Sunday, July 26, 2015

Cara mandi wajib yang betul.

Cara mandi wajib yang betul|Tidak keterlaluam jika aku katakan, ramai di kalangan kita yang tidak tahu cara sebenar untuk mandi wajib. Ya, mandi wajib. Sebelum aku kongsikan bagaimana caranya mandi wajib yang betul, haruslah diketahui atas sebab apakah perlunya seseorang itu mandi wajib.

Sebab perlunya mandi wajib. Ada 6 sebab perlunya seseorang itu mandi wajib. Ianya adalah kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani samada secara sengaja atau tidak dan meninggal dunia. Manakala bagi kaum hawa pula, keluarnya darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Niat mandi wajib. 


" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala" atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib bagi perempuan yang sudah habis haid pula adalah:


" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala"

Manakala niat mandi wajib bagi perempuan yang sudah habis nifas pula adalah:


" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala"

Di sini aku ingin kongsikan apakah turutan atau cara mandi wajib yang betul, supaya perkongsian ini dapat membantu semua dalam membersihkan diri cara yang betul,

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Saturday, July 25, 2015

Segmen Blogwalking Lepas Raya.

Segmen Blogwalking Lepas Raya|Lama rasanya aku tak join segmen ni. Harini terasa nak join segmen blogwalking lepas raya. Selain dari berkunjung dari rumah ke rumah, marilah kita berkunjung dari blog ke blog. Hehehe. Cara nak join mudah sahaja, hanya click pada banner di bawah ya. Jom ramai-ramai join!

 segmen blogwalking lepas raya

Friday, July 24, 2015

Header baru untuk blog ceritaejoy.

Header baru untuk blog ceritaejoy|Akhirnya! Hehehehe. Selepas mencari beberapa tutorial buat banner blog cara mudah, akhirnya aku berjaya juga menghasilkan banner sendiri. Wahahaha. Sebenarnya, tidak ada apa-apa makna pun, sebabnya ianya sekadar perkara kecil pada ramai blogger malaysia, tetapi bagi aku, ianya semacam sesuatu perkara yang besar, lebih-lebih lagi bagi blogger picisan semacam aku ni. Hehehe.

Sebenarnya, banyak juga blog yang aku singgah ni, rata-rata mencadangkan photoscape dan photoshop. Disebabkan komputer aku ni tak boleh nak install application tu, terpaksa la aku mencari lagi kalau-kalau ada rakan blogger yang berkongsikan cara mudah buat banner blog tanpa menggunakan application yang dinyatakan tadi. Alhamdulilah. Ketemu juga  


Selepas berusaha dan mempelajari langkah demi langkah, akhirnya berjaya juga aku hasilkan header baru untuk blog ceritaejoy ni. Tak terlalu sarat sebabnya aku suka yang simple sahaja. Sebenarnya banyak lagi yang boleh diubah dan di tambah, tetapi biarlah dahulu, bila dah terasa bosan nanti, barulah di tambah dengan idea-idea yang lain. Hehehehe.

Baiklah, dah habis bercerita pasal header baru blog ceritaejoy ni, aku nak kongsikan pula cara-cara macamana nak hasilkan header untuk blog korang. Caranya tersangatlah mudah. Korang cuma perlu terbang ke blog ini : sinuhadentist.blogspot.com dan ikut langkah demi langkah seperti yang di ajarkan nuha. Yer. *kredit haruslah di berikan pada beliau, yelah dia yang ajar, takkan aku nak ambil macam tu je, kenalah kongsikan blog beliau pada yang lain juga, kan? hehehe*

Akhirnya 4 Beranak bermotosikal pulang beraya dapat kereta.


Akhirnya 4 Beranak bermotosikal pulang beraya dapat kereta|Akhirnya, kisah yang menjadi viral tentang 4 beranak yang menunggang motosikal untuk pulang beraya dari sepang ke penang, memperoleh sebuah kereta hasil daripada sumbangan seorang peniaga. Ya! Rakyat malaysia memang sangat prihatin. Aku bangga menjadi rakyat malaysia. Yeah.

Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.

Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.

Nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.

"Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup 'meminjamkan' saya kereta demi keselamatan anak-anak.


"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini," katanya.

Thursday, July 23, 2015

MOSHA Pengganti Milo

Kalau nak minum air coklat, mesti ramai yang teringat kat Milo, kan? Macam dah sinonim je nama milo dengan air coklat kat Malaysia ni.
Namun, memandangkan milo adalah keluaran Nestle dan tuannya orang Israel, jadi saya sudah meninggalkan milo sejak 2-3tahun lalu. Ia adalah salah satu cara saya menunjukkan protest terhadap kekejaman Israel terhadap Palestine. Saya telah bertukar kepada Vico.
Tapi, baru-baru ini saya diperkenalkan dengan MOSHA.


MOSHA lebih baik daripada Vico sebab ia keluaran Bumiputera. Dah alang-alang berpatah arang dengan milo, apa salahnya sokong jenama keluaran usahawan melayu pula, kan? Kalau bukan kita, saper lagi, kann?
Rasa MOSHA memang sodap! Dijamin!


Jadi, saya menyeru rakan bloggers dan pembaca-pembaca bertukarlah dari menggunakan milo. Kita kena tunjukkan keseriusan kita terhadap Israel tu. Sampai bila kita nak jadi penyumbang kepada ekonomi negara mereka? Kan lebih baik kita sumbang kepada ekonomi negara dan bangsa kita sendiri.
Kalau dah jumpa other local brand, boleh je teruskan. Asalkan bukan milo!
Kalau belum, boleh cuba MOSHA ni.


Harga : RM17/pek (1 pek=1kg) . Lebih murah daripada milo!
Kalau berminat, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. Saya bukan agen, cuma membantu sahabat di taman perumahan saya untuk marketingkannya memandangkan saya ada blog sendiri. Saya berada di kawasan Alor Gajah, Melaka. So orang Melaka boleh cari saya untuk COD. Kalau diluar kawasan ini, terpaksalah tambah kos pengeposan.
Semoga usaha kita diberkati. Amin..

"Saya bukan nak raih simpati"

kisah viral lelaki bawa anak naik motor untuk pulang beraya

"Saya bukan nak raih simpati"|Ini adalah kata-kata yang keluar dari bapa yang kisah mereka menjadi viral baru-baru ini. Rakyat malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan simpati. Aku juga turut sama simpati, tetapi bila aku terbaca kata-kata dari lelaki ini. Terasa sedikit sebak dalam jiwa aku. Yelah, benar juga kata-kata dia, mana-mana ayah dalam dunia ni pun, akan lakukan apa sahaja untuk anak mereka. Dan niat beliau bukanlah untuk meraih simpati sesiapa, hanya untuk mengembirakan anak-anaknya sahaja. Respeks! 

“Tak perlulah susah payah sampai hendak kumpul duit belikan saya kereta kerana bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak.

“Saya bukan hendak tolak rezeki, tetapi sejak gambar kami empat beranak menaiki sebuah motosikal ‘kapcai’ dari Sepang ke Pulang Pinang menjadi viral dua minggu lalu, terlalu ramai rakyat Malaysia tampil membantu membuatkan saya rasa bersalah.”

Demikian luahan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak lelakinya berusia antara tiga hingga lapan tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.

Menurut mekanik jalanan itu, dia juga tekejut apabila mendapat tahu ada antara individu di media sosial turut mencadangkan supaya setiap mereka yang simpati terhadapnya menghulurkan sumbangan RM1 seorang untuk dikumpul bagi membelikannya sebuah kereta.

“Bagi saya itu sudah ‘melampau’ kerana penghargaan itu terlalu besar sedangkan saya tidak pernah meminta mereka berbuat demikian walaupun mungkin ia rezeki yang ditentukan Allah.
“Sesiapa saja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya, tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian rakyat yang prihatin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang sejauh hampir 400 kilometer.
Keadaan motosikal dipenuhi dengan beg pakaian yang diikat pada motosikal sambil anak ketiganya tertidur mengundang pelbagai reaksi pemilik laman sosial yang simpati terhadap kepayahan hidup keluarga berkenaan.

Terbaru, semalam, salah seorang pengguna FB mencadangkan setiap pengguna FB yang ‘like’ gambar berkenaan menyumbang RM1 seorang dan wang berkenaan dikumpul untuk membeli sebuah kereta kepada Ahmad Reza sebagai hadiah pengorbanannya itu.
Ia kemudian mendapat pelbagai reaksi yang menyokong niat murni itu sehingga mendapat lebih 6,300 ‘like’ setakat petang semalam.

Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga seorang duda berkata, dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan selama 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah ibu bapanya di Salak Tinggi, Sepang ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.

“Awal Ramadan lalu, cuma saya dan anak kedua yang tinggal bersama saya di Pulau Pinang, Rafique Danial, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut awal puasa bersama dua lagi anak yang tinggal bersama ibu bapa di sana selepas bercerai dua tahun lalu.

“Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang, sedangkan ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50 saja dan memang sikap saya tidak suka menceritakan kepayahan hidup kepada sesiapa termasuk keluarga,” katanya.

Dalam keadaan terdesak, menurut Ahmad Reza, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segala-galanya kepada kuasa Tuhan untuk melindungi perjalanannya empat beranak daripada sebarang musibah.

“Kami bertolak pada jam 6 pagi selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 buah kenderaan berhenti untuk melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu, namun saya menolaknya secara baik dengan mengatakan itu adalah ujian Allah buat saya.

-Metro

Amaran yang tidak di endahkan.

Amaran yang tidak di endahkan|Manusia sememangnya mudah lupa kan? Macam-macam bentuk amaran diberikan, tetapi tidak semua yang benar-benar sedar. Alam dah semakin tua. Dah tak tertampung dek dosa manusia yang semakin menjadi-jadi. Apa perlu satu bentuk kejadian yang terlalu besar untuk menyedarkan sekalian makhluk manusia?

Semakin menjadi-jadi pula perangai manusia zaman sekarang ni. Baru kejap tadi aku baca dekat 1 blog ni, Cerita bayi yang di rogol. Nafsu jenis apakah manusia semacam ini? Dalam bentuk apa keghairahan manusia kepada seorang bayi? Bayi itu sudah pasti tempatnya di syurga. Sang perilaku tu macamana pula? Apa perlu bencana alam baru mahu tersedar? Amaran ini yang manusia tidak pernah endahkan.

Tak perlu lihat ke luar negara. Lihat sahaja apa yang sudah berlaku di negara kita. Bencana alam, perpecahan, penyakit dan macam-macam lagi. Apakah kalian tidak sedar atau tidak mahu ambil tahu? Apa lagi yang kalian mahukan? Amaran demi amaran diberikan. Apabila manusia benar-benar tidak mahu ambil tahu dan sengaja di endahkan, bencana di turunkan. Waktu inilah, kita akan melihat manusia menadah tangan di mana sahaja. Waktu inilah manusia akan berbicara mengenai agama di mana sahaja.

Kenapa perlu sampai ke tahap itu? Kenapa tidak kita beringat sebelum terkena? Aku bukan ustaz, guru agama mahupun alim ulamak. Tetapi ia bukanlah penghalang untuk aku berkongsi dan mengingatkan rakan-rakan. Tiada salahnya bukan. Kerana, jika turunnya musibah yang besar, ia bukan sekadar terkena pada seseorang, malahan semua turut merasanya. Ini semua kerana amaran yang tidak di endahkan.

Gambar Belangkas