Tak payah la adikadik buat benda ni semua, nanti bila da besar, adik sendiri yang akan menyesal. Tak payah duk ikut sangat apa yang negara barat buat. Kita Malaysia, lebihlebih lagi orang melayu beragama Islam, memang jauh terpesong bendabenda macam ni.
Wednesday, August 5, 2015
ROSAK! 10 Gambar Budak Sekolah Rosak Baru Nak Up
Inilah dia, budakbudak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar bendabenda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budakbudak baru nak up ini kebiasaannya berlaku di dalam kalangan pelajar sekolah menengah antara form 1 sampai form 3. Kalau dalam tempoh dia boleh berfikiran matang, maka eloklah perangai sampai ke dewasa. Jika pada waktu ini mereka terjebak dengan fenomena budakbudak baru nak up, maka menyesal la mereka di kemudian hari. Kali ini penulis ingin kongsikan beberapa gambar di mana bebudak sekolah yang melakukan aksi kononkononnya mampu cool, atau menyeronokkan bagi mereka tapi hakikat nya cam haram! Jom lihat gambargambar di bawah:
KISAH BENAR 18SX: PENGALAMAN PERTAMA AKU DIGODA
"Seperti ini lah waktu tu.."pencerita beria-ria menunjukkan gambar ini menggambarkan bagaimana dasyatnya godaan yang pernah menguji kesusilaannya.
Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik. Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.
Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia. Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya. Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."
Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya. Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku. Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.
Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan. Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."
Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua: "Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta"

Masih belum berpuas hati.
Masih belum berpuas hati|Sejujurnya aku masih belum berpuas hati dengan rupa blog ceritaejoy ni. Entah berapa kali dah aku tukar template, bila terlalu lama menggunakannya, aku jadi bosan dan mula mencari template baru. Benar, ada terlalu banyak template percuma tetapi tiada 1 pun yang berkenan di hati. Nampak tak lecehnya diri seorang lelaki bernama haffizul iskandar ini? Hehehe.
Jujur juga aku katakan, aku mudah bosan dengan sesuatu, jika ianya dilakukan dalam tempoh masa yang agak lama. Tetapi bila aku pandang balik, aku tidaklah terlalu lama di dalam dunia blog ni, orang cakap setahun jagung la *kenapa mesti jagung ek?* Tetapi dah beberapa kali tukar template, belum ada lagi yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih belum berpuas hati.
Yang menjadikan ianya lebih complicated pada aku adalah, bilamana aku jumpa 1 template yang aku suka, dan kemudiannya aku masukkan di dalam blog ceritaejoy ini, dan bila aku nak ubah susun atur, ianya tidak kena dengan "jiwa" aku. Itu yang membuatkan aku masih belum berpuas hati. Yelah, dah jumpa, tak boleh nak adjust pula. Hish! Tension sungguh!
Mungkin aku perlu terus mencari dan mencari. Orang cakap, kalau kita terus berusaha, kita akan berjumpa dengan kejayaan. Kejayaan pada aku adalah, bila aku jumpa dengan template yang benar-benar sesuai dengan blog ceritaejoy ni. Atau ada kawan-kawan yang bermurah hati ingin kongsikan template yang menarik? Hehehe. Mana tahu kan?

Tuesday, August 4, 2015
Waspada dengan keadaan jalan raya.
Waspada dengan keadaan jalan raya|Ceritanya macam ni, pagi tadi, waktu aku dalam perjalanan ke tempat kerja, ada satu kemalangan berlaku betul-betul depan aku. Cuaca waktu tu memang gelap, sebabnya waktu tu rasanya dalam jam 0640. Lampu jalan raya waktu tu pulak memang takda, jadinya makin gelap la kan?
Dalam keadaan gelap sedikit tu, aku nampak dari jauh, semacam percikan api atas jalan raya. La, dah kenapakan? Takkan la ada orang main mercun pagi-pagi macamni? Bila aku sampai je, aku nampak seorang lelaki terbaring atas jalan raya. Aduh! Kemalangan rupanya!
Kereta memang ada time tu, selamatlah semua kenderaan bergerak perlahan. Saudara yang kemalangan ni naik motosikal. Aku pun berhentikanlah superbike aku. Sebab nak bantu saudara ni. Bila semua dah ok, sempat juga aku tanyakan, kenapa boleh eksiden. Jawapan dia: "saya langgar anjing bang". Aku : anjing??
Ada juga aku cari dekat sekitar tu, kalau-kalau ada anjing yang terbaring. Tapi tak bertemu. Aku sambunglah bantu saudara ni. Angkat kasut, glove dan sedikit peralatan lain. Dalam kepala aku time tu masih lagi terfikir, langgar anjing? dekat highway? Hmm. Dalam pada aku dok bantu tu, barulah aku perasaan, ada seekor anjing sedang berjalan terhencot-hencot. Ish, kesian pula, mesti dia sedang sakit. Nak bantu pun, apa je yang aku boleh buat, nak bawa ke klinik, mana ada bukak pagi-pagi macam ni. Kan?
Lepas semuanya aku rasakan dah ok, aku pun sambunglah perjalanan aku ke tempat kerja. Apa pengajaran yang aku dapat dari kes saudara ni, kita perlu sentiasa waspada dengan keadaan jalan raya tak kisahlah dekat mana pun kita berada. Kadang-kadang kita tak jangka pun sesuatu benda/haiwan ada dekat area tu. Dan yang paling penting, sentiasa waspada walaupun kita dah guna laluan yang sama untuk tempoh bertahun lamanya. Orang cakap, kalau nak jadi, dia jadi juga. Ya!

'SAYA BAGI TEMPOH 72 JAM UNTUK SIASAT SIAPA BOCOR MAKLUMAT AKAUN' - ROSMAH
Dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot. com, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.
“Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?,” tulisnya.
Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report. Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.
“Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan,” tulisnya.
Baca nih!!
Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah.Beliau mahu pembocoroan itu disiasat dalam masa 72 jam.
Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.
Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi samaada benar atau tidak kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.
Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.
Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.
Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
. Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.
Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.
Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenaapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.
Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untuk Yayasan Tun Abdul Razak.
Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible ~Zamkata
Dalam masa yang sama tindakan Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara membuktikan biarpun dia hanya Isteri seorang Perdana Menteri.. beliau seolah-olah lebih berkuasa dari Perdana Menteri.
'JAWAB 15 SOALAN SAYA INI KALAU BETUL DARAH PAHLAWAN' - ANAK MB JOHOR
DI mana-mana sahaja, begitu ramai yang membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah ia semakin hangat diperkatakan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatannya yang mendapati punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu bukan dari tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi adalah sumbangan daripada penderma.
Namun hasil siasatan itu tidak menyebut dari mana dan siapa penderma berkenaan.
Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Najib menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?
Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;
1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?
5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?
12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi itu sudah dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.
Malah di bahagian komen juga dipenuhi dengan pelbagai komentar yang setuju dengan soalan-soalan yang dibangkitkan.
"Bro, setuju dengan soalan yang dikemukakan," tulis Lim Kian Soon.
"Terbaiklah sahabat, penulisan yang bagus," tulis Shahiran Safwan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...