Tuesday, August 4, 2015

KHUTBAH NIKAH UNTUK RENUNGAN BUAT BAKAL PENGANTIN




Buat renungan kita di musim pernikahan yang akan menjelang tak lama lagi. Mohon sebarkan jika ianya bermanafaat. Di sini dicatatkan khutbah nikah yang disampaikan di majlis akad nikah baru-baru ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita berhimpun dalam majlis yang diberkati ini. Selawat dan salam kepada Junjungan kekasih kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemuliaan dan keberkatan kepada ahli Keluarga Baginda, para Sahabat r.a. para Syuhada, para Auliya, para Ulama dan mereka yang menjejaki perjalanan kebenaran.

Anakanda berdua,


Oleh kerana itu, ada 3 perkara penting perlu wujud demi kebahagiaan dalam hidup seseorang, iaitu :

Ciri Pertama

Tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan terhadap masa lalunya; masa lalu selalu diingati dengan istighfar dan syukur. Permohonan ampun didasari atas kelemahan manusia diiringi dengan keyakinan bahawa Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang; rasa syukur yang dilandasi atas kesedaran kuat bahawa betapapun beratnya cubaan dan kesulitan, nikmat Tuhan selalu lebih banyak dibanding itu semua.

Ciri Kedua

Apa jua ujian yang dihadapi nanti perlulah bersikap dengan semangat pantang menyerah kerana keyakinan bahawa terhadap setiap sebuah kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kemudahan. Cukuplah kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa dari kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal, yang dalam bahasa Al-Quran disebut, “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu”.

Ciri Ketiga

Kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah ketidakpastian bagaimana di masa depan. Maka selalu berfikir dengan baik, mengamalkan syukur dan tawakal. Apabila kita bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki, nescaya Allah akan menambahkan kebahagiaan pada kehidupan kita malah akan ditambah lagi nikmat kebahagiaan di masa hadapan. Jadikanlah kebahagiaan sebagai matlamat abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan keluarga.

Wahai anakanda,

3) Pernikahan adalah KEBAHAGIAN. Ia adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga.

Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan dari kehancuran atau kecelaruan itu adalah sikap kemaafan. Bukalah pintu kemaafan selebar-lebarnya dan selama-lamanya kerana ia akan mencegah masuknya kemarahan, kemarahan pembuka pintu iblis dalam menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam.

Ini penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai, pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan. Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting. Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia. Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].

4) Pernikahan adalah RAHMAT. Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan fungsi anakanda masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Menurut ketentuan agama, tanggung jawab sebagai ketua keluarga berada di bahu suami dengan tanggung jawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju matlamat abadi, yakni kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar dari siksa neraka.

Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].

Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat, maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya kalian melihat kelemahan pada pasangan kalian maka berdoalah agar dibalik kelemahan itu terdapat kebaikan yang tidak terduga.

Ingatlah firman Allah SWT (An-Nisaa’:19],

“Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda, yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.

Sebagai penutup di akhir khutbah, Ayahanda Walid berpesan kepada kedua mempelai pengantin baru dan juga buat sekelian yang hadir dengan firman Allah SWT :

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar.” (al-Ahzaab: 70-71)

“Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali-‘Imran: 102)

Sumber: Dr Nurdin JamaludinUK

RESEPI PIKAT HATI SUAMI

Kehidupan suami isteri memerlukan mental & fizikal yang kuat..Oleh itu persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan suami isteri yang bahagia & kekal hingga akhir hayat.Samada isteri mahu pun suami,masing2 mempunyai peranan penting untuk mengekalkan rumahtangga bahagia sepanjang masa..

Sebagai isteri misalnya,semestinya ingin memastikan suami sentiasa melekat dirumah kan..mana2 isteri tidak suka jika suami sentiasa bersama kawan2,lepak kat kedai makan..lewat malam baru nak balik rumah..Kalau sekali sekala tu kita boleh je nak excuse kan..
Suami isteri Romantik

Disini saya ingin kongsikan resipi2 memikat suami tercinta :

1. Akur pada suami
*Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami

*Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan.Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
*Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
*Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
*Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.Nauzubillah..tetapi jika suami memaafkan tidak mengapa.. :)

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
*Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
*Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
*Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
*Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
*Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
*Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
*Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
*Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
*Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
*Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
*Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
*Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
*Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

Credit

Insyaallah,kalau kita baik pada suami,suami akan baik pada kita..tapi,kalau dah ditakdirkan kita dapat suami yang tidak baik,bersabarlah,mungkin ada hikmah di sebaliknya

Bersama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan bersama.Kepada isteri-isteri di luar sana diharap boleh mencuba tip-tip ini semoga ada keberkatan yang penting sekali adalah berusaha dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat

5 Petua Untuk Cantik Selepas Bersalin

bersalinMendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.
Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:
1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.
Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.
Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.
Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:
  • Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
  • Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
  • Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
  • Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
  • Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
  • Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.
2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.
Bengkung baik untuk:
– mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.
3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.
4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.
5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.
Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu

Awas Jika Bayi Anda Berak Berdarah

Foto - google
Foto - google
Awas Jika Bayi Anda Berak Berdarah  | Ibu bapa pastinya bimbang jika anak mereka kurang sihat atau sakit. Malah lebih menakutkan apabila anak mereka membuang air besar beserta darah.
Ramai beranggapan berak berdarah adalah disebabkan buasir. Sedangkan pendarahan ketika membuang air besar boleh juga disebabkan berlaku infeksi atau kelukaan di dinding usus.
Bagi orang dewasa berak berdarah biasa berpunca dari penyakit seperti buasir atau kanser usus. Namun bagi bayi,  anda perlu tahu beberapa ciri-ciri dan jenis berak supaya anda tidak salah cara.
Kami kongsikan beberapa cara mengenalpasti bayi berak berdarah:
  1. Lihat warna tahi. Jika warna tahinya agak kehitaman, bermakna ada masalah di bahagian saluran penghadaman atas. Warna kehitaman disebabkan campuran dengan asid perut. Jika warna tahinya merah segar, masalah ini mengarahkan pasa saluran penghadaman bahagian bawah.
  2. Jika darah bercampur najis dan menitis membuatkan bayi menangis kesakitan, bermakna adanya luka atau pedih pada anus kerana terluka akibat najis yang keras.
  3. Jika tahi bayi anda berwarna hitam gelap, ia mengarah kepada ‘melena’, terdapat perdarahan di usus.
  4. Bayi berak berdarah juga boleh disebabkan infeksi saluran penghadaman, disertai dengan demam dan diare.
  5. Jika bayi anda sukar membuang air besar atau berak, sembelit, besar kemungkinan juga bayi anda kurang serat, sehingga cenderung sukar untuk mengeluarkan kotorannya.
  6. Jika anak anda masih bayi dan masih menyusu badan, kemungkinan potensi untuk bayi anda berak berdarah lebih kecil berbanding bayi yang diberikan susu formula.
  7. Perhatikan masalah makanan, jangan sampai kekurangan serat dan cecair. Bagi bayi yang bergantung pada susu formula, kurangi jumlah susu formulanya dengan tetap menambahkan jumlah air yang sama.
  8. Sekiranya bayi berak berdarah disertai dengan perut kembung dan perut nampak buncit, mengeras, kemungkinan ada masalah pada saluran penghadamannya. Anda disarankan segera membawa bayi anda mendapatkan rawatan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
sumber-wom.my

Bagaimana Cara Berhenti Dari Tabiat Melancap Atau Onani

lancapMelancap atau Onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari kepada siperlaku baik lelaki mahupun perempuan jika aktiviti tidak sihat ini dilakukan tanpa kawalan
Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kelakuan seperti ini, ianya sukar diberhentikan meskipun pada satu tahap mereka berjanji pada diri tidak mahu melancap lagi
Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat mereka akan mengulangi semula
Sebenarnya melancap ini ada kebaikan, keburukannya dan perkara ini terpulang kepada individu masing-masing
Ini kerana jika tabiat onani digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat yang tinggi ia masih dianggap normal malah dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian
Namun jika tabiat ini dilakukan atas keseronokkan semata-mata ia akan memberikan kesan negatif pada diri
CARA BERHENTI MELANCAP
Berikut penulis sertakan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada meneruskan tabiat melancap atau onani

1- SEDARKAN DIRI
Sedarkan diri anda bahawa perkara yang anda lakukan ini adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif
Mungkin dengan membaca bahan bacaan yang menerangkan keburukan melancap ia akan menyedarkan anda
Bagaimanapun jangan letakkan diri penuh penyesalan kerana ia mungkin memberi gangguan kepada jiwa
Sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang jernih
2- PUNCA RANSANGAN NAFSU
Jika rangsangan untuk anda melakukan perkara tersebut datangnya dari internet tutup komputer atau peranti serta merta dan berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain
Bagi pasangan bercinta elakkan daripada bercakap perkara yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat
3- JANGAN MENYENDIRI
Kebiasaannya mereka yang kerap beronani ini lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling
Jika berterusan begini hasrat untuk hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan
Banyakkan bergaul dan cari kawan dengan cara ini ia akan membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian anda
4- SIBUKKAN DIRI
Banyakkan aktiviti yang memanfaat diluar kerana ia akan membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat tersebut
5- SENAMAN
Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan
Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara
Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk
6- SEKS BUKAN SEGALA-GALANYA
Selalunya mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas
Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah
Ketika itulah anda akan rasa menyesal
Anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan
Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku!
7- JANGAN FIKIRKAN SEKS SEBELUM TIDUR
Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda
Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain
8- BERPUASA
Ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin
Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik
Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu
9- TETAPKAN MATLAMAT
Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut
Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya
Sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa

Sebagai kesimpulannya, jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda
Lawan dan segera mengawalnya sebelum perkara ini akan mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian hari
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/cara-mudah-berhenti-ketagih-melancap-atau-onani.html#ixzz3ZPWa2Ccw

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin

gemmKebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berkahwin. Perkara inilah ramai wanita tidak inginkan. Mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing dihadapan suami tersayang. Malangnya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan wanita bertambah berat badan selepas berkahwin.
1. Persiapan Perkahwinan
Bagi menempuhi hari bahagia ini, wanita akan diet dan tidak makan sebelum bersanding. Kerana itulah ramai wanita kelihatan cantik dan anggun pada hari persandingan mereka. Namun apa yang terjadi selepas hari persandingan mereka, mereka akan makan sebanyak yang mungkin bagi menggantikan apa yang sebelum ini.
2. Makan Bersama Suami
Mengikut kajian, lelaki lebih banyak makan berbanding wanita, tetapi berat badan lelaki susah untuk bertambah disebabkan mereka banyak melakukan pergerakan dan pekerjaan. Oleh yang demikian, mana mungkin si isteri ingin membiarkan suami makan seorang. Mesti hendak berteman.
3. Waktu Di Dapur
Ketika baru berkahwin, pasangan suami isteri lebih banyak menghabiskan waktu bersama untuk memasak didapur. Tidak mustahil bagi pasangan suami isteri naik berat badan pada waktu itu.
 4. Kurang Bersenam Selepas seharian penat mengurus rumah, wanita akan jadi malas untuk melakukan senaman. Disebabkan itulah wanita menjadi gemuk selepas berkahwin. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai orang gaji sendiri.

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung | Kehamilan sememangnya dinanti-nanti buat pasangan yang berkahwin. Kehamilan pertama kali tentunya mengujakan dan memberi pengalaman yang cukup bermakna. Banyak pantang larang yang perlu diikuti buat wanita hamil. Ini supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika sedang mengandung :
  • Ubat nyamuk– Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  • Derma darah– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  • Bawa barang– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  • Durian– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
Foto - www.protothema.gr
Foto - www.protothema.gr
  • Penjagaan kuku tangan kaki– Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  • Jalani rawatan muka– Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  • Mewarna rambut– Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  • Kasut bertumit– Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  • Krim pemutih– Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  • Ubat jerawat– Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Selain itu, elakkan makanan mentah dan separuh masak seperti sushi, kafien, makanan ringan, alcohol dan nikotin kerana boleh mengakibatkan gejala tidak elok.
Sumber- fuh.my

Gambar Belangkas