Thursday, August 6, 2015

Hukum Memakai “Braces”

Soalan :
Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?



Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Bolehkan Perempuan Mencukur Bulu Kaki?

by salmawatts in DeviantArt
Soalan:
Ustaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? Adakah itu haram? Saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, ustaz? Untuk pengetahuan ustaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). Terima Kasih, ustaz.
Jawapan:
Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya;
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;
  1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
  2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
  3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.
    Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.
2. Soal jawab agama bersama USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. 

Dulu Dikutuk, Kini Dikejar. Gadis Cantik Ini Dedah Rahsia Kecantikannya



Rasanya kawan-kawan sekolah wanita ini yang dulunya anggap Hanis Arif atau nama Instagramnya nonones ini tidak cantik, mesti akan rasa terkejut dengan perubahannya yang awesome ni.

Malah yang lelaki pula mesti rasa menyesal sebab tak pernah cuba untuk ‘mengorat’ kan? Hanis Arif ini bukan sahaja cantik, tapi merupakan seorang business woman berjaya gitu! 

Sumber memberitahu bahawa wanita ini sebenarnya adalah seorang engineer yang berhenti kerja semata-mata kerana mahu membuka perniagaan tudungnya. Wah, Hebat! 

Kini, brand tudung yang dipasarkan oleh Hanis Arif ini telah pun menambat hati hijabista di Malaysia, kiranya memang jadi sebutan lah! 

Nah, kami belanja lagi sekeping dua foto wanita georgeous ni! Psst.. dengar cerita dia boleh bawak superbike jugak!

Graduan Melayu Di Jepun Ini Beri 25 Sebab Kenapa Dia TAKMO BALIK MALAYSIA.. #22 Paling Kelakar






Kisah Benar Pengalaman Dr. Ain Merawat 'Birds' Lelaki Yang Bengkak Kerana...



Gani main futsal mlm tu dgn kekngkawan die,mse main die kne rembat kencang dgn pihak lawan..tepat kene zakar die..senak x ingat,memandangkan sakit & senak yg amat sgt die alami..die pon amik kputusan wat medical check up pada keesokkan ari nye..zakar gani membengkak La kaw2,udah di biar nye semalaman..esok,smpai nye di kLinik..maka berdialog la Gani dgn si doktor..doktor Ain,doktor pompuan beb,HOT pLak tu.. 

Dr. Ain : Ye, Encik Gani..knape ye encik? 

Gani : (dgn perasaan & muke maLu) ..err..err..ermm.. anu sy kene bola smlm doc..men futsaL,opponent sy rembat..kaut ooo..senak sgt2 ni,skt gile.. 

Dr. Ain : Ouh..yeke? ermm.. nk kene tgok tmpt g cedera tu,for check up..ermm..bole tanggalkan seluar? 

Gani : aisey..malu la doc.. x de care lain ke? 

Dr. Ain : nope,there's no other way..x pe,u jgn risau..i be gentle..sy pon dah biase dgn perkara ni.. 

Gani : Ok.. (Gani pon pejam mate sambil melondehkan seluar die beserta boxer..maka mcm spring la keluar nye 'bende' tu..) 

Dr. Ani : Ouh..gosh.. bengkak yg teruk.. besar sungguh!! 

Gani : yeke doc? sy pon x penah tgok besar gini sebelom ni.. 

Dr. Ani : sy check kejap ye,kalo sakit..ckp..(doktor Ani,memegang zakar gani & mengurut nye) 

Tibe2 Gani mencelah.. 

Gani : Doc..x payah la bagi obat..biar je la.. 

Dr. Ani : why? 

Gani : Sebelom ni sy carik jugak zakar sy ni,tp x jmpe la..dah bengkak ni la baru nmpk.. 

Dr. Ani : What? erghh~ (pengsan)

MENYAYAT HATI !!! Permintaan Seorang Anak Tidak Dihiraukan, Bapa Menyesal Seumur Hidup



Pada malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus menuju ke meja kerja. Nak siapkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada esok hari di mesyuarat 3 hari yang akan datang. 

Ketika baru nak mula buat kerja, anak tunggal saya, Serena, 6, datang menghampiri dan membawa sebuah buku. Wajah tersengih-sengih manja, begitulah wajah dia jika ada sesuatu yang dimahukannya. Dia bersikap terlalu manja. 

"Papa? Bacakan buku cerita ini, bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar" omelnya sambil hulurkan buku bergambar itu kepada saya. 

"Buku baru ke?? Saya bertanya berbasa basi tanpa sedikit pun menoleh pada Serena.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. 

"Papa tengah sibuk, lain kali boleh tak?", saya memujuk. 

Terus Serena bermasam muka, memperjelaskan rasa kecewanya. Tetapi saya benar-benar sibuk. 

"Bolehlah papa? Sekejap je. Cerita best." Serena masih merengek dan enggan mengalah. 

"Kan papa kata papa sibuk. Suruh mama baca!" 

"Mama basuh pinggan, alaa...! Bacalah papa!" Renggek Serena lagi sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah. 

"BUDAK NI! TAK RETI BAHASA KE?! PERGI SANA!!" jerkah saya. 

Permata hati saya itu nampak panik dan terperanjat kerana tidak menyangka saya akan bertindak sejauh itu. Nampak jelas di matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar dengan sayu. 

Dalam nada yang sebak dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat,-sekat dia berkata, 

"Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina ya papa!" 

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik, dia menjeling saya. Kali ini saya mengangguk. 

Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan kerja di pejabat semakin bertambah. Setiap kali pulang ke rumah, Serena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk. 

Pada minggu berikutnya, sedang kami sekeluarga menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. 

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. 

Saya mengangguk sambil tersenyum. 

"Bila papa nak bacakan?" tanya Serena. 

"Mama dah bacakan, okaylah tu." balas saya. 

Sekali lagi permata hati saya itu dikecewakan. Saya pula terus menyuap makanan. 

"Mama baca perlahan, nanti papa bacakan kuat-kuat ye!" katan Serena. 

Saya hanya mengangguk. 

Selesai bersarapan, saya mencapai suratkhabar. Lembaran demi lembaran saya tatapi. Langsung tidak terfikir untuk menunaikan permintaan Serena. 

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di luar. Konsentrasi saya terganggu seketika. Bunyi apakah itu? 

Pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pula Serena keluar? Tadi ada di dapur. Terus saya memanggil ibunya sebelum meluru keluar rumah. 

Sungguh perkhabaran itu benar, Serena terkulai diriba seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku Serena masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. 

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya. 

"Ina?! Ina?! Inaaaa!!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Serena yang berada di pangkuan. 

Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. 

"Papa? Mama? Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama. Ina tak nak mati!" katanya dalam antara dengar atau tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi dengan darah. Saya kesat darah itu dengan tisu. Namun darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. 

Di hospital, Serena ditempatkan di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran keadaannya yang kritikal. 

Masuk hari yang kedua, keadaan Serena tidak banyak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. 

Di saat itulah saya rasa sangat bersalah. Lalu pada petang itu saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya baca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tetapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. 

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Serena. Sementara itu isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. 

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Bacaan saya terhenti, air mata saya mengalir dan saya mengusap kepalanya. Namun beberapa tika kemudian, Serena memejam kembali matanya buat selama-lamanya. 

Saya terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya. 

"Papa? Nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" 

Kata-kata Serena masih lagi terngiang-ngiang di telinga sehingga ke hari ini. Walaupun sudah setahun berlalu, saya masih tertanya-tanya apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawab selain dari air mata yang mengalir.

>>LIHAT GAMBAR WAJAH COMEL ANAK ITU

Inilah Kedai Makan Paling Jilake Di Dunia



Seorang lelaki meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah premis makanan di Pantai Klebang, Melaka. 

Menurut Alfonso de Lorenzo, pemilik kedai makanan itu tidak tahu menjaga adab bahasa selain dari mengenakan harga makanan yang mahal serta tidak masuk akal. 

"Tauke dia, makcik si mulut puaka. Dahlah bayar mahal, sambal sesudu pun nak charga sampai RM2.00. Lepas itu cakap kena bayar juga selepas ambil lauk. 

'Kena bayar juga, takut awak lari tak bayar,' - pemilik kedai. 

"Selepas itu, anak lelaki dia yang lembik cakap, 'Mak! Kira meja tu, takut diorang lari,'. 

"Dengan tidak puas hati, saya dan isteri terus naik angin, tetapi mereka melawan balik dan terus jadi pergaduhan. 

"Dengan amarah saya yang tidak terkawal, saya terus maki dia. Lauk dan pingan saya campak je depan kedai dia. Orang ramai jadi saksi. 

"Saya terus bangun dan ada yang tak jadi makan di situ. Makcik itu memang kurang ajar," katanya. 

Apa yang mengejutkan lagi, beberapa orang yang pernah berkunjung ke kedai ini turut meluahkan perkara yang sama. 

"Kedai ini juga, kes sirap ais RM10. Baru minum separuh, dirampas semula oleh makcik dan anaknya yang lembut itu hanya kerana makan di meja kedai lain," kata Chique. 

Namun, difaham oleh sumber lain, mangsa telah memesan air sirap satu jug dan dicaj RM10, tetapi hanya seketul ais sahaja di dalamnya.. 

"Mangsa pergi minta ais ditambah, tetapi lelaki lembut itu dan ibunya datang merampas jug itu dan marah mangsa sehingga menanigs,". kata sumber.

Gambar Belangkas