Wednesday, August 5, 2015

Wanita adalah Makhluk Paling Lama untuk Allah Ciptakan. Kenapa?

emak mother ibu
.
Penciptaan wanita dan betapa istimewanya seorang bergelar ibu. Berdiri bulu roma bila membacanya.
“Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???”
Allah menjawab:
“Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?”
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.
Malaikat menjawab dgn takjub,
“Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!”
Allah menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
“Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?”
Allah menjawab, “Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.”
“Untuk apa???”, tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
“Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
  • Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
  • Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
  • Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
  • Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
  • Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
  • Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
  • Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, Tapi dia mampu mengatasinya.
  • Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
     “CINTANYA TANPA SYARAT”.
Allahuakbar… specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi…mama..ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.
 TAHNIAH KPD SEMUA WANITA YG ADA Di DUNIA INI…

35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

haid
.
35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah solat, puasa dan tawaf.

Atha’ berkata mengenai apa yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak solat.”
.
.

Amalan Ketika Haid Dan Nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Qurandari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:
Doa Ketika Datang Haid dan Nifas
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Doa Wanita Ketika Datang Haid  (Klik Di Sini)
  2. Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan  (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sharifah Sakinah Tunjuk Aksi Cumbu Di Instagram!


Sharifah Sakinah, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Artis sering hadir dengan berita yang meletup­letup terutama sekali berkaitan dengan gambar­gambar yang tidak sopan dikongsinya menerusi Instagram. Begitu juga kali ini, dia sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila mengongsi gambar bercium dengan teman lelakinya.


Walaubagaimana pun, mereka bukanlah benar­benar bercium, sebalik ilusi gambar yang diambil menerusi pantulan cermin pada lift tersebut membuatkan gambar tersebut kelihatan mereka sedang bercumbu. Jom lihat gambar tersebut dan beberapa komen yang di terima menerusi Instagram.


ANAK DARA ISAP VAPOR BENTUK KEPALA 'ANGRY BIRD'

Sekarang vapor menjadi trend terbaru para remaja terutama lelaki menggantikan rokok. Kelebihan vapor adalah asap tidak berbau busuk dan lebih banyak. Trend ini tidak ketinggalan diikuti oleh remaja perempuan. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai jenis rekaan bentuk vapor muncul di dalam pasaran vapor.

Namun, lain pula dengan seorang gadis ini yang memilih unutk menghisap vapor dengan design tip (muncung) yang agak sensitif. Di mana tip tersebut berbentuk replika kepala 'angry bird'.


ROSAK! 10 Gambar Budak Sekolah Rosak Baru Nak Up

Inilah dia, budak­budak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar benda­benda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budak­budak baru nak up ini kebiasaannya berlaku di dalam kalangan pelajar sekolah menengah antara form 1 sampai form 3. Kalau dalam tempoh dia boleh berfikiran matang, maka eloklah perangai sampai ke dewasa. Jika pada waktu ini mereka terjebak dengan fenomena budak­budak baru nak up, maka menyesal la mereka di kemudian hari. Kali ini penulis ingin kongsikan beberapa gambar di mana bebudak sekolah yang melakukan aksi konon­kononnya mampu cool, atau menyeronokkan bagi mereka tapi hakikat nya cam haram! Jom lihat gambar­gambar di bawah:






Tak payah la adik­adik buat benda ni semua, nanti bila da besar, adik sendiri yang akan menyesal. Tak payah duk ikut sangat apa yang negara barat buat. Kita Malaysia, lebih­lebih lagi orang melayu beragama Islam, memang jauh terpesong benda­benda macam ni. 

KISAH BENAR 18SX: PENGALAMAN PERTAMA AKU DIGODA


"Seperti ini lah waktu tu.."pencerita beria-ria menunjukkan gambar ini menggambarkan bagaimana dasyatnya godaan yang pernah menguji kesusilaannya.


Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua: "Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"

Masih belum berpuas hati.

Masih belum berpuas hati|Sejujurnya aku masih belum berpuas hati dengan rupa blog ceritaejoy ni. Entah berapa kali dah aku tukar template, bila terlalu lama menggunakannya, aku jadi bosan dan mula mencari template baru. Benar, ada terlalu banyak template percuma tetapi tiada 1 pun yang berkenan di hati. Nampak tak lecehnya diri seorang lelaki bernama haffizul iskandar ini? Hehehe.

Jujur juga aku katakan, aku mudah bosan dengan sesuatu, jika ianya dilakukan dalam tempoh masa yang agak lama. Tetapi bila aku pandang balik, aku tidaklah terlalu lama di dalam dunia blog ni, orang cakap setahun jagung la *kenapa mesti jagung ek?* Tetapi dah beberapa kali tukar template, belum ada lagi yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih belum berpuas hati.

Yang menjadikan ianya lebih complicated pada aku adalah, bilamana aku jumpa 1 template yang aku suka, dan kemudiannya aku masukkan di dalam blog ceritaejoy ini, dan bila aku nak ubah susun atur, ianya tidak kena dengan "jiwa" aku.  Itu yang membuatkan aku masih belum berpuas hati. Yelah, dah jumpa, tak boleh nak adjust pula. Hish! Tension sungguh!

Mungkin aku perlu terus mencari dan mencari. Orang cakap, kalau kita terus berusaha, kita akan berjumpa dengan kejayaan. Kejayaan pada aku adalah, bila aku jumpa dengan template yang benar-benar sesuai dengan blog ceritaejoy ni. Atau ada kawan-kawan yang bermurah hati ingin kongsikan template yang menarik? Hehehe. Mana tahu kan?

Gambar Belangkas