Keburukan menonton televisyen ketika waktu makan|Entry ini aku tujukan khas untuk kanak-kanak atau anak kecil. Mungkin juga melibatkan orang dewasa, tetapi fokus aku adalah lebih kepada anak kecil. Apakah keburukan menonton televisyen ketika waktu makan bagi anak kecil? Ini benar-benar terjadi pada aku. Bilamana aku membenarkan anak sulung aku menonton televisyen ketika waktu makan. Dan hasilnya adalah, anak aku langsung tidak berminat dengan hidangan yang di beri *walaupun itu adalah makanan kegemarannya* berbanding dengan rancangan televisyen waktu tu. Dan apabila ini terjadi, sudah pasti kita sebagai ibubapa akan rasa tidak selesa. Yelah, anak-anak dah leka dengan rancangan televisyen, tetapi perut mereka masih kosong. Bila terlalu kerap kosong, nanti sakit perut pula kan? Kita juga yang susah nanti. Hish! Niat aku bila mengizinkan anak aku menonton televisyen ketika waktu makan, adalah kerana aku inginkan dia terhibur, sambil makan sambil menonton rancangan kegemarannya. Tetapi ternyata aku silap besar. Tak boleh! Betul tak boleh. Jangan sesekali benarkan mereka menonton televisyen sewaktu waktu makan. Kehidupan anak kecil adalah lebih kepada keseronokan. Banyak perkara yang mereka ingin explore. Kegembiraan adalah segala-galanya bagi mereka. Termasuklah rancangan-rancangan kegemaran mereka. Boleh aku katakan, ada di antara anak kecil yang tidak menjadikan makanan sebagai suatu keperluan bagi mereka. Bila kita sebagai ibubapa mengizinkan perkara ini berlaku, takut nanti akan jadi suatu perkara yang lebih buruk akan berlaku. Jadinya, bila aku dah terkena sekali, dah pasti tidak akan ada yang kedua atau seterusnya. Waktu makan adalah waktu yang tiada masa menonton televisyen. Segalanya adalah di atas meja makan. Apabila selesai, barulah ada aktiviti lainnya. Bukan niat menghalang anak-anak, tetapi jika kita tidak memberitahu mereka akan pentingnya makan, dah pasti mereka tidak akan merasakan ianya adalah sangat penting. Lain orang, lain caranya bukan?
I'm back!|Bunyinya macam ramai pula yang tertunggu-tunggu aku, itu perasaan aku, walhal mungkin perkara sebaliknya yang berlaku. Hahahaha. Ini semua poyo! Setelah hampir 2 minggu *2 minggu je pun, aku berada di negara orang, hari ini aku kembali bekerja di negara sendiri. Fuh! Pelbagai pengalaman baru berada di negara orang. Alhamdulilah, kali ini, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Segala macam kelengkapan dan kesenangan yang aku dapat sepanjang berada di negara orang. Jika aku fikir-fikir balik, kalaulah aku pergi sendirian, confirm aku takkan tahu lokasi-lokasi menarik dekat thailand ni. Alhamdulilah, ada chuzai dekat sana yang banyak membantu dan memperkenalkan kepada kami lokasi-lokasi menarik di thailand. Itu insyaAllah, aku akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Betul kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri *terus terang aku cakap, aku tak pasti kenapa mesti guna air hujan, kenapa tidak air batu? Hahaha. Kalau korang jenis makan sahaja apa yang ada, atau nasi ada makanan ruji korang, korang pasti tidak berhadapan dengan kesukaran ketika berada di thailand. Tapi bagi aku yang menjadikan makanan goreng seperti mee, mihun dan kue tiau sebagai makanan ruji, adalah sangat mengusarkan. Kenapa? Kerana anda tidak akan berjumpa langsung dengan makanan ini di sana! Owh! Mengigil perut aku tak dapat makan mee goreng selama 2 minggu aku berada di sana. Ish. Ish. Kini segalanya menjadi kenangan buat aku. Pengalaman berada di negara orang beserta dengan pelbagai ilmu baru, pasti akan mengingatkan aku sampai bila-bila. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit pengalaman aku di sana. Dan ada juga perancangan untuk bawa keluarga aku ke sana. Supaya mereka juga dapat merasai keseronokkan berada di sana. InsyaAllah.
Tentera Israel tembak perempuan mengandung sehingga menembusi dahi bayi yang di kandung cukup sifat. Begitu takut Kaum Israel sehingga bayi di dalam kandungan pun dibunuh dengan cara menembak perempuan mengandung.
Alahai... kesiannya kat akak ni... ingat baru nak untung berniaga... alih-alih rugi berkandaq yang terpaksa ditanggung... semuanya gara-gara wang RM50 palsu yang berjumlah RM1000 yang diberikan oleh seorang pembeli kepadanya...
Jom tengok pendedahan yang dibuat oleh akak ni berhubung wang palsu yang diterimanya...
Wang Rm50 yang diterima berjumlah Rm1000 boleh dikikis di bahagian tepi wang tersebut... bahagian tersebut sepatutnya merupakan ciri keselamatan yang menentukan keaslian wang.
Mungkin disebabkan jumlah wang yang diterima agak banyak yang mana semuanya merupakan wang palsu yg sama jenis menyebabkan akak ni tak menjangka dirinya sudah ditipu... apatah lagi dengan keghairahan untuk menjual barangan dalam kuantiti yang banyak maka faktor berwaspada itu diabaikan...
Penjenayah juga sebenarnya bijak... mereka biasanya terlebih dahulu mengenal pasti mangsa yang mudah untuk mereka perdaya... peniaga yang berniaga berseorangan tanpa pembantu akan lebih menjadi pilihan mereka...
Mereka akan tampil dengan perwatakan yang menyakinkan... ada antara penipu ini yang kelihatan warak dan ada juga yang tampil kemas ala ala korporat... mereka akan memilih waktu yg agak sibuk untuk melancarkan jarum mereka... ketika itu biasanya peniaga mudah hilang tumpuan dalam berurusniaga kerana mungkin terpaksa melayan pelanggan lain yg datang ke kedai mereka...
Peluang ini akan diambil oleh penjenayah untuk menipu... penjenayah akan mula buat kalut untuk selesaikan urusniaga dengan segara... mereka akan cari jalan untuk pastikan pertukaran barang dan wang palsu berlaku dengan pantas dan kemudiannya mereka akan hilangkan bersama barangan dengan segera...
Pada ketika inilah, jika peniaga tidak berhati-hati atau terikut dengan rentak penjenayah tersebut maka peniaga akhirnya akan tertipu...
Walau macamana kalut sekalipun, pastikan kira dulu jumlah wang yang diterima dari pembeli sebelum serahkan barang... dalam masa yang sama, sambil mengira cuba lihat struktur wang secara kasar jika ada apa2 tanda yang mencurigakan... adalah lebih baik jika setiap peniaga memiliki alat pengesan wang palsu seperti lampu ultra ungu... peniaga boleh terus periksa pada alat tersebut jika was was dengan struktur wang yang diterima... malah tidak ada salahnya jika periksa juga wang secara rawak setiap kali menerima jumlah kepingan wang yang banyak... penjenayah akan mula rasa takut dan panas punggung jika melihat peniaga memeriksa wang yang mereka beri...
Disamping itu, setiap peniaga perlulah menjadi peniaga yang bijak, bukan peniaga yang mengejar keuntungan semata-mata... ciri2 keselamatan yang asas seperti bayang gambar Agung, tali keselamatan di tengah wang kertas dan beberapa perkara lagi perlu sentiasa diberi perhatian oleh peniaga...
Batalkan urusniaga jika wujud keraguan yg jelas pada struktur wang... dan kemudiannya laporkan kepada pihak polis dan jika mampu bawa bersama pembeli tersebut... tidak dinafikan ada juga pembeli yg mana dia sendiri tidak tahu wang yg dimilikinya wang palsu... mungkin dia juga perolehi wang tersebut dari pihak lain... pembeli yg tidak tahu wangnya palsu kurang rasa takut jika di bawa kepada pihak polis kerana mereka yakin yang mereka tidak berniat menipu... berbeza dengan penjenayah yg memang merancang untuk menipu... mereka akan mula rasa takut dan cuba pelbagai cara untuk mengelak termasuk melarikan diri secara tiba-tiba...
Apapun... bagi Mamu, yang penting para peniaga perlu lebih dan sentiasa berwaspada... apatah lagi sekarang ni di bulan Ramadhan, bulan yang meriah dengan rezeki berniaga... dengan bazaar Ramadhannya, bazaar pakaiannya dan macam2 lagi, penjenayah pastinya akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menipu dan melakukan jenayah... maka...
10 Mobil Tercepat di dunia - Ada banyak poin penilaian untuk mengukur keunggulan atau ketangguhan suatu produk otomotif, tetapi kecepatan tertinggi adalah salah satu kriteria yang menjadi poin penting. Walaupun kebanyakan dari kita hanya bisa bermimpi memiliki mobil tercepat di dunia namun diluar sana ada beberapa orang yang akan melakukan apa pun untuk memiliki salah satu mobil tercepat di dunia. Berikut 10 mobil tercepat di dunia serta spesifikasi dan haraganya, yang kami rangkum dari berbagai sumber: 1. Hennessey Venom GT Mobil asal Amerika Serikat; Hennessey Venom GT, ditenagai oleh sebuah mesin V8 berkapasitas 7.000 cc Twin Turbo yang menghasilkan 1.244 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 435 km/jam. Spesifikasi Hennessey Venom GT :
2. Bugatti Veyron Super Sport Mobil yang dirancang dan dikembangkan oleh Volkswagen Group Jerman kemudian dirakit dan diproduksi di Prancis oleh Bugatti Automobiles S.A.S; Bugatti Veyron Super Sport, ditenagai sebuah mesin W16 berkapasitas 8.000 cc Quad Turbo yang menghasilkan 1.200 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 431 km/jam. Spesifikasi Bugatti Veyron Super Sport :
Tahun Pembuatan: July 2010
Mesin: 8.0 liter W16 – 1,200 hp (horsepower)
Transmisi: 7-speed DSG sequential
Akselerasi: 62mph (100km/h) in 2.4 seconds
Top Kecepatan: 267.8 mph (430.9km/h)
Harga: $3.4 million
3. Koenigsegg Agera R Mobil asal Swedia; Koenigsegg Agera R, ditenagai oleh sebuah mesin V8 berkapasitas 5.000 cc Twin Turbo dari Mercedes AMG yang menghasilkan 1115 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 418 km/jam. Spesifikasi Koenigsegg Agera R
Tahun Pembuatan: 2011
Mesin: 5.0 liter Twin Turbo V8 – 1115 hp (horsepower)
Transmisi: 7-Speed Dual clutch
Akselerasi: 62mph (100km/h) in 3.2 seconds
Top Kecepatan: 260 mph (418 km/h)
Harga: $1.6 million
4. SSC Ultimate Aero Mobil asal Amerika Serikat; SSC Ultimate Aero, ditenagai oleh sebuah mesin V8 berkapasitas 6.000 cc Twin Turbo dari Chevrolet yang menghasilkan 1.187 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 414 km/jam. Spesifikasi SSC Ultimate Aero
Tahun Pembuatan: 2004
Mesin: SSC Designed V8 – 1287 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 2.78 seconds
Top Kecepatan: 257.4 mph (414 km/h)
Harga: $970,000
5. 9ff GT9-R Mobil asal Jerman yang berbasis Porsche 911; 9ff GT9-R, ditenagai oleh sebuah mesin boxer 6 silinder berkapasitas 4.000 cc Twin Turbo dari Porsche yang telah banyak dimodifikasi, menghasilkan 1.120 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 413 km/jam. Spesifikasi 9ff GT9-R
Mesin: flat-6 Twin-Turbo Engine – 1120 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 2.9 seconds
Top Kecepatan: 257 mph (413 km/h)
Harga: $695,000
6. Koenigsegg CCR Mobil asal Swedia; Koenigsegg CCR, ditenagai oleh sebuah mesin V8 berkapasitas 4.700 yang menghasilkan 806 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 402 km/jam. Spesifikasi Koenigsegg CCR
Mesin: 90 Degree V8 Engine – 806 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 3.2 seconds
Top Kecepatan: 245 mph (402 km/h)
Harga: $545,568
7. Saleen S7 Twin-Turbo Mobil asal Amerika Serikat; Saleen S7 Twin-Turbo, ditenagai oleh sebuah mesin aluminium V8 berkapasitas 7.000 cc Twin Turbo dari Ford yang menghasilkan 750 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 399 km/jam. Spesifikasi Saleen S7 Twin-Turbo
Mesin: Twin Turbo All Aluminum V8 – 750 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 2.8 seconds
Top Kecepatan: 248 mph (399 km/h)
Harga: $555,000
8. McLaren F1 Mobil asal Inggris; McLaren F1, ditenagai oleh sebuah mesin V12 berkapasitas 6.100 cc dari BMW S70/2 yang menghasilkan 627 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 386 km/jam. Spesifikasi McLaren F1
Mesin: BMW S70/2 60 Degree V12– 627 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 3.2 seconds
Top Kecepatan: 240 mph (386 km/h)
Harga: $970,000
9. Zenvo ST1 Mobil asal Denmark; Zenvo ST1, ditenagai oleh sebuah mesin V8 berkapasitas 6.800 cc yang menghasilkan 1.104 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 375 km/jam. Spesifikasi McLaren F1
Mesin: Twin-Charged 7.0 liter V8 – 1,104 hp (horsepower)
Transmisi: 6-Speed Manual
Akselerasi: 0-60 mph in 2.9 seconds
Top Kecepatan: 233 mph (374 km/h)
Harga: $1,225,000
10. Pagani Huayra Mobil asal Italia; Pagani Huayra, ditenagai oleh sebuah mesin V12 berkapasitas 6.000 cc Twin Turbo dari Mercedes AMG yang menghasilkan 720 tenaga kuda dan mampu mencapai kecepatan tertinggi 370 km/jam. Spesifikasi McLaren F1
PASUKAN Liga Perdana Inggeris, Liverpool berjaya mendapat enam pemain baharu musim ini dengan bayaran tertinggi sebanyak 29 juta Pound untuk pemain antarabangsa Brazil, Roberto Firmino.
Pasukan itu juga telah dikaitkan dengan pemain Aston Villa, Chrisitian Benteke tetapi The Reds menilai pemain itu lebih rendah daripada 32.5 juta Pound yang telah ditetapkan.
Pemain pertahanan Southampton, Nathaniel Clyne dan pemain tengah Manchester City, James Milner antara pemain yang bersetuju untuk menyarung jersi Liverpool musim hadapan.
Walaupun perbelanjaan pada musim ini tidak setinggi musim lepas, Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berjaya mendapatkan pemain-pemain berkualiti.
Pemilik kelab, Fenway Sports Group mempunyai prinsip mendapatkan pemain muda yang berpotensi dan Ian Ayre percaya adalah penting untuk mengekalkan prinsip tersebut.
"Sudah bertahun-tahun saya menjadi penyokong setia Liverpool.
"Seperti orang lain, saya juga mahu mendapatkan bintang-bintang ternama tanpa mengira harga tetapi seperti yang dilihat sebelum ini, tidak semuanya berjalan lancar dari segi kewangan.
"Anda perlu mempunyai rancangan terperinci dan memastikan semua orang faham dan berpegang teguh kepada pelan tersebut. Oleh itu, kami akan terus menguruskan kelab ini berpandukan rancangan itu," katanya.
Ayre juga percaya Liverpool mampu mendapatkan khidmat pemain-pemain ternama walaupun gagal untuk menyertai Liga Juara-Juara (UCL) pada musim hadapan.
"Walaupun kami tidak akan menyertai UCL musim hadapan, kami menunjukkan peningkatan sebagai sebuah pasukan dan akan terus menambah pemain berkualiti dalam skuad ini.
"Kelab ini juga menunjukkan peningkatan dari segi kewangan dan ini bermakna kami akan terus ke hadapan dengan rancangan untuk menambah lagi sumber kewangan dan lebih banyak melabur lebih banyak berbanding sebelum ini," katanya lagi.