Thursday, August 6, 2015

Jangan cium anak masa tidur!


Jangan cium anak masa tidur!|Ok, ini rare! Hahaha. Anak aku dah masuk 2 dan ini pertama kali aku baca yang tidak boleh cium anak masa mereka tidur. Hahaha. Dah kenapa kan? Anak kita kut, takkan tak boleh cium, takkan nak kiss wife je? *bacaan 18 tahun ke atas ya!* hahahaha.

Semuanya bermula dengan bacaan aku di blog Viva merah. Bila baca tajuk je, terus aku bukak blog ni dan teruskan bacaan. Kenapa tak boleh cium anak waktu mereka tidur kan? Apa sebabnya? Lepas habis bacaan, apa yang aku dapat adalah "Jangan cium anak masa tidur kerana itu adalah penyebab anak menjadi semakin nakal". Ha?? Biar kebenaran? Betul ke?

Aku sangat kerap cium anak aku waktu mereka tidur *pada waktu malam*. Ini kerana masa aku bersama anak-anak adalah sangat kurang. Aku lebih dengan kerjaya aku. Ada masanya mereka langsung tidak melihat aku. Kerana aku ke tempat kerja, mereka masih tidur, aku pulang bekerja, mereka sudahpun tertidur. Jadi, ciuman aku itu menunjukkan rasa rindu yang sangat-sangat kepada anak aku. Jadinya bila terbaca Jangan cium anak masa tidur aku jadi pelik. Kenapa? Kenapa tak boleh?

Aku teruskan bacaan dari 1 blog ke 1 blog untuk cari kepastian. Apa benar ada hukum yang mengatakan Jangan cium anak masa tidur ni. Setelah hampir puas hati, apa yang dapat aku simpulkan adalah, ianya adalah 1 kepercayaan orang tua-tua dahulu. Ini yang hampir kebanyakkan blogger malaysia cakap. 

Kalau kita rujuk semula hadis ini:

"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mencium Al-Hasan bin 'Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro' bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro' berkata, "Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallampun melihat kepada Al-'Aqro' lalu beliau berkata, "Barangsiapa yang tidak merahmati/menyayangi maka ia tidak akan dirahmati

(HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

Dari apa yang aku faham, kalau kita tidak mengasihani anak kita *melalui cara ciuman* kita juga tidak akan dikasihi. Tapi bila aku cuba cari apa-apa hadis berkaitan larangan atau Jangan cium anak masa tidur ni, tak juga aku jumpa. Jadinya, dari bacaan dan andaian aku, ada benarnya ia adalah kata-kata orang tua dahulu yang mungkin ada maksud yang lain. Antaranya mungkin tidak mahu tidur sang anak terganggu.

Apapun, ini semua kuasa yang maha esa. Kita sebagai hamba dan ibubapa, perlulah selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak kita. Usahlah berkata apa-apa yang tidak elok kepada anak-anak. Amarah itu pasti ada di dalam proses didikan, tapi ingatlah, mereka adalah kurniaan yang tidak terhingga. Hargailah mereka seadanya. Jangan cium anak masa tidur!

#cerita tambahan.


Baca dan anda pasti bersetuju dengan aku.

Kenapa perlu mentor untuk berjaya?


Kenapa perlu mentor untuk berjaya?|Soalan ini sebenarnya pernah aku tanyakan pada diri aku bila aku ke sebuah seminar berkaitan kejayaan dan kekayaan. Kenapa perlu mentor untuk berjaya? Apa kalau sendiri-sendiri tak boleh ke? Atau belajar mengikut buku dan kemudiannya lakukan, tak boleh? Kenapa mesti ada mentor?

Lama jugalah aku tanyakan soalan itu. Dan mungkin penceramah tu tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku ketika itu, Kenapa perlu mentor untuk berjaya? dan secara spontannya dia berikan jawapan tanpa perlu bertanyakan soalan pada aku.

"Mentor ibarat guru, belajar melalui buku tidak sama dengan belajar dengan mereka yang sudah lama lakukan apa yang kita baru hendak lakukan. Melalui mentor juga, kita mampu "memendekkan" masa kita untuk berjaya dan mengelakkan kita dari melakukan banyak kesilapan"

Dalam erti kata mudahnya, kalau ada mentor, dia akan guide kita. Apa yang perlu dan tidak perlu kita lakukan. Mereka sudah semestinya melakukan banyak kesilapan sewaktu awal-awal nak berjaya. Jadi dengan adanya mentor, kita mampu mengelakkan segala kesilapan itu dan sudah pastinya memendekkan masa untuk berjaya. 

Katakan seorang mentor mengambil masa selama 10 tahun untuk berjaya *ini termasuklah melakukan kesilapan dan membetulkannya semula* dan jika mentor guide seseorang itu, mungkin ianya hanya mengambil masa selama 5 tahun. Ha, faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Hahahaha. Dan inilah jawapan kepada soalan Kenapa perlu mentor untuk berjaya?

Kini timbul pula soalan terbaru, kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal mentor bagai ni? Apa yang cuba aku sampaikan? Sebenarnya, entry ini aku anggap sebagai penyambung kepada entry aku yang bakal datang *hamboi, macam nak terbitkan album pulakkan?* hehehe. Ini macam nak tarik mood aku nak berceritalah. InsyaAllah.

Contest for reader bitt 2015.

Contest for reader bitt 2015|Sejujurnya, aku kurang pasti dengan apa yang perlu aku lakukan. Yang aku pasti aku kena teka yang mana satu iskandar, yang mana satu ismeth. Biasa aku join segmen, senang je nak faham, tapi kali ni macam susah pula. Wahahaha. Tapi takpe, disebabkan pemilik blog bitttravel sudi singgah ke blog kecil ceritaejoy, aku usahakan juga untuk join segmen/contest/teka gambar *aku tak tahu nak letak apa sebenarnya* hahahaha.

Ok, dari fahaman aku, aku kena teka yang mana satu iskandar dan mana satu ismeth. Cuba lihat gambar di bawah ini. Contest for reader bitt 2015.


Jawapan aku adalah: A : Ismeth B : Iskandar

Hahahaha. Ada hadiah tau yang korang boleh menangi jika dapat teka dengan betul. Sebenarnya, tak menang Contest for reader bitt 2015 pun takpa, janji dapat kenal dengan rakan blogger baru sekaligus memeriahkan dunia blogger malaysia. Tak gitu? Hehehehe.

Untuk korang yang nak join Contest for reader bitt 2015 ni, bolehlah click pada gambar di atas ya. *harap-harap ada rezekilah* hehehehe.

*extra post* 

Ketahui 6 bahan rahsia selain krimer & gula, yang mampu membuatkan rasa kopi jadi lebih luarbiasa. Ianya hanya ada disekeliling kita sahaja. Nak tahu rahsia ini? Ianya ada di SINI

Inilah Wajah Budak 11 Tahun Yang Bersalin Di Klinik Swasta



Seorang budak perempuan berusia 11 tahun barangkali menjadi ibu termuda di negara ini apabila dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta dekat sini pada pagi Rabu. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata nenek kepada budak perempuan tersebut membawanya ke sebuah klinik swasta apabila cucunya itu mengadu sakit perut. 

Neneknya terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa budak perempuan itu sebenarnya mengalami sakit hendak bersalin. 

"Siasatan awal mendapati budak perempuan itu tinggal bersama ibu bapanya di Bahau. Kami sedang menyiasat perkara itu," katanya. 

Wajah budak dan keluarga terpaksa tidak didedahkan bagi menjaga aib mangsa.

Wednesday, August 5, 2015

Siput Escargot haram di makan.


Siput Escargot haram di makan|Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tidak pernah dengar. Siput escargot? Apa tu? Aku pun baru pertama kali dengar, itupun sebab ada terbaca isu seorang artis malaysia yang termakan siput ini tanpa mengetahui akan status haram untuk di makan. Aku yang tak tahu ni, terus la tanya dengan pakcik google. Selepas mengetahuinya, aku kongsikan di blog ceritaejoy ni, agar mereka yang tidak tahu, akan tahu perihal Siput Escargot haram di makan ni.

Baik. Siput escargot ini berasal dari perancis *patutlah tak pernah dengar* dan diternak dengan sangat meluas di negara eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Siput ini jika dilihat secara kasarnya, semacam rupa siput yang ada di malaysia ni, siput babi, tetapi berbeza dari jenisnya. Jika anda ke negara yang aku sebutkan tadi, korang pasti akan berjumpa dengan menu yang menghidangkan siput escargot ni.

Ok. Sekarang dah tahukan apa itu siput escargot? Sekarang, kita baca pula penerangan dari majlis agama islam malaysia perihal Siput Escargot haram di makan.

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.


Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Gaya lelaki dengan seluar pendek

Gaya lelaki dengan seluar pendek|Gaya lelaki dengan Seluar pendek atau short pant boleh di lihat di mana-mana. Ia adalah gaya pilihan terutamanya bagi mereka yang sukakan cara ringkas dan mudah. Aku sendiri sentiasa mengenakan gaya dengan seluar pendek ini. Di sini aku kongsikan beberapa gaya lelaki dengan seluar pendek yang boleh dijadikan inspirasi untuk korang dalam mengayakan lagi fesyen cara ini.



Mens Summer Fashion Shorts Photography

Mens Summer Fashion Shorts Photos

Mens Summer Fashion Shorts Online

Mens Summer Fashion Shorts Inovation

Mens Summer Fashion Shorts 2014

IBU RAYU VIRALKAN BELA ANAKNYA YANG PECAH KEPALA DITOLAK USTAZ


"Saya nk mintak pihak Media tolong viralkan ni. Anak saya ni telah di tolak kepalanya di sekolah oleh ustaz yg mengajar subjek tasmik al-quran. gara2 mengelak tolakan tangan ustaz tu, kepala ank sy terhantuk di meja sekolah. alasan beliau ialah kerana ank saya x mahu diam ketika beliau ingin menjalankan kuiz. pihak sekolah langsung x menghubungi saya ketika kejadian dan enggan menghantar ank saya ke klinik mahupun hospital utk mendapatkan rawatan dengan alasan ank saya luka kecil dan memadai dengan hanya menampal plaster. ustaz tersebut menghantar ank sy pulang dgn keaadaan bju telah ditukarkan dan kesan darah pd bju sekolah telah dibersihkan.sy telah pergi berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah hanya mampu meminta maaf da berkata perkara begini adalah biasa bagi mereka. sy amat x berpuashati dengan perkara ini dan laporan polis telah dibuat." - Lynn Winnda

Gambar Belangkas