Friday, August 7, 2015

Bermadu Seterusnya Dimadukan, Ini Luahan Derita Isteri Bersuamikan Kaki Perempuan Yang Wajib Dijadikan Pengajaran Baik Kepada Suami Mahupun Isteri...



Wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan ini berkongsi kisah dukanya apabila berkahwin dengan lelaki kaki perempuan yang berulangkali kahwin, cerai dan bercinta dengan anak muda sehinggakan sampai ketika, dirinya bagai sudah lali dengan perangai suaminya itu.
Malah, tanggungjawab hakiki sebagai seorang suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga turut dilupakan. Diharap kisah ini menjadi pedoman buat anda semua.

Nikah sebagai isteri kedua

Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg.Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ).Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula.Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Suami main cinta dengan budak 19 tahun
Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala. Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Isteri pertama memujuk saya
Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Saya dikatakan gila talak

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah… menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami.Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak.Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.Lepas 2 bulan,saya menerima sms, dari budak perempuan tu..mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami
Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah ,kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun,2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG,IBU SAYA .Pd suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur.Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki dipermudahkan.

Suami nikah janda anak 4 di sempadan

Selepas 2 tahun,saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan dgn janda anak 4,dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami tidak berhubung,berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima,orang baik saya sepuluh kali baik.Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya,kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.

Isteri baru suami cerita kekurangan saya..

Isteri baru suami menyatakan kata kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah,api air,unifi,pampers susu,insurans,duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? Wallahi,saya tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya,menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi.Saya berusaha sendiri.Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada.Kita org tua tak makan tak apa,anak2 perlu makan minum,susu pampers mesti ada.Tu belum sakit mereka lagi,kita sakit makan panadol tidur .Budak? Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta,saya ukir senyuman utk anak2.Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi,bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka difb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah,saya kata once for all.Jaga hati sendiri,salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami,saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah,kereta dan anak2.

Akhirnya saya buat permohonan cerai


Saya bersyukur Allah SWT masih sayang ,ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai,Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat.Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami,hanya lepaskan saya cara baik.Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa,ada rezeki lain utk anak.Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah,bulat- bulat.Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain,jangan menangis atau murung,bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja.Belajar berdikari.Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.

Kerana Kecuaian Pengasuh, Bayi 8 Bulan Muntah Darah Sebelum Meninggal



Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya.

Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari meninggal dunia kira-kira 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi Rabu lalu yang memaklumkan anaknya tersedak susu.

"Sebaik tiba di rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya.

"Ibu mangsa membawa bayinya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaanya semakin kritikal.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.50 malam tadi," katanya.

PANAS!! Zarina Zainuddin Di Kecam Teruk Peminat Di Laman Sosial Kerana Memperlekeh Dan Mempersendakan Hukum Allah... (4 GAMBAR)



$%Masa nak dekat raya hari tu pelakon, Zairina Zainuddin memuat naik gambar bertudung litup dan terima ramai pujian dari followers kerana Zairina bertambah jelita apabila menukar imej daripada free hair hingga lah berhijab.

Tapi baru-baru ini Zairina memuat naik gambar dan kapsyen mengatakan tempoh percubaan untuk bertudung sudah pun tamat.. Eh macam tu pula? Takpe lah mungkin masanya belum tiba lagi. Benda macam ni tak boleh dipaksa kan. Hmm..



Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik oleh Zairina.. Namun post itu telah dipadam di laman Instagram Zairina. Kami doakan yang terbaik untuk Zairina dan moga satu hari masa nya akan tiba juga.

Zahid Hamidi - Kita Tetap Akan Bawak Pekerja Bangladesh Kerana Orang Malaysia Tidak Berminat Untuk Bekerja


Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.

Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.

"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.

"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.

Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia. - Bernama

Jika umur 11 tahun melahirkan.... BILAKAH ZINA BERMULA??

GEMPAR - 2 PELAJAR DARJAH 5 MELAHIRKAN BAYI

Astaghfirullah al-adziimmm… Dua berita yang serupa, satu di Bahau dan satu di Kuantan telah menggemparkan masyarakat. Dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melakukan hubungan seks sehingga melahirkan anak.
Ini tentunya bukan kes terpencil. Ia hanya pemberitaan yang jarang-jarang kita selaku orang biasa yang tidak berada dalam usaha mengkaji dan mengurus gejala ini dapat tahu. Ini hanya satu bukti bahawa apa yang selalu kami artikelkan tentang gejala seks di usia muda ini adalah benar. Tidak kiralah samada secara suka mahupun terpaksa.
Jika anda rapat dengan pihak polis, doktor dan bidan, guru-guru besar dan guru disiplin, penjaga rumah pemulihan akhlak, sekolah gadis hamil, ketua kampung dan imam, maka anda akan dapati kes begini sudah terlalu membusung dalam masyarakat kita.
Dr Zainur Rashid Zainuddin yang mengulas kes di Bahau dalam status FB nya mempertikaikan persoalan bahawa anak itu tidak sedar ia mengandung. Remaja berumur 11 tahun itu mengadu sakit perut dan 'terkejut' apabila diberitahu bahawa dia mengandung dan mahu bersalin.
“Ini bukan kes pertama dan kami yang berkhidmat di klinik dan hospital telah, sedang dan akan terus diamanahkan untuk mengendalikan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin. Masyarakat kita sudah semakin tenat. Saya bermohon agar semua pihak termasuk ahli DUN dan Parlimen supaya ambil serius terhadap permasalahan sosial masyarakat yang semakin BERNANAH”, katanya.
Seorang Doktor sakit Puan Hospital Kerajaan yang rapat dengan kami sering juga kongsikan hal yang sama sejak sekian lama.
Seorang pengguna media sosial yang juga guru kaunseling berkata, "Saya guru kaunseling di sekolah. Kes remaja berzina / melakukan seks adalah seawal 10 tahun. Ketika di sekolah menengah mereka menjadi remaja ketagih.. merosak dan dirosakkan anak orang lain pula... Dan isu gejala sosial ketagihan seks ini bagai barah tahap 4 Malaysia. Tolong lakukan sesuatu.Selamatkan generasi kita.."

KESIMPULAN
Kami sering katakan bahawa majoriti kes buang bayi adalah dari gadis berusia sekitar 13 -16 tahun. Sekali sekala ada kes di usia 11-12 seperti ini bagi anak yang agak subur tumbesarannya. Sebenarnya itu bukan bermakna anak itu baru melakukan hubungan seks di usia itu.
Hasil kajian kami jelas menunjukkan bahawa terlalu banyak kes zina telah berlaku sejak sekolah rendah lagi. Banyak juga kes yang bermula sejak tadika, khususnya sesama sepupu dan saudara mara tanpa kita ketahui.
Kami pernah terjumpa gambar lukisan tangan "alat kelamin lelaki dewasa" dan lukisan aksi senggama dilukis oleh seorang pelajar darjah 3 di buku anak kami. Apabila ditanya, anak kami ceritakan apa yang diterangkan oleh rakannya itu mengenai gambar yang dilukisnya. Subhanallah, beliau tahu dan mampu menceritakannya seperti orang dewasa. Itu semua membuat kami sentap tidak terkira.
Banyak juga kes ketagihan aksi seksual anak tadika yang sudah menjadi amalan di rumah masing-masing. Tanpa kita tahu anak-anak tadika kita sudah 'mencuba' bersama adik beradiknya. Kes sebegini kami jumpa terjadi pada anak-anak sebelum diserahkan ke RPWP.
Kemewahan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak lelaki juga turut membuka ruang. Ketagihan seks mereka sudah sampai ke tahap membayar pelacur ketika usia 13 tahun apabila tidak berjaya mendapat perempuan yang 'percuma'.
Itu antara sebab mengapa kami segera keluarkan anak-anak kami dari sekolah biasa yang mana guru-guru pun sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mencegahnya.
Kelahiran hanya berlaku sebaik sahaja organ reproduktif anak itu berfungsi, iaitu setelah mereka datang haid. Tanpa hanya merujuk kepada 2 kes yang dilapurkan ini, zina sebenarnya telah berlaku jauh lebih awal sebelum itu.
Kami menyeru ibu bapa agar SEGERA BANGKIT memperbetulkan tadbir urus rumahtangga, khususnya dalam hal mencegah gejala zina sejak anak berada di tadika lagi.
Dalam kes ini, jika anak ini melahirkan ketika darjah 5, bilakah anda rasa hubungan seks itu sudah bermula? Sama-samalah kita fikirkan.
Sudah tiada gunanya lagi kita meraung menuding jari kepada pihak sana dan sini. Jika kita tidak boleh ubah pihak tertentu untuk menyelamatkan anak-anak kita, maka mari kita ubah dengan cara kita pula.
Kes sebegini seharusnya mampu membuatkan kita mengaku kalah pada kehebatan aturan Allah. Segeralah berserah diri untuk buat ISLAH. Kini sedarlah kita mengapa mendekati zina sahaja sudah terlalu dilarang Allah…
WARGA PRIHATIN
P/S: Ini adalah ulasan umum dan tidak semestinya merujuk kepada 2 kes di bawah ini. Tiada kaitan dengan "mengaibkan" atau seumpamanya. Ini sudah soal sakit... bukan lagi cerita aib. Kita tiada masa lagi untuk merewang dan terlalu defensif sehingga memikirkan soal aib menyentuh gejala ini.
Menurut Akta Kanak-Kanak dalam Undang-undang Malaysia, jika budak perempuan masih di bawah umur, walau pun dia rela dan tersua-sua, ia tetap di klasifikasikan sebagai ROGOL.
* * * * *
BAHAU : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.
Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.
"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.
"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.
"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti TEMAN LELAKI budak perempuan itu," katanya. - HARIAN METRO
* * * * *
KUANTAN : Polis BONGKAR Cerita Sebenar Hubungan TERLARANG Murid 11 Tahun Dengan Lelaki 22 Tahun Sehingga Melahirkan Anak...
Kanak-kanak terbabit selamat melahirkan bayi lelaki (tak cukup bulan) seberat 1.9 kilogram di Pusat Bersalin Risiko Rendah, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, awal pagi Selasa.
Hasil siasatan polis mendapati, pasangan muda itu pernah terlanjur ketika berada di sebuah rumah kosong di Panching, bagaimanapun alamat lokasinya tidak diketahui.
Susulan itu, polis menahan TEMAN LELAKI kanak-kanak itu yang berada di perkarangan HTTA pada jam 5.10 petang pada hari yang sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0gol.
Difahamkan, gadis yang berusia 11 tahun yang tercicir dalam persekolahan itu, dihantar oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada teman lelakinya ke HTAA kerana sakit hendak bersalin.
Setelah selamat melahirkan bayi, pihak hospital mendapati gadis itu masih di bawah umur dan belum berkahwin. Ekoran itu, pihak hospital tampil membuat laporan polis.

Sumber: Fb Warga Prihatin

SELAMATKAH ANAK KITA?? Walaupun berada di dalam rumah sendiri??


PEGAR MAKAN PADI – PENGALAMAN PESARA GURU BESAR YANG MENGERIKAN

Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki. 

Tidak perlu kami tokok tambah kerana apa yang dikisahkan banyak sekali kebenarannya. Kami sendiri banyak pengalaman mengendalikan kes yang serupa secara langsung. 

Memang amat mengerikan dan sewajarnya menjadi pedoman kepada para ibubapa. Semuga perkongsian kisah benar ini mampu menyedarkan kita.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * *

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA

Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.

Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.

Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA

Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA

Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN

Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.

Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

>>> KREDIT: ABD GHANI HARON <<<


Sumber: Fb Warga Prihatin

Kerana Kecuaian Pengasuh, Bayi 8 Bulan Muntah Darah Sebelum Meninggal



$%Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya.

Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari meninggal dunia kira-kira 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi Rabu lalu yang memaklumkan anaknya tersedak susu.

"Sebaik tiba di rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya.

"Ibu mangsa membawa bayinya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaanya semakin kritikal.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.50 malam tadi," katanya.



sumber asal

Gambar Belangkas