tak boleh (bukan fatwa)
Pernah dengar bagaimana Nabi Muhammad s.a.w cepat-cepat bagitahu pada dua orang lelaki yang nampak baginda berdua dengan isteri dia Safiyah, takut lelaki tu ingat Nabi dengan perempuan lain.
Lelaki tu kata, tentulah Rasullah. Nabi kott...
Tapi Nabi balas syaitan tu berjalan dalam salur darah anak adam, takut lelaki tu salah sangka.
Macam tu sekali Nabi jaga agar orang tak berprasangka padahal baginda nabi, orang nak sangka apa pun.
Macam mana pula dengan kita?
So kalau kau berkawan rapat dengan lelaki/ perempuan dan orang anggap korang coupleso yang faham tentang couple tu tentu tahu yang itu dah termasuk dalam fitnah yang memang patut dielakkan.
Ni belum masuk lagi bab tiba-tiba salah seorang terfeeling kat kawan dia.
Sadisnya bila kawan dia tak rasa apa yang dia rasa.
Atau lepas kahwin pasangan kau cemburu pula pada kawan lain jantina kau tu.
Adoi…malas la nak cerita bab ni.

Tapi jangan bimbang..

Semua masalah ni akan selesai kalau kawan kita tu sama jantina.
Boleh duduk dekat-dekat, boleh peluk, pegang tangan, tengok muka dia puas-puas.
Bukan setakat boleh naik kereta berdua-duaan, tidur sebilik sekatil pun boleh ( tulisan ni untuk mereka yang ‘tak bengkok’ sahaja).
Bila dia sedih, kau boleh pujuk dia tanpa risau suara atau ayat kau tu boleh bawa maksud lain.
Boleh keluar berdua tanpa ada khilaf.
Boleh ber message bercakap dengan dia tanpa risau tentang zina hati. Pasangan korang pun tentu tak jealous.
Dan untuk lelaki, kau boleh kentut kuat-kuat lepas tu buat macam tak ada apa-apa depan kawan lelaki kau. Dengan perempuan…tak dapat der..hihi

Tapi kalau nak juga lelaki dan perempuan jadi kawan ni, boleh..

Kawan la dengan ayah/mak kita, abang/akak kita, adik kita, bapak/mak saudara kita, atuk kita dan..
…pasangan kita yang halal.
Senang kan? (senyum)
Habis kalau kerja sama-sama, belajar sama-sama, berpersatuan segala bagai tu macam mana?
Bagi aku tu kenalan, bukan kawan.
Kau kenal dia, berhubung dengan dia untuk memudahkan tugas kau, tahu sikit-sikit pasal dia, minta tolong bila perlu. Betul-betul perlu. Cukup setakat tu.
Tak perlu kau nak tahu dia suka warna apa, apa dia buat malam tadi, bergelak tawa, bergurau senda apatah lagi sampai nak keluar berdua-dua atas nama kawan.
No no no no (gerak-gerak jari)

Macam mana pula kawan dalam facebook?

Bagi aku dan diulangi ini hanya pandangan aku di mana pandangan ini valid untuk masa ni sahaja.
Boleh jadi di masa akan datang bila aku jumpa pendapat dari ustaz lain, aku akan ubah pandangan pula. Kalau mampu jaga lima benda kat atas tu, apa salahnya.
Tak bersentuhan, tak dengar suara (kat fb memang tak) jaga pandangan (jangan upload gambar dengan aksi manja menggoda apatah lagi yang tak menutup aurat) jangan guna emoticon gambar love kiss kiss tu, jangan berdua (private message) dan elakkan apa-apa yang boleh timbulkan fitnah termasuk fitnah dalam hati tu.
Tapi kalau la antara friend list ko tu adalah ex kau dulu, walaupun dia takupload gambar bukan-bukan, korang tak ber private message bagai..
…tapi kehadiran dia dalam friend list ko dah menimbulkan fitnah dalam rumah tangga kau, bagi aku tetap tak boleh.

Susahnya Islam ni =.=’ (tarik muncung)

Tak sayang. Islam adalah agama yang sangat lengkap, menyeluruh, halus.
Agama yang menjaga keharmonian antara sesama manusia.
Yang menjaga sekecil-kecil perkara hatta nak masuk keluar toilet dengan kaki mana pun, apatah lagi hubungan antara lelaki dan perempuan.
Belajar bawa kereta pun ada jarak selamat (3 second rule) untuk elak kereta belakang tercium bumper kereta depan.
Tapi ramai orang lepas habis belajar, dapat lesen, terus lupa rule ni. Maintailgate sesaja.
Tu yang banyak jadi accident.
Faham kan? (angkat kening dua kali)

Penutup: Semuanya telah jelas tanpa terselindung

Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas.
Antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar-samar).
Siapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhat, dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
So tepuk dada tanya iman. Boleh ke lelaki dan perempuan jadi kawan?

sumber:akuislam.cm

10 jenis mayat tidak akan busuk dalam kubur


Detikdaily

SEMUA yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan jika sudah mati, maka jasad akan membusuk dalam tanah. Namun Rasulullah SAW menyebutkan bahawa ada sepuluh orang yang mayatnya tidak akan busuk.



Disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan akan bangkit dalam keadaan tubuh seperti semula pada hari kiamat sebagai berikut:



1. Para

Gambar Belangkas