Friday, August 7, 2015

Punca masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB).

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Punca masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB)|Siapa yang mengalami masalah terlalu kerap buang air kecil atau tidak mampu untuk menahan rasa ingin membuang air kecil? Jika ada, anda mungkin mengalami masalah pundi kencing terlalu aktif atau overactive bladder (OAB).

Ini bukanlah sesuatu yang normal. Ia adalah suatu penyakit dan boleh di rawat. Dan tahukah anda jika ianya dibiarkan, ia boleh mengundang masalah yang lebih besar? Kebanyakkan orang beranggapan sintom ini hanya melibatkan mereka yang sudah berusia, tetapi ternyata ianya silap. Mereka di dalam usia muda juga tidak terkecuali mengalami masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB) ini.


Apakah penyebab kepada pemasalahan ini? Sudah tentulah berpunca daripada pundi kencing yang terlalu aktif yang menyebabkan penghidapnya perlu kerap ke tandas. Tanda seseorang itu mengalami masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB) ini adalah kerap buang air kecil dan kekerapan bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Mereka yang mempunyai sistem saraf yang normal juga tidak terkecuali mengalami masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB) ini. Ianya mungkin berpunca daripada jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pada pundi kencing. Namun, punca sebenar kepada masalah Overactive Bladder (OAB) masih tidak dapat dikenalpasti.

Bagaimana anda boleh menangani masalah kerap kencing atau Overactive Bladder (OAB).

1. Elakkan minuman berkafein.
2. Lebihkan makanan yang penuh serat.
3. Latih otot pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing.
4. Kekalkan berat badan ideal.
5. Tunggu beberapa minit selepas buang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini untuk memastikan pundi kencing benar-benar kosong.

Bapa Sedih Dan Hampa Apabila Pergi Ke Sekolah Cari Anak Tetapi...


Budaya ponteng sekolah adalah bukan sesuatu yang baru di mana ia sudah menjadi barah boleh dikatakan hampir di kebanyakkan sekolah di negara kita.

Kes ponteng ini sudah berlarutan sejak dahulu sehingga sekarang di mana ia dilihat tidak berkesudahan.

Dibandar-bandar kita selalu menjumpai remaja berpakaian sekolah lepak di pusat membeli belah dan pusat cafe siber dan juga tidak kurangnya di luar bandar.

Di sini SK ingin berkongsikan satu kisah yang telah dimautnaik oleh seorang guru di laman Facebooknya yang ternyata meruntun hati orang yang membacanya.

Manakan tidak seorang bapa yang bersusah payah mencari rezeki untuk anaknya sanggup mencari wang demi memenuhi permintaan anak untuk kesekolah tetapi apabila dia pergi ke sekolah anaknya tiada sedangkan di pagi hari insan tua itu sudah menghantar anaknya ke sekolah.

Kemana anak ini pergi?

Berikut adalah cerita dari Facebook Pojie Nanat,

Ni kali kedua.. ak jumpe pakcik ni.. dtg skolah.. cari ank die.. 1st time dtg.. pakcik ni nk blikan baju sukan utk ank die.. tp dtg skola ank xde kat skolah..

“Pg td die keluar pegi skola cikgu.. pakai bj skola.. bwk beg skola.. minta duit nk bli bj sukan.. sy dtg nk blikan.. cari die xde.. cikgu dia kt da lame die x dtg skola.. sy takot die kne buang.. mane sy nak cari die ni ye…”

mmg xleh j…wb.. sbb sah2 ank die x masok skola..

Arini.. pakcik ni dtg lg.. dok jengok kat tepi bilik ak ngadap ke padang..

“Assalamualaikum cik.. pakcik cr sape?..”

“Sy cr ank sy cikgu.. nk tgk die dtg skola x.. td sy pergi kelas die.. kwn2 nye ckp bdk2 kelas die kat padang..”

Ak panggil bdk.. suh carik ank pakcik ni..

“Cikgu.. bdk2 kelas die ckp ****** da 2 ari x dtg skola…”

Pakcik ni tgk ak.. muke die cm kompius..

“Cikgu…. ank sy pergi skolah cikgu.. sy hantar td pg… die pkai bj skolah.. bwk beg skola.. sy bg duit blanje cikgu…”

Die trus jln.. tekebil2 pakcik ni..muke tahan sedih… ak tau die kecewe gile ngn ank die..

Hmmm… hai la ank… kalo yg dtg ni berbaju kot.. berkasut kilat.. keluar dr perot bmw, ak x kesah.. tp… ape dose bapak ko smpai ko nipu org tua ni… smpai bile ko nk tgk bapak ko begini nasib nye.. x tringin ke nk hepikan die.. die x mtk ko blikan die banglo mewah tepi highway exit kajang tu.. die mtk ko g skola je.. tu pon susah ke?.


Anak-anak, sedarlah kamu, sekarang memang seronok ponteng sekolah tapi kamu fikirlah masa depan kamu. Kamu akan membesar dan akan ada tanggungjawab.

Tidak guna menyesal dikemudian hari, hati ibu dan bapa mana tidak hancur apabila mengetahui kamu tidak ke sekolah sedangkan dia bersusah payah mencari nafkah untuk membesarkan kamu

Kisah Nasi Dan Ikan Kering Sebagai Bekal Anak Ke Sekolah, Diceritakan Oleh Seorang Bekas Pengetua

Gambar Hiasan

Zaman semakin berubah, tahun makin bertambah, dari semasa ke semasa kos sara hidup dilihat semakin meningkat. Jika zaman SK dulu awal tahu 90-an nasi lemak ikan bilis dan telur boleh di dapatkan dengan harga 20 sen.

Dari hari ke sehari harganya semakin meningkat dan kini paling murah untuk dapatkan nasi lauk tersebut harganya paling kurang RM1. Tetapi tahukah kita tidak semua orang mampu walaupun ianya hanya RM1 yang dilihat kini amat kecil bagi kita.

Dikongsi di laman sosial oleh Tuan Abd Ghani Haron yang merupakan bekas pengetua Sekolah menengah Tikam Batu, Sungai Petani di mana dia telah mengisahkan pengalamannya ketika masih bertugas di sekolah berkenaan.

Dia mengisahkan satu kisah yang sebenarnya memang terjadi dalam masyarakat kita di mana masih ada insan-insan yang memerlukan.

Berikut adalah kisah anak murid beliau yang dikongsi kepada orang ramai dan ketahui bahawa jika kita susah masih ada lagi yang susah.


NASI DAN IKAN GELAMA KERING BEKAL ANAK KE SEKOLAH.

Ketika menjadi pengetua disuatu pagi, memantau kawasan sekolah,saya didatangi oleh seorang guru perempuan yg ditugaskan mengawas kedatangan pelajar dipintu pagar.

Kami bercakap dipinggir jalan masuk ke pejabat.Katanya,"Cikgu Ghani,saya nak tunjuk satu benda.Ini mungkin tak baik,tapi saya nak tunjuk juga.Seorang ibu pelajar telah mengirim bekal makanan kpd saya untuk anak perempuannya yg tertinggal dirumah semasa dipintu pagar tadi.Dia kata dia nak cepat nak pi kerja,mungkin pekerja kilang.Saya cuba tengok apa yg dibekalkan.Sedih sangat cikgu.

"Dia berpaling menahan perasaan..Saya mengambil tupperware plastik lalu membukanya.Subhanallah! Nasi putih dg ikan gelama kering belah belakang yg kecil dua ekor.Saya pula yg jd serba salah.

Guru perempuan itu terus mengesat air mata,sambil memberitahu bekalan itu kebetulan utk pelajar kelasnya yg dia tidak tahu begitu miskin.Dia mengambil balik tupperware tersebut dan berkata,

"Takpa cikgu,saya cuma nak kongsi dg cikgu,biar saya selesaikan."Saya lihat dia berjalan ke arah kantin sekolah mungkin membeli lauk tambahan dan minuman.

Kita mungkin makan ikan gelama kering untuk mengubah selera, bersama gulai nangka dan sambal belacan berulam.Tetapi mereka makan ikan kering dg nasi kerana tiada pilihan.Itu yg paling murah dan mengenyangkan.

Membawa bekal itu sudah menjadi tanda mereka tidak berupaya memberi wang saku kpd anak utk makan di kantin,sedangkan anak perlu diberi makan.Jika bekal makan nasi dg ikan gelama kering waktu pagi,,tengah harinya makan apa agaknya.

Waktu rehat hari itu,sengaja saya mengintai pelajar ini,tepat seperti dijangka,dia makan sendirian dibawah pokok,mungkin terasa malu dg bekalnya dilihat rakan.

ABD GHANI HARON
Ya Allah,anak anak kita bersarapan makan roti gardenia disapu peanut butter,serikaya,jem.Anak-anak kita bersarapan makan roti bakar dg kentang goreng dan kacang panggang.Anak-anak kita bersarapan dg nasi lemak,ikan bilis,sotong,telor rebus.Anak-anak kita bersarapan dg burger,frankfurter,egg banjo telor meleleh,nugget, karipap,cucok badak dg teh,nescafe,milo ais.Dibekal duit poket lagi untuk kudapan dikantin.Mereka memamah nasi dg ikan kering dan mungkin berteman air paip.

Pertama saya nak mengajak anda bersyukur dg apa yg kita ada berbanding orang lain.Dizaman ini masih ada orang makan nasi dg ikan kering.Kedua nak ajak anda mendidik anak untuk belajar bersedekah dan berkongsi rezeki.

Contohnya minta anak kenali seorang rakan pelajarnya yg miskin atau yatim,kirimkan seringgit sehari untuknya sebagai sedekah jariah kita utk dia makan dikantin.Atau jika anak bawa bekal,lebihkan sedikit utk dikongsi oleh anak yatim atau miskin itu.

Anda akan menjadi orang yg bertuah kerana bersedekah hampir tiap hari kpd yatim atau miskin walau sekedar rm1,atau sekeping roti atau sesenduk nasi lemak atau sebiji egg banjo..Moga anak anda terdidik untuk mengasihi anak yatim dan miskin,moga Allah memberkati hidup anda sekeluarga.Mungkin boleh juga dikirimkan sebotol air mineral setiap hari kerana nabi menyebut antara sedekah yg terbaik adalah memberi minum.

Jika mampu,biayailah pakaian,alatan sekolah,yuran dsbnya.Sesungguhnya mereka yg miskin dan yatim sengaja diadakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dan juga peluang untuk berbuat baik.Siapa yg mengabaikannya,bimbang mereka juga tidak dipandang oleh Allah di hari akhirat.Jika terdetik rasa simpati,jika tergenang airmata dg kisah ini,ayoh mulakanlah untuk mencari anak yatim dan miskin utk dibantu dlm misi sedekah jariah harian kita.

Kisah Seorang Ayah yang Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Biayai Pengajian Anak



Seorang bapa nekad mengambil satu jalan pintas selepas dia dikatakan sudah tidak mampu untuk membayar yuran pengajian anaknya, Dindi Intan Pertiwi yang kini belajar di sebuah universiti di di Jakarta.

Heri Akhmat Rivai (55) berasal daripada Manado, Sulawesi Indonesia ini relah tekad untuk menjual buah pinggangnya kepada sesiapa yang memerlukan demi memastikan anaknya itu dapat meneruskan pengajian.

Beliau kelihatan memegang papan tanda bertulis "Saya mau menjual "ginjal" untuk biaya kuliah putri saya" sambil berjalan disekitar bandaraya Jakarta.

Dindi Intan Pertiwi kini sedang belaajr di Universitas Jenderal Soedirman, Purwokerto Jawa Tengah dan di perlu membayar yuran pengajian untuk memasuki semester baru.

"Anak saya kini berkuliah untuk memasuki semester 5 tetapi kerana tidak mampu bayar yuran dia mungkin tidak boleh sambung kuliahnya dan wang perlu dibayar sebelum 6 Ogos semalam."

"Anak saya sepatutnya menadapat biasiswa tetapi sehingga kini belum menerimanya," ujar Heri.



Beliau menerangkan ketika ini dia amat memerlukan wang itu semi memastikan puteri kesayangannya itu boleh menyambung belajar dalam jurusan S1 Fakultas Ilmu Sosial dan Politik, jurusan Administasi Publik.

"Saya perlukan wang tersebut sebelum 6 ogos sebanyak Rp3 juta (RM865) untuk membayar yuran anaknya setiap satu semester dan saya juga telah pajakkan rumah saya selama setahun dengan harga Rp3 juta untuk pembiayaan yuran sebelum ini," jelasnya.

Lebih memeritkan, Heri memberitahu dia juga masih mempunyai anak yang masih bersekolah dan tidak mampu membayar yuran pengajian putrinya itu kerana ketiga-tiga anaknya yang lain baru memasuki SMA.

Ketika ini dia tinggal di Jalan Pasar Wetan depan Plasa Mayasari, Tasikmalaya untuk meneruskan hasrat 'bisnes'nya itu.

" Malam tadi(30 Julai), saya berangkat dari Purwokerto dan sampai ke Kampung Rambutan  dan samapi ke sini 7 jam kemudian  dengan membawa tulisan 'Saya Mau Menjual Ginjal untuk biaya Putri Saya', tetapi tidak ada langsung orang ambil peduli bahkan sebuah kereta atau motor pun tidak berhenti," ceritanya sambil menitiskan air mata

Thursday, August 6, 2015

Bahayanya comfort zone.


Bahayanya comfort zone|Ramai daripada kita *mungkin* sangat selesa berada di dalam comfort zone. Tetapi tahukah kalian semua akan bahayanya comfort zone ini? Sebelum aku mula membebel panjang perihal perkara ni, jom kita ketahui apakah maksud comfort zone. Ianya bermaksud "tempat atau keadaan di mana seseorang berasa selamat atau selesa dan tanpa tekanan".

Dalam bahasa mudah, situasi selamat bagi seseorang. Contohnya seorang pekerja yang makan gaji. Mula kerja dari awal pagi hingga ke lewat petang, dari awal bulan hingga hujung bulan. Dan di pengakhirannya dapat wang gaji, gunakan untuk segalanya dan kembali bekerja semula. Ini yang dimaksudkan dengan comfort zone. Jika dilihat, bunyinya semacam kehidupan selesa, tetapi ramai yang tidak sedar akan bahayanya comfort zone ini.


Mungkin ada yang cakap, mereka sudahpun bekerja selama berpuluh tahun tanpa ada masalah. Ya! memang benar, mungkin anda benar-benar selamat berada di dalam kehidupan selesa anda. Mungkin juga anda tidak diuji dan mungkin juga anda sudah benar-benar bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Anda sememang hebat kerana anda sudah sedia maklum akan bahayanya comfort zone ini. Soalannya, bagaimana dengan mereka yang tidak bersedia?

Apa yang cuba aku sampaikan adalah, mereka yang hanya berharap dengan apa yang mereka dapat. Jumlah amaun yang mereka dapat setiap bulan adalah sama. Yang mana digunakan untuk hampir pada setiap perkara. Disinilah bahayanya comfort zone. Bahaya jika "sesuatu" terjadi kepada diri dan pekerjaan mereka. Ini adalah perkara yang tidak dijangka.

Katakan mereka mengalami kehilangan upaya ataupun syarikat tempat mereka bekerja mengalami kerugian teruk yang mana boleh menjejaskan pekerjaan mereka. Apa yang bakal terjadi kepada mereka yang tidak bersedia ini? Sudah pasti 1 masalah yang lebih besar akan wujud. Inilah bahayanya comfort zone.

Tidak salah untuk anda kekal berada di dalam keadaan selesa anda. Tetapi kata orang, sediakan payung sebelum hujan, kerana langit tak selalunya cerah. Aku teringat kata-kata seorang pakar motivasi, yang mana katanya, kita perlu menyediakan simpanan sekurang-kurang 3 bulan perbelajaan bulanan kita. Ini kerana, jika berlaku apa-apa, kita mampu untuk terus hidup selama 3 bulan tanpa pendapatan dari pekerjaan kita. Soalannya, adakah semua orang mempunyai simpanan sebanyak ini? Inilah Bahayanya comfort zone.

Layanan double standard!

Layanan double standard!|Isu ini hanya bermain di persekitaran aku. Tak usah melihat kepada yang lebih atas, di bahagian bawah ini pun, wujud Layanan double standard ni. Apa maksudnya ayat ini? Layanan double standard bermaksud layanan yang tidak sama kepada orang yang berbeza dalam sati situasi yang sama.

Dalam kata mudahnya, katakan di dalam situasi restoran makanan. Layanan yang diberikan kepada A adalah sangat istimewa mungkin kerana A adalah orang berpangkat, berbeza pula dengan layanan kepada B yang mungkin diberi layanan yang biasa sahaja, atas kerana B tidak mempunyai apa-apa jawatan. Walhal mereka makan di tempat yang sama. Inilah yang di maksudkan dengan Layanan double standard tu.

Kaitan dengan ceritaejoy adalah, aku sememangnya tidak mempunyai apa-apa jawatan di tempat kerja aku sekarang. Aku hanyalah pekerja biasa. Di sekeliling aku punya ramai orang yang "berjawatan besar". Yang menariknya, ada di antara mereka melakukan kerja yang sama sebagaimana kerja aku *Usah ditanya kenapa perkara seperti ini berlaku*. Yang menjadikan aku sedikit tertekan adalah kerana layanan yang aku terima, Layanan double standard!

Kami melakukan kerja yang sama, kenapa tidak aku diberi layanan yang sama? Kenapa perlu disisihkan? Apakah kerana jawatan aku yang sekadar pekerja biasa ini, jadi selayaknya aku mendapat layanan yang semacam sampah? Kenapa perlu dibeza-bezakan? Kenapa perlu memberi Layanan double standard!

Aku masih memikirkan segalanya atas kerana aku mempunyai tanggungjawab dan amanah. Ini yang menjadikan aku tetap kukuh berdiri disini. Jika tidak kerananya, dah lama aku tinggalkan segala yang aku ada sekarang. Untuk apa aku menerima satu perkara semacam ini? Aku hairan dengan sifat manusia jenis ni. Kenapa perlu beza-bezakan orang? Kenapa? Hairan! Layanan double standard!

ANGKARA FENOMENA BULAN BIRU


Polis menyiasat kemungkinan pembunuhan seorang wanita warga emas dan dua anak lelakinya ada kaitan dengan amalan pemujaan ketika fenomena bulan biru, minggu lalu.


Mayat Voncile Smith, 77, dan dua anaknya Richard, 49, serta John, 47, ditemui Jumaat lalu di kediaman mereka di Pensacola, kata Syerif Daerah Escambia David Morgan.

Menurutnya, penyiasat percaya keluarga itu dibunuh sekitar jam 7 malam pada Selasa minggu lalu.
“Berdasarkan siasatan awal, pembunuhan itu membabitkan amalan pemujaan.

“Cara pembunuhan dilakukan - pukul mangsa dengan objek tumpul, mengelar leher dan cara mayat itu disusun - meyakinkan kami mengenai perkara itu. Tambahan pula orang yang disiasat mempunyai hubungan dengan amalan atau agama yang menunjukkan kemungkinan itu.

“Waktu kematian pada Selasa minggu lalu juga serentak dengan fenomena bulan biru yang berlaku setiap tiga tahun,” katanya.

Bulan biru merujuk kepada bulan penuh kedua dalam bulan kalendar. Bulan lalu, bulan penuh berlaku pada 2 dan 31 Julai.

Akhbar Pensacola News Journal melaporkan keluarga Smith mengenali orang yang kini disiasat polis berhubung kejadian itu.

Penyiasat menolak kemungkinan suspek memasuki rumah mangsa untuk merompak kerana sejumlah besar wang masih berada di dalam kediaman itu.

Gambar Belangkas