Tuesday, August 4, 2015

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung | Kehamilan sememangnya dinanti-nanti buat pasangan yang berkahwin. Kehamilan pertama kali tentunya mengujakan dan memberi pengalaman yang cukup bermakna. Banyak pantang larang yang perlu diikuti buat wanita hamil. Ini supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika sedang mengandung :
  • Ubat nyamuk– Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  • Derma darah– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  • Bawa barang– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  • Durian– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
Foto - www.protothema.gr
Foto - www.protothema.gr
  • Penjagaan kuku tangan kaki– Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  • Jalani rawatan muka– Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  • Mewarna rambut– Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  • Kasut bertumit– Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  • Krim pemutih– Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  • Ubat jerawat– Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Selain itu, elakkan makanan mentah dan separuh masak seperti sushi, kafien, makanan ringan, alcohol dan nikotin kerana boleh mengakibatkan gejala tidak elok.
Sumber- fuh.my

Cara Mudah Melegakan Sakit Ketika Datang Bulan



Cara Mudah Melegakan Sakit Ketika Datang Bulan | Apabila datang bulan, tentunya akan rasa sakit di bahagian perut. Ini membuatkan badan rasa tidak selesa dan semua menjadi tak kena.

Bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat beberapa makanan yang dapat menghilangkan rasa sakit tersebut.


Foto - PSHoudini Devianart

Telur

Dapat membantu menjaga keseimbangan hormon yang keluar pada saat menjelang menstruasi. Kestabilan hormon tersebut akan mengurangkan rasa sakit datang bulan.

Teh Herba

Teh herba seperti teh hijau, pepermint atau parsley akan membantu melancarkan pengeluaran darah haid.Kandungan yang ada di dalamnya juga akan membantu mengurangkan rasa sakit datang bulan yang sedang anda alami.

Daun Sirih

Daun sirih mengandung antibiotik yang berfungsi menghilangkan kuman. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu merebus air dengan daun sirih. Setelah mendidih, tutup api.Minum ketika masih suam.

Kunyit Hidup

Sejak dahulu lagi kunyit dikatakan cukup berkhasiat untuk menghilangkan rasa ngilu ketika haid. Ada beberapa cara untuk menikmati kunyit ini. Pertama, beli dan nikmati sahaja jamu kunyit. Kedua, racik kunyit dan gaul dengan gula merah. Kemudian bancuh dengan air limau nipis suam.

Coklat

Coklat boleh menjadi salah satu ubat paling mujarab untuk menghilangkan sakit datang bulan. Kandungan antioksidan yang ada di dalam coklat akan membantu menenangkan otot dan juga mengurangi rasa sakit yang timbul.

sumber-wom.my

Lagi kes bayi meninggal tersedak susu.

Lagi kes bayi meninggal tersedak susu|Sebenarnya isu ini berlaku di tempat kerja aku. Berita dari seorang rakan. Yang mana anak seorang rakan kami diberitakan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa di dalam jagaan pengasuh. Bila dengar cerita macam ni, cepat-cepat aku call wife aku, ceritakan pada dia dan minta dia beri 200% perhatian pada anak kami. Anak kedua kami masih dalam penyusuan dan baru berusia 3 bulan.

Lama sebenarnya tak dengar isu bayi meninggal tersedak susu ni. Sebelum ini ada juga ceritanya di dada akhbar *sekarang ni surat kabar lebih memihak kepada isu semasa negara kita ni *yang tentu lebih besar isunya*. Bila terjadinya perkara semacam ini, kita dah tak mampu nak buat apa-apa. Orang cakap, nasi dah jadi bubur. Sebenarnya, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berlaku.

Punca kepada bayi tersedak susu.

Sebelum kita pergi kepada langkah-langkah berhadapan dengan bayi tersedak susu ni. Kita kenalah tahu, apakah punca terjadinya bayi tersedak susu ni. Antara faktor-faktornya adalah, bayi tidak cukup bulan, bayi selsema, bayi tidak sihat dan cara penyusuan tidak betul.

Apakah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak susu?

1. Jangan panik. Ya. Pertama sekali, jangan panik bila berhadapan dengan bayi tersedak susu. Bila kita panik, semua benda pun kita tak mampu lakukan. Perkara yang mudah juga boleh menjadi sukar. Jadi, jangan panik.

2. Dukung bayi anda, terbalikkan dan tepuk bahagian belakang bayi. Jangan terlalu kuat. Cukup sekadar yang mampu di terima oleh bayi. Kebiasaan cara ini sudah mencukupi.


3. Jika perkara no 2 tidak berkesan, berkemungkinan susu sudah memasuki paru-paru yang mana akan menyebabkan gangguan penafasan pada bayi tersedak susu ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah, lakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut atau CPR. Disinilah pentingnya ilmu CPR ini dan semua ibubapa haruslah mempelajari teknik ini.

Ada kes bayi meninggal tersedak susu ini berlaku di pusat asuhan. Jadi sebagai ibubapa, kita haruslah perlu kerap memantau pusat asuhan kanak-kanak tersebut. Jumlah kanak-kanak atau bayi yang ramai dengan jumlah pengasuh yang kurang akan menyebabkan pemantauan pada setiap kanak-kanak atau bayi adalah kurang. Perhatikan juga cara pengasuh mengendalikan anak-anak di pusat asuhan tersebut. Tidak salah untuk kita sebagai ibubapa menjadi sangat cerewet daripada menjadi trauma sepanjang hayat.

Monday, August 3, 2015

VIDEO [ISU AM] PANAS!!! Bakat Terpendam TS Muhyiddin Yassin... HIp Hop Ala Zapin Jadi Pilihan... #SahabatSMB

Mungkin inilah antara bakat tersembunyi yang ada dalam diri mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin... beliau secara bersahaja menari tarian ala hip hop ketika melayan karenah cucu cucunya di rumah...


Apa kata kita tonton aksi TS Muhyiddin Yassin bersama cucu-cucunya dalam video di bawah...



Amacam? Ada bakat tak ex-TPM kita? Video ini telah dimuatnaik dan menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia semalam... apapun mamu tetap mendoakan yang terbaik buat TS Muhyiddin yang juga masih lagi merupakan Timbalan Presiden UMNO Malaysia...

Walaupun tanpa sebarang jawatan dalam barisan kabinet namun mamu yakin kasihnya kepada UMNO akan terus tersemat dan perjuangannya ke arah membela nasib orang Melayu Islam diMalaysia akan tetap mengalir di dalam setiap titisan darah beliau...


By Mamu Karapoley

Rakyat semakin tertekan!

Rakyat semakin tertekan!|Ya. Kami semakin tertekan. Entah apa yang sudah terjadi. Segalanya semacam semakin tidak masuk akal. Terlalu banyak yang menjadi pertikaian. Benarlah orang cakap, ada duit ada pangkat semuanya boleh jadi betul.

Bila cakap banyak, kita boleh di tangkap dan di dakwa. Jadi apa yang kami mampu lakukan? Hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa? Tetapi yang akan menerima kesannya siapa? Kamilah. Rakyat bawahan! Siapa yang cakap rakyat hidup mewah? Hakikatnya rakyat semakin tertekan!

Rakyat sampai sangup mencuri semata-mata mahu mengisi perut yang kosong. Apabila di tangkap, di penjarakan dan di suruh pula bayar denda. Kenapa tidak mereka ini di bantu? Duit tabungan kan banyak? Entah pada siapa mahu disampaikan kata-kata ini. Yang pasti rakyat semakin tertekan.

Punca sebenar TS muhyiddin yassin di panggil istana johor

Punca sebenar TS muhyiddin yassin di panggil istana johor|JOHOR BAHARU – Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Kenderaan membawa Timbalan Presiden UMNO itu dipercayai tiba di istana berkenaan kira-kira 3.30 petang tidak menerusi pintu masuk biasa, namun, kemudian dilihat beredar keluar membawa pemimpin berkenaan menerusi pintu masuk utama, kira-kira 4.35 petang.

Muhyiddin yang diiringi isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman dilihat tersenyum dan sempat melambai tangan kepada media yang menunggu di pintu utama istana itu sejak 2 petang.

Turut kelihatan keluar dari istana itu sejurus kemudian ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.
Difahamkan, pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Difahamkan, Muhyiddin, yang juga bekas Menteri Besar Johor, diundang mengadap Sultan Ibrahim, namun, tidak diketahui kandungan pertemuan tersebut.

Wakil-wakil media yang menunggu di luar kawasan istana tidak dapat menghubungi pihak-pihak berkenaan.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin, Anggota Parlimen Pagoh, berada di Kluang bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan. – BERNAMA

SPRM sahkan wang RM2.6b adalah sumbangan penderma.

SPRM sahkan wang RM2.6b adalah sumbangan penderma|Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara,” kata SPRM.

“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM.

“Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM,” kata suruhanjaya itu lagi. SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

“Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh,”

Gambar Belangkas