Lagi kes bayi meninggal tersedak susu|Sebenarnya isu ini berlaku di tempat kerja aku. Berita dari seorang rakan. Yang mana anak seorang rakan kami diberitakan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa di dalam jagaan pengasuh. Bila dengar cerita macam ni, cepat-cepat aku call wife aku, ceritakan pada dia dan minta dia beri 200% perhatian pada anak kami. Anak kedua kami masih dalam penyusuan dan baru berusia 3 bulan.
Lama sebenarnya tak dengar isu bayi meninggal tersedak susu ni. Sebelum ini ada juga ceritanya di dada akhbar *sekarang ni surat kabar lebih memihak kepada isu semasa negara kita ni *yang tentu lebih besar isunya*. Bila terjadinya perkara semacam ini, kita dah tak mampu nak buat apa-apa. Orang cakap, nasi dah jadi bubur. Sebenarnya, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berlaku.
2. Dukung bayi anda, terbalikkan dan tepuk bahagian belakang bayi. Jangan terlalu kuat. Cukup sekadar yang mampu di terima oleh bayi. Kebiasaan cara ini sudah mencukupi.
3. Jika perkara no 2 tidak berkesan, berkemungkinan susu sudah memasuki paru-paru yang mana akan menyebabkan gangguan penafasan pada bayi tersedak susu ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah, lakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut atau CPR. Disinilah pentingnya ilmu CPR ini dan semua ibubapa haruslah mempelajari teknik ini.
Ada kes bayi meninggal tersedak susu ini berlaku di pusat asuhan. Jadi sebagai ibubapa, kita haruslah perlu kerap memantau pusat asuhan kanak-kanak tersebut. Jumlah kanak-kanak atau bayi yang ramai dengan jumlah pengasuh yang kurang akan menyebabkan pemantauan pada setiap kanak-kanak atau bayi adalah kurang. Perhatikan juga cara pengasuh mengendalikan anak-anak di pusat asuhan tersebut. Tidak salah untuk kita sebagai ibubapa menjadi sangat cerewet daripada menjadi trauma sepanjang hayat.
Lama sebenarnya tak dengar isu bayi meninggal tersedak susu ni. Sebelum ini ada juga ceritanya di dada akhbar *sekarang ni surat kabar lebih memihak kepada isu semasa negara kita ni *yang tentu lebih besar isunya*. Bila terjadinya perkara semacam ini, kita dah tak mampu nak buat apa-apa. Orang cakap, nasi dah jadi bubur. Sebenarnya, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan perkara seperti ini dari berlaku.
Punca kepada bayi tersedak susu.
Sebelum kita pergi kepada langkah-langkah berhadapan dengan bayi tersedak susu ni. Kita kenalah tahu, apakah punca terjadinya bayi tersedak susu ni. Antara faktor-faktornya adalah, bayi tidak cukup bulan, bayi selsema, bayi tidak sihat dan cara penyusuan tidak betul.Apakah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak susu?
1. Jangan panik. Ya. Pertama sekali, jangan panik bila berhadapan dengan bayi tersedak susu. Bila kita panik, semua benda pun kita tak mampu lakukan. Perkara yang mudah juga boleh menjadi sukar. Jadi, jangan panik.2. Dukung bayi anda, terbalikkan dan tepuk bahagian belakang bayi. Jangan terlalu kuat. Cukup sekadar yang mampu di terima oleh bayi. Kebiasaan cara ini sudah mencukupi.