Thursday, July 23, 2015

300 OBJEK SEPERTI KUIL BOROBODUR DI TEMUI DI TANJUNG BALAU


KOTA TINGGI - Lebih 300 objek misteri yang menyerupai ukiran pada kuil Borobodur, di Jawa Tengah, Indonesia ditemui di atas batu di pantai Tanjung Balau dekat sini semalam.
    

Sesetengah penduduk setempat berkata objek dalam pelbagai warna itu digunakan untuk membuang ancak atau persembahan kepada makhluk halus.
    
Penolong Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muhammed Iqbal Rosli berkata beliau menyedari kewujudan objek itu ketika mengiringi wakil kerajaan negeri ke lokasi tersebut.
    
Beliau berkata ia secara tidak langsung telah mengganggu pemandangan geologi di Tanjung Balau yang sedang diwarta sebagai kawasan sejarah.
    
"Kami tidak tahu siapa yang meletak objek-objek itu dan upacara yang dijalankan sama ada ia merupakan proses pemujaan atau ritual sesebuah agama.
    
"Pihak kami juga tidak mengalihkannya sebab ia terlalu banyak dan bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan kerana dibawa air pasang," kata Muhammed Iqbal.
    
Beliau berkata pengunjung jangan mendekati objek tersebut dan menyentuhnya kerana khuatir akan memudaratkan kerana belum dikenal pasti bahan yang terkandung padanya.
    
“Namun kita difahamkan ia merupakan upacara tahunan agama namun tidak tahu agama apa dan kita masih siasat perkara ini,” katanya.
     
Sementara itu Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada ia turut melibatkan masyarakat Islam. 

Musim kanak-kanak demam?

Musim kanak-kanak demam?|Sekarang ni musim kanak-kanak demam atau anak-anak aku sahaja yang mengalaminya? Ceritanya lepas pulang berhari raya di kampung aku nun jauh di kedah, anak kedua aku dah mula panas badan. Umur baru sahaja nak masuk 3 bulan. Ini dah tentu sangat menakutkan aku dan isteri.

Mulanya kami cuma lap kan badan dia dengan air sekerap mungkin. Kemudian kerap tampalkan cool fever untuk bayi. Alhamdulilah. Surut sikit panasnya tu. Tak lama lepas tu, panas balik. Ish. Sekarang ni musim kanak-kanak demam ke? Kenapa aku cakap macam tu, ada 1 masa tu, kanak-kanak sahaja yang penuh dekat klinik. Pergilah mana-mana klinik pun, mesti penuh dengan kanak-kanak. Itu yang buatkan aku fikir, adanya musim kanak-kanak demam ni.

Aku ingatkan anak aku yang kedua sahaja yang panas badan. Rupanya anak sulung pun sama. Aduh. Tapi lewat sedikit dari adiknya lah. Ish. Ini betul-betul buat aku dengan wife tak senang duduk. Kami cuma pantau je suhu badan mereka. Alhamdulilah, takdalah anak-anak aku merengek ke, apa ke, mereka tetap kekal aktif. Alhamdulilah.

Malamnya, wife ajak aku ke klinik juga. Suhu badan anak aku ni dah sedikit kurang panasnya. Tapi nak kena juga periksa. Alhamdulilah. Semuanya ok. Hmm. Aku fikirkan balik, mungkin sebab perjalanan yang jauh menyebabkan suhu badan anak aku naik. Yelah, aku sendiri pun terasa panasnya, inikan pula anak-anak kecil. Berjam-jam lamanya dalam kereta. Tapi alhamdulilah, anak aku tak demam. Ini bermakna, bukanlah musim kanak-kanak demam. Alhamdulilah.

Blog, bloggers & fotografi.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Blog, bloggers & fotografi|Apakah kaitannya 3 perkara ni? Aku cuba huraikan melalui pendapat aku, dan melalui pemerhatian aku ya. Ianya mungkin berbeza dengan pendapat orang lain. Dan ia sekadar perkongsian di dalam blog ceritaejoy. Ya.

Baik. Apa kaitannya Blog, bloggers & fotografi? Daripada apa yang aku lihat, ramai yang gemarkan blog yang berkongsi gambar-gambar menarik. Ini mungkin kerana ianya mudah "dihadam". Berbeza dengan blog yang berkongsi cerita melalui penulisan. Tidak semua orang suka membaca, lebih-lebih lagi jika tulisan itu melebihi 1000 patah perkataan.

Aku juga sukakan gambar-gambar yang menarik. Tetapi apa yang aku tidak suka adalah, bergambar. Ya. Aku tidak suka dan tidak pandai bergambar. Dan oleh sebab itu, gambar-gambar yang berada di facebook aku adalah gambar yang sangat lama. Manakala gambar di insta @ceritaejoy pula adalah lebih kepada alam. Disinilah cerita yang aku ingin kaitkan mengenai Blog, bloggers & fotografi tu.

Ianya mungkin 1 kelebihan kepada bloggers itu sendiri. Kebolehan di dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik samada gambar sendiri ataupun gambar alam. Melalui pemerhatian aku, bloggers dari kalangan ini lebih mendapat perhatian para pembaca. Dan mereka akan kembali berkunjung untuk melihat lebih banyak gambar-gambar yang menarik. Jadinya, bloggers sudah pastilah kena ada blog. Dan di tambah lagi dengan fotografi yang menarik, fuh! Sempurna!

Bagaimanapun, masih terbukti ada bloggers yang tidak berkongsikan gambar di blog mereka tetapi sentiasa menghasilkan penulisan yang berkualiti. Ini pada aku tidak semua orang ada. Kerana, bukan mudah menghasilkan 1 penulisan yang berkualiti. Berbeza dengan blog fotografi.  Semua orang pun boleh mengambil gambar dan berkongsi di dalam blog mereka.

Selain daripada Blog, bloggers & fotografi, aura pemilik blog juga memainkan peranan. Tak handsome takpa, tak cantik pun takpa. Janji aura kuat. Hahahaha. Aura yang macamana? Ini susah untuk aku huraikan kerana aura setiap blogger itu berbeza-beza.


Bagaimanapun, ini adalah pendapat aku semata-mata mengenai kaitan di antara Blog, bloggers & fotografi. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya|Betul-betul. Ya. Betul-betul terkesan dekat hati ni, bila tengok gambar mereka. Kesian sebenarnya tengok anak-anak kecil tu. Terasa untungnya diri aku ni. Yelah, naik kereta, ada aircond, sejuk. Anak-anak aku selesa tidur, dari selatan ke utara. Cuba tengok gambar dekat atas, Perhatikan anak kecil yang sedang tidur tu. Agak-agak selesa tak?

Katanya keluarga ini dalam perjalanan dari sepang ke penang. 1 jarak yang bukannya dekat. Dengan keadaan cuaca yang panas dan hujan. Inilah pengorbanan seorang ayah yang ingin mengembirakan hati anak-anak mereka. Dalam pada kita berseronok dengan segala yang baru pada waktu perayaan, ada lagi insan yang hanya menggunakan apa sahaja yang mereka ada. Memang benar, mungkin ada yang lebih susah dari kisah viral 4 beranak yang naik motor untuk pulang beraya ni, tetapi kisah mereka ini juga bukanlah dalam kategori mereka yang senang atau kaya raya.

Kisah terbaru yang aku baca, melalui perkongsian *Abdulah firdaus* di laman facebook berceritakan lagi hal keluarga ini.

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral

Ok. Sekarang aku nak tanya, apa perasaan korang bila baca atau tengok gambar keluarga ni? Sedih? Sebak? Atau langsung tiada perasaan? Jika aku, aku mungkin tidak berperasaan jika hanya melihat seorang lelaki yang menunggang penuh dengan barangan. Tetapi aku pasti tersentuh bila melihat ada anak kecil yang bersama mereka! Ya! Anak kecil!


Ini disebabkan aku juga mempunyai anak kecil. Mana-mana pun akan berusaha untuk memberikan sepenuh kebahagian kepada anak mereka. Tetapi lain pula halnya dengan kisah ini : Bayi di kerat 6 oleh ibu sendiri. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Allahuakbar!

Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya

Perkongsian di laman sosial facebook.

Kita mungkin bukan dari golongan mereka yang kaya raya. Jika nilai wang terlalu besar untuk anda, cukuplah sekadar memberikan doa kepada keluarga ini. Aku fikirkan, jika setiap dari kita kongsikan wang RM1 kepada keluar ini, nilainya pasti besar. Mungkin dia tidak meminta, tetapi tiada salahnya jika kita ingin hadiahkan kepada keluarga ini. Kan? Aku tiada no akaun keluarga ini, tetapi melalui perkongsian yang menggunakan tajuk Kisah viral 4 beranak naik motor untuk pulang beraya, mereka kongsikan no telefon #ayahhebat ini.

Jika ada di antara kita yang ingin membantu, bolehlah call no ni ya : Moza - 017-4711160

Wednesday, July 22, 2015

Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang.

Teknik SEO pada blog : Penulisan berulang|Ok, harini aku nak kongsikan apa yang aku ada baca di blog otai-otai malaysia *Blogger malaysia yang punya nama besar dan pendapatan yang besar juga* perihal teknik SEO pada blog. Sebenarnya banyak teknik SEO pada blog ni, dan salah satunya adalah teknik penulisan berulang.

Ramai sebenarnya dah gunakan teknik ni. Antara fungsinya adalah, memudahkan enjin carian mengenal pasti blog kita. Dalam kata mudahnya, meletakkan blog kita pada halaman utama carian. Apabila seseorang mencari maklumat di dalam internet dengan kata carian tertentu, sebagai contoh teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang, blog anda akan berada di halaman utama kerana enjin carian mengenal pasti blog anda dengan mudah. Ini disebabkan oleh, kata kunci atau keyword yang anda gunakan pada entry menepati syarat enjin carian. 

Gaya penulisan berulang adalah salah satu cara yang mana, anda mengulang kata kunci pada setiap perengan. Sebagai contoh, aku mengulangi ayat ini: Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang pada setiap perengan. Mengikut penulisan otai-otai blogger, dengan cara ini, enjin carian dengan mudahnya mengenal pasti apakah kata kunci atau keyword yang ingin kita sampaikan. Selain daripada jumlah patah perkataan yang sesuai di dalam gaya penulisan SEO, teknik penulisan berulang juga adalah sangat membantu. 

Ada juga blogger yang mengulangi keyword mereka pada setiap akhir perengan. Tanpa mengaitkan dengan tulisan atau cerita mereka pada setiap perengan. Ianya seperti, anda perlu membaca tajuk utama pada setiap akhir perengan. Tidakkah ianya semacam menggangu pembacaan pengunjung yang mungkin akan merasa bosan apabila terlalu kerap membaca "tajuk utama" pada setiap akhir perengan? Contohnya seperti ini Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang.

Selain daripada gaya penulisan berulang, teknik "bold" atau tebalkan tulisan juga adalah salah satu teknik SEO pada blog. Seperti yang aku lakukan pada setiap ayat yang berkaitan dengan tajuk utama. Cara ini adalah untuk memudahkan enjin carian atau pembaca mengenal pasti apakah yang ingin di sampaikan oleh penulis blog.

Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar teknik SEO pada blog ni kan? Jika anda faham, segalanya jadi mudah. Ini sebenarnya mungkin teknik paling mudah, banyak lagi teknik-teknik SEO pada blog yang boleh anda pelajari selain daripada teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang ini. Aku cadangkan blog Hasrul Hassan jika ada yang ingin mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan SEO pada blog ni.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapatlah membantu serba sedikit di dalam penulisan berbentuk SEO ni. InsyaAllah.

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang? Sila baca #5.

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang?|Ini adalah perkara biasa selepas habis cuti panjang. Kebiasaannya pada musim perayaan. Yelah, dah seronok bercuti panjang, kemudian masuk kerja, banyak perkara yang bermain di minda kita. Ianya mungkin samada ingin sambung cuti atau malas untuk buat apa sahaja kerja dalam masa beberapa hari bekerja *entry ini khas untuk diri aku juga*hehehehe. Jadinya, jom baca tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang.

1. Anggap ianya sebagai kenangan.

Ya. Anggap yang berlalu itu sebagai kenangan. Bila kita memikirkan kenangan indah kita semasa cuti panjang, mood bercuti itu akan terbawa sekali. Perkara ini sudah pasti akan membuatkan kita tidak bersemangat untuk bekerja. Jadi, lupakan apa yang sudah berlaku dan bersemangatlah untuk bekerja. yeah!

2. Banyak perkara yang perlu di selesaikan.

Bila ada banyak perkara atau kerja yang mesti kita selesaikan, secara automatik, mood bercuti itu akan hilang dengan sendirinya. Pernah juga aku berhadapan dengan mereka yang terlalu banyak kerja hinggakan sanggup tidur di syarikat semata-mata tidak cukup masa untuk selesaikan kerja mereka. *tak perlulah kita sampai ke tahap ini ya*hehehe. 

3. Fikirkan impian anda yang belum terlaksana.

Ya. Pasti anda ada impian anda yang tersendiri bukan. Ianya mungkin dalam bentuk percutian, kenderaan atau sebagainya yang ingin anda capai melalui pendapatan anda (Pekerjaan anda) jadi, fikirkan semula tentang perkara itu dan pasti semangat untuk anda bekerja anda kembali datang. Bersemangatlah! Go! Go!

Lihat apa yang 7 orang anak muda ini lakukan untuk tunjukkan kerinduan mereka kepada keluarga.

4. Fikirkan tentang anak-anak, keluarga dan sesiapa yang penting dalam hidup anda.

Ya. Ini yang biasa aku lakukan. Aku bekerja bukan untuk diri aku sahaja. Malah untuk mereka yang berada di sekeliling aku. Selalu fikirkan tentang mereka yang berada di sekeliling mereka dan pasti semangat bekerja itu akan meluak-luak. 

5. Kerja anda adalah 1 amanah.

Setiap pekerja pasti memikul tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apabila memikirkan tentang amanah yang di beri, ia haruslah di uruskan dengan baik. Amanah bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, fikirkan semula tentang amanah yang telah diberikan kepada anda.

Jadi inilah antara tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang yang dapat aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ini. Semoga ianya dapat mengembalikan semangat korang supaya kembali aktif bekerja. Tak gitu? Hehehe.

Riang Raya Aidilfitri


Sepertimana tahun2 sebelum ini....
YB Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasan Parlimen beliau di Parlimen Padang Rengas.....
Kali ini majlis ini akan diadakan di MRSM Kuala Kangsar....
Jika tahun2 sebelum ini majlis diadakan pada waktu malam....
kali ini untuk kemudahan semua majlis akan bermula pada jam 1.00 - 7.00 petang....
pada 26 Julai 2015 (Ahad)...
moh kome semua kita meriahkan acara ini nanti.....

Gambar Belangkas